Rabu, 13 Februari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Persaingan dua remaja jadi manusia tertinggi

Posted:

Persaingan dua remaja jadi manusia tertinggi

Persaingan dua remaja jadi manusia tertinggi

Oleh ADHAM SHADAN dan SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
berita@kosmo.com.my

AKMAL bergambar dengan Penolong Ketua Biro Kosmo! Negeri Sembilan, Rais Yeop Johari (kiri) di Seremban semalam manakala Azli bersama Penolong Ketua Biro Kosmo! Kelantan, Adham Shadan (kanan) di Gua Musang.


GUA MUSANG – Rekod manusia tertinggi di negara ini semakin tercabar apabila remaja dari Kampung Paloh di sini, Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar yakin dia kini lebih tinggi berbanding ukuran 2.05 meter yang dicatat pada November tahun lalu.

Ukuran ketinggiannya itu sudah melebihi rekod manusia tertinggi di Malaysia yang kini dipegang oleh Sheikh Akmal Sheikh Imam, 17, dari Seremban, Negeri Sembilan.

"Saya dapat rasakan tubuh semakin tinggi. Kali terakhir saya ukur pada tahun lalu ialah 2.05 meter sedangkan tahun sebelumnya ketinggian saya cuma 1.97 meter.

"Sekarang pun, saya rasa badan sudah semakin tinggi," katanya kepada wartawan Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan ketinggian Azli secara tidak rasmi sudah mengatasi rekod Akmal dengan ketinggian 2.04 meter yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) tahun lalu.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu kini bercuti dan akan kembali ke kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang pada Sabtu ini.

Azli yang mengikuti pengajian semester pertama Diploma Sains memberitahu, dia tidak risau dengan ketinggian yang luar biasa itu walaupun kerap menarik perhatian orang ramai.

"Saya tidak risau, orang lain yang selalunya risau," katanya sambil tersenyum.

Dia juga tidak keberatan untuk dinilai oleh MBOR bagi tujuan pengiktirafan rekod.

"Seandainya MBOR mahu membuat ukuran ketinggian, saya sedia melakukannya. Kalau benarlah saya manusia tertinggi di Malaysia, saya bersyukur dan gembira," katanya.

Di Seremban, Sheikh Akmal terkejut apabila ada individu lain mempunyai ketinggian yang boleh mencabar rekodnya.

"Saya sebenarnya tidak kisah jika rekod saya itu berjaya dipecahkan kerana bagi saya, apa yang berlaku adalah rezeki dan kurniaan Allah," katanya yang kini menuntut dalam bidang masakan di Kolej East West di Seremban.

Akmal berkata, kali terakhir dia mengukur ketinggiannya ialah pada November 2011 ketika mendapatkan pengesahan MBOR sebagai manusia tertinggi di Malaysia.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu bagaimanapun mengaku tahap ketinggian tubuhnya tidak berubah sejak itu.

Dia turut menyarankan Mohd. Azli supaya berkunjung ke MBOR untuk mendapatkan pengesahan ukuran ketinggian yang sebenar.

Pada masa yang sama, Akmal mengakui hidup sebagai manusia dengan ketinggian luar biasa adakalanya memang menyusahkan.

Antara kesukaran yang dialaminya ialah mencari pakaian, kasut serta ketika menaiki kenderaan seperti bas atau kereta.

Kedua-dua remaja luar biasa itu turut berkongsi kasut saiz 14.

Siti cuti tiga bulan untuk jaga suami

Posted:

Siti cuti tiga bulan untuk jaga suami

Siti cuti tiga bulan untuk jaga suami



KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengambil cuti tiga bulan daripada aktiviti seni bermula bulan lalu hingga Mac untuk memberi perhatian terhadap Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selepas suaminya itu terbabit dalam kemalangan motosikal di New Zealand pada Disember tahun lalu.

Menurutnya, keadaan Khalid, 53, atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K semakin pulih tetapi perlu menghadiri lebih banyak sesi fisioterapi di hospital.

"Alhamdulillah, proses rawatan berjalan lancar dan lebih menumpukan pada bahagian tangan. Sebagai isteri, saya perlu berada di sampingnya untuk membantu menguruskan kehidupan seharian seperti mandi dan makan," katanya pada sidang akhbar sempena Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan di sini semalam.

Tambahnya, pengalaman menjaga suami semasa sakit menyedarkan beliau betapa sukarnya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

Shila sedih putus cinta dengan Sharnaaz

Posted:

Shila sedih putus cinta dengan Sharnaaz

Shila sedih putus cinta dengan Sharnaaz

KUALA LUMPUR - Penyanyi Shila Amzah sedih dengan keputusan pelakon Sharnaaz yang membuat keputusan muktamad melupakan kisah cinta mereka berdua atas alasan sudah hilang hormat kepada bapanya, ND Lala.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu menerusi laman Twitternya, @Shilaamzah semalam.

"Sangat sedih sebenarnya apabila seseorang itu boleh berjalan di depan kamu dan berpura-pura menganggap kamu tidak pernah menjadi sebahagian besar daripada hidup mereka.

"Permulaan baharu, hidup baharu dan lagu baharu akan muncul. Alhamdulillah," jelasnya.

Namun, Shila pasrah dengan keputusan kekasihnya mahu memutuskan hubungan cinta.

"Walaupun kita tidak ditakdirkan bersama hingga akhirnya tetapi saya sangat bersyukur kamu telah menjadi sebahagian daripada hidup saya suatu masa dulu.

"Saya mendoakan yang terbaik buat kamu (Sharnaaz)," tulis juara Asian Wave 2012 itu.

Kelmarin, Sharnaaz dilaporkan membuat keputusan muktamad untuk melupakan percintaannya dengan Shila atas alasan sudah hilang hormat kepada ND Lala.

Kemelut cinta mereka dipercayai menjadi punca Shila menghilangkan diri selama seminggu sebelum ditemui di Kemaman, Terengganu pada minggu lalu.

Usaha untuk menghubungi keluarga Shila Amzah bagaimanapun gagal.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved