Jumaat, 7 Disember 2012

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Khusus untuk wanita berbadan besar

Posted:

Khusus untuk wanita berbadan besar

Khusus untuk wanita berbadan besar

Oleh SUHANA VERU

AIDA RADZI, 38, memiliki tubuh badan yang besar sejak kecil. Selain Aida, tiga adik-beradiknya turut mempunyai berat badan berlebihan.

Justeru, bagi mereka situasi itu bukanlah sesuatu yang janggal.

Ketika zaman kanak-kanak sehingga remaja, anak bongsu daripada empat adik-beradik itu malas berfikir mengenai soal tata rias berpakaian.

Begitupun, perasaan untuk bergaya mulai timbul sebaik menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan dan Kewangan daripada Universiti Humberside, London.

Pada tahun 2006, beliau bekerja di Opulence Network Sdn.Bhd. Syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan pelbagai jenis majlis termasuk pelancaran rasmi atau kasual, seminar, bengkel dan banyak lagi.

Bagi memastikan sesuatu majlis itu berjalan lancar, Aida yang mempunyai berat 80 kilogram dan ketinggian 160 sentimeter perlu bertemu dengan bermacam jenis pelanggan.

Cerita anak jati Sungai Petani, Kedah itu lagi, disebabkan tuntutan kerjayanya, beliau mula mencari pakaian yang sesuai atas tuntutan kerja.

Namun demikian, disebabkan faktor fizikalnya yang besar, beliau sukar untuk mendapatkan pakaian yang sepadan.

Justeru, ibu kepada empat orang itu terpaksa menjelajah dari satu ke satu kedai pakaian di pusat beli-belah. Kadangkala akui wanita yang tidak lekang dengan senyuman itu, beliau terpaksa pulang dengan hampa kerana tidak menemui pakaian yang sesuai.

Rasa tertekan

"Memang sukar untuk mendapatkan pakaian sepadan dengan bentuk tubuh badan saya, jika ada pun harga yang ditawarkan terlalu mahal. Bayangkan saya terpaksa belanja hampir RM800 hanya untuk mendapatkan dua helai baju termasuk seluar," katanya ketika ditemui di kediamannya yang terletak di Bandar Sri Damansara, Selangor.

Keadaan itu menyebabkan beliau berasa tertekan terutamanya saat perlu tampil cantik di pelbagai acara yang dikendalikannya.

Bertitik tolak dari situ, wanita yang gemar dengan aktiviti selam skuba itu memasang hajat untuk mengeluarkan pakaian jenama sendiri.


AIDAAWAKE menawarkan seleksi pakaian untuk wanita berbadan besar yang sesuai disarungkan untuk acara kasual atau makan malam.


Aida mahu melihat semua wanita berbadan besar sepertinya mendapat peluang membeli-belah busana sama seperti wanita berbanding ramping.

Bagaimanapun, memulakan sebuah perniagaan bukanlah mudah. Hampir enam tahun dia menyimpan hasrat berkenaan sehinggalah atas dorongan suami, Zuraidee Yassin, 43, mereka mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM10,000 untuk membuka perniagaan pakaian bersaiz dari XXL hingga XXXXXL secara atas talian.

Beliau dan suaminya berani membuka perniagaan tersebut selepas melihat rekod Kementerian Kesihatan yang menunjukkan hampir sembilan juta wanita di Malaysia dengan kebanyakannya berumur dari 25 ke 60 tahun mengalami berat badan yang berlebihan.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Halal Hub Sdn. Bhd memberitahu, perniagaan pakaian XXL yang diusahakannya secara talian sejak September lalu itu diberi nama AidaAwake.

Bertutur lanjut mengenai AidaAwake, kebanyakan koleksi pakaiannya merupakan busana kasual iaitu gaya yang ringkas dan tidak memerlukan hiasan manik mahupun sulaman.

Ia bagi memudahkan, golongan wanita memadankan pakaian yang dijual itu untuk ke pejabat mahupun majlis tidak formal.

Variasi warna

"Pakaian ini sesuai untuk golongan wanita yang berusia 20 hingga 40 tahun ke atas," katanya sambil menunjukkan koleksi pakaian yang sedia ada di rumahnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai warna, Aida memberitahu memahami jiwa wanita berbadan besar yang adakalanya ingin menyerlah pada waktu tertentu, AidaAwake menawarkan variasi rona pakaian daripada warna gelap sehinggalah terang dan ceria.


LAMAN web AidaAwake menyajikan koleksi pakaian yang pasti menambat hati wanita.


Jenis kain yang digunakan pula ialah sifon, kapas, polyester dan denim kapas. Fabrik-fabrik kain yang diimport dari Vietnam dan Indonesia itu digunakan kerana mahu memberi keselesaan kepada pelanggan.

Ketika ditanya mengenai harga, Aida memberitahu harga pakaian XXL AidaAwake bermula dari RM100 hingga RM180 bergantung kepada jenis kain.

Jualan pakaian di AidaAwake mempunyai fesyen tersendiri. Biarpun, saiz baju besar, namun kesemua pakaian di situ mempunyai potongan terutama pada bahagian pinggul.

Jika dibandingkan dengan kedai-kedai di luar, kebanyakan pakaian untuk golongan gemuk kurang mempunyai potongan dan pada kebiasaan potongan baju terlalu besar.

Di samping itu, koleksi AidaAwake juga bermotifkan flora dan abstrak untuk menambahkan lagi elemen segar dan ceria.

Menurut wanita itu lagi, beliau juga sering berkongsi pendapat golongan yang berbadan besar lain untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Jika bertemu dengan wanita-wanita yang berbadan besar, saya akan bertanya pendapat mereka mengenai fesyen yang diingini.

"Malah di AidaAwake, kami turut mengalu-alukan pendapat orang ramai mengenai fesyen dan warna agar kami boleh menambah baik produk AidaAwake," katanya sambil memberitahu kesemua kain itu diupah jahit di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang pelanggan AidaAwake, Marina Awanti Nordin, 39, mengakui dia sukar untuk mendapatkan baju dengan saiz tubuhnya yang agak besar.


AIDA menunjukkan koleksi pakaian yang mempunyai potongan di bahagian pinggang.


Dia yang memiliki berat badan 80 kilogram ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia terpaksa membelanjakan kos yang besar semata-mata hanya untuk sepasang baju dan seluar.

"Bayangkan, saya perlu memperuntukkan hampir RM200 jika mahu membeli sehelai baju. Sudahlah mahal, lebih teruk adakalanya saya terpaksa membeli baju walaupun tidak menepati cita rasa kerana tiada pilihan lagi," katanya sambil memberitahu

Menurut Marina Awanti lagi, ekoran harga pakaian XXL yang terlalu mahal dia jarang membeli pakaian kecuali perlu.

Namun selepas diperkenalkan dengan butik maya AidaAwake, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui pengalaman membeli-belah pakaian kini sangat menyeronokkan.

"Saya boleh memilih pelbagai jenis busana dengan variasi warna dan motif. Lebih menarik, harganya juga lebih berpatutan," ungkap Marina Awanti.

Bagi yang berminat untuk melihat koleksi pakaian AidaAwake anda boleh melayari laman web di www.aidaawake.com atau www.facebook.com/aidaawake.

Ragam kanak-kanak menjadi lelaki dewasa

Posted:

Ragam kanak-kanak menjadi lelaki dewasa

Ragam kanak-kanak menjadi lelaki dewasa


BAGAIKAN sebuah pesta, kanak-kanak yang hendak dikhatankan turut menyertai perarakan khas.


MAJLIS berkhatan secara beramai-ramai bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Menyedari hakikat itu, Masjid Negara menganjurkan program berkhatan secara beramai-ramai di masjid itu baru-baru ini.

Seramai 200 murid sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur menyertai program berkenaan.

Majlis yang berlangsung selama satu hari itu membabitkan 10 pegawai perubatan swasta. Sepanjang majlis itu berlangsung, pelbagai ragam dan reaksi kanak-kanak dapat dilihat.

Terdahulu, kesemua peserta disiram dengan air daripada jentera Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan.

Kesemua peserta kelihatan basah kuyup dan kesejukan. Begitupun, mereka begitu seronok dapat bermain air dengan rakan yang bakal menempuh pengalaman serupa.

Sebaik selesai acara berkenaan, satu persatu daripada mereka dibawa masuk ke bilik untuk dikhatan.

Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak yang berusia tujuh sehingga 10 tahun itu menunjukkan riak wajah yang gusar, takut atau menangis. Segelintir daripada mereka tenang melalui proses 'kedewasaan' itu sambil melayan permainan video.


RAMAI ibu bapa dilihat berada di sisi anak-anak mereka untuk memujuk dan menenangkan perasaan.


Kesemua kanak-kanak itu dikhatankan dengan menggunakan kaedah AlisKlamp.

Cara itu itu bukan sahaja mudah dan selamat tetapi menjimatkan kos kerana kanak-kanak tidak perlu mengambil antibiotik mahupun ubat untuk mencuci kesan luka.

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan, Masjid Negara, Mohammad Zaki Ibrahim berkata, program itu diadakan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan berkhatan.

"Kanak-kanak yang telah berkhatan akan berasa diri mereka berbeza daripada kanak-kanak yang lain. Ini kerana amalan berkhatan adalah salah satu agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa," katanya.

Dalam pada itu, program tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Masjid Negara bagi mendekati warga kota sejak tahun 1993.

Selain itu, ia juga membantu golongan ibu bapa untuk mengurangkan beban kewangan memandangkan kos berkhatan boleh mencecah RM250 hingga RM280 seorang.


KANAK-KANAK ini gembira disirami air sehingga basah kuyup sebelum berkhatan.


Bagaimanapun, dalam program ini, peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM150. Beliau menyifatkan sambutan kali ini lebih menggalakkan berbanding tahun lalu.

"Kami gembira atas sokongan ibu bapa yang menjayakan program ini dengan menghantar anak-anak mereka untuk dikhatan secara beramai-ramai," ujarnya.

Pada majlis yang sama, dua adik-beradik berketurunan Cina turut mengambil bahagian. Mereka ialah Chai Kian Fei, 10, dan Kian Haw, 7.

Penglibatan itu berikutan ibu mereka, Kok Mi Fung tertarik dengan manfaat berkhatan selepas terbaca iklan dalam surat khabar.

Sementara itu, Mohd. Zainul Mohd. Dahlan, 8, mengakui sebaik menjejak kaki ke Masjid Negara dia mulai berasa takut.

"Selepas sunat, barulah berasa lega. Lagipun, tidak begitu sakit seperti yang digembar-gemburkan oleh rakan-rakan lain yang telah berkhatan," ujarnya.

Had aurat wanita

Posted:

Had aurat wanita

Had aurat wanita


SETIAP Muslimah perlu faham dengan batas auratnya. - Gambar hiasan


ADAKAH seseorang itu perlu menutup aurat di depan bapa saudara mereka dan bolehkah mereka bersalaman?

JAWAPAN:

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi:

1. Bapa kandung

2. Bapa mertua

3. Bapa susuan

4. Anak kandung

5. Anak tiri (iaitu anak suami)

6. Anak susuan

7. Saudara lelaki kandung

8. Saudara lelaki susuan

9. Anak saudara lelaki

10. Bapa saudara

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan: "Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan batin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis.

Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.

Inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita. Maka, pada mahram sahaja yang dibenarkan bersalaman.

Selain daripada di atas, maka wajiblah wanita menutup auratnya dan tidak bersentuhan atau bersalaman.

Peringatan juga kepada para wanita, adapun aurat wanita itu sama dengan aurat dalam solat, janganlah dibezakan antara aurat wanita dalam solat dan luar solat.

Kebanyakan wanita keliru dengan batasan aurat. Jadi, mudah-mudahan jelaslah perkongsian ini dan moga Allah permudahkan. Wallahu a'lam.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved