Isnin, 24 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


IJN mahu tarik pesakit dari India

Posted:

IJN mahu tarik pesakit dari India

IJN mahu tarik pesakit dari India

IJN mahu menarik lebih ramai pesakit dari India untuk menjalani rawatan di pusat penjagaan jantung Malaysia yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


NEW DELHI - Institut Jantung Negara (IJN) mahu menarik pesakit dari India dengan menawarkan penjagaan kesihatan yang maju pada kadar sebahagian daripada harga yang mereka bayar untuk rawatan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Pengurus Pelancongan Perubatan dan Pembangunan Perniagaan IJN, Chow Khoon Liam berkata, tumpuan kepada India merupakan sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang dari Asia Selatan untuk menggunakan pusat penjagaan jantung terkemuka Malaysia itu.

Kini kira-kira 10 peratus pesakit IJN datang dari luar negara yang kebanyakannya dari Asia Tenggara, lapor Travel News Alliance.

"Kami mendapat ramai pesakit dari Indonesia, Myanmar dan Kemboja. Kini kami mahu mendapat lebih ramai lagi, kami mahu meneroka Asia Selatan," katanya kepada media online berkenaan.

Pakej healing holiday IJN mahu menyasarkan rakyat India yang ke seberang laut untuk mendapat rawatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Fazurina nafi bernikah di Siam

Posted:

Fazurina nafi bernikah di Siam

Fazurina nafi bernikah di Siam

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


FAZURINA dan Muhammad Hykal menunjukkan surat akuan pernikahan mereka di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Pelakon drama, Siti Fazurina Mohd. Famir yang lebih dikenali sebagai Nina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia 'kahwin lari' di Thailand dengan Muhammad Hykal Zulkifli setelah tidak mendapat restu keluarga.

Menurut Nina, 30, dia dan suaminya, Muhammad Hykal, 31, sebenarnya selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini pada 20 Disember lalu dan bukannya di negara jiran seperti yang digembar-gemburkan.

"Majlis pernikahan saya berlangsung secara sah dan saya tak sangka perkara ini boleh timbul apatah lagi membabitkan ahli keluarga saya sendiri.

"Saya sebenarnya banyak berkecil hati. Mereka tidak pernah merasai apa yang saya rasa. Kalau ahli keluarga saya dapat menerima Hykal perkara sebegini akan selesai.

"Kami berdua sudah lama merancang untuk berkahwin dan kali ini Tuhan telah memakbulkan doa kami. Hykal adalah pilihan terbaik untuk saya," katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM terbuka terima pandangan

Posted:

PM terbuka terima pandangan

PM terbuka terima pandangan

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa terbuka untuk berkongsi harapan serta pandangan daripada masyarakat Kristian.

Perdana Menteri berkata, meskipun semua menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara majoriti Islam, namun penganut agama Kristian di negara ini juga memainkan peranan penting dalam masyarakat terutama di Sabah dan Sarawak.

"Sesetengah daripada kita tidak menyedari bahawa seorang daripada 10 rakyat Malaysia adalah penganut Kristian.

"Ini semua tercatat dalam sejarah kita yang pelbagai," katanya dalam entri terbaharu bertajuk 'Selamat Hari Krismas Kepada Penganut Agama Kristian di Malaysia' dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my di sini semalam.

Najib berkata, Malaysia sangat bertuah kerana sentiasa berada dalam suasana aman dan harmoni meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan agama dan segala yang dikecapi pasti tidak dapat dinikmati tanpa sebarang usaha secara bersama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved