Rabu, 28 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mohon MACP terus diberikan lesen

Posted:

Mohon MACP terus diberikan lesen

Mohon MACP terus diberikan lesen

SEPANJANG 23 tahun, golongan pengkarya muzik iaitu komposer dan penulis lirik telah memperolehi pendapatan tambahan menerusi royalti apabila tertubuhnya Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP).

Ditubuhkan pada tahun 1989, MACP telah memainkan peranannya sebagai Badan Pengutip Royalti (CMO) yang sangat aktif dan sehingga kini sudah mempunyai seramai 3,000 ahli di seluruh Malaysia.

Sepanjang penubuhan MACP sebagai salah satu CMO yang berdaftar dan diberikan lesen untuk mengutip royalti, ternyata ia telah banyak membantu golongan pengkarya muzik yang biasanya bergantung harap kepada pendapatan menerusi penciptaan lagu dengan pengagihan royalti yang dilakukan pada setiap tahun.

Bagaimanapun, kini sudah timbul dilema apabila MACP tidak dibenarkan untuk mengutip royalti daripada stesen radio, televisyen, pusat karaoke, hotel dan restoran sejak September lalu setelah tidak lagi diberikan lesen oleh kerajaan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ia terjadi ekoran timbulnya cadangan untuk mewujudkan hanya satu badan pengutip royalti dan secara automatik, MACP tidak diberi hak untuk mengutip royalti seperti kebiasaan.

Selain MACP, terdapat tiga lagi CMO yang berdaftar iaitu Prism Berhad, Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Pelaku Persembahan Muzik (PPM).

Memandangkan tiada lagi lesen kebenaran yang diberikan kepada MACP untuk mengutip royalti, ternyata ia telah memberi impak kepada jumlah perolehan mereka. Ini kerana sudah tiga bulan kutipan royalti tidak lagi boleh dilakukan.

Tiga orang komposer terkenal tanah air iaitu Aidit Alfian, Hudzaifei Hazmi (Jipie) dan Dr. Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) meluahkan kebimbangan mereka terhadap kemelut yang melanda sekarang.

Mereka sependapat bahawa sekiranya MACP tidak lagi dibenarkan mengutip royalti, sudah tentu pelaku tidak akan dapat lagi menikmati hak yang pernah diperoleh mereka sebelum ini.

Aidit menyatakan sejak menjadi ahli MACP pada tahun 1990, dia melihat CMO tersebut telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sangat berpuas hati dengan jumlah royalti yang diterimanya pada saban tahun.

Ujarnya, dia merasakan cadangan tentang penubuhan satu badan CMO masih belum sesuai lagi untuk dipraktikkan terutamanya daripada sudut kepakaran pihak yang akan diberikan tanggungjawab untuk mengutip royalti nanti.

"Selama ini saya sudah selesa dengan MACP dan berpuas hati dengan kadar royalti yang diterima pada setiap tahun. Lagipun mereka sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan kurang mendapat rungutan daripada ahli.

"Selain itu saya melihat pembahagian royalti yang dilakukan juga sangat telus, malah mereka memiliki juruaudit yang dilantik untuk memantau perjalanan urusan yang membabitkan royalti," ujarnya yang sebelum ini begitu sinonim dengan penyanyi Elyana.

Menurut Aidit, dia berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan yang ingin membantu golongan pengkarya muzik sepertinya, namun beranggapan masih ada cara lain yang boleh dilakukan berbanding mempraktikkan cadangan untuk menubuhkan satu badan CMO di negara ini.

Jelasnya, salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan memberi penerangan dan kesedaran kepada masyarakat tentang hak-hak dan harta intelek yang masih kurang lagi difahami.

"Misalnya, kalau ada pihak yang menganjurkan konsert atau majlis makan malam dan lagu saya dinyanyikan pada majlis tersebut, mereka harus membayar sejumlah royalti kepada saya menerusi MACP kerana lagu itu adalah hak intelek saya dan bayaran bukan diberikan kepada penyanyi sahaja.

"Selain itu apa sahaja lagu yang disiarkan di premis awam seperti pusat karaoke, restoran dan hotel, maka royalti harus dibayar kerana keuntungan yang akan mereka perolehi dengan menyiarkan lagu sebagai satu tarikan untuk orang awam datang ke premis mereka," jelasnya.

Menurutnya lagi, sehingga kini ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini dan disebabkan itu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) perlu memberi penerangan lebih mendalam mengenai hak intelek.


AHLI MACP yang terdiri daripada barisan komposer tanah air mahu memperjuangkan nasib pengkarya muzik agar mereka sentiasa mempunyai sumber kewangan sepanjang tahun.


Pada masa yang sama, Aidit juga memohon supaya pihak MyIPO dapat memberikan lesen kepada MACP dengan segera agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

"Selagi MACP tidak diberikan lesen untuk mengutip royalti, pasti ia akan memberikan kerugian yang agak besar kepada golongan pengkarya seperti kami kerana jumlah royalti yang akan diterima semakin berkurangan.

"Lagipun masih ada lagi segelintir yang begitu mengharapkan royalti ini seperti balu kepada Allahyarham Loloq iaitu Hariah Yaacob yang bergantung sepenuhnya kepada royalti arwah suaminya untuk menyara kehidupan ketiga-tiga anaknya," ujar Aidit.

Diiktiraf antarabangsa

Bagi Jipie, dia masih menaruh keyakinan yang tinggi terhadap peranan yang dijalankan oleh MACP.

Menurut Jipie, MACP juga merupakan sebuah CMO yang diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila bernaung dengan International Confederation of Societies of Authors and Composers (CISAC) bersama-sama dengan 52 CMO di seluruh dunia.

Ujarnya, pengiktirafan antarabangsa itu sebenarnya sangat penting kerana ia akan memudahkan usaha untuk menjalinkan sebarang kerjasama dengan CMO di luar negara.

"Misalnya, ada lagu yang saya hasilkan turut diputarkan di stesen radio luar negara seperti Singapura, Thailand dan Hong Kong. Jadi, pihak CMO di negara-negara tersebut boleh mengutip royalti lagu saya itu yang akan disalurkan menerusi MACP.

"Begitu juga dengan lagu antarabangsa yang diputarkan di Malaysia, pihak MACP akan turut mengutip royalti dan kemudiannya menyerahkannya kepada CMO yang berkaitan di luar negara," jelasnya.

Menurutnya, sekiranya diwujudkan sebuah sahaja CMO, pastinya agak sukar untuk mendapat pengiktirafan memandangkan kepercayaan CMO di luar negara terhadap kredibiliti badan yang baru ditubuhkan itu.

Komposer yang juga merupakan vokalis kumpulan Pesawat itu mengambil contoh seperti yang berlaku di Indonesia apabila sebuah CMO baharu diwujudkan, tetapi sehingga kini tidak dapat bernaung di bawah CISAC.

"Apa yang dibimbangkan sekiranya MCAP tidak dapat lagi menjalankan peranannya sebagai CMO di Malaysia, sudah tentu ia akan mendatangkan kerugian kepada ramai pihak terutamanya pengkarya seperti kami," ujarnya.

Pandangan ahli

Sementara itu, seorang lagi komposer yang cukup terkenal, Pacai menyatakan, dia tidak menolak seratus peratus terhadap cadangan penubuhan sebuah CMO sahaja di negara ini.

Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa sebarang pembaharuan yang ingin dilakukan seharusnya mendapatkan pandangan semua ahli yang berdaftar dengan CMO di negara ini.

"Sebelum melakukan sesuatu pembaharuan, pihak yang berkuasa seharusnya mendengar terlebih dulu pandangan setiap ahli dan setiap keputusan yang dibuat perlulah mengikut suara majoriti.

"Sebenarnya saya tidak ada masalah terhadap pembaharuan yang ingin dilakukan, asal ia mendatangkan kebaikan kepada semua pihak dan tidak berlaku penindasan, tetapi ia tidak perlu dilakukan secara terburu-buru," jelasnya.

Ditanya mengenai peranan yang dimainkan oleh MACP sepanjang 18 tahun menjadi ahli MACP, komposer itu melihat badan tersebut bukan sahaja bertindak sebagai pengutip royalti, malah turut menjaga kebajikan para ahli dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

"Antaranya, mereka turut menyalurkan wang khairat kematian kepada ahli yang meninggal dunia, sumbangan kepada ahli yang sakit serta pinjaman wang kepada ahli tanpa sebarang faedah," ujarnya.

Menurut Pacai, berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab besar yang telah dilakukan oleh MACP, sudah sewajarnya mereka terus diberikan kebenaran untuk menjadi CMO di negara ini.

MSAG perjuang pelakon

Posted:

MSAG perjuang pelakon

MSAG perjuang pelakon

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


GOLONGAN pelakon memasang harapan yang tinggi agar cadangan penubuhan MSAG yang dihantar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di bawah Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu memperjuangkan nasib mereka.


REVOLUSI hijau mula meresap ke seluruh Mexico City yang sebelum ini terkenal dengan masalah pencemaran udara sehingga digelar Makesicko City oleh novelis terkenal, Carlos Fuentes.

Penduduknya kini gigih menanam pokok dan sayur-sayuran, mengayuh basikal dan teksi elektrik sebagai pengangkutan sekali gus mengubah landskap metropolis dikongsi lebih 20 juta penduduk dan empat juta kenderaan itu.

"Kami nekad melakukannya demi melestarikan alam sekitar," kata Elias Cattan, arkitek berusia 33 tahun sambil menunjukkan pelbagai jenis sayur yang di tanam di atas meja dan sekitar balkoni bumbung pejabatnya.

"Penting untuk kita menjaga bumi pada hari ini demi kepentingan generasi masa hadapan," kata Cattan ketika hujan rintik mula membasahi bumbung pejabatnya setinggi lima tingkat yang terletak di kejiranan elit di Condesa itu.

Seperti penduduk-penduduk lain di bandar raya itu, Cattan selesa menggunakan basikal ke tempat kerjanya menyusuri laluan-laluan utama yang terkenal dengan masalah trafik.

Kira-kira dua dekad lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Mexico City sebagai bandar raya paling tercemar di dunia.

Fuentes menggambarkannya sebagai hujan asid berwarna hitam dalam novelnya, Christopher Unborn.

Hakikatnya pencemaran udara yang berlaku sangat kritikal sehingga burung-burung yang berterbangan mati sebaik sahaja melintasi metropolis yang terletak 2,240 meter di atas paras laut itu.

Biarpun pencemaran udara di Mexico City masih berada pada tahap tertinggi, namun ia tidak lagi tersenarai sebagai 10 negara paling tercemar di dunia.

Ia berpunca daripada penguatkuasaan ketat undang-undang jalan raya dan sektor industri.

Kerajaan baharu yang diperintah parti berhaluan kiri telah melaksanakan dasar hijau sejak tahun 2007 bagi mengubah bandar raya itu.

Lebih penting, usaha itu turut mendapat sokongan padu warganya yang mahu mengubah tabiat mereka.

Antara usaha yang dilakukan ialah dengan menanam lebih 500,000 pokok di seluruh bandar raya, memperluaskan program pinjaman basikal, membuka laluan baharu keretapi bawah tanah dan memperkenalkan bas berkonsepkan mesra alam yang menggunakan gas asli.

Teksi elektrik

Teksi-teksi elektrik boleh dilihat menjalar di sekitar bandar raya itu sejak pertengahan tahun ini.

Ia mendapat bekalan kuasanya daripada stesen-stesen kuasa yang menggunakan 25 peratus tenaga daripada panel solar. Teksi yang sudah dicaj mampu berada di atas jalan raya selama enam jam.

Salah seorang pemandu teksi, Cristobal Reynoso, berkata, pelanggan hanya menyedari mereka menaiki kenderaan elektrik sebaik sahaja berada di dalamnya.

"Mereka sangat teruja apabila mengetahui kenderaan yang dinaiki itu menggunakan elektrik, tidak memerlukan petrol atau paip ekzos. Kesedaran menjaga kepentingan menjaga alam sekitar sebenarnya semakin meningkat," kata Reynoso.

Kawasan Chapultepec Park yang menjadi lokasi barangan kitar semula sering menjadi tumpuan pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan.

Pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan, sebahagian besar penduduk tertumpu ke Chapultepec Park.

Mereka membawa pelbagai barangan kitar semula untuk didagangkan melalui sistem barter dengan produk-produk makanan seperti tomato, jagung dan sayur kaktus.

Pihak korporat juga tidak terkecuali memainkan peranan penting. Antaranya VerdMX, yang mengambil inisiatif mewujudkan taman dan landskap hijau bertujuan memastikan udara sentiasa bersih dan segar. Antara struktur yang paling menyerlah ialah di Chapultepec Avenue.

Menanam pelbagai spesies pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran pastinya memerlukan kreativiti dan ilmu. Justeru, pihak berkuasa turut melantik kumpulan pakar yang memberikan nasihat kepada mereka yang mahu mempelajari teknik berkebun di dalam bangunan.

"Ia mudah, murah dan menyeronokkan," kata Liliana Balcazar, timbalan pengarah pusat pendidikan alam sekitar yang bertanggungjawab memberikan latihan kepada penduduk di bandar raya itu.

"Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja asalkan ia mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya lima hingga enam jam sehari."

"Ia umpama sebuah desa di dalam bandar raya," jelas Balcazar sambil menambah ia dapat memastikan sumber makanan yang sihat sekali gus mampu mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan penduduk.

Cattan menerima tunjuk ajar daripada Gabriela Vargas, 43, seorang bekas jurugambar. Wanita itu mula berkebun di bahagian balkoni rumahnya sejak 12 tahun lalu bagi mendapatkan sumber makanan yang segar, berkhasiat untuk anak perempuannya.

Kebun buah

"Selepas saya memulakannya 12 tahun lalu, saya memberanikan diri menanam salad di apartmen anak perempuan saya. Sekarang, konsep penanaman sebegini sudah menjadi trend," kata Vargas, pengarah projek Cultivate City yang memberi khidmat nasihat kepada pihak sekolah, institusi dan individu perseorangan.

Tahun lalu, organisasinya telah menyumbang 6,000 pokok kepada beberapa daerah di Mexico City.

Kini, dia merancang membina sebuah kebun yang ditanam buah-buahan seperti epal, jambu batu dan pic.

Pihak berkuasa turut menawarkanya sebidang tanah seluas 1,650 meter persegi iaitu bekas tapak bangunan yang telah dirobohkan.

Ketika keseluruhan bandar raya itu semakin menghijau, asap tebal masih kelihatan dan sering menyelubungi kawasan pergunungannya.

Biarpun, paras gas karbon monoksida dalam udaranya menurun sebanyak 90 peratus sejak dua dekad lalu, paras ozon di Mexico City masih lagi di bawah paras yang dibenarkan di samping kehadiran partikel terampai dan bahan pencemar lain.

"Berita baiknya, perubahan sikap ini menyebabkan paras ozon terus konsisten sejak sedekad lalu," kata Armando Retama, timbalan pengarah perkhidmatan pemantauan udara di bandar raya itu.

"Jika tabiat ini berterusan, masalah yang menghantui Mexico City kini pasti dapat diselesaikan dalam tempoh sedekad." – AFP

Bandar raya mesra alam

Posted:

Bandar raya mesra alam

Bandar raya mesra alam


SEMAKIN ramai penduduk di di bandar raya Mexico City menyedari kepentingan untuk menjaga alam sekitar.


REVOLUSI hijau mula meresap ke seluruh Mexico City yang sebelum ini terkenal dengan masalah pencemaran udara sehingga digelar Makesicko City oleh novelis terkenal, Carlos Fuentes.

Penduduknya kini gigih menanam pokok dan sayur-sayuran, mengayuh basikal dan teksi elektrik sebagai pengangkutan sekali gus mengubah landskap metropolis dikongsi lebih 20 juta penduduk dan empat juta kenderaan itu.

"Kami nekad melakukannya demi melestarikan alam sekitar," kata Elias Cattan, arkitek berusia 33 tahun sambil menunjukkan pelbagai jenis sayur yang di tanam di atas meja dan sekitar balkoni bumbung pejabatnya.

"Penting untuk kita menjaga bumi pada hari ini demi kepentingan generasi masa hadapan," kata Cattan ketika hujan rintik mula membasahi bumbung pejabatnya setinggi lima tingkat yang terletak di kejiranan elit di Condesa itu.

Seperti penduduk-penduduk lain di bandar raya itu, Cattan selesa menggunakan basikal ke tempat kerjanya menyusuri laluan-laluan utama yang terkenal dengan masalah trafik.

Kira-kira dua dekad lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Mexico City sebagai bandar raya paling tercemar di dunia.

Fuentes menggambarkannya sebagai hujan asid berwarna hitam dalam novelnya, Christopher Unborn.

Hakikatnya pencemaran udara yang berlaku sangat kritikal sehingga burung-burung yang berterbangan mati sebaik sahaja melintasi metropolis yang terletak 2,240 meter di atas paras laut itu.

Biarpun pencemaran udara di Mexico City masih berada pada tahap tertinggi, namun ia tidak lagi tersenarai sebagai 10 negara paling tercemar di dunia.

Ia berpunca daripada penguatkuasaan ketat undang-undang jalan raya dan sektor industri.

Kerajaan baharu yang diperintah parti berhaluan kiri telah melaksanakan dasar hijau sejak tahun 2007 bagi mengubah bandar raya itu.

Lebih penting, usaha itu turut mendapat sokongan padu warganya yang mahu mengubah tabiat mereka.

Antara usaha yang dilakukan ialah dengan menanam lebih 500,000 pokok di seluruh bandar raya, memperluaskan program pinjaman basikal, membuka laluan baharu keretapi bawah tanah dan memperkenalkan bas berkonsepkan mesra alam yang menggunakan gas asli.

Teksi elektrik

Teksi-teksi elektrik boleh dilihat menjalar di sekitar bandar raya itu sejak pertengahan tahun ini.

Ia mendapat bekalan kuasanya daripada stesen-stesen kuasa yang menggunakan 25 peratus tenaga daripada panel solar. Teksi yang sudah dicaj mampu berada di atas jalan raya selama enam jam.


SATU ketika dahulu, Mexico City pernah diiktiraf sebagai bandar raya paling tercemar di dunia.


Salah seorang pemandu teksi, Cristobal Reynoso, berkata, pelanggan hanya menyedari mereka menaiki kenderaan elektrik sebaik sahaja berada di dalamnya.

"Mereka sangat teruja apabila mengetahui kenderaan yang dinaiki itu menggunakan elektrik, tidak memerlukan petrol atau paip ekzos. Kesedaran menjaga kepentingan menjaga alam sekitar sebenarnya semakin meningkat," kata Reynoso.

Kawasan Chapultepec Park yang menjadi lokasi barangan kitar semula sering menjadi tumpuan pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan.

Pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan, sebahagian besar penduduk tertumpu ke Chapultepec Park.

Mereka membawa pelbagai barangan kitar semula untuk didagangkan melalui sistem barter dengan produk-produk makanan seperti tomato, jagung dan sayur kaktus.

Pihak korporat juga tidak terkecuali memainkan peranan penting. Antaranya VerdMX, yang mengambil inisiatif mewujudkan taman dan landskap hijau bertujuan memastikan udara sentiasa bersih dan segar. Antara struktur yang paling menyerlah ialah di Chapultepec Avenue.

Menanam pelbagai spesies pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran pastinya memerlukan kreativiti dan ilmu. Justeru, pihak berkuasa turut melantik kumpulan pakar yang memberikan nasihat kepada mereka yang mahu mempelajari teknik berkebun di dalam bangunan.

"Ia mudah, murah dan menyeronokkan," kata Liliana Balcazar, timbalan pengarah pusat pendidikan alam sekitar yang bertanggungjawab memberikan latihan kepada penduduk di bandar raya itu.

"Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja asalkan ia mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya lima hingga enam jam sehari."

"Ia umpama sebuah desa di dalam bandar raya," jelas Balcazar sambil menambah ia dapat memastikan sumber makanan yang sihat sekali gus mampu mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan penduduk.

Cattan menerima tunjuk ajar daripada Gabriela Vargas, 43, seorang bekas jurugambar. Wanita itu mula berkebun di bahagian balkoni rumahnya sejak 12 tahun lalu bagi mendapatkan sumber makanan yang segar, berkhasiat untuk anak perempuannya.

Kebun buah

"Selepas saya memulakannya 12 tahun lalu, saya memberanikan diri menanam salad di apartmen anak perempuan saya. Sekarang, konsep penanaman sebegini sudah menjadi trend," kata Vargas, pengarah projek Cultivate City yang memberi khidmat nasihat kepada pihak sekolah, institusi dan individu perseorangan.

Tahun lalu, organisasinya telah menyumbang 6,000 pokok kepada beberapa daerah di Mexico City.

Kini, dia merancang membina sebuah kebun yang ditanam buah-buahan seperti epal, jambu batu dan pic.

Pihak berkuasa turut menawarkanya sebidang tanah seluas 1,650 meter persegi iaitu bekas tapak bangunan yang telah dirobohkan.

Ketika keseluruhan bandar raya itu semakin menghijau, asap tebal masih kelihatan dan sering menyelubungi kawasan pergunungannya.

Biarpun, paras gas karbon monoksida dalam udaranya menurun sebanyak 90 peratus sejak dua dekad lalu, paras ozon di Mexico City masih lagi di bawah paras yang dibenarkan di samping kehadiran partikel terampai dan bahan pencemar lain.

"Berita baiknya, perubahan sikap ini menyebabkan paras ozon terus konsisten sejak sedekad lalu," kata Armando Retama, timbalan pengarah perkhidmatan pemantauan udara di bandar raya itu.

"Jika tabiat ini berterusan, masalah yang menghantui Mexico City kini pasti dapat diselesaikan dalam tempoh sedekad." - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved