Isnin, 26 November 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kenduri saji lauk basi

Posted:

Kenduri saji lauk basi

Kenduri saji lauk basi

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

NAZURAH dan Nazli terpaksa bergaya di pelamin dalam keadaan perasaan mereka remuk selepas majlis kenduri perkahwinan tercemar dengan sajian basi.


BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.

Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelajar cedera selepas kaki dibaham buaya Pasir Panjang

Posted:

Pelajar cedera selepas kaki dibaham buaya Pasir Panjang

Pelajar cedera selepas kaki dibaham buaya Pasir Panjang

Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my


KESAN gigitan buaya pada kaki Muhd. Azlan.


KUCHING – Buaya di Pantai Pasir Panjang, Santubong dekat sini kembali mengganas dengan membaham kaki kanan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhd. Azlan Marzuki dalam kejadian pukul 6 petang kelmarin.

Ia merupakan serangan kedua tahun ini selepas kaki seorang remaja, Ashley Austin, 14, dibaham buaya di pantai itu pada Ogos lalu.

Muhd. Azlan, 20, menceritakan, dia sedang mandi kira-kira 10 meter dari pantai sebelum seekor buaya yang dipercayai sepanjang tiga meter membaham kaki kanannya dari belakang dan cuba mengheretnya ke dalam air.

Dalam keadaan panik, pelajar Sains Sukan UiTM Samarahan itu sempat mengerah kudrat selama 15 minit dengan meronta-ronta sambil menendang kepala reptilia itu beberapa kali dengan kaki kirinya sebelum dia akhirnya dilepaskan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Didera kerana bangun lambat

Posted:

Didera kerana bangun lambat

Didera kerana bangun lambat

Oleh ABD. RAZAK OSMAN
razak@kosmo.com.my


BEGINILAH keadaan muka Suryani selepas mendakwa didera majikannya di Taman Sejahtera, Sungai Petani kelmarin.


SUNGAI PETANI – Seorang gadis Indonesia tidak menduga kedatangannya ke sini untuk mencari rezeki halal sebagai pembantu rumah berakhir dengan dia mendakwa menjadi mangsa kekejaman majikan berketurunan Cina yang rakus menderanya sejak enam bulan lalu.

Tidak tahan apabila sering dipukul dan dimaki hamun, Suryani Abdullah, 21, dari Jakarta, Indonesia akhirnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Sejahtera di sini pada pukul 12 tengah hari kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, Suryani mendakwa, sejak bekerja di rumah majikannya itu, dia terpaksa menanggung azab apabila dikerah untuk bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah sehingga lewat malam.

Dakwanya, selain itu, dia sering diugut untuk dihantar pulang jika enggan menurut perintah.

"Majikan saya selalu arahkan saya bangun awal pagi untuk membuat kerja rumah. Pada malam Jumaat lalu, saya diarah bangun pada pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja sehingga lewat malam.

"Ekoran itu, saya telah terlajak tidur sehingga pukul 7 pagi keesokan harinya akibat terlalu penat. Majikan yang tidak berpuas hati dengan alasan saya bertindak memukul tangan, badan dan muka dengan benda tumpul hingga bengkak dan sakit," dakwanya yang masuk ke negara ini melalui agensi pekerja asing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved