Isnin, 26 November 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


54 ketua kampung ditauliah Leftenan Bersekutu Rela

Posted:

54 ketua kampung ditauliah Leftenan Bersekutu Rela

54 ketua kampung ditauliah Leftenan Bersekutu Rela


RAJA AHMAD ZAINUDDIN (duduk tengah) bersama ketua-ketua kampung Parlimen Larut yang ditauliahkan pangkat Leftenan Bersekutu Rela pada majlis di Dewan Tebing Tinggi, Selama baru-baru ini.


SEGAK. Seramai 54 ketua kampung dalam Parlimen Larut ditauliahkan sebagai Leftenan Bersekutu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pada satu majlis khas di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, Selama, Perak baru-baru ini.

Pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kubu Gajah, Kol. Kehormat (Rela) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan disaksikan oleh Pengarah Rela Negeri Perak, Brig. Jen. (Rela) Mohd. Khariri Abu Hassan.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, walaupun pasukan Rela diwujudkan sebagai jentera keselamatan, penglibatan pasukan itu dalam kerja-kerja kemasyarakatan khasnya harus ditingkatkan.

"Saya harap pentauliahan ini juga dapat merangsang ketua kampung untuk terus menabur bakti dalam menjaga keamanan di kawasan masing-masing dan seterusnya memastikan tanggungjawab mereka dikoordinasikan," katanya.

1MDB sampaikan bantuan kepada nelayan

Posted:

1MDB sampaikan bantuan kepada nelayan

1MDB sampaikan bantuan kepada nelayan


SEBAHAGIAN nelayan gembira menerima bantuan sara hidup nelayan di Balik Pulau baru-baru ini.


PRIHATIN. Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menyerahkan bantuan kepada 3,652 isi rumah yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan pada satu majlis di Balik Pulau baru-baru ini.

Bantuan yang disampaikan termasuk bot, enjin sangkut, pukat bawal, kotak makanan, cermin mata, pakaian dan peralatan persekolahan, jaket keselamatan serta wang saku RM100 untuk murid sekolah.

Pengarah program berkenaan, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, ia melibatkan peruntukan RM1.7 juta dengan seliaan daripada Persatuan Nelayan Kawasan Balik Pulau dan Teluk Bahang.

"Pada program ini, kita turut adakan pemeriksaan kesihatan secara percuma, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata serta sumbangan 50 buah basikal fixie kepada pelajar cemerlang," katanya.

Pemuda UMNO Tebrau lancar Tabung Gaza

Posted:

Pemuda UMNO Tebrau lancar Tabung Gaza

Pemuda UMNO Tebrau lancar Tabung Gaza


NOR AZHAR (bersongkok) mengisi Tabung Gaza sempena pelancaran Tabung Bantuan Gaza di Johor Bahru baru-baru ini.


LANCAR. Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau melancarkan Tabung Bantuan Gaza baru-baru ini dalam usaha membantu meringankan penderitaan rakyat Islam Palestin di Semenanjung Gaza.

Pelancaran tabung yang disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Nor Azhar Abdul Hamid itu menyasarkan kutipan minimum sebanyak RM5,000 sehingga pertengahan Disember ini.

Menurut Nor Azhar, kutipan juga akan dilakukan di semua 70 cawangan UMNO dalam kawasan Parlimen Tebrau.

Katanya, kutipan tersebut juga sebagai bukti mereka membantah dan mengutuk kekejaman yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved