Sabtu, 27 Oktober 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat pekerja kimpalan lemas ditemui

Posted:

Mayat pekerja kimpalan lemas ditemui

27/10/2012 7:01pm

KUALA TERENGGANU — Mayat seorang pekerja kimpalan yang lemas petang semalam ditemui terdampar berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Chendering dekat sini petang tadi.

Mayat Tuan Syed Ahmad Saufi Tuan Mohamad, 26, ditemui kira-kira pukul 1.50 petang, lima kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Mangsa dikatakan dihanyutkan ombak ketika mandi-manda bersama empat lagi adik-beradiknya di Pantai Chendering kira-kira pukul 6 petang.

Menurut sepupu mangsa, Mohamad Ramli, 30, mangsa memang telah lama berhajat untuk mandi di pantai tersebut bagi meraikan Aidiladha.

Katanya, ketika itu dia berada di rumah dan terus bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Mangsa merupakan anak keenam daripada 11 orang adik-beradik.

"Semasa mereka sedang mandi, tiba-tiba datang ombak kuat dan mangsa seakan-akan ditarik ke tengah laut.

"Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkannya namun gagal dan dia nyaris turut lemas," kata Mohamad di tempat kejadian.

Sementaraa itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Radzilah berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula sejak pukul 6.40 petang semalam dengan disertai oleh tujuh anggota dari balai Kuala Terengganu.

Katanya, operasi itu diteruskan pada sebelah malam namun terpaksa dihentikan berikutan cuaca yang agak gelap dengan keadaan ombak yang agak kuat.

"Operasi disambung semula pagi ini dengan jumlah anggota yang lebih ramai iaitu sebanyak 20 orang dengan turut menggunakan dua buah bot dan dua buah jet ski.

"Selain itu kita juga menerima bantuan sampingan daripada APMM (Agensi Pengutakuasaan Maritim Malaysia), PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Jabatan Pertahanan Awam," kata Mohamed Zulkhairul.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat. — BERNAMA

Mahalli wakili pasukan Selangor musim depan

Posted:

Mahalli wakili pasukan Selangor musim depan

27/10/2012 5:38pm

KUALA LUMPUR — Pemain pertahanan kanan Harimau Muda A, Mahalli Jasuli mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi pasukan Selangor bermula musim depan kerana telah melebihi had umur untuk bermain dengan pasukan remaja kebangsaan itu.

Skuad Harimau Muda A terdiri daripada pemain berusia 23 tahun dan ke bawah yang dikendalikan oleh Ong Kim Swee.

Anak jati Selayang Baru, Selangor berusia 23 tahun itu berkata, beliau memilih untuk bermain bersama skuad Merah Kuning musim depan kerana pernah mewakili skuad bawah 19 tahun Selangor pada zaman remaja.

"Saya telah lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai dari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada minggu lepas dan bakal menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat," katanya di sini hari ini.

Beliau merupakan pemain kedua yang mengesahkan untuk bermain dengan pasukan juara 32 kali Piala Malaysia itu selepas pemain tengah Negeri Sembilan S. Kunalan menyatakan hasrat yang sama semalam. — BERNAMA

Van Skuad Sayang Wanita UMNO disimbah cat

Posted:

Van Skuad Sayang Wanita UMNO disimbah cat

27/10/2012 5:34pm

KUALA LUMPUR — Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka.

Ketuanya, Zaleha Najmuddin berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.

"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita UMNO yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita UMNO," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan pada pukul 2.10 petang tadi bagi dijalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseks

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved