Sabtu, 27 Oktober 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Henti kaitkan nama Datuk J - Tasha

Posted:

Henti kaitkan nama Datuk J - Tasha

SATU persatu kontroversi muncul mengaitkan pelakon sensasi, Tasha Shilla dengan Datuk J. Walaupun Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, sudah banyak kali menafikan perkara itu, tetapi pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 itu terus dihimpit dengan isu yang sama.

Terkini, Tasha dikatakan terpilih sebagai duta kempen fesyen I Love Malaysian Designers anjuran syarikat milik Datuk J.

"Hentikanlah kaitkan Tasha dengan Datuk J. Tasha tidak mahu lagi komen tentang dia sebab Tasha sendiri tidak tahu Datuk J mana yang dimaksudkan itu. Kalau betul Datuk J itu wujud, Tasha sendiri pun teringin mahu jumpa dengan dia.

"Tasha tidak faham kenapa diri ini sering dikaitkan dengan Datuk J. Tidak cukup dengan isu ditaja kereta mewah oleh Datuk J, berparti dan menari tiang dengan lelaki itu, terbaru Tasha dikaitkan pula dengan pemilihan sebagai duta kempen I Love Malaysian Designers kononnya anjuran syarikat milik lelaki tersebut," jelasnya.

Menegaskan kempen tersebut bukan anjuran syarikat milik Datuk J, jelas Tasha, ia dianjurkan oleh Brew & Skittles yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mutiara Bahir.

Mengenai kereta mewah itu juga, jelas Tasha, ia bukan ditaja oleh sesiapa tetapi dia membelinya dengan duit sendiri melalui bantuan ibu saudaranya.

"Selepas ini, kalau saya beli rumah, jangan kaitkan lagi dengan tajaan Datuk J," ujarnya sinis.

Mengakui cukup kecewa dan sedih dengan semua kontroversi yang telah melanda dirinya, luah Tasha, dia berusaha keras untuk mengecapi segala apa yang diperolehnya pada hari ini dan ia bukan hasil tajaan mana-mana individu.

"Walaupun Tasha kelihatan tenang tetapi sebenarnya Tasha sedih dengan kontroversi yang melanda diri. Selama ini, Tasha tidak melenting dan orang berterusan mengaitkan Tasha dengan Datuk J.

"Tahap kesabaran kita pun ada batasnya. Jika kontroversi masih lagi menghimpit, Tasha mungkin tidak lagi akan bersabar," ujarnya seolah-olah mengeluarkan amaran.

Tasha memohon, agar kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan Datuk J tidak lagi diungkit mahupun diperbesar-besarkan kerana ia turut mengaitkan keluarganya.

"Tasha kasihan dengan keluarga terutamanya ayah. Dia terpaksa berhadapan dengan tanggapan negatif daripada orang sekeliling. Tasha tidak mahu lagi timbul isu dengan Datuk J. Tasha hanya mahu fokus terhadap kerjaya," ujarnya.

Mengakui mempunyai ramai kawan, kata Tasha, dia kini masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

"Bila orang sering mengaitkan Tasha dengan Datuk J, mungkin sebab itu tiada lelaki yang berani mendekati diri ini," seloroh Tasha.

Strategi raih undi

Kejayaan Tasha menggenggam trofi Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2012 sebelum ini ditohmah kononnya mendapat bantuan daripada Datuk J yang membeli undi.


TASHA menegaskan dia sendiri tidak mengetahui siapakah gerangan Datuk J yang sering digosip menjalinkan skandal dengan dirinya.


Terkini, kemenangannya pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 untuk kategori Heroin Baru Terhebat pula didakwa pula hasil bantuan pengurusnya.

Khabarnya, pengurus Tasha yang hanya mahu dikenali sebagai Embun itu sanggup ke hulu dan ke hilir meraih dan meminta orang ramai mengundi artisnya itu.

Jelas Embun: "Benda ini (raih undi) sebenarnya strategi untuk membantu Tasha menang. Saya bukan berjumpa dengan orang yang tidak dikenali untuk meraih undi sebaliknya bertemu rakan-rakan saya dan Tasha.

"Tasha tidak diberitahu pun akan hal ini. Selepas usaha itu selesai, baru saya beritahu Tasha. Saya ingat Tasha akan marah, tetapi rupa-rupanya dia tidak kisah pun."

Mengulas perkara itu, Tasha menganggap pengurusnya itu seperti keluarga. Segala tindakan yang Embun lakukan untuk dirinya akan diterimanya dengan terbuka.

"Sebenarnya kemenangan Tasha adalah rezeki. Tasha rasa bersyukur," akuinya.

Gegaran dua pentas Rockaway

Posted:

Gegaran dua pentas Rockaway

PENONTON dilanda histeria menyambut kemunculan Radhi dan kumpulannya, OAG mengalunkan lagu-lagu hit mereka.


KEHEBATAN band antarabangsa dan tempatan menggegarkan pentas Festival Rockaway 2012 yang berlangsung pada minggu lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Selangor melakar sejarah tersendiri apabila dua persembahan berjalan serentak menggunakan dua pentas yang berbeza.

Festival muzik metal rock yang berlangsung selama 12 jam itu juga menyaksikan beberapa buah band tempatan yang sudah lama tidak beraksi kembali menunjukkan taring masing-masing di depan peminat.

Anggota kumpulan ska terkenal, Gerhana Ska Cinta (GSC) buat pertama kalinya bergabung semula di atas pentas persembahan setelah lima tahun menyepi tanpa sebarang perkembangan baharu.

Ternyata, kehadiran mereka bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah lagu-lagu yang disampaikan oleh mereka masih diingati oleh sebahagian besar penonton yang hadir.

Vokalis kumpulan tersebut, Widi memberitahu, mereka berasa puas kerana dapat menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi setelah sekian lama tidak muncul dengan lagu mahupun album baharu.

"Walaupun masing-masing sibuk dengan keluarga dan komitmen lain, kami tetap mencari masa yang sesuai untuk berlatih bagi menjayakan Rockaway Festival pada kali ini," katanya ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan.

Selain Gerhana Ska Cinta, turut sama menghangatkan pentas utama Rockway Festival 2012 yang terletak di ruang helipad itu ialah kumpulan OAG yang diterajui vokalisnya, Radhi.

Radhi yang baru sahaja selesai menjalani rawatan di rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) kelihatan cukup bertenaga mempersembahkan rangkaian lagu-lagu baharu ciptaannya.

Penonton seperti diserang histeria apabila Radhi mula menyampaikan lagu-lagu popular OAG seperti Generasiku, Di Tanah Airku dan 60s TV.

Radhi memberitahu, selain dirinya, OAG kini turut dianggotai empat pemuda berbakat besar yang merupakan penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Dalam pada itu, kumpulan Go Gerila tidak ketinggalan menghangatkan Rockaway Festival 2012.

Aizat Amdan selaku vokalis Go Gerila berkata, dia serta ahli kumpulannya berasa sungguh teruja kerana ini adalah kali pertama mereka diundang untuk membuat persembahan di hadapan ribuan peminat muzik rock tempatan.

KETERUJAAN jelas terpancar pada wajah tiga anggota I-Revival (dari kiri) Adam, Johan dan Khairul.


Go Gerila menghiburkan peminat dengan lagu-lagu popular mereka seperti Hadiah, Outlaw, Biso Benar, Soldier's Eyes dan Black Box.

Dianjurkan oleh Livescape Asia dan Telekom Malaysia Berhad, festival yang bermula sejak pukul 12 tengah hari Sabtu dan berakhir tengah malam yang sama itu nyata memberikan impak positif buat peminat-peminat muzik di Malaysia.

Kumpulan The Padangs memulakan persembahan di pentas utama, manakala konsert di pentas kedua dicetuskan oleh The Johnny Comes Lately.

Pentas utama Festival Rockaway 2012 turut digegarkan lagi dengan persembahan mantap kumpulan Unearth, Set Your Goals, MXPX All Stars, I-Revival, Massacre Conspiracy, Bunkface, Love Me Butch, Hujan dan Koffin Kanser.

Kumpulan heavy metal tersohor dari Amerika Syarikat, Soulfy menjadi band terakhir membuat persembahan sekali gus menutup acara yang sudah masuk tahun ketiga penganjurannya itu.

Ibu penghalang cinta Jupe

Posted:

Ibu penghalang cinta Jupe

WALAUPUN sudah lama menjalinkan hubungan istimewa, ternyata ikatan cinta antara Julia Perez atau Jupe dengan kekasihnya, Gaston Castano seperti tiada kesudahannya.

Semuanya gara-gara ibu pelakon seksi itu, Sri Wulansih yang masih lagi tidak merestui hubungan cinta anaknya dengan pemain bola sepak kacak itu.

Menurut Sri Wulansih, dia tetap tidak akan merestui percintaan anaknya itu, tetapi tidak mahu memberikan alasan yang kukuh mengenainya.

"Kalau dia masih bercinta dengan Gaston, saya tidak bersetuju dengan hubungan mereka.

"Buat masa ini saya enggan mengulas lanjut, tetapi saya rasa Jupe tahu kenapa saya bertindak sedemikian," tegasnya kepada wartawan Indonesia ketika ditemui pada acara Insert Awards di Jakarta baru-baru ini.

Ternyata Jupe yang berada di sebelah ibunya ketika itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved