Ahad, 7 Oktober 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Wanita paling ramai derma organ

Posted:

Wanita paling ramai derma organ

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
berita@kosmo.com.my

LAM THYE (duduk) melihat pelajar Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Nur Athirah Aripin, 21, (kiri) mendaftar nama sebagai penderma organ di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Golongan lelaki sepatutnya rasa tercabar untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan pemindahan organ selepas statistik Pusat Sumber Transplan Nasional mendapati bahawa wanita yang lebih ramai menandatangani ikrar mendermakan anggota tubuh masing-masing dengan membabitkan 112,224 orang.

Jumlah itu membentuk 55 peratus daripada 205,478 penderma di seluruh negara dengan lelaki pula seramai 92,263 orang atau 45 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, selain angka yang besar dalam kalangan penderma wanita, pihaknya juga bangga dengan kesediaan belia berumur antara 25 hingga 35 tahun yang mewakili lebih 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penderma.

"Ini adalah hasil daripada usaha kita menumpukan kempen di sekolah, kolej dan universiti seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran golongan muda tentang kepentingan menderma organ.

"Golongan muda menjadi sasaran utama kempen dan kita berharap mereka bukan sahaja akan berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pengikrar bahkan turut menyebarkan pula maklumat kepada masyarakat setempat," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan serius tangani masalah mental remaja

Posted:

Kerajaan serius tangani masalah mental remaja

TIONG LAI bersama petugas majlis Hari Kesihatan Mental Sedunia di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan memandang serius trend peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun ke bawah di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik menunjukkan masalah kesihatan mental melibatkan golongan itu meningkat kepada 13 peratus pada 1996, 19.4 peratus pada 2006 dan 20 peratus tahun lalu.

"Kita amat bimbang dengan trend peningkatan masalah kesihatan mental remaja dan kanak-kanak kerana ia dikhuatiri boleh membantutkan proses pembangunan kerana golongan ini merupakan aset negara," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di sini semalam.

Beliau menarik perhatian bahawa golongan remaja dan kanak-kanak kini dipengaruhi internet dan teknologi komunikasi sehingga kurang berinteraksi manakala ibu bapa yang sibuk bekerja pula memandang ringan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang disimbah cat

Posted:

Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang disimbah cat

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

TONG KEONG menunjukkan keretanya yang disimbah cat merah dan cermin belakang dipecahkan oleh individu tidak dikenali di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Kereta milik Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong menjadi mangsa khianat apabila disimbah cat merah manakala cermin belakang kenderaan itu turut dipecahkan petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.10 petang di tempat letak kereta pejabat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Penang Free (OFA) di Jalan Sultan Ahmad Shah dekat sini.

Tong Keong ketika ditemui memberitahu, beliau tiba di OFA pada pukul 2.50 petang untuk bertemu dua rakannya bagi membincangkan beberapa program politik di negeri ini yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

Katanya, kejadian berlaku semasa hujan lebat dan hanya disedari oleh seorang pelayan di situ.

"Pelayan itu memberitahu saya bahawa kereta jenis Nissan Sylphy milik saya disimbah cat merah dan dia ternampak dua lelaki memakai baju hujan menaiki motosikal meninggalkan tempat itu secara tergesa-gesa.

"Saya bersama rakan kemudian bergegas keluar memeriksa kerosakan pada kereta. Walaupun tidak menuduh sesiapa tetapi saya percaya tindakan itu ada kaitan dengan politik," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved