Isnin, 22 Oktober 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTM

Posted:

Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTM

berita@kosmo.com.my

JIMMY (tengah) sedang menerangkan sesuatu kepada Sahol Hamid mengenai rekaan kasut di UiTM, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo sebagai Profesor di atas peranan beliau untuk membantu institusi tersebut melahirkan pereka kasut bertaraf dunia.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, melalui pelantikan itu, Jimmy akan bekerjasama dengan pihak universiti dari semasa ke semasa untuk menyumbang kepakaran beliau dan membawa pakar dalam rekaan kasut dari luar negara ke UiTM.

Menurut beliau, sebagai pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia, adalah satu kerugian sekiranya UiTM tidak menggunakan kepakaran dan kemahiran Jimmy untuk memberi sumbangan kepada anak tempatan.

"Penganugerahan Profesor yang diberi oleh UiTM kepada beliau menandakan kerjasama yang lebih erat antara UiTM dan Jimmy untuk membawa pakar teknologi rekaan kasut dari luar negara ke UiTM pada masa depan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada motif untuk membunuh

Posted:

Tiada motif untuk membunuh

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
jenayah@kosmo.com.my


NORIZAN pada sidang akhbar di kediamannya di Taman Dagang, Ampang, Selangor semalam.


AMPANG - Setelah hampir sebulan menjalani rawatan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali percaya serangan ke atasnya yang nyaris meragut nyawa bulan lepas bukan satu rancangan untuk membunuhnya sebaliknya bermotifkan samun semata-mata.

Malah beliau yang kini sudah hampir pulih daripada kecederaan akibat ditetak dengan pedang pada perut dan tangan kiri, menafikan serangan itu bermotifkan politik.

Beliau turut menafikan serangan tersebut ada kaitan dengan perjuangannya menentang gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Ia hanya satu cubaan samun ke atas saya. Tiada unsur dendam seteru politik mahupun berkaitan perjuangan saya seperti dispekulasikan oleh majalah hiburan dan blogger," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini semalam.

Norizan, 41, diserang dua lelaki bersenjatakan pedang dan kayu pada 24 September lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Dagang di sini pada pukul 3.30 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Idea MB Selangor tak praktikal

Posted:

Idea MB Selangor tak praktikal

MUHYIDDIN (tiga dari kiri) membuat tinjauan di Empangan Sungai Selangor, Hulu Langat semalam.


HULU LANGAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menggunakan teknologi penapis air membran adalah tidak praktikal kerana ia tidak dapat menambah bekalan air malah melibatkan kos yang lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri yang merujuk perkara itu kepada pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, penggunaan teknologi tersebut yang dijangka menjangkau lebih RM3 bilion di 34 loji di Selangor itu tidak dapat menjamin kualiti air.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri Selangor memberi kelulusan untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.

"Saya tidak faham kenapa perlu gunakan teknologi itu untuk menyelesaikan masalah air. Penggunaan teknologi itu bukan jalan penyelesaiannya. Ia tidak berdaya maju kerana dari segi kosnya adalah lebih tinggi," katanya selepas melawat tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved