Kosmo Online |
- Banjir: 30 kanak-kanak tadika terperangkap
- Bahan letupan: Jurutera dilepas, dibebaskan
- Gading gajah dan kraf tangan RM4j dirampas
Banjir: 30 kanak-kanak tadika terperangkap Posted: Luar Bali dalam Inggeris AURA ketenangan pantas meresapi minda tatkala bertamu di kediaman Dwi Khirma Kamal Mohd. Kamal, 30. Landskap lamannya yang walaupun kecil mempunyai tarikan tersendiri khususnya tumbuhan berdaun lebar dan hijau yang bagaikan mengalu-alukan kedatangan tetamu. Lagi... Ereksi petunjuk kesihatanSALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi. Lagi... |
Bahan letupan: Jurutera dilepas, dibebaskan Posted: Bahan letupan: Jurutera dilepas, dibebaskan13/12/2011 8:39pm PETALING JAYA – Seorang jurutera dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada dua pertuduhan memiliki bahan letupan dua tahun lepas. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap K. Saravana Kumar, 53. Dalam penghakimannya, Ahmad Solihin berkata, keterangan saksi menunjukkan mereka tidak mendengar atau melihat tertuduh melakukan kesalahan itu dan tidak ada pemeriksaan kimia bagi membuktikan bahan tersebut adalah letupan. Saravana didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang di bawah pencawang TNB Taman Medan dan di sebuah tempat di No 4, Lorong PJS 2A/11 F, Taman Medan pada 1.30 tengah hari dan 5.35 petang, 30 Oktober 2009. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Gading gajah dan kraf tangan RM4j dirampas Posted: Gading gajah dan kraf tangan RM4j dirampas13/12/2011 8:20pm PELABUHAN KLANG – Kastam Selangor telah berjaya menumpaskan cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup 15 tan (15,000kg) gading gajah dan kraf tangan diperbuat daripada gading bernilai empat juta ringgit di Pelabuhan Barat di sini. Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, gading berkenaan berasal dari Kenya dan kraf tangan ditemui dalam sebuah kontena berukuran enam meter (20 kaki) panjang ditahan menerusi satu sistem pengesan Khamis lepas dan diperiksa dengan teliti semalam. "Kontena ditahan hasil maklumat orang awam. Apabila diperiksa dengan teliti pihak kami menemui bungkusan gading gajah itu diisi dalam kotak berwarna coklat dalam kontena di bahagian belakang bersama kraf tangan," katanya di satu sidang akhbar di sini hari ini. Azis berkata, siasatan awal mendapati gading yang diisytihar sebagai "kraf tangan diperbuat daripada batu sabun" itu dalam pemindahan ke pelabuhan Tanjong Pelepas dari Pelabuhan Mombasa, Kenya, menuju destinasi terakhir di Sihanoukville, Kemboja. Menurutnya, pihak kastam akan menyerahkan kraf tangan tersebut dipercayai diperbuat daripada gading ke Jabatan Kimia bagi menentukan bahannya. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan