Isnin, 5 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Venus Williams sertai Terbuka Malaysia 2012

Posted:

Venus Williams sertai Terbuka Malaysia 2012

Venus Williams sertai Terbuka Malaysia 2012

05/12/2011 9:10pm

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams dari Amerika Syarikat adalah antara tiga pemain utama bakal menjadi tarikan utama pada Kejohanan Tenis Wanita BMW Terbuka Malaysia 2012.

Selain Williams, kejohanan bernilai AS$220,000 (RM689,484) itu turut menarik penyertaan pemain nombor sembilan dunia, Marion Bartoli dari Perancis dan bintang meningkat dari China, Peng Shuai.

Kejohanan itu akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort di sini dari 27 Februari hingga 4 Mac tahun depan.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Tan Sri Abdul Razak Latiff berkata, kejohanan itu merupakan batu loncatan untuk negara membawa sukan tenis ke peringkat yang lebih tinggi.

"Ini terbukti dengan kehadiran barisan pemain yang menarik dan paling popular dan saingan di sini pasti lebih hangat dan kompetitif," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kejohanan tersebut yang merupakan siri jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) menampilkan 32 pemain perseorangan utama dunia dan 16 beregu dalam pertandingan kalah mati. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Dapur gas meletup, suri rumah maut melecur

Posted:

Dapur gas meletup, suri rumah maut melecur

Dapur gas meletup, suri rumah maut melecur

05/12/2011 8:53pm

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah maut akibat melecur teruk, manakala suaminya cedera di bahagian tangan dan kaki selepas dapur gas di rumah mereka di tingkat 15, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya di sini, meletup hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 petang semasa Tutty Suri Yati Abd Manan, 34, dipercayai sedang memasak di ruang dapur rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Anuar berkata, wanita itu melecur hampir 80 peratus daripada keseluruhan badan, manakala suaminya melecur di bahagian tangan dan kaki.

Beliau berkata, tiga jentera bomba bersama 21 anggota dari balai Setapak, Wangsa Maju dan Jelatek bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.21 petang, dan sebaik tiba, api yang merebak itu sudah dipadamkan oleh orang ramai.

Tutty Suri Yaty disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 4.59 petang, manakala suaminya Raja Basir Ali Peer Bux, 56, masih sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Raja Basir dipercayai cuba menyelamatkan isterinya selepas mendengar bunyi letupan dan melihat api mula marak di ruang dapur rumah. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Sukan Para ASEAN: 120 atlet bawa cabaran

Posted:

Sukan Para ASEAN: 120 atlet bawa cabaran

Sukan Para ASEAN: 120 atlet bawa cabaran

05/12/2011 8:50pm

KUALA LUMPUR – Seramai 120 atlet paralimpik negara meletakkan sasaran 57 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN yang akan berlangsung di Solo (Surakarta), Indonesia dari 12 hingga 22 Disember ini.

"Secara keseluruhan, kontinjen kita adalah seramai 180 orang, merangkumi atlet, pembimbing, jurulatih dan pegawai pengurusan," kata ketua kontinjen Malaysia, Datuk Borhan Dollah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan di Bukit Jalil di sini, hari ini.

"Kita telahpun memulakan program persediaan sejak berakhirnya Sukan Para ASEAN yang lepas di sini. Bagaimanapun, sasaran pingat emas pada temasya kali ini adalah tidak tinggi berbanding temasya lepas," kata Borhan, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan.

Pada edisi kelima di Kuala Lumpur pada 2009, Malaysia menjadi naib johan keseluruhan dengan memperoleh 94 pingat emas, 81 perak dan 71 gangsa, di belakang Thailand yang mengumpul 157 pingat emas, 75 perak dan 57 gangsa.

Malaysia akan menyertai 10 acara iaitu memanah, olahraga, badminton, goalball, powerlifting, renang, ping-pong, bola tampar duduk, tenis berkerusi roda dan tenpin boling. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved