Jumaat, 2 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


JACTIM bakal tubuh muzium perindustrian

Posted:

JACTIM bakal tubuh muzium perindustrian

JACTIM bakal tubuh muzium perindustrian

02/12/2011 6:56pm

KUALA LUMPUR — Dewan Perniagaan, Perdagangan dan Perindustrian Jepun Malaysia (JACTIM) sedang bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menubuhkan sebuah muzium perindustrian di kampus universiti itu di sini.

Presiden JACTIM, Takashibi Hibi berkata muzium itu juga akan dilengkapkan dengan sebuah perpustakaan dan mempamerkan pelbagai bahan berasaskan audio visual, sains, teknologi dan perindustrian Jepun.

Terdahulu itu, beliau menderma buku-buku bernilai RM50,000 kepada perpustakaan muzium yang bakal ditubuhkan itu di Kampus Antarabangsa UTM di Jalan Semarak di sini hari ini.

"JACTIM berharap sumbangan buku itu memanfaatkan pelajar di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) yang baru diwujudkan di samping membantu menubuhkan muzium itu," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kampus Antarabangsa UTM, Prof. Hamdani Saidi berkata, muzium itu bukan sahaja untuk pembangunan pelajar dan tenaga pengajar UTM tetapi juga untuk pemain industri dan orang awam menjalankan penyelidikan dalam bidang perindustrian.

"Kami percaya sumbangan itu bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran tetapi juga memupuk hubungan antara JACTIM dan UTM dalam melahirkan pelajar yang berinovasi dan produktif," katanya. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Banduan lari dari penjara serah diri

Posted:

Banduan lari dari penjara serah diri

Banduan lari dari penjara serah diri

02/12/2011 6:55pm

KOTA BHARU 2 Dis. — Seorang banduan lelaki yang meloloskan diri dari Penjara Pengkalan Chepa semalam, ditahan semula selepas dia menyerah diri di penjara berkenaan kira-kira lapan jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, banduan berusia 21 tahun itu kini ditahan reman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

"Banduan itu yang melarikan diri dengan memanjat tembok di penjara Pengkalan Chepa menyerah diri kira-kira pukul 6 petang semalam. Dia akan disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Banduan yang dipenjarakan sejak Ogos lepas atas kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri itu dikatakan melarikan diri semasa dia sedang mencuci kawasan penjara bersama beberapa banduan lain.

Dia dijadual untuk dibebaskan pada Ogos depan. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Tawau rasai gempa bumi Sulawesi

Posted:

Penduduk Tawau rasai gempa bumi Sulawesi

Penduduk Tawau rasai gempa bumi Sulawesi

02/12/2011 6:54pm

TAWAU — Ramai penduduk di sesetengah kawasan di sini turut merasai gegaran dari gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter yang berlaku di Minahassa, Sulawesi, Indonesia tengah hari tadi.

Misalnya, penghuni kawasan perumahan Sri Titingan yang terletak berhampiran pantai menjadi panik dan bergegas meninggalkan rumah masing-masing.

"Saya dapat merasai gegaran. Pada mulanya saya anggap ia biasa sahaja. Bagaimanapun selepas melihat ramai penghuni lain sudah turun ke bawah meningglkan rumah masing-masing, saya pun tanpa membuang masa terus turun ke bawah," kata Helen Abbas, 32.

Beliau berkata ramai penghuni yang panik kerana tidak pernah mengalami gegaran seumpama itu.

Mastura S. Ayed, 35, seorang penjawat awam yang pejabatnya terletak di tingkat enam Wisma Persekutuan berkata beliau merasai dua gegaran, namun yang kedua tidak sekuat gegaran yang pertama.

"Gegaran saya rasakan selepas sembahyang Jumaat, tetapi saya tidak pasti masaanya. Saya tidak meninggalkan pejabat namun ada kakitangan pejabat saya yang sudahpun turun ke bawah," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman webnya menyebut bahawa berlaku gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter di garisan 0.09 Utara dan 122.4 Timur kira-kira jam 1.19 tengah hari dan gegaran itu dapat dirasai di Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Pusat gempa terletak 533 kilometer di tenggara Tawau. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved