Jumaat, 2 Disember 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Susu ibu perisai kesihatan terbaik

Posted:

Susu ibu perisai kesihatan terbaik

Susu ibu perisai kesihatan terbaik

Oleh NURUL IZZA ROSLY

SETIAP ibu bapa tentu akan bimbang, gundah dan tidak dapat tidur nyenyak apabila anak kecil mereka diserang demam dan selesema malah, lebih buruk jika sehingga perlu ditahan di hospital.

Bagi mereka, kesihatan si kecil menjadi keutamaan melebihi segala-galanya. Namun, tidak ramai ibu bapa yang menyedari bahawa kesihatan anak mereka juga boleh terjejas gara-gara kemerosotan imuniti tubuh berpunca daripada nutrisi yang tidak mencukupi.

Nutrisi merujuk kepada pemakanan baik yang membina kesihatan tubuh bagi seseorang.

"Makanan adalah punca tenaga bagi tubuh badan yang membina dan membaikpulih semua bahagian badan kita daripada rambut, kulit, otot dan kuku. Tidak ketinggalan juga untuk organ dalaman seperti jantung, ginjal dan hati.

"Unsur nutrisi dibahagikan kepada yang utama iaitu protein, lemak dan karbohidrat yang diperlukan dengan jumlah yang banyak diikuti dengan vitamin-vitamin A,B, C, D, E, K dan unsur-unsur lain seperti zat besi, zink, kalsium, selenium dan sebagainya," kata Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Hospital Tawakal Kuala Lumpur, Dr. Zarin Ikmal Zan Mohd. Zain.

Imuniti si kecil

Dalam pada itu, imuniti pula merujuk kepada pertahanan semula jadi yang dijana oleh badan terhadap penyakit. Pertahanan terhadap penyakit bagi seorang bayi bermula ketika bayi berada di dalam rahim ibu lagi.


DR. ZARIN IKMAL ZAN (kanan) berbincang dengan stafnya mengenai nutrisi dan imuniti dalam diri kanak-kanak.


Ketika dalam rahim, antibodi daripada darah ibu dibekalkan kepada bayi melalui tali pusat. Antibodi daripada ibu akan melindungi seseorang itu untuk jangka masa enam bulan pertama hidupnya selepas lahir. Kemudian bayi tersebut akan mula menjana antibodinya sendiri.

"Ini menjelaskan mengapa seorang bayi itu lebih terlindung daripada penyakit pada enam bulan pertama hidupnya dan mudah mendapat jangkitan kuman selepas umur enam bulan.

"Bagaimanapun, sudah tentu seorang bayi terdedah kepada bermacam-macam jenis kuman selepas dilahirkan berpunca daripada keadaan dan individu sekelilingnya. Walaupun dibekalkan antibodi daripada ibunya, bayi akan masih sakit sekiranya pendedahan kuman terlalu banyak. Contohnya apabila kerap dicium oleh adik-beradik lain yang kebetulan menghidapi selesema dan batuk," ujarnya.

Jelas Zarin Ikmal Zan lagi, imuniti yang dihasilkan oleh badan merupakan tindakbalas terhadap pendedahan yang berterusan seorang kanak-kanak itu sepanjang tumbesarannya.

Berjuta jenis virus dan bakteria wujud di udara, air mahupun di kulit badan sendiri dan sistem imun di dalam badan seseorang sentiasa bekerja keras menghasilkan antibodi untuk setiap jenis kuman yang diterima badan.

"Sungguhpun begitu, bukan semua kuman itu sama kerana ada kuman yang lebih kuat sehingga boleh menembusi dan melemahkan sistem pertahanan badan manusia.

"Kerana inilah anak-anak kita akan jatuh sakit dan kadang-kadang pulih dengan sendiri tetapi adakalanya memerlukan ubat," jelasnya.

Dengan adanya ilmu perubatan moden, saintis telah mencipta dan menghasilkan ribuan jenis ubatan untuk melawan kuman-kuman yang merbahaya itu malah, ada yang dianggap sudah lupus di dunia contohnya penyakit polio. Namun, berjuta-juta kuman baru muncul setiap masa dan setiap.

Selain itu, salah satu penghasilan perubatan moden yang telah menyelamatkan berjuta nyawa dan melindungi kanak-kanak daripada mengalami kecacatan berkekalan ialah vaksin.

Proses imunisasi adalah satu kaedah memasukkan suatu komponen kuman yang diketahui ke dalam badan manusia untuk merangsang sistem imun manusia menjana antibodi yang spesifik kepada kuman tersebut tanpa menyebabkan penyakit kepada penerima.

Apabila antibodi telah dihasilkan secukupnya, maka individu tersebut akan terlindung daripada penyakit itu hampir 100 peratus.

"Sudah tentu seorang kanak-kanak yang menerima nutrisi yang seimbang akan membesar dengan baik serta menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melindungi dirinya daripada penyakit.

"Tetapi perkembangan seorang kanak-kanak itu bukan hanya dari segi fizikal malah, dari segi sosial dan mental juga. Seseorang kanak-kanak memerlukan nutrisi lengkap dengan pemakanan serta kasih sayang untuk menjadikannya seorang yang sihat secara keseluruhannya," katanya.


IBU BAPA perlu pandai menyediakan pemakanan yang sihat dan seimbang bagi memastikan anak-anak mereka mendapat nutrisi yang secukupnya.


Khasiat susu

Nutrisi sangat penting terhadap kesihatan kanak-kanak. Susu ibu merupakan nutrisi terbaik untuk seorang bayi baru lahir sehingga umurnya lima hingga enam bulan yang memerlukan makanan tambahan kemudiannya.

Pemakanan tambahan selain susu ibu ialah dari unsur beras atau gandum akan ditambahkan lagi dengan sumber lain sehingga makanan diet yang terdiri daripada nasi, daging , sayuran dan buah-buahan menjadi lebih utama daripada susu.

"Sepanjang tumbesaran seorang kanak-kanak, keperluan pemakanannya berbeza dan bertambah. Enam bulan pertama hidupnya, susu badan ibu atau susu formula sudah cukup untuk membina dan menambahkan berat bayi.

"Susu mengandungi jumlah protein, lemak, karbohidrat yang tinggi serta vitamin dan elemen lain yang lengkap. Apabila seorang bayi mula merangkak, berdiri dan berjalan sudah tentu keperluan pemakanan bertambah bukan hanya untuk tulang dan otot malah, untuk tumbesaran otak serta organ dalaman badan," ujarnya.

Katanya lagi, jumlah keperluan kalori, protein, lemak, vitamin serta elemen lain telah dikira secara saintifik bagi setiap individu dengan umur dan saiz berbeza. Dengan mengambil kira faktor tersebut, susu formula dihasilkan untuk menyumbang kepada pemakanan lengkap seorang kanak-kanak yang membesar.

Nutrisi yang lengkap kepada seorang kanak-kanak memberikan peluang baginya untuk mencapai status keupayaan mental dan fizikal yang baik.

Seorang kanak-kanak yang sihat tubuh badan boleh menghadiri sekolah setiap hari, bersenam dan beriadah bersama ibu bapa.

"Apabila nutrisi berkurangan, peluang kanak-kanak itu berbeza daripada kanak-kanak lain tetapi keupayaan mental dan fizikal juga datangnya daripada kegigihan, semangat, asas agama dan keluarga yang baik," terangnya.


IBU BAPA perlu bijak dalam menyediakan pemakanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap dan seimbang bagi mengelakkan anak-anak mereka menghadapi masalah kekurangan nutrisi mahupun obesiti.


Faktor lain

Terdapat empat tonggak dalam memelihara kesihatan anak-anak iaitu nutrisi, persekitaran, ubat-ubatan dan imunisasi.

"Selain nutrisi, persekitaran juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi tahap kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar.

"Persekitaran taska, tadika, pengasuh dan adik-beradik yang ramai menyebabkan jangkitan virus yang berterusan dan berubah-ubah merupakan punca kanak-kanak yang berada dalam persekitaran tersebut kerap menghidapi jangkitan kuman walaupun menerima nutrisi yang lengkap," katanya.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, ibu bapa perlu berani merawat anak-anak mereka sendiri pada tahap awal penyakit termasuk mempunyai stok ubatan mudah seperti ubat demam, selesema dan cirit-birit. Dengan rawatan awal, anak berpeluang untuk pulih lebih cepat.

Akhir sekali, imunisasi perlu diberikan untuk melindungi anak-anak daripada penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

"Sekiranya suatu kelompok masyarakat memilih untuk tidak mendapatkannya (imunisasi), maka mereka akan mudah dijangkiti penyakit tersebut dan akan mengancam nyawa anak-anak kecil lain yang belum sempat mengambilnya.

"Pemahaman terhadap isu vaksinasi ini amat penting. Penghasilan antibodi secara semula jadi telah dibuktikan secara perubatan tidak cukup untuk penyakit tertentu dan inilah sebabnya vaksin itu dihasilkan," ujarnya.

Bagi ibu bapa yang mahu bertanyakan pelbagai soalan mengenai masalah kesihatan anak-anak mereka, boleh berbuat demikian menerusi Facebook Dr. Zarin Ikmal Zan di http://facebook.com/zarin.zain.

Full content generated by Get Full RSS.

Berjalan bawa mesej diabetes

Posted:

Berjalan bawa mesej diabetes

Berjalan bawa mesej diabetes

Oleh NURUL IZZA ROSLY


SEBELUM memulakan acara berjalan kaki, para peserta melakukan acara memanaskan badan dengan melakukan aerobik.


LAUTAN manusia berpakaian rona biru memenuhi Taman Wetland, Presint 13, Putrajaya 13 November lalu.

Mereka berkumpul bukan mahu mencetuskan mencipta kontroversi kerana fanatik kepada mana-mana parti politik tetapi mereka berkumpul atas semangat mahu menyertai Putrajaya Global Diabetes Walk 2011.

Ketika orang lain sedang enak diulit mimpi dan mahu memanjangkan waktu tidur mereka pada hujung minggu, kelompok manusia berpakaian serba biru itu sanggup bangun awal pagi dan berada di Taman Wetland seawal pukul 6.45 pagi.

Langsung tidak menunjukkan rasa mengantuk dek terpaksa bangun awal, gerombolan manusia berbaju biru itu tampil bersemangat memeriahkan Putrajaya Global Diabetes Walk 2011.

Sebagai makluman pada tahun 2005, kira-kira 1.1 juta orang maut akibat diabetes dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kematian akibat diabetes akan bertambah dua kali ganda di antara tahun 2005 hingga 2030.

Malah, diabetes dan komplikasinya pasti akan muncul sebagai salah satu ancaman yang besar terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial yang sangat besar terutamanya di negara-negara membangun.

Sejajar dengan Hari Diabetes Sedunia yang jatuh pada 14 November setiap tahun, lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dalam Putrajaya Global Diabetes Walk 2011 yang diadakan baru-baru ini.

Walkathon sejauh lima kilometer tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap peningkatan penghidap diabetes di Malaysia.

Dengan tema Understand Diabetes and Take Control, acara yang dianjurkan oleh Hospital Putrajaya, Perbadanan Putrajaya dan Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd. itu sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya.


ORANG ramai yang mengambil bahagian berpeluang mendapatkan beg cenderamata daripada pihak penganjur.


Selepas melakukan senaman aerobik bagi memanaskan badan, acara berjalan pada sebelah pagi itu dimulakan selepas bendera acara dilepaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman.

Walkathon hari tersebut bukan sahaja disertai oleh orang dewasa malah, menyaksikan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas tampil ke depan.

Hasan memberitahu, trend diabetes di Malaysia semakin membimbangkan dan golongan muda tidak terkecuali dalam menghidap diabetes.

"Beban diabetes di Malaysia terus meningkat. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan saya ingin menegaskan agar semua orang mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat.

"Rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas diseru untuk menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun dan jika mereka mempunyai faktor risiko diabetes, maka mereka perlu mula menjalani ujian saringan pada peringkat yang lebih awal," ujarnya.

Di Malaysia, 1.8 juta orang didiagnoskani dengan diabetes pada tahun 2010, peningkatan signifikan dari 1.4 juta berbanding tahun 2006.

Peluang mendidik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa, pada tahun 2030, Malaysia akan mempunyai 2.48 juta penghidap diabetes.

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang ketiga juga menunjukkan bahawa kelaziman berlakunya diabetes lebih tinggi di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.

"Dengan risiko diabetes yang meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, Hospital Putrajaya melihat Hari Diabetes Sedunia sebagai peluang untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat berkenaan kepentingan mengekalkan gaya hidup aktif.

"Ia salah satu daripada banyak cara yang boleh dilakukan rakyat Malaysia sebagai inisiatif untuk mengekang penyakit ini," kata Pakar Perunding Endokrinologi di Hospital Putrajaya, Dr. Zanariah Hussein.


WALAUPUN lebih berusia, peserta ini tidak berkira membantu peserta Diabetes Walk yang jauh lebih muda daripadanya.


Mereka yang memeriahkan aktiviti Putrajaya Global Diabetes Walk 2011 tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka yang pantas menamatkan walkathon pulang dengan hadiah.

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah utama seperti basikal bukit mountain bike dan iPod Nano, manakala pemenang cabutan bertuah menerima hamper, baucar barangan sukan dan hadiah utama merupakan penginapan hotel di Bali.

Seramai 1,000 peserta yang pertama berdaftar turut menerima beg sagu hati dan kemeja T rekaan khas.

Penaja bersama acara itu ialah 100 PLUS, Health Today, MBG Fruits, Nestle dan Gardenia.

Para pembaca dan peserta yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Putrajaya Global Diabetes Walk 2011 dan gambar-gambar yang dirakam semasa

Full content generated by Get Full RSS.

Tangani ekzema tanpa steroid

Posted:

Tangani ekzema tanpa steroid

Tangani ekzema tanpa steroid


EKZEMA sering berlaku pada awal tahun kehidupan iaitu pada peringkat kanak-kanak.


KULIT kemerah-merahan, mengelupas, melecur dan gatal berpanjangan merupakan simptom-simptom penyakit ekzema.

Ia lazimnya berlaku pada kebanyakan orang sejak bayi atau kanak-kanak. Ada yang berpendapat seorang daripada lapan bayi akan mengalami ekzema yang kerap berlaku pada muka, di lipatan lengan dan kaki.

Apabila seseorang bayi atau kanak-kanak mengalami ekzema, kulit mereka akan menjadi kurang efektif untuk melindungi mereka daripada kehilangan lembapan, panas dan jangkitan bakteria.

Malangnya, rawatan yang sering digunakan iaitu dengan krim kortikosteroid hanya merawat ekzema dalam jangka masa pendek. Pada masa yang sama, ia menyebabkan kerosakan penipisan kulit kekal.

Penggunaan krim tersebut juga boleh menyebabkan rekahan kulit dan hipopigmentasi akibat penggunaan berterusan krim yang berasaskan steroid.

Penggunaan krim steroid yang berterusan dan berpanjangan menyebabkan berlakunya penyerapan steroid ke dalam aliran darah yang boleh meningkatkan kesan sampingan lain.

Soo Kian Kheng mengalami pengalaman yang sama kerana anaknya menghidap ekzema berusaha mencari alternatif bagi menggantikan krim steroid. Pengarah Pembangunan dan Penyelidikan I-Green (M) Sdn. Bhd., itu kemudiannya berjaya menghasilkan rangkaian produk Buds Super Soothing untuk mengatasi masalah dermatitis atopik atau ekzema.

"Selepas melihat kesakitan dan ketidakselesaan yang dihadapi oleh anak-anak saya, saya tahu bahawa saya perlu lakukan sesuatu.

"Saya pernah membangunkan produk organik dan semula jadi di bawah rangkaian produk Buds untuk kulit normal, jadi saya mempunyai pengetahuan asas terutamanya mengenai ekstrak tumbuh-tumbuhan," kata Kian Kheng.

Alternatif steroid

Sehubungan itu, Kian Kheng mengambil keputusan untuk mencari alternatif ubat bebas steroid supaya dapat mengelakkan anaknya daripada terdedah kepada steroid.

"Selepas beberapa penyelidikan dan percubaan, saya sangat gembira apabila menemui formula yang betul.


KIT Penyelamat Ekzema Buds Super Soothing dihasilkan bebas steroid.


"Apabila menggunakan krim tersebut, kami mula mendapati perbezaannya. Ruam merah semakin hilang dalam beberapa hari. Saya dan isteri sangat lega. Segala kebimbangan mengenai ekzema hilang sama sekali," ujarnya.

Hari ini, ekzema yang dihidapi oleh anak-anaknya terkawal melalui penggunaan produk berasaskan tumbuhan semula jadi organik.

Selain bebas steroid dan diiktiraf organik oleh EcoCert, produk Buds ditingkatkan dengan prebiotik semula jadi.

Buds didatangkan dengan kit penyelamat yang dipanggil Buds Super Soothing Eczema Rescue Kit yang mengandungi hydrating cleanser, rescue lotion dan buku kecil setebal 22 muka surat yang lengkap dengan informasi mengenai ekzema, rawatan serta pengurusan ekzema.

Antara ramuannya ialah aloe vera, ekstrak shiso, spent grain wax, ekstrak daun zaitun, fruktan, jojoba, bunga matahari, buah zaitun dan minyak inca inchi.

Kit Penyelamat Ekzema Buds Super Soothing dijual pada harga RM80 setiap pek.

Pada majlis pelancaran kit penyelamat ekzema itu di ibu negara baru-baru ini, lebih 40 ibu bapa hadir untuk mendengar ceramah pengurusan ekzema oleh pakar pediatrik, Dr. Chow Su Lin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.budsbaby.com atau www.facebook.com/budsbaby. - NURUL IZZA ROSLY

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved