Kosmo Online |
- Geng Waja yang dianggotai OKU tumpas
- Empat lelaki samun kedai Ayamas diberkas
- Ditemui mati dengan kesan tikaman di leher
Geng Waja yang dianggotai OKU tumpas Posted: Geng Waja yang dianggotai OKU tumpas24/11/2011 4:37pm KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan kumpulan curi kereta "Geng Waja" berikutan penahanan tiga anggota kumpulan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) di sekitar Seri Kembangan pada Isnin lepas. Kumpulan itu dikatakan aktif dalam kegiatan mecuri kereta di sekitar Seri Kembangan sejak beberapa bulan lepas dan dianggotai tiga lelaki berumur dalam lingkungan 30-an termasuk OKU yang cacat kaki dan menggunakan "walker" yang bertindak sebagai "mata-mata" ketika kegiatan mencuri dilakukan. Ketua Polis Daerah Serdang Supt. Abdul Razak Elias dalam sidang media di Balai Polis Sri Kembangan dekat sini hari ini berkata, ketiga-tiga suspek itu juga merupakan penagih dadah dan menggunakan hasil menjual kereta curi pada harga RM500 sebuah kepada individu tertentu untuk membeli dadah. Pembongkaran kegiatan itu bermula apabila polis melakukan tangkapan terhadap dua suspek termasuk suspek OKU setelah kereta yang mereka naiki terbabas berdekatan pekan Seri Kembangan setelah cuba melarikan diri daripada pihak polis. Polis yang terlibat dalam operasi Ops Lejang sebelum itu telah mengesan kenderaan Proton Waja yang dinaiki dua suspek itu dalam keadaan mencurigakan ketika melalui Jalan Kolej Seri Kembangan pada kira-kira pukul 2.30 pagi. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Empat lelaki samun kedai Ayamas diberkas Posted: Empat lelaki samun kedai Ayamas diberkas24/11/2011 4:33pm KAJANG - Empat lelaki yang menyamun sebuah kedai Ayamas sebanyak dua kali dalam tempoh 72 jam di Bandar Makhota, Cheras di sini akhirnya dicekup polis di sebuah rumah di sekitar sini Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, keempat-empat mereka yang berumur sekitar 20-an ditahan bersama dua buah motosikal curi, rangka motosikal jenis 125Z, sebuah kereta serta peralatan pecah rumah. "Kesemua mereka melakukan samun di kedai Ayamas itu selang sehari sahaja iaitu kejadian pertama pada 14 November lalu pukul 6.30 petang yang mengakibatkan kerugian RM400 dan kejadian kedua pada 16 November pukul 7.30 petang dengan kerugian RM2,000," katanya. Abdul Rashid berkata, kesemua mereka, tiga antaranya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan pecah rumah menyamun kedai berkenaan dengan mengacukan parang kepada pekerja di kaunter sebelum membawa lari wang tunai. "Bagaimanapun kesemua suspek tidak mencederakan mangsa," katanya sambil menambah kesemua suspek ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan dan rompakan dengan bersenjata. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Ditemui mati dengan kesan tikaman di leher Posted: Ditemui mati dengan kesan tikaman di leher24/11/2011 4:29pm ALOR SETAR - Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Jaya, Jalan Langgar di sini malam tadi. Mayat Heng Song Moi, 59, ditemui oleh anak lelakinya dengan terdapat beberapa kesan tikaman di lehernya. "Kita masih mencari seorang lelaki Myanmar yang bekerja sebagai pembantu mangsa di sebuah gerai mee di Jalan Putra bagi membantu siasatan," kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd. Jan. Beliau berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.45 malam. Hasil bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah mendapati mangsa mati disebabkan dari luka tikaman kepada lehernya, kata Adzaman. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan