Khamis, 24 November 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Muda belum menyerah

Posted:

Harimau Muda belum menyerah

Harimau Muda belum menyerah

KIM SWEE (dua dari kiri) mahukan barisan pemain skuad Harimau Muda fokus sepenuhnya kepada aksi menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini.


KELMARIN, skuad Harimau Muda dikecewakan 0-2 oleh Syria dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C bagi Zon Asia.

Kekalahan tersebut dilihat terus menyukarkan laluan mereka untuk menjejak kaki ke temasya sukan terbesar itu di bumi London tahun depan.

Begitupun, jurulatih Ong Kim Swee belum mahu menyerah malah terus memberi semangat kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan Bahrain Ahad ini.

Kim Swee tidak mahu memikirkan kekalahan ke atas Syria itu kerana sebelum perlawanan tersebut, sebahagian besar pemainnya belum pulih daripada kecederaan.

Kini, dia mahu bangkit pada aksi menentang Bahrain apabila beberapa tonggak skuad Malaysia kembali berada dalam kesebelasan utama.

Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria dilaporkan bersedia diturunkan pada aksi Ahad ini dan kehadiran mereka akan memberi banyak pilihan kepada Kim Swee untuk merencanakan kesebelasan utamanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kim Swee waspada

Posted:

Kim Swee waspada

Kim Swee waspada

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Muda akan diuji Bahrain dalam saingan Kumpulan C kelayakan Olimpik peringkat Zon Asia, Ahad ini.


RASA marah gara-gara anak-anak buahnya seolah-olah dinafikan hak bagi meraikan kemenangan mempertahankan pingat emas Sukan SEA apabila penganjur 'tiba-tiba' mahu menjalankan ujian antidoping sebelum menerima pingat, sudah lama dibuang jauh-jauh oleh pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Episod duka tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik peringkat Zon Asia kelmarin juga tidak lagi dikenang oleh Kim Swee yang pastinya mahukan barisan pemainnya fokus ketika melayan kunjungan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Bagaikan 'ayam kehilangan taji', Kim Swee yang terpaksa berdepan Syria dengan rentetan kecederaan pemain seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria sememangnya buntu, terutamanya apabila tonggak pertahanan, Mohammad Fadhli Shas diserang demam panas, manakala Irfan Fazail pula kurang cergas sebelum perlawanan kelmarin.

"Ini sahaja pemain yang saya ada, ia memang tugas yang cukup mencabar bagi mengekang Syria, namun pada masa sama saya tetap memuji kesungguhan pemain meskipun dihantui faktor keletihan.

"Malah, saya juga terharu dengan sokongan padu penyokong kita yang membanjiri stadium dan berjanji membalas sokongan mereka ketika aksi menentang Bahrain nanti," katanya kepada pemberita kelmarin.

Faktor keletihan Harimau Muda yang baru sahaja tiba dari Jakarta dilihat semakin 'kronik' pada babak kedua pada perlawanan kelmarin, dan ia juga diakui jurulatih Syria, Imad Khankan.

"Kami memberikan tekanan kepada Malaysia pada babak pertama sehingga menyebabkan pemain mereka tampak keletihan pada babak kedua, sejujurnya kami gembira dapat mengutip tiga mata bagi mene- rajui kumpulan," katanya.

Harimau Muda yang terpaksa mempertaruhkan muka-muka baharu seperti Amer Saidin dan D. Saarvindran, termasuk kehadiran semula Wan Zack Haikal Wan Nor yang tidak beraksi selama dua bulan sebelum ini akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Syria meskipun menguasai sebahagian besar permainan.

Gol-gol Syria pada perlawanan tersebut dihasilkan oleh S. Solaiman dan pemain gantian, Nassouh Nakkdahli.

Apa yang pasti, kehadiran semula Syahrul Azwari, Irfan dan Mohammad Fadhli pastinya menggembira- kan Kim Swee yang mahu menambah derita Bahrain yang turut tewas dalam dua perlawanan sebe- lum ini.

"Ketiga-tiga pemain tersebut dijangka kembali cergas ketika menentang Bahrain nanti, dan saya harapkan kehadiran mereka mampu menghadirkan sesuatu kepada pasukan," kata Kim Swee.

Meskipun Bahrain tidak dapat menggunakan khidmat tonggaknya, Hassan Jameel Yaseen yang dilayangkan kad merah ketika menentang Jepun sebelum ini, kredi- biliti penyerang mereka terutamanya Dhiya Saeed Shubbar yang berjaya merobek gawang Syria ketika tewas 1-3 sebelum ini wajar diberikan perhatian oleh benteng pertahanan negara seandainya berhasrat untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

Full content generated by Get Full RSS.

Saya juga ada perasaan - Fakri

Posted:

Saya juga ada perasaan - Fakri

Saya juga ada perasaan - Fakri

Oleh NAN HIDAYAT
NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


FAKRI dikutuk peminat tempatan gara-gara persembahan yang kurang meyakinkan sebagai peledak utama skuad Harimau Muda.


"SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa."Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya."

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan 'dosa' Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

"Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

"Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar," katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

"Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

"Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan," katanya yang memohon dimengertikan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved