Jumaat, 4 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki mati lemas terjun sungai

Posted:

Lelaki mati lemas terjun sungai

Lelaki mati lemas terjun sungai

04/11/2011 7:04pm

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas terjun ke dalam Sungai Padang Terap di sini, apabila tiga anggota polis singgah di rumahnya dalam kejadian di Kampung Longgok Pasir semalam.

Mayat Shazwan Yahya, 31, ditemui kira-kira 10.35 pagi tadi, kata ketua operasi mencari dan menyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak Muhamad Mahayudin ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dimulakan kira-kira 3 petang semalam namun dihentikan empat jam kemudian ekoran keadaan gelap.

"Operasi disambung semula 9.20 pagi tadi sebelum mayat mangsa ditemui kira-kira sejam kemudian," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan anggotanya ke kampung berkenaan setelah menerima panggilan daripada seorang wanita yang meminta bantuan berhubung kejadian amuk.

Beliau berkata mangsa bertindak melarikan diri ke belakang rumah dan terjun ke dalam sungai apabila anggota polis terbabit tiba di rumahnya.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa Asma Shaari, 61, berkata sebelum kejadian, anak bongsunya itu sedang mengopek kelapa di halaman rumah sebagai persediaan untuk memasak juadah sempena sambutan Aidiladha Ahad ini.

"Masa tu makcik ada di dalam rumah, Dekwan (panggilan untuk Shazwan) tengah kupas kelapa di luar. Makcik dengar bising-bising di luar macam ada orang tengah sembang.

"Bila makcik keluar Dekwan dah lari dan ada orang beritahu dia terjun sungai," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Asma berkata sungai itu terletak kira-kira 500 meter dari belakang rumahnya.

"Makcik dah tak fikir lagi untuk sambut raya. Hancur luluh perasaan makcik bila menatap jenazah Dekwan," katanya yang tidak pasti punca Shazwan bertindak sedemikian. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Mahasiswa berpolitik: Persepsi ditolak

Posted:

Mahasiswa berpolitik: Persepsi ditolak

Mahasiswa berpolitik: Persepsi ditolak

04/11/2011 6:35pm

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menolak persepsi yang mendakwa seluruh kampus universiti akan porak-peranda jika golongan mahasiswa dibenarkan berpolitik.

Beliau menyifatkan persepsi itu sebagai satu mitos semata-mata dan tidak berasas sama sekali "Ramai benar mahasiswa yang saya lihat aktif berpolitik dalam kampus, mereka lulus dengan cemerlang dalam akademik mereka. Malah ada yang mendapat pekerjaan yang baik selepas keluar universiti.

"Tidak semestinya mereka yang tidak berpolitik itu, mereka lulus. Malah ada yang gagal juga," katanya dalam program bual bicara "Kerusi Panas" terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin menggesa pihak berkuasa mengkaji punca di sebalik trend sesetengah mahasiswa cenderung bersikap antikerajaan.

"Pernahkah kita bertanya mengapa mahasiswa universiti tidak menyokong pemerintah? Mengapa ada segelintir mahasiswa yang suka melawan?

"Oleh itu, saya sebagai salah seorang anggota kerajaan lebih suka menilai diri saya sendiri apakah wujud kekurangan yang perlu diperbaiki dan bukannya memarahi golongan mahasiswa berkenaan," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah

Posted:

PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah

PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah

04/11/2011 6:33pm

PUTRAJAYA – Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet hari ini turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.

Kabinet pada 2009 sudah membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved