Kosmo Online |
- Pemuda hilang disyaki dihanyutkan arus
- Rompak: Kedai emas kerugian RM500,000
- 10 pasangan diijab kabul beramai-ramai
Pemuda hilang disyaki dihanyutkan arus Posted: Pemuda hilang disyaki dihanyutkan arus21/10/2011 9:22pm BALING – Seorang pemuda hilang dipercayai terjatuh ke dalam lubuk di kawasan air terjun Lata Mengkuang di Kampung Iboi, Kupang dekat sini tengah hari ini. Kehilangan Zulkiflie Mohamad Zakaria, 20, disedari rakan-rakannya pukul 12.30 tengah hari ini sebelum mereka mendapatkan bantuan penduduk kampung berdekatan untuk mencari mangsa. Mangsa dari Kampung Bok Bak, Kupang ke kawasan itu untuk memancing ikan tengas, sejenis ikan yang terdapat di arus deras. Sehingga kini gerakan mencari Zulkiflie dilakukan di kawasan dia terjatuh hingga ke kawasan Lata Celak, dua kilometer dari situ. Lata Mengkuang dan Lata Celak adalah kawasan perkelahan yang terkenal di daerah Baling. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Rompak: Kedai emas kerugian RM500,000 Posted: Rompak: Kedai emas kerugian RM500,00021/10/2011 9:20pm KUALA LUMPUR – Hanya dalam tempoh lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Chow Kit di sini kerugian hampir setengah juta ringgit dalam kejadian rompakan bersenjata hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiga lelaki yang memakai topi keledar penuh serta bersenjatakan pistol memasuki premis berkenaan kira-kira 1.45 tengah hari dan mengacukan senjata ke arah dua pekerja. Mereka kemudian mengarahkan pekerja berkenaan menyerahkan tiga dulang emas dan suspek hanya mengambil masa lima minit menuang barang kemas dari dulang-dulang berkenaan ke dalam beberapa buah beg plastik sebelum melarikan diri menggunakan dua motosikal yang berada berhampiran premis itu. Premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan, namun dilengkapi dengan kamera litar tertutup dan ketika kejadian terdapat dua pelanggan di dalamnya, katanya kepada pemberita di sini. Chin Wah berkata, motosikal jenis Modenas yang digunakan ketiga-tiga suspek, dalam lingkungan 30-an, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu. Katanya, kamera litar tertutup itu berjaya merakam imej ketiga-tiga perompak terbabit. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
10 pasangan diijab kabul beramai-ramai Posted: 10 pasangan diijab kabul beramai-ramai21/10/2011 9:03pm KUALA TERENGGANU – Sepuluh pasangan yang menjadi peserta MyIdol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan selamat diijabkabulkan secara beramai-ramai di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini. Majlis akad nikah di hadapan hampir 1,000 tetamu termasuk anggota keluarga pengantin disempurnakan oleh bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Datuk Ismail Ali. Kesemua pasangan itu akan disandingkan pada majlis khas di Dataran Shah Bandar, dekat sini malam esok, yang akan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika ditemui pemberita berkata, 10 pasangan itu adalah mereka yang terpilih daripada lebih 100 pasangan yang memohon untuk menyertai program yang bermula sejak Jun lepas. "Kesemua kos perkahwinan pasangan ini termasuk wang tunai RM5,000 dan pakej berbulan madu ditaja sepenuhnya oleh penganjur yang disokong pelbagai agensi kerajaan dan swasta di Terengganu," katanya. Wan Ahmad Farid, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, berkata, berdasarkan sambutan hangat yang diberikan terhadap program tersebut kali ini, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan agar ia terus diadakan pada tahun depan. – Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan