Jumaat, 21 Oktober 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Dilema Kim Swee

Posted:

Dilema Kim Swee

Dilema Kim Swee

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KIM SWEE (kanan) tidak risau dengan keputusan undian pada Sukan SEA 2011 tetapi yang menjadi kebimbangannya ialah tipu helah pasukan tuan rumah.


ADA sesuatu yang lebih merunsingkan fikiran pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee menjelang sepak mula temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan depan.

Berbanding tekanan mengharungi 'Kumpulan Neraka' bersama jaguh Asia Tenggara seperti Thailand dan Singapura, Kim Swee sebenarnya lebih berwaspada dengan helah tuan rumah, Indonesia sama ada di dalam mahupun di luar padang pada temasya itu nanti.

Apa tidaknya, kerenah gelombang peminat fanatik Garuda yang tidak sudah-sudah membangkitkan isu laser ternyata dibuktikan semasa final Piala AFF Suzuki tahun lalu, padahal mereka terlebih dahulu melakukan tindakan yang sama ketika saingan di peringkat kumpulan.

Tidak mustahil ia akan kembali berlaku pada temasya Sukan SEA nanti, selain jadual undian menentang Indonesia pada perlawanan terakhir juga menghadirkan rasa debar di hati Kim Swee.

Apa yang pasti katanya, ia harus dikendalikan sematang mungkin oleh kesemua pemain Harimau Muda bagi memastikan pingat emas Sukan SEA Laos dua tahun lalu berjaya dipertahankan.

"Saya tipu kalau saya kata tidak takut (diundi dalam kumpulan maut), tetapi inilah lumrah bola sepak dan kita tidak berhak untuk mempertikaikan keputusan undian yang dibuat.

"Berbanding memikirkan cabaran pasukan lain (Singapura, Thailand dan Kemboja), saya lebih berhati-hati dengan helah pasukan tuan rumah sama ada di dalam ataupun di luar padang," katanya ketika dihubungi di Hanoi malam tadi.

Bagi aksi Kumpulan A, Malaysia dijadualkan bertemu Singapura pada 9 November, Thailand (10 November), Kemboja (15 November) dan Indonesia (17 November) manakala aksi separuh akhir dan final diadakan pada 19 dan 21 November.

Aksi Kumpulan B pula dilihat lebih memihak kepada naib juara, Vietnam yang dilihat lebih mudah menempah slot ke separuh akhir apabila diundi bersama Myanmar, Laos, Filipina, Brunei dan Timor Leste.

Kim Swee yang ketika ini berada di Hanoi, Vietnam bagi mengharungi Kejohanan Jemputan Piala Vietnam (VFF) memberitahu, pasukannya harus bersikap lebih realistik semasa berada di Jakarta kelak memandangkan mempertahankan pingat emas dilihat lebih sukar berbanding mendapatkan pingat emas.

"Pada masa sama, pemain juga harus bersikap positif kerana pasukan lain juga menganggap kita sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan A selaku juara bertahan, justeru bukan kita sahaja yang merasa tertekan dengan situasi itu," katanya.

Mengenai perkembangan pasukannya yang akan menentang Myanmar bagi aksi Piala VFF hari ini kata Kim Swee, dia menjangkakan akan mengubah keseluruhan kesebelasan utamanya yang diturunkan ketika tewas kepada Uzbekistan 1-3 pada perlawanan pembuka tirai kejohanan kelmarin.

"Ini peluang saya untuk menguji kesemua pemain, selain akan cuba mengatasi kelemahan di bahagian pertahanan yang dilihat sedikit alpa sebaik mula menyerang semasa babak kedua ketika menentang Uzbekistan tempoh hari," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bukan alasan untuk gagal

Posted:

Bukan alasan untuk gagal

Bukan alasan untuk gagal

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN besar daripada pemain dalam skuad Olimpik negara ini akan menggalas tugas mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Indonesia bulan depan.


BERADA dalam 'kumpulan maut' bukan alasan bagi skuad bola sepak negara untuk gagal mempamerkan prestasi cemerlang, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimena- ngi pada Sukan SEA lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ini kerana skuad negara telah menjalani latihan rapi selama dua tahun, termasuk berlatih di Slovakia dan mengikuti beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi temasya tersebut.

"Saya mendapati undian sku- ad negara ke dalam Kumpulan A begitu sukar dan penuh mencabar.

"Bagaimanapun, kita perlu mempamerkan prestasi mantap, jangan pandang rendah pada pasukan lawan dan beraksi penuh konsentrasi," titahnya selepas baginda mengadakan Lawatan Kerja di Kompleks Asnaf, Majlis Agama Islam Pahang (MU- IP) di Sungai Soi, Kuantan semalam.

Hasil undian acara bola sepak Sukan SEA 2011 kelmarin menyaksikan Malaysia diundi ke dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja.

Kumpulan B pula terdiri daripada Vietnam, Myanmar, Fili- pina, Timor Leste, Laos dan Brunei.

Titah baginda lagi, antara pasukan yang perlu dihormati oleh Malaysia sepanjang kejohanan itu ialah pasukan tuan rumah Indonesia, Thailand dan Filipina.

Bagi meraih kejayaan, ujar baginda, jurulatih juga turut memainkan peranan penting dalam mencongak strategi selain keupayaan para pemain.

"Segalanya kini terserah kepada pemain yang mana mereka perlu bersikap positif.

"Begitu juga jurulatih, mereka perlu pandai dalam menyusun strategi," titahnya.

Mengulas mengenai pertukaran venue perlawanan bola sepak iaitu dari Jakarta ke Palem- bang, baginda mengakui ia memberi sedikit kelebihan kepada tuan rumah.

Namun baginda bertitah, sukan bola sepak masa kini tidak hanya dipengaruhi lokasi perlawanan tetapi mengambil kira pelbagai faktor untuk mencatat kemenangan.

"Saya tidak dinafikan ia memberi sedikit kelebihan kepada tuan rumah Indonesia. Jadi, kita perlu bermain dengan lebih ofensif dan fokus bagi memenangi setiap perlawanan," titahnya.

Dalam pada itu, baginda menegaskan, skuad negara kini memberi sepenuh tumpuan kepada Sukan SEA dan Sukan Olimpik dalam tempoh terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.

Misi buru tiga gol

Posted:

Misi buru tiga gol

Misi buru tiga gol

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


YUNUS (kanan) membincangkan strategi bersama pemain-pemainnya menjelang aksi menentang Negeri Sembilan di Paroi esok.


ATAS kertas, peluang pasukan berstatus kelab, T-Team untuk melakar sejarah dengan mara ke final Piala Malaysia begitu tipis.

Malah, misi yang dianggap penuh mustahil itu terpaksa dilalui anak- anak buah Yunus Alif di hadapan ribuan penyokong Negeri Sembilan di Paroi bagi aksi separuh akhir kedua malam esok.

'Ibarat nyawa di hujung tanduk', tiada jalan singkat boleh dilalui kesebelasan utama T-Team melainkan memburu tiga gol tanpa dibolosi pasukan tuan rumah.

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu (Selasa lalu), T-Team gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 2-4.

"Memang sukar untuk kami mara ke final jika dilihat kepada jumlah jaringan yang diperoleh lawan pada separuh akhir pertama.

"Mereka memperoleh empat gol di tempat lawan dan ia adalah bekalan yang cukup selesa buat mereka," kata Yunus kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mengulas mengenai persiapan aksi kedua malam esok, Yunus menjelaskan dia mungkin membuat sedikit perubahan termasuk di posisi penjaga gol.

Katanya, pada perlawanan pertama baru-baru ini, penjaga gol pasukannya, Mohd. Zairi Hafiezi seperti gugup untuk beraksi sehingga melepaskan dua gol mudah.

"Saya sendiri tidak tahu kenapa dia (Zairi) seperti tertekan setiap kali pemain lawan, khususnya Hairuddin Omar memegang bola.

"Malah, ada dua atau tiga gol yang tidak sepatutnya dilepaskan. Jadi, saya akan memikirkan semula kedudukan Zairi sama ada menggantikannya dengan Mohd. Jibrail," katanya lagi.

Bagaimanapun kata Yunus, beliau sebenarnya masih mengharapkan kebangkitan luar biasa daripada para pemain T-Team pada aksi di Paroi esok.

Katanya, pengalaman beberapa pemain seperti Indra Putra Mahyuddin, Zairo Anuar Zailani dan Nor Farhan begitu ditagih.

"Kami adalah sebuah pasukan yang mengamalkan corak menyerang dan saya harap kami mampu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga gol di tempat lawan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved