Jumaat, 21 Oktober 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Teater dunia Stephanie, Aaron

Posted:

Teater dunia Stephanie, Aaron

Teater dunia Stephanie, Aaron

WALAUPUN ramai yang menganggap teater The Secret Life Of Nora (NORA) adalah teater berbahasa Inggeris disebabkan oleh judulnya begitu, namun hakikatnya pementasan yang diterbitkan di bawah pihak produksi Enfiniti Vision Media milik Datin Seri Tiara Jacquelina ini sebenarnya menggunakan 70 peratus bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu sendiri.

Walaupun diselit seorang pelakon yang berdialog di dalam bahasa Inggeris sepenuhnya yang memegang watak perisik dari luar negara, ejen Roger Foss, namun kesemua pelakon lain yang ada menggunakan bahasa Melayu.

Bagi dua watak pembantu yang agak menyerlah dalam NORA iaitu Stephanie Van Driesen yang memegang watak Betty dan Aaron Khaled sebagai Sharif, rasa teruja berlakon menerusi teater berskala besar dan di bawah produksi Tiara sendiri menyebabkan mereka menerima tawaran yang diberi.

"Apabila saya mendengar tentang teater ini, terus terlintas di fikiran bagi mencuba nasib untuk bekerja di bawah Tiara. Itu merupakan tujuan utama saya terima tawaran ini kerana saya ingin merasai sendiri bagaimana bekerja dengan produksi yang sememangnya gah membawa pentas teater dalam industri hiburan tempatan," bicara Stepahie yang merupakan kacukan Cina, Thailand dan Belanda.

Begitu juga keterujaan yang diluahkan oleh jejaka yang memegang watak pembantu kanan kepada Aznil Nawawi sebagai Mr. J Heart ini.

"Saya menerima tawaran ini kerana memang sudah lama saya ingin bekerja bersama produksi Tiara. Kali ini, mungkin tuah saya kerana setelah tamat belajar di luar negara dan kembali di sini, kebetulan Tiara muncul dengan teater ini. Saya akui ia seperti mimpi menjadi kenyataan apabila saya ditawarkan untuk berlakon sebagai Sharif," tutur Aaron yang menganggap Tiara sanggup mengambil risiko walaupun dirinya masih baharu di dalam industri teater.

Berbicara mengenai watak pula, Stephanie, 27, yang memegang watak Betty iaitu merupakan seorang yang pemalu dan rakan baik kepada watak utama ejen Nora (lakonan Tiara) yang juga dianggap sebagai kakaknya sendiri.


PENAMPILAN Aaron dan Stephanie dalam NORA begitu menyerlah bakat lakonan mereka.


Membesar dengan melihat Nora mengejar cita-cita ingin menjadi bintang, Betty juga menyimpan perasaan ingin menjadi seperti Nora, namun disebabkan dirinya yang pemalu, dia hanya memendam hasrat itu.

Bagi Aaron pula, watak Sharif merupakan seorang pembantu yang setia kepada Mr. J Heart yang dilakonkan oleh Aznil. Berperwatakan antagonis, Sharif bertindak sebagai pelapor kepada Mr. J tentang apa yang berlaku di dunia luar. Selain itu, dia juga sering berada di belakang Mr. J walau apa pun terjadi.

Namun begitu, walaupun mereka sudah biasa dengan pementasan teater, kali ini ia berbeza. Bagi kedua anak muda yang jarang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka, penggunaan 90 peratus watak mereka yang menggunakan bahasa Melayu sedikit menyukarkan kedua anak campuran ini.

Cabaran dialog bahasa Melayu

Menurut Stephanie, cabaran terbesar bagi dirinya bukanlah mengenai nyanyian mahupun lakonan tapi, untuk fasih berdialog dan mengaplikasikan pelat Melayu di dalam percakapan merupakan kesukaran bagi diri yang memang sering bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Namun, cabaran itu ditempuhi dengan penuh sabar kerana minat yang mendalam dan mencuba sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik buat penonton yang hadir.

"Walaupun pada mulanya agak sukar, namun penolong pengarah, Chedd Eddie Yusof banyak memberi tunjuk ajar untuk saya fasih berbahasa Melayu.

"Saya memang mencuba sebaik yang mungkin untuk mendapatkan pelat Melayu dan itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus mencuba kerana saya sebenarnya sangat gembira melakukan ia," tuturnya yang berkelulusan Ijazah dalam Teater Muzikal, LASALLE College of The Arts, Singapura ini.


PEMENTASAN NORA merupakan buah tangan terbaharu daripada produksi Tiara Jacquelina.


Tambah wanita bersuara manja ini, apabila pertama kali mengetahui perlu berdialog di dalam bahasa Melayu, terdetik rasa malu dan segan di dalam diri kerana pada mulanya, pelatnya kedengaran seperti orang Cina atau masih kedengaran seperti orang Inggeris. Walaupun faham apa yang ditutur orang namun, kepayahan itu hadir ketika ingin kedengaran seperti Melayu.

Lain pula cerita Aaron yang sememangnya sudah punya darah kacukan Melayu. Mengaplikasi bahasa Melayu dalam pertuturan bukanlah perkara yang sukar buat empunya diri. Namun, cabaran itu hadir tatkala ingin berbicara ayat-ayat bunga serta penghayatannya.

"Walaupun saya banyak terlibat di dalam pementasan teater tapi ini kali pertama saya perlu berdialog dalam bahasa Melayu.

"Pada mulanya agak kelam- kabut juga kerana bahasa di dalam skrip yang diberi bukannya bahasa harian atau bahasa rojak yang sering digunakan.

"Ia menggunakan metafora dan saya perlu benar-benar memahaminya kerana jika tidak, mesej yang ingin disampaikan mungkin tidak berkesan," katanya yang mana dia banyak menonton filem-filem Tan Sri P. Ramlee sebagai rujukan.

Pementasan teater NORA telah dipentaskan bermula 29 September hingga 16 Oktober di Istana Budaya. Teater yang mengisahkan tentang perjalanan hidup penuh glamor seorang penari kelab, Nora berubah menjadi seorang perisik.

Selain Tiara, Aznil, Stephanie dan Aaron, antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan teater ini termasuklah Ryan Silverman sebagai ejen Roger Foss, Adibah Noor (Khatijah) dan Tony Eusoff (Agen Farouk).

Full content generated by Get Full RSS.

Mariah Carey tayang anak

Posted:

[unable to retrieve full-text content]PASANGAN Mariah Carey dan Nick Cannon buat pertama kalinya menayang anak kembar mereka, Monroe dan Moroccan kepada umum dalam sebuah wawancara televisyen bersama pengacara terkenal, Barbara Walters.

Cabaran vokal tanpa suara

Posted:

Cabaran vokal tanpa suara

Cabaran vokal tanpa suara

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


BERJAYA. Empat peserta pertama iaitu Epiit, Asmidar, Mafa dan Boby meloloskan diri menerusi bakat mereka untuk minggu pertama Vokal Bukan Sekadar Rupa.


RANCANGAN realiti televisyen terbaharu TV 3, Vokal Bukan Sekadar Rupa dilihat mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan kebanyakan realiti tv nyanyian yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Sudah memulakan tirai konsert yang pertama pada 16 Oktober lalu, rancangan tersebut menampilkan 10 peserta yang memiliki kekuatan dari segi vokal berbanding paras rupa.

Untuk konsert sulung yang diadakan di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam, buat permulaan lima orang peserta telah bersaing bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Antara yang bersaing seperti Norhasmidar Ahmad (Asmidar), Mafarikha Md. Akhir (Mafa), Muhd. Fakhrullah Mohd. Yusoff (Epiit), Mohd. Janizam Jamaluddin (Boby) dan Azmarul Azuan Harun (Azmarul).

Selain itu, para peserta turut diadili dua orang juri tetap yang akan mengadili para peserta sehingga minggu terakhir iaitu komposer Azmeer dan Erra Fazira serta Datuk Siti Nurhaliza selaku juri jemputan.

Menariknya tentang rancangan tersebut, para peserta terlebih dahulu akan menyanyi di sebalik tirai tanpa dapat dilihat dan ketiga-tiga orang juri akan mengundi sama ada peserta berkenaan layak ataupun tersingkir.

Namun begitu, hanya empat orang peserta yang berjaya pada persembahan minggu pertama dan tuah ternyata tidak menyebelahi Fakhrullah apabila tersingkir lebih awal setelah tidak mendapat undian daripada ketiga-tiga orang juri.

Biarpun tampil dengan persembahan yang mantap ketika menyampaikan lagu berjudul Bila Cinta nyanyian asal Filianti Vlee, ternyata ia belum dapat memikat hati para juri sehingga mereka terpaksa mengundinya keluar.

Ketika ditemui selepas acara berakhir, Fakhrullah yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaan setelah tersingkir awal menyatakan dia sudah buat yang terbaik dan memberi sepenuh tumpuan ketika membuat persembahan.


TELITI. Juri tetap yang terdiri daripada komposer Azmeer (kiri) dan Erra Fazira selain daripada juri jemputan Datuk Siti Nurhaliza untuk menilai bakat para peserta.


"Saya sendiri sebenarnya kurang pasti dengan penyingkiran ini dan merasakan ia bukanlah disebabkan dengan pemilihan lagu. Mungkin ada beberapa kesilapan yang dilakukan ketika membuat persembahan tanpa saya sedari.

"Walaupun agak sedih apabila gagal ke peringkat seterusnya, namun saya tetap menerima dengan hati yang terbuka. Malah, layak sehingga ke peringkat ini juga sudah begitu memuaskan hati saya," ujarnya yang kerap menghadiri sesi ujibakat rancangan realiti sebelum ini.

Mengulas mengenai penyingkiran Fakrullah, salah seorang juri tetap iaitu Azmeer menjelaskan, antara salah satu sebab peserta tersebut tidak dapat meneruskan saingan adalah disebabkan kesilapan yang dilakukan ketika korus.

Jelasnya, pada peringkat awal penyanyi berkenaan dapat menyanyikan dengan baik, tetapi dia seolah-olah kehilangan arah pada pertengahan nyanyian sehingga hilang tumpuan.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan kesemua peserta yang dapat menyanyi dengan baik. Namun, kami perlu menjadi lebih tegas kerana ini bukanlah sesi uji bakat lagi.

"Sebagai juri kami merasakan sebarang kesilapan seharusnya perlu dielakkan dan ini yang terjadi kepada Fakhrullah apabila dia telah melakukan kesilapan sehingga dia terpaksa disingkirkan," ujarnya.

Seorang lagi juri tetap, Erra Fazira memberitahu bahawa kesemua peserta ternyata memiliki vokal yang cukup mantap dan mahukan mereka supaya lebih bersedia untuk saingan yang seterusnya.

"Kalau boleh saya mahu setiap persembahan para peserta akan ada peningkatan setiap minggu selepas ini. Sebagai seorang juri tetap, saya akan curahkan segala pengalaman yang ada sebagai galakan kepada mereka," ujarnya.

Pada minggu kedua, seramai lima orang peserta iaitu Fakhrul Nizam Fauzi (Fakhrul), Fazdrul Aswad Fauzi (Aswad), Airulazwan Abd. Rahman (Boy), Irsa Sahabuddin (Irsa) dan Siti Nur Aishah (Adeq) akan merebut tempat untuk saingan seterusnya.

Bermula pada minggu ketiga, kesemua peserta yang berjaya akan dikumpulkan dan format pemarkahan akan dikira menerusi 50 peratus markah daripada juri tetap dan 50 peratus lagi adalah melalui undian para penonton.

Selain itu, mereka juga akan dibimbing oleh beberapa individu yang dilantik seperti Faizal Uzir (Penasihat Vokal), Adzwa (Penasihat Persembahan), Prof. Madya Md. Izzuddin (Penasihat Motivasi) dan Simran Latif (Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved