Isnin, 10 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Nyaris maut akibat kecuaian ahli farmasi

Posted:

Nyaris maut akibat kecuaian ahli farmasi

Nyaris maut akibat kecuaian ahli farmasi

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

YEE LAN ketika terlantar di wad HKL pada 1 hingga 12 Oktober 2010 akibat mengambil ubat melebihi dos yang sepatutnya.


KUALA LUMPUR – Gara-gara kecuaian seorang ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang warga emas berusia 64 tahun yang menghidap sejenis penyakit kulit terlantar di hospital selama 12 hari setelah dia mengambil sejenis ubat kanser dalam kuantiti yang berlebihan.

Mangsa, Wong Yee Lan yang menghidap penyakit psoriasis mendakwa, semuanya berpunca apabila ahli farmasi tersebut memberi arahan mengambil ubat tidak tepat selepas dia menerima rawatan sakit kulit pada 7 September tahun lalu di hospital berkenaan.

Menurut Yee Lan, ubat untuk merawat penyakit kulit tersebut sepatutnya dimakan enam kali seminggu tetapi dia telah diberi arahan supaya ubat itu dimakan sebanyak enam kali sehari.

"Saya disuruh makan ubat itu enam kali sehari dan saya menghabiskan dua paket ubat tersebut yang mengandungi 72 biji pil dalam masa 12 hari sahaja.

"Kesan ubat itu terlalu kuat sehingga menyebabkan saya mengalami kesukaran bernafas dan beberapa kali rebah ketika berjalan kerana pitam sehingga terpaksa dihantar ke klinik sebanyak empat kali.

"Selain itu, mata saya juga kerap berair dan sukar untuk membuka mata, bibir bengkak, rambut gugur dan sukar tidur," dakwanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini semalam.

Bimbang dengan keadaan dirinya yang semakin teruk, dia kemudian mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama pada 1 Oktober 2010 bagi mencari punca kesakitan yang dialami.

"Saya terpaksa dimasukkan ke wad selama 12 hari kerana keadaan kesihatan saya menjadi semakin teruk.

"Saya begitu terperanjat apabila doktor yang merawat memaklumkan bahawa saya telah mengambil dos ubat secara berlebihan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Sultan minta jangan pertikai JAIS

Posted:

Sultan minta jangan pertikai JAIS

Sultan minta jangan pertikai JAIS

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berpuas hati dengan laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung operasi penguatkuasaan ke atas majlis Thanks Giving Dinner di sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Baginda mengakui sudah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan berpuas hati dengan tindakan JAIS yang dianggap mengikut prosedur serta tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negeri itu.

Titah baginda, tindakan JAIS itu selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

"Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat atas tindakan yang dilakukan dan berharap agar rakyat tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalah anggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil.

"Sebagai sebuah jabatan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan agama Islam sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukannya sebagai agama negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan," titah baginda menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas laporan penuh mengenai pemeriksaan yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JAIS ke atas majlis Thanks Giving Dinner yang diadakan di Damansara Utama Methodist Centre (DUMC), Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Hub pendidikan tinggi bersifat global

Posted:

Hub pendidikan tinggi bersifat global

Hub pendidikan tinggi bersifat global


MUHYIDDIN (lapan dari kanan) bergambar dengan para pemenang Anugerah Akademik Negara 2009/2010 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dunia akademik negara perlu dianjak bagi menyahut hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi yang bersifat global, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli-ahli akademik mestilah lebih ke hadapan dalam mempelopori penyelidikan berimpak tinggi dan menjadikan inovasi sebagai paksi budaya berprestasi tinggi di universiti.

Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012 yang menjadikan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional perlu disahut oleh setiap ahli akademik melalui penterjemahan hasil penyelidikan dan pembangunan menjadi produk yang bernilai komersial.

"Dalam konteks ini, ahli-ahli akademik perlu sentiasa berada di barisan paling hadapan dalam mencetuskan idea-idea baharu yang bernilai komersial dan berdaya maju.

"Saya berharap agar ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang merebut peluang keemasan ini dan menjadi pelopor kepada Gerakan Inovasi Nasional yang diumumkan Perdana Menteri," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved