Ahad, 2 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi

Posted:

Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi

Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

TUAN MAT menceritakan mengenai mayat bayi yang dijumpainya kepada seorang pegawai polis di Kampung Kubang Kacang, Limbat, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.

Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.

Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.

"Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.

"Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya," ceritanya ketika ditemui semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Pembedahan kembar Siam berisiko tinggi

Posted:

Pembedahan kembar Siam berisiko tinggi

Pembedahan kembar Siam berisiko tinggi

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


KEMBAR Siam Nur Shazwanie (kanan) dan adiknya, Nurshazrinie selepas dilahirkan di Kuala Terengganu bulan lalu.


KUALA TERENGGANU – Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini perlu mengambil langkah keselamatan yang tinggi sebelum sebarang keputusan dibuat bagi menjalankan pembedahan ke atas kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie yang dilahirkan di hospital itu baru-baru ini.

Pengarahnya, Dr. Tengku Ramelah Tuan Senik berkata, pembedahan ke atas kembar tersebut ketika ini sangat bahaya disebabkan mereka baru dilahirkan pada 22 September lalu.

Beliau berkata, berat kembar Siam itu yang kurang daripada lima kilogram juga tidak memadai untuk sebarang pembedahan dijalankan.

"Kami akan menjalankan imbasan ke atas bayi tersebut untuk menentukan sama ada percantuman itu melibatkan organ penting.

"Selain itu, kami juga akan menilai pandangan pakar-pakar yang kita ada di sini dan kesesuaian mereka pada sebarang pembedahan pada bayi ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Perjuangan BN untuk semua

Posted:

Perjuangan BN untuk semua

Perjuangan BN untuk semua


NAJIB (dua dari kanan di barisan depan) bersama Soi Lek (tengah di depan) serta barisan majlis tertinggi MCA menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis perasmian perhimpunan agung MCA di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus berjuang untuk keadilan sosial demi kepentingan semua rakyat Malaysia.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu berkata, oleh itu parti-parti komponen BN perlu mendekati rakyat dan memilih pendekatan inklusif dalam aspek mengambil kira kepentingan semua masyarakat.

"Ini adalah salah satu tunggak utama Gagasan 1Malaysia ke arah memastikan keadilan sosial dalam prinsip yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-58 di Wisma MCA di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved