Ahad, 2 Oktober 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Semua mayat pakai tali keledar

Posted:

Semua mayat pakai tali keledar

Semua mayat pakai tali keledar

KEADAAN pesawat CASA C-212 yang terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Bahorok, Indonesia.


BAHOROK, Indonesia - Kesemua mayat 18 orang penumpang pesawat yang terhempas di kawasan pergunungan di sini telah dikeluarkan dari bangkai pesawat terbabit semalam.

Pesawat CASA C-212 buatan Sepanyol itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada awal Khamis ketika terbang dari Utara Sumatera menuju ke Aceh. Beberapa minit kemudian, ia menghantar satu isyarat kecemasan sebelum hilang daripada jangkauan radar.

Hutan tebal dan cuaca buruk memaksa sepasukan 13 orang penyelamat sampai ke lokasi dengan menaiki helikopter.

"Mereka menemui mayat mangsa di atas tempat duduk masing-masing dengan tali pinggang keledar masih terpasang," kata kata ketua pasukan penyelamat, Sunarbowo Sandi.

Mayat-mayat itu terdiri daripada 14 penumpang dan empat anak kapal. Empat daripada mereka ialah kanak-kanak. Sebelum ini, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat timbul selepas pesawat itu dilihat tidak rosak teruk dan salah sebuah pintunya terbuka. Justeru, pasukan penyelamat menjatuhkan makanan dan ubat-ubatan di lokasi kejadian.

Ahli keluarga mangsa menuduh syarikat penerbangan PT Nusantara Buana Air mengambil masa terlalu lama untuk memberi maklumat kepada mereka. "Operasi menyelamat terlalu perlahan dan tidak profesional," kata Rosmawati Harahap yang kehilangan anak lelaki, menantu dan dua orang cucu.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan. Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Indonesia sedang menyiasat insiden tersebut. - AFP

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney

Posted:

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney


PESAWAT ringan Cheetah S200 tersangkut di antara kabel keluli roda Ferris sebelum juruterbang dan penumpangnya diselamatkan.


SYDNEY - Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu. - AFP

Bintang Hollywood tunjuk perasaan di Mesir

Posted:

Bintang Hollywood tunjuk perasaan di Mesir

Bintang Hollywood tunjuk perasaan di Mesir


SEAN PENN berjalan bersama pelakon Mesir, Khaled El-Nabawy (bertopi) ketika menyertai tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah.


KAHERAH - Pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn dilapor menyertai ribuan aktivis Mesir yang memenuhi bandar Kaherah kelmarin untuk menuntut pemerintah tentera mempercepatkan peralihan kuasa kepada rakyat.

Mereka juga menggesa supaya undang-undang darurat yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas musuh politiknya ditamatkan.

Media tempatan melaporkan bahawa Penn memegang bendera Mesir, sambil berjalan bersama pelakon Mesir Khaled el-Nabawi di Dataran Tahrir.

Lokasi itu dipilih untuk mengadakan demonstrasi yang mereka sifatkan sebagai 'menuntut kembali revolusi' berikutan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara pemerintah tentera mengendalikan peralihan kuasa. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved