Khamis, 6 Oktober 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Alyah temui Chocolate

Posted:

Alyah temui Chocolate

Alyah temui Chocolate

MENYUSUP perlahan di bawah lembayung seni semenjak ditabal sebagai sang juara Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) terbitan stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun 2000, Alyah, 30, tidak lekas mengalah dalam mengharungi ranjau dan duri dunia seni. Bahkan, si genit itu semakin deras mencatur langkah.

Lebih sedekad berkarya di laman seni, akhirnya penyanyi bersuara lantang itu berjaya mengejutkan peminatnya menerusi kualiti lagu dan vokal menerusi lantunan Tak Mungkin Kerna Sayang, single pertama daripada album pertamanya, Alyah.

Setelah tumpuan berjaya dicuri dari hati peminat, figura pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan itu kini meniti di landasan yang tepat.

"Pengalaman lampau banyak mengajar Alyah untuk menjadi individu yang cekal sebenarnya," luahnya pada pertemuan singkat di Dataran Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang baru-baru ini.

Belajar daripada sejarah silam, penyanyi lagu Kisah Hati itu kini sedang berkira-kira untuk mencari klon buat pengganti dirinya kelak.

Maka, hasilnya kini sudah ada di depan mata. Kumpulan Chocolate yang terdiri daripada tiga orang gadis yang dipilihnya sendiri daripada sesi uji bakat sudah terbit dengan single pertama berjudul, Boomerang. Alyah turut berkolaborasi dengan Chocolate untuk lagu itu.

"Boomerang senang saja pengertiannya, ibarat sesuatu perbuatan yang kita lakukan akan kena pada kita semua, sama seperti permainan boomerang itu sendiri," cerita Alyah mengenai lagu ciptaan Audi Mok dan Omar K serta liriknya oleh Ed Samad.

Single itu akan memulakan pembikinan klip videonya pada bulan Oktober ini dan album penuh Chocolate pula dijangka siap pada akhir tahun ini.

Chocolate sebenarnya terdiri daripada tiga orang gadis yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Mereka terpilih daripada sesi uji bakat yang dijalankan oleh syarikat rakaman milik Alyah, Like Music Entertainment.


ALYAH kini meneruskan langkah untuk lebih maju dalam karier seninya.


"Daripada 25 orang yang hadir uji bakat, hanya tiga yang saya pilih iaitu Eeza (Nur Shafreeza Zainal Abidin), 18, Melly (Melley Matius), 23, dan Pam (Nadia Parmila Yunus), 24, pemilihan dibuat bukan hanya bersandarkan rupa tapi juga bakat."

Memandangkan Alyah sudah banyak meraih pengalaman dalam mengharungi duri dan ranjau dunia seni suara tanah air, dia cukup prihatin dengan masa depan Chocolate.

"Tahan banting! Itu yang Alyah tekankan kepada anggota Chocolate, setelah banyak dugaan yang Alyah lalui begitu jua kekebalan yang Alyah mahukan daripada mereka," katanya yang tidak sesekali membebankan anggota kumpulan itu apatah lagi mengganggu pelajaran mereka.

Ditanya adakah kumpulannya memiliki kriteria yang sama seperti beberapa kumpulan anak muda yang baru tumbuh di negara ini, Alyah menjawab ketiga-tiga anggota kumpulan itu ada cara pembawaan dan stail sendiri.

"Alyah carikan pereka pakaian mereka sendiri, perunding imej dan konsep muzik yang mereka bawakan lebih kepada retro pop, contohnya jelas dapat didengar melalui single, Boomerang.


PROFESIONAL. Biarpun terjatuh ketika menyanyi di pentas, Alyah tetap meneruskan nyanyiannya.


"Alyah juga paksa mereka untuk menjadi berani!" jelasnya lagi yang pernah tampil dengan single, Ku Pinjam Satu Bintang bersama Riz AF6.

Dier Yasin

Biarpun sibuk merencanakan pergerakan kumpulan Chocolate, Alyah juga secara rasminya menjadi selebriti yang terlibat dengan kempen Siapa Peduli? yang membantu mengutip derma untuk membina hospital kanak-kanak di bumi Gaza, Palestin.

Kempen itu juga menampilkan sebuah album kompilasi daripada artis ternama tanah air seperti Mawi, Azhan Atan, Putera, Mila, Jay Jay, Liza Hanim, Syafinaz, Hafiz AF7 dan Alyah.

Album Siapa Peduli? yang dijual dengan harga RM25 memuatkan 10 buah lagu selain sajak khas daripada sasterawan negara, Datuk A. Samad Said.

Sementara dalam album ini, Alyah terlibat menyanyikan sebuah lagu berjudul Dier Yasin Bercerita Pedih yang menceritakan bagaimana situasi bergolak di sebuah kampung di Gaza bernama Dier Yasin daripada kaca mata seorang kanak-kanak yang terselamat, Faimi Zeidan yang berusia 12 tahun ketika kejadian.

"Alyah dipanggil oleh Kak Zera (nama sebenarnya, Zaira Aziz) iaitu penerbit album ini pada bulan Jun lalu, terkejut pada mulanya tapi kesempatan ini amat bermakna bagi Alyah untuk menyumbangkan bakat yang Alyah ada setakat termampu.

"Mungkin secara fizikalnya Alyah tidak mampu berikan sumbangan tapi hanya melalui suara dalam lagu, Alyah harap orang ramai akan menderma untuk penjualan album amal ini yang akan disalurkan kepada anak-anak di Gaza," bicaranya lagi ketika turut terlibat dalam persembahan konsert Malam Siapa Peduli? sempena Minggu Konvokesyen USM ke-44 di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menyelami penderitaan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kekejaman yang berlaku di Dier Yasin, kata Alyah lagi setiap kali menyanyikan lagu ini hatinya berombak-ombak dan hampir menangis.

"Apabila Alyah menyanyikan lagu ini, Alyah akan membayangkan bagaimana dahsyat dan kejamnya peristiwa yang berlaku di kawasan itu serta trauma yang dialami seorang kanak-kanak yang satu-satunya terselamat dalam kejadian itu," tuturnya menahan sebak.


ALYAH dan Hafiz AF7 bergandingan di pentas konsert Malam Siapa Peduli? sempena Minggu Konvokesyen USM ke-44 di Pulau Pinang baru-baru ini.


Tanggungjawab sebagai ibu

Dalam pada sibuk dengan kegiatan seninya, Alyah rupa-rupanya tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Jangan silap faham, Alyah sebenarnya menjadi ibu kepada dua orang anak angkatnya, Mohd. Al ,6, dan Naziatul Afiqah,3.

Ditanya penerimaan Alyah andainya kedua-dua permata hatinya itu akan turut terlibat dalam bidang seni sama sepertinya, ungkap Alyah: " Saya tidak kisah asalkan ilmu penuh di dada. Alyah mahu mereka menjadi seorang penghibur yang berdaya saing dan lengkap dengan pengetahuan."

Oleh kerana kesibukannya kini, kedua-dua anak angkatnya itu kini dijaga oleh ibunya di Gelang Patah, Johor.

"Tapi Alyah akan pastikan setiap hari akan bercakap dengan mereka walaupun sekejap, sekadar melepas rindu kata orang," getusnya yang teruja memikirkan masa depan kedua-dua anak angkatnya.

Taja MUH akhiri zaman bujang

Posted:

Taja MUH akhiri zaman bujang

Taja MUH akhiri zaman bujang

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


DUA tahun di alam pertunangan, Taja dan Kimi kini bersama-sama mengharungi bahtera rumah tangga.


EMPAT tahun bercinta dan kemudian mengikat tali pertunangan pada bulan Jun 2009, akhirnya ketua kumpulan dan pemain gitar kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) Nik Mustaza Nik Mustapha telah melangsungkan perkahwinan dengan Nafisah Mohamat Yusof Khir pada 1 Oktober yang lalu.

Dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri keluarga terdekat, pasangan tersebut dinikahkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Azubir Razali.

Pada majlis berkenaan, Nafisah atau Kimi, 28, yang juga merupakan pengurus MUH menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas dan sembilan dulang hantaran termasuk wang hantaran RM10,000, kamera digital Samsung, set alat solek MAC, haruman Vera Wang, iPad2, cincin berlian Lumiere, al-Quran, buah-buahan, coklat dan beg tangan berjenama Coach.

Nik Mustaza, 32, atau lebih lebih dikenali sebagai Taja pula menerima tujuh dulang hantaran daripada Kimi iaitu set permainan PS3, kamera DSLR Canon EOS 60D, haruman Polo, al-Quran, jam berjenama Cerutti 1881 dan sirih junjung.

Ditemui dalam satu majlis resepsi yang diadakan sehari selepas majlis akad nikah, Taja meluahkan rasa syukurnya apabila hasrat untuk mendirikan rumah tangga akhirnya telah terlaksana.

"Ia adalah hari yang cukup menggembirakan kerana segala yang dirancang menjadi kenyataan. Tempoh pertunangan selama dua tahun sudah cukup untuk mengenali isteri sehinggalah saya mengambil keputusan untuk melamarnya sebagai suri hidup saya.

"Apa yang saya lihat dia merupakan seorang wanita yang bijak merancang, namun seorang yang cukup tegas dalam membuat seseuatu keputusan. Selain itu, dia juga datang dari keluarga yang baik," ujarnya.

Ditanya adakah sukar menjalinkan hubungan percintaan dengan pengurus sendiri, Taja mengakui memang agak sukar dan tidak menafikan mereka selalu berselisih pendapat mengenai kerja.

Jelasnya lagi, adakalanya mereka berdua juga sering kali bergaduh kerana tidak sependapat, namun akhirnya berbaik semula setelah sama-sama duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah yang timbul cara baik.

"Untuk tempoh tahun yang pertama tidak ramai yang tahu kami bercinta termasuk ahli kumpulan MUH. Bila mereka sudah tahu, kadangkala mereka berasa serba salah untuk memihak kepada siapa terutamanya bila saya dan isteri berselisih faham," ujarnya.

Sementara itu, Kimi pula memberitahu apa yang membuat dia tertarik dan bersetuju untuk bergelar sebagai isteri Taja disebabkan dia melihat pemuzik itu sebagai seorang yang cukup penyabar dan sangat mengambil berat.

"Selama berkawan dan bercinta, suami seorang lelaki yang sedia membantu dalam segala perkara. Misalnya, dia sanggup menghantar saya ke hospital pada waktu malam apabila saya diserang lelah dan keran sikapnya itu membuatkan saya terpaut kepadanya," ujar Kimi.

Mengenai cahaya mata pula, pasangan tersebut memberitahu mereka tidak merancang dan bersedia pada bila-bila masa sahaja. Malah, mereka berharap untuk dikurniakan anak secepat mungkin.


RAKAN-RAKAN rapat turut teruja dengan perkahwinan Taja dan Kimi.


Dikau Rembulan

Selain dikenali sebagai pemain gitar, Taja yang juga merupakan seorang komposer telah menghasilkan sebuah lagu istimewa berjudul Dikau Rembulan sebagai hadiah perkahwinan untuk isteri tercinta.

Menurutnya, lagu tersebut telah dicipta olehnya ketika seminggu sebelum perkahwinan mereka berlangsung dan menjelaskan setiap lirik yang terkandung di dalam lagu tersebut ada berkaitan dengan kisah percintaan mereka.

"Untuk lagu tersebut saya sendiri yang turut menyanyikan khusus buat isteri. Sebagai sebuah hadiah perkahwinan, saya tidak merancang untuk komersialkan lagu itu kerana ia hadiah saya kepadanya," ujarnya.

Kimi yang dilihat terharu dengan hadiah istimewa pemberian suami tercinta pula memberitahu dia sebenarnya dapat mengetahui tentang penciptaan lagu tersebut beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan.

"Pada mulanya saya memang langsung tidak tahu lagu Dikau Rembulan diciptakan khas untuk saya. Kemudian apabila saya pergi berjumpa dengannya di studio, ketika itu dia sedang merakamkan lagu itu," ujarnya.

Pasangan tersebut merancang untuk berbulan madu di pulau peranginan dalam Malaysia dalam masa terdekat sebelum dijangka ke Bali, Indonesia pada bulan Februari 2012 untuk menyaksikan konsert U2.

Raina mohon maaf

Posted:

Raina mohon maaf

Raina mohon maaf


RAINA tidak bermaksud untuk menimbulkan masalah dengan UEE yang sama-sama mengganggotai kumpulan After School.


SALAH seorang anggota kumpulan wanita popular Korea Selatan, After School, Raina telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat kumpulan itu atas keterlanjurannya memberikan komen terhadap seorang lagi anggota kumpulan itu.

Kata Raina ketika muncul dalam program televisyen Immortal Song yang disiarkan secara langsung: "Saya memang ingin berada dalam program yang mengetengahkan bakat nyanyian saya.

"After School mempunyai ramai ahli (lapan orang) dan apabila sampai bahagian korus selalunya saya seorang yang akan menyanyi. Saya cuba yang terbaik tetapi kamera hanya fokus pada UEE sahaja (salah seorang ahli After School). Perkara itu membuatkan saya sedih."

Kebanyakan peminat After School yang telah menonton program itu kemudian telah mengkritik Raina dengan mengatakan dia telah menghentam ahli kumpulannya sendiri.

Selepas sahaja menerima kritikan itu, Raina secara peribadi telah membuat permohonan maaf menerusi laman sosial Twitter miliknya dengan berkata: "Saya tidak bermaksud untuk berkata demikian. Tetapi berita mengenainya telah mula tersebar dan menjadi satu isu besar. Mulai sekarang, saya akan lebih berhati-hati."

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved