Jumaat, 9 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lorong bas Hentian Putra ditutup

Posted:

Lorong bas Hentian Putra ditutup

Lorong bas Hentian Putra ditutup

09/09/2011 7:48pm

KUALA LUMPUR - Semua bas ekspres tidak dibenarkan memasuki lorong bas dalam Bangunan Hentian Putra bermula semalam sehingga 31 Oktober ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki lantai di dalam bangunan itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa dalam satu kenyataan berkata, berikutan itu semua bas akan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di tiga tapak alternatif yang disediakan di luar bangunan itu.

"Pemandu bas ekspres dikehendaki menggunakan petak yang disediakan untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja dan tidak dibenarkan menggunakannya sebagai tempat meletak bas," katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengelak daripada menggunakan jalan atau meletakkan kenderaan di sekitar bangunan itu sepanjang tempoh penutupan bagi mengelak kesesakan. - Bernama

6 motosikal dibakar

Posted:

6 motosikal dibakar

6 motosikal dibakar

09/09/2011 7:43pm

SEBERANG JAYA - Enam buah motosikal yang diletak di tempat parkir berbumbung di Flat D20 Gerbang Tuna di sini terbakar pagi tadi dipercayai akibat perbuatan khianat.

Tiga daripadanya musnah manakala tiga lagi hanya mengalami kerosakan kecil dalam kejadian kira-kira 4 pagi.

K. Tinesh Kumar, 23, berkata, beliau sekeluarga yang tinggal di tingkat tiga flat berkenaan hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi siren kenderaan bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian.

"Saya terus bangun sebelum turun ke bawah dan terkejut apabila mendapati motosikal saya hangus terbakar," katanya.

Katanya, sebelum kejadian adiknya Vijitra, 16, dikatakan terdengar bunyi seperti orang membalingkan sesuatu objek tetapi tidak mengendahkannya. - Bernama

Wanita dituduh pecah amanah

Posted:

Wanita dituduh pecah amanah

Wanita dituduh pecah amanah

09/09/2011 7:09pm

JOHOR BAHARU - Seorang wanita bekas pengarah syarikat pengangkutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga tuduhan pecah amanah dengan memasukkan cek syarikat ke dalam akaun sendiri tiga tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Hasnah Zaliha Salleh, 38, sebagai pengarah Syarikat Neet Freighters Sdn Bhd, didakwa melakukan pecah amanah melibatkan 26 keping cek CIMB bernilai RM82,835 yang dimasukkan ke dalam akaun Public Bank miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Neet Freighters Sdn Bhd di Jalan Persisiran Perling di sini antara 19 Januari dan 4 November 2008.

Bagi pertuduhan kedua, Hasnah Zaliha didakwa melakukan kesalahan yang serupa melibatkan enam keping cek CIMB bernilai RM13,637.50 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya antara 10 Februari dan 25 Jun 2008.

Bagi kesalahan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan serupa melibatkan empat keping cek CIMB yang kesemuanya bernilai RM16,488 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik syarikatnya, Sharul Enterprise, antara 18 Mac dan 28 Oktober 2008.

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anwar Abdul Raof manakala Hasnah Zaliha diwakili peguam Fairoz Elyas Majeed. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved