Jumaat, 9 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Saya tidak jual anugerah - Datuk Undang Naning

Posted:

Saya tidak jual anugerah - Datuk Undang Naning

Saya tidak jual anugerah - Datuk Undang Naning

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

ABDUL LATIF memegang buku perlembagaan Tambo Alam Naning di Balai Rasmi Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka semalam.


ALOR GAJAH - "Saya tidak pernah jual sebarang anugerah termasuk anugerah Datuk."

Demikian tegas Datuk Undang Wilayah Naning ke-19, Datuk Abdul Latif Hashim mengenai isu penjualan anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning.

Menurutnya, dia sebagai Datuk Undang Wilayah Naning yang sah tidak pernah menjual anugerah darjah kebesaran atau melantik wakil untuk menjual anugerah berkenaan.

"Kami juga tidak merancang mengadakan majlis penganugerahan darjah kebesaran pada 20 Oktober ini kerana majlis seperti itu telah diadakan Mei lalu dan hanya akan diadakan sekali lagi pada Mei tahun depan.

"Oleh itu, jangan percaya jika ada yang mengatakan dia mewakili Datuk Undang Naning dan meminta bayaran bagi pengurniaan anugerah," katanya ketika ditemui di Balai Rasmi Undang Naning di sini semalam.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan kebimbangan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, yang khuatir ditipu apabila diminta membayar sejumlah wang RM50,000 oleh seorang individu bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka.

Amin telah membayar RM5,000 sebagai wang pendahuluan dan suspek memberi jaminan gelaran itu akan disampaikan jika baki wang berkenaan dijelaskan secara berperingkat-peringkat menjelang istiadat di Alor Gajah pada 20 Oktober depan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Faezah Elai, Heykal kini suami isteri

Posted:

Faezah Elai, Heykal kini suami isteri

Faezah Elai, Heykal kini suami isteri


FAEZAH menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 daripada Heykal di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Aktres dan model terkenal, Faezah Elai dan pengarah drama, Mohammad Heykal Mohd. Hanifah sah bergelar suami isteri apabila mereka selamat diijabkabulkan di dewan Kondominium Platino, Gelugor di sini semalam.

Faezah, 29, dan Mohammad Heykal, 38, dinikahkan oleh Jurunikah Kawasan A, Timur Laut, Abdullah Yahya kira-kira pukul 3.35 petang sambil disaksikan lebih 300 ahli keluarga terdekat.

Pelakon tersebut yang ditemui sejurus selesai majlis akad nikah, melahirkan rasa syukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan baik dan kini sudah bergelar isteri kepada Mohammad Heykal selepas hampir setahun menjalin hubungan cinta.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Amaran jerebu semakin buruk

Posted:

Amaran jerebu semakin buruk

Amaran jerebu semakin buruk


GAMBAR kiri panorama Kuala Lumpur sebelum jerebu melanda manakala kanan, ibu negara tenggelam akibat fenomena tersebut semalam.


KUALA LUMPUR - Kawasan Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila ia terus meningkat kepada 105 pada pukul 5 petang berbanding 101 pada pukul 11 pagi dan 98 pada pukul 7 pagi semalam.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai merupakan satu-satunya kawasan yang berada pada tahap IPU tidak sihat manakala sebanyak 34 kawasan di seluruh negara berada pada tahap IPU sederhana dan 14 lagi pada tahap IPU baik.

IPU pada tahap di antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, IPU sederhana (51-100), IPU tidak sihat (101-200), IPU sangat tidak sihat (201-300) dan IPU berbahaya (lebih 301).

Semalam Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjangkakan keadaan berjerebu berterusan beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved