Kosmo Online |
- 15 pesilat berlatih di Chiang Mai
- Curi air: Pemaju didenda RM20,000
- Dua saudara sesat di hutan Bukit Wang
15 pesilat berlatih di Chiang Mai Posted: 15 pesilat berlatih di Chiang Mai25/07/2011 9:03pm KUALA LUMPUR — Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) akan menghantar 15 pesilat ke Chiang Mai, Thailand dari 8 hingga 15 Ogos sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Indonesia 2011, November ini. Penyelaras Pesaka Osman Nok berkata, sepanjang lapan hari latihan di Chiang Mai, pesilat negara akan mengadakan sesi rakan selatihan dengan pesilat Thailand. "Selain itu, pesilat negara dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan pesilat Thailand pada 11 dan 12 Ogos," katanya kepada Bernama. Osman berkata selain Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara ke-3 yang berakhir 14 Julai lepas, latihan di Chiang Mai akan dijadikan platform untuk menilai prestasi pesilat negara. "Setakat ini kesemua pesilat kita menunjukkan prestasi yang baik sepanjang latihan dan kami harapkan ia berterusan namun, jika terdapat kemerosotan dari segi persembahan, kami mungkin akan pertimbangkan untuk mengadakan pertukaran," katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Curi air: Pemaju didenda RM20,000 Posted: Curi air: Pemaju didenda RM20,00025/07/2011 8:57pm SHAH ALAM - Sebuah syarikat pemaju perumahan didenda RM20,000 atau dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan mencuri air milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), tiga tahun lepas. Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman itu selepas Syarikat Teroka Timur Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Wan Mahadi Wan Ahmad mengaku melakukan penyambungan paip air tanpa kelulusan Syabas di Lot 4112 Jalan Tanjung Rhu 30/40A, Seksyen 30 Shah Alam di sini, pada 2 Jun 2008. Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Dua saudara sesat di hutan Bukit Wang Posted: Dua saudara sesat di hutan Bukit Wang25/07/2011 8:40pm JITRA — Dua saudara yang ke kebun untuk mengambil buah-buahan tengah hari semalam sesat dan terpaksa bermalam dalam Hutan Simpan Bukit Wang dekat sini, yang terletak berhampiran kebun berkenaan. Abdul Rahman Ibrahim, 71, bersama saudaranya Che Hussin Hamid, 44, dilapor sesat apabila tidak pulang ke rumah sejak masuk ke kebun kira-kira pukul 1 petang semalam. Mereka berjaya menemui jalan keluar pagi ini dan terserempak dengan pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari mereka. Che Hussin berkata dia datang dari Perlis untuk mengambil buah-buahan di kebun Abdul Rahman dan mereka ke kebun itu berempat bersama dua lagi saudara mereka. "Setelah mengumpul buah-buahan di dangau (sebuah pondok kecil di dusun), saya mengajak pak cik (Abdul Rahman) masuk hutan untuk mencari rotan. Saya mengekori pak cik dari belakang dan tanpa kami sedari, kami telah sesat jauh. Memandangkan hari semakin gelap dan mula terasa letih, kami berhenti di sebuah batu dan berehat di situ sehingga pagi," katanya ketika ditemui pemberita di rumah Abdul Rahman di Kampung Padang Panjang dekat sini hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan