Kosmo Online - Sukan |
- Jangan ulang lagi - Rajagobal
- Berita bola sepak hiasi muka depan akhbar Singapura
- Malaysia gagal atasi Thailand
Posted: Jangan ulang lagi - RajagobalOleh WAN FAKHRUL BAKAR SHARBINEE (kiri) memperkatakan sesuatu kepada rakan sepasukan lain pada aksi menentang Singapura di Stadium Jalan Besar malam kelmarin. Malaysia tewas 3-5. SINGAPURA - Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mahu benteng pertahanan tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan mudah sehingga dibolosi lima gol malam kelmarin. Meskipun tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini malam kelmarin, Rajagobal tetap yakin Malaysia akan mara ke pusingan ketiga. "Kita beri Singapura gol-gol mudah hasil kesilapan sendiri. Kita tak boleh buat begini lagi pada aksi kedua nanti. Kita perlu bangkit untuk menang sekurang-kurangnya dua gol. "Tapi kita perlu sentiasa positif. Dalam tiga atau empat hari ini, saya akan fikir sesuatu untuk aksi kedua nanti dan tetap yakin kita akan layak," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin. Kelonggaran benteng pertahanan gandingan Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar menyebabkan gawang Sharbinee Allawee Ramli bolos empat kali pada babak pertama dan satu lagi pada babak kedua. Khidmat Aidil Zafuan Radzak yang diketepikan akibat kecederaan buku lali pasti ditagih pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini sambil 'tangan emas' Khairul Fahmi Che Mat mungkin kembali menjadi harapan. Namun Rajagobal perlu mencari pengganti sesuai apabila kapten, Safiq Rahim tidak dapat beraksi akibat kad merah diterimanya pada minit ke-49 selepas melakukan terjahan keras terhadap Harris Harun. "Safiq seorang pemain tengah yang cukup berpengaruh. Ketiadaannya memaksa saya mencari pengganti sesuai. Saya perlu positif, yakin dan percaya dengan pemain lain yang ada," ujar Rajagobal. Berkemungkinan Ismail Faruqi Ashari yang diletakkan sebagai penyerang kedua di belakang Safee Sali akan mengisi tempat Safiq untuk bergandingan dengan Amar Rohidan di bahagian tengah. Atau Rajagobal mungkin meletakkan Baddrol Bakhtiar memandangkan dua lagi pemain yang ada, Shakir Shaari dan K. Gurusamy lebih berperanan sebagai pemain tengah bertahan seperti Amar. "Saya tagih kehadiran 90,000 penyokong Malaysia kerana ia bakal memberi motivasi dan semangat kepada pemain kita di Bukit Jalil nanti. Kita kena yakin bahawa kita mampu menang di laman sendiri," tegas Rajagobal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Berita bola sepak hiasi muka depan akhbar Singapura Posted: Berita bola sepak hiasi muka depan akhbar SingapuraBEBERAPA akhbar di Singapura menjadikan keputusan aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 sebagai tajuk utama mereka semalam. SINGAPURA - Permusuhan di antara Singapura dan Malaysia dalam saingan bola sepak sentiasa menghidupkan satu suasana meriah serta ketegangan tidak kira di kalangan pemain mahu pun penyokong kedua-dua pasukan. Ternyata kemeriahan itu turut diterjemahkan dalam akhbar-akhbar utama Singapura semalam yang melaporkan tentang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar di sini malam kelmarin. Keputusannya, Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura sebelum mereka bertemu lagi pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini. Hampir semua akhbar tempatan Singapura meletakkan laporan perlawanan malam kelmarin itu sebagai bahan berita di muka depan dan muka belakang akhbar masing-masing. Akhbar Berita Minggu meletakkan tajuk Kita Menang! di muka hadapan dengan gambar Aleksandar Duric meraikan jaringan kelima Singapura bersama rakan sepasukannya, Qiu Li. Muka belakang Berita Minggu pula dihiasi dengan tajuk Singa Baham Harimau 5-3, membuktikan betapa terujanya Singapura dengan kemenangan terhadap musuh tradisi, Malaysia. Akhbar The Sunday Times pula tampil dengan tajuk muka hadapan Five-Star Lions manakala muka belakangnya dengan tajuk Lion Edge Triller. Sementara akhbar The New Paper on Sunday meletakkan tajuk ringkas Game On! pada muka hadapannya manakala pada halaman sukannya dengan tajuk Can You Believe 5-3?. Kehangatan laporan media untuk kedua-dua negara ini pasti akan berterusan sehingga aksi kedua pada Khamis ini. Bagi media Malaysia, biarpun skuad negara kini ketinggalan jaringan 3-5, laporan berbentuk positif diperlukan bagi menaikkan semangat pemain dan juga penyokong di Bukit Jalil nanti. Contohi cara media Indonesia menghidupkan semangat dan keghairahan penyokong mereka menjelang aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta meskipun mereka telah tewas 0-3 kepada Malaysia pada final pertama di Kuala Lumpur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Malaysia gagal atasi ThailandPARA pemain Thailand dan Malaysia bergambar selepas majlis penyampaian hadiah pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Istaf 2011 di Stadium Titiwangsa semalam. Thailand muncul juara selepas menewaskan Malaysia 3-0 pada perlawanan akhir. SKUAD sepak takraw lelaki kebangsaan gagal menandingi kehebatan Thailand selepas tumpas 0-3 pada final Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa petang semalam. Kesilapan yang dilakukan oleh trio negara, Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam membuka peluang Thailand menang mudah pada set pertama dengan kelebihan 15-4 dalam masa 11 minit. Kegagalan tekong negara, Noor Azman mengurangkan kesilapan memaksa jurulatih skuad kebangsaan, Jamaluddin Hassan memasukkan Muhamad Syazam Husin sebagai tekong pada set kedua. Begitupun, Malaysia gagal menyekat kemaraan Thailand yang terkenal dengan gelaran 'Gajah Putih' itu untuk terus memburu kemenangan di set kedua dengan mata 15-6 dalam masa 14 minit. Pada set ketiga, usaha skuad negara untuk menyekat trio Thailand yang dibarisi oleh Pornchai Kaokaew, Siriwat Sakha dan Pattarapong Yupadee memenangi set itu juga gagal apabila sekadar meraih mata 15-11. Jamaluddin berkata, skuad kebangsaan gagal mengunakan kelebihan yang ada pada sistem baharu kiraan mata pada kejohanan itu. "Pemain kita masih baharu lagi dan mereka baharu menjalani latihan selama empat bulan dan banyak perkara yang masih perlu diperbaiki lagi dan saya harap kita mampu mengatasi kekurangan tersebut apabila beraksi di Sukan SEA, Indonesia 2011 pada akhir tahun ini," katanya. Sementara itu, skuad wanita Thailand turut mengekori kejayaan yang sama setelah berjaya menewaskan Vietnam 3-0 dengan kiraan 15-7, 15-12 dan 15-9 pada perlawanan akhir kategori wanita. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan