Jumaat, 17 Jun 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lemas ketika mandi di Lata tembakah

Posted:

Lemas ketika mandi di Lata tembakah

Lemas ketika mandi di Lata tembakah

17/06/2011 9:38pm

BESUT – Kegembiraan seorang remaja wanita yang datang berkelah bersama rakannya di kawasan perkelahan Lata Tembakah, Hulu Besut di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia lemas ketika mandi manda di kawasan rekreasi itu.

Sarmiela Mohamed, 20, yang berasal dari Kampung Keluat, Tanjung Pauh, Bachok, Kelantan dikatakan tergelincir ke dalam lubuk ketika sedang bermain air di tingkat tiga, kawasan perkelahan itu kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata, mangsa sebelum itu tiba di kawasan perkelahan itu kira-kira jam 11.30 pagi dan terus memasak makanan yang dibawanya bersama rakan-rakannya yang lain.

"Bagaimanapun kira-kira pukul 2 petang, mangsa yang tidak tahu berenang dilaporkan bermain air di satu lokasi berdekatan bersama seorang rakan perempuannya sebelum kedua-duanya tergelincir lalu jatuh ke dalam air," katanya ketika dihubungi.

Rakan Sarmiela berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian, namun mangsa dilaporkan telah hanyut ke dalam lubuk.

Mayatnya berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian dengan bantuan orang ramai dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebelum dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

4 suspek diberkas: Rompak alat ganti RM1j

Posted:

4 suspek diberkas: Rompak alat ganti RM1j

4 suspek diberkas: Rompak alat ganti RM1j

17/06/2011 7:04pm

TANJUNG MALIM – Polis menahan empat suspek dan menemui semula sebahagian daripada alat ganti kenderaan bernilai kira-kira RM1 juta yang dirompak dari sebuah kilang vendor di Proton City Tanjung Malim, 180 km dari sini Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, empat lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu diberkas di Bukit Sentosa, Selangor dan polis masih memburu enam lagi suspek.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, dalam rompakan pada kira-kira 3.45 pagi Isnin, 10 lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang mengikat tiga pengawal kilang berkenaan sebelum melarikan alat-alat ganti dengan sebuah lori.

Hasil siasatan, polis menjejaki kumpulan itu ke Selangor dan dalam serbuan ke sebuah rumah di Rasa, sebahagian daripada alat-alat ganti yang bernilai lebih kurang RM210,450 telah ditemui, katanya kepada pemberita di sini.

Antara barangan alat ganti kereta yang dijumpai semula ialah "alternator" berjumlah 474 unit, "wiper" (185), "knock sensor" (302), "distributor" (120) dan "hand pallet jack" (1). – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes bunuh: Buruh warga Indonesia serah diri

Posted:

Kes bunuh: Buruh warga Indonesia serah diri

Kes bunuh: Buruh warga Indonesia serah diri

17/06/2011 6:53pm

TAWAU – Seorang buruh warga Indonesia yang disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang pekerja di Ladang Seri Jaya, Imbak, kira-kira 150 kilometer dari sini, Ahad lalu, menyerah diri kepada polis semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Keong Ho Eng berkata, suspek berusia 38 tahun itu, yang juga bekerja di ladang berkenaan, menyerahkan diri kepada seorang mandor sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek, yang baru tiga bulan bekerja di ladang berkenaan, terpaksa menyerah diri kerana tidak tahu jalan keluar dari ladang itu serta terasa terancam dengan keluarga dan rakan mangsa yang ramai.

"Berikutan penyerahan diri suspek, kita anggap kes bunuh ini sudah selesai," katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved