Jumaat, 17 Jun 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Bersosial tingkat skil komunikasi

Posted:

Bersosial tingkat skil komunikasi

Bersosial tingkat skil komunikasi

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my



TIADA siapa menyangka, seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang asyik membelek teropong mainan itu merupakan anak autistik.

Jika ditilik secara fizikal, Umar Hasfizal kelihatan seperti kanak-kanak seusianya, aktif ke sana-sini dan hanya mahu berseronok.

Saat merapati pelajar tingkatan satu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur itu, lahir perasaan luar biasa yang sukar digambar dengan kata-kata ketika itu.

Sedikit terkejut apabila melihatkan si autistik itu seorang yang mudah mesra dan tidak ragu-ragu bertanya pelbagai soalan kepada penulis.

Walaupun pada mulanya Umar agak malu-malu untuk menjawab soalan yang diajukan, namun selepas diyakini oleh ibunya, dia semakin selesa berkomunikasi.

"Umar tidak banyak kerenah, dia mudah bergaul dan sangat peramah jika dia selesa dengan orang tersebut.

"Mungkin segelintir kanak-kanak autistik mengalami masalah membaca dan menulis, tetapi Umar cepat belajar malah dia juga belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas yang sama," jelas ibu Umar, Marina Ariff.

Bukan personaliti Umar saja yang menjadikannya istimewa malah, bakat nyanyian yang dimilikinya turut membuatkan orang ramai kagum dengan anak sulung daripada tiga beradik itu.

"Umar amat meminati lagu-lagu Maher Zain, kumpulan Search dan Wings," tambah Marina lagi.

Bakat muzik Umar tidak terhad terhadap seni suara sahaja, tetapi dia juga mempunyai kebolehan bermain keyboard dan mengenali not-not muzik walaupun baharu kali pertama mendengarnya.

Bagi Abraham Isaac Pereirra, kanak-kanak autistik berusia 12 tahun, ternyata penyakit tersebut tidak menjadi penghalang untuknya berinteraksi dan mengumpul sahabat baru.

Ibu kepada Abraham, Dorothy Dass mengakui, pada awalnya anak bongsu itu memang pernah mengalami masalah untuk berinteraksi.


IBU bapa dan anak masing-masing mendengar taklimat sebelum memulakan permainan mencari harta karun.


"Selepas menjalani terapi selama dua tahun, dia semakin pulih dan kini dia hanya mengambil ubat khas bagi mengawal tingkah lakunya.

"Abraham seorang yang berdikari dan dia tidak terlalu bergantung kepada orang bagi melakukan kebanyakan aktiviti hariannya.

"Dia juga amat menggemari mata pelajaran Sains dan Matematik. Lebih mengagumkan apabila dia sudah boleh membaca ketika umurnya baru mencecah tiga tahun," katanya.

Atasi agresif

Persepsi awam melihat pesakit autisme sebagai kanak-kanak yang sukar untuk bertoleransi dan sukar untuk dikawal memang benar. Namun, sifat agresif dalam diri mereka boleh dibendung menerusi pelbagai cara.

Cara terbaik adalah membiarkan kanak-kanak autistik tersebut bersosial bersama-sama kanak-kanak lain agar mereka dapat membina keyakinan dalam diri.

Menyedari agak sedikit ruang yang diperoleh oleh pesakit autisme untuk bersosial, Suria KLCC mengambil inisiatif menganjurkan Program Amal Teddy Bear dan Kawan-kawan di Luar pada 12 Jun lalu.

Seramai 13 orang kanak-kanak autistik dan 30 penghuni Rumah Titian Kasih diberi peluang bergembira dan berkenalan bersama kira-kira 400 kanak-kanak lain yang turut sama memeriahkan program tersebut.

Aktiviti luar program tersebut diadakan di Taman KLCC sementara aktiviti dalam dijalankan di Dewan 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penganjuran kali ke-11 program tersebut difokuskan kepada pengumpulan dana buat Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) yang disasarkan sebanyak RM20,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Larangan memakai gelang berloceng

Posted:

Larangan memakai gelang berloceng

Larangan memakai gelang berloceng

APAKAH hukum memakai gelang kaki dalam kalangan wanita Islam?

JAWAPAN:

Apabila seseorang wanita itu menjaga auratnya di hadapan bukan mahram, ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, malah menjaga wanita mukmin seluruhnya. Maruah dan harga diri wanita begitu tinggi dan bernilai.

Wanita Islam wajib menjaga auratnya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak mereka atau anak tiri mereka atau saudara mereka, anak saudara lelaki mereka, anak saudara perempuan mereka, sesama perempuan Islam atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah kamu menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya."

(Surah An-Nur :Ayat 31)

Menutup aurat bukan sekadar memakai tudung semata-mata, tetapi ia merangkumi aspek keseluruhan tubuh seseorang wanita. Haram bagi seseorang wanita mendedahkan aurat kepada lelaki yang bukan mahramnya seperti yang dijelaskan oleh ayat di atas. Perlu dijelaskan kerana kegagalan menjaga aurat menyebabkan ramai wanita dicampakkan ke dalam neraka.

Ini dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih seperti telanjang (mendedahkan aurat) sehingga memalingkan lelaki ajnabi ke atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun." (Riwayat Muslim)

Etika pemakaian menutup aurat yang sempurna adalah pakaian mestilah longgar, tidak ketat, tidak jarang, tidak nipis, tidak memakai wangian yang melampau dan tidak menyerupai pakaian orang kafir. Cara berpakaian yang amat membimbangkan kini apabila ramai kaum wanita Islam memakai tudung di kepala, tetapi berpakaian ketat dan nipis sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng kerana ia akan mengeluarkan bunyian ketika bergerak. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian orang lain seterusnya boleh mewujudkan pergaulan bebas yang dilarang dalam Islam seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Jauhi susuk ayat

APAKAH hukum memakai susuk dalam Islam? Bagaimanakah pula dengan susuk ayat?

JAWAPAN:

SUSUK ialah logam emas, perak atau besi yang amat kecil dan dimasukkan ke dalam tubuh seseorang yang kononnya untuk menjadikan seseorang itu kebal dan cantik supaya ramai yang jatuh hati atau takut kepadanya.

Hukum memakai susuk adalah haram dan dilarang kerana amalan sihir jelas bertentangan dengan Islam.

Islam meletakkan sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi. Seperti sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud, jauhilah daripada tujuh dosa besar.

Mereka bertanya, wahai Rasulullah. Apakah dia? Sabda baginda: Syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh diri yang diharamkan Allah kecuali dengan cara yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan yang baik melakukan zina. (Sahih al-Bukhari )

Trend terkini yang mengelirukan masyarakat dengan mengatakan bahawa harus menggunakan susuk ayat yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran untuk kelihatan cantik wajib dijauhi.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan manusia perlu menghargai nikmat kurniaan-Nya. Janganlah kerana sedikit kesenangan dunia yang sementara menyebabkan kita mendapat kesusahan di akhirat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Awas murung selepas bersalin

Posted:

Awas murung selepas bersalin

Awas murung selepas bersalin


MEDIA diberikan penerangan mengenai tema kemurungan selepas bersalin yang disampaikan oleh Abdul Kadir.


KEMURUNGAN atau sugul yang biasa kita dengar sejak dulu lagi sering disalah erti. Ramai yang tidak tahu bahawa ia adalah masalah kesihatan utama.

Kualiti kehidupan orang yang mengalami kemurungan mungkin terjejas teruk, namun keadaan itu masih kurang difahami. Malah, lebih buruk apabila orang ramai memberikan tanggapan negatif terhadap mereka yang mengalami masalah itu.

Kemurungan ialah satu gangguan mental umum. Mereka yang menghidap kemurungan biasanya mempunyai beberapa ciri seperti tiada mood, kurang minat, rasa bersalah atau rendah harga diri, tidur terganggu, hilang selera, kurang bertenaga dan tumpuan yang lemah.

Ia juga membuatkan seseorang rasa tiada harapan, pesimistik dan rasa bersalah. Masalah itu boleh menjadi kronik atau berulang lantas menjejaskan keupayaan seseorang individu menjalani kehidupan harian.

Dalam keadaan paling serius, kemurungan boleh menyebabkan seseorang itu mengambil nyawanya sendiri. Kebanyakan kes kemurungan boleh dirawat dengan ubat atau psikoterapi iaitu rawatan kaedah psikologi.

"Tanggapan salah dan pendangan serong yang dikaitkan dengan kemurungan adalah antara faktor umum yang menyebabkan seseorang enggan mendapatkan rawatan.

"Kemurungan adalah penyakit yang rumit. Ada banyak jenis kemurungan dan sempena Hari Kesedaran Kemurungan tahun ini, jenis kemurungan yang difokuskan ialah kemurungan selepas bersalin.

"Kempen pada tahun ini mengambil tema Kemurungan Selepas Bersalin: Merungkai Mitos," kata Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar.

Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena Hari Kesedaran Kemurungan baru-baru ini dihoskan oleh selebriti, Wardina Saffiyyah yang turut sama berkongsi pengalamannya menghadapi kemurungan selepas bersalin.

Kebanyakan orang belum pernah mendengar tentang gejala kemurungan selepas bersalin termasuklah dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan dan ada yang mengabaikan kewujudan diagnosis ini.

Perkara yang menyedihkan tentang kemurungan lepas bersalin ialah si ibu dinafikan hak untuk merasa murung kerana dia tidak sepatutnya rasa sedih selepas bersalin.

"Hakikatnya kemurungan selepas bersalin adalah masalah umum, tetapi tidak ramai wanita yang mengalaminya sanggup mengakui menghidap masalah ini.

"Dianggarkan bahawa kemurungan selepas bersalin dialami antara 10 hingga 20 peratus wanita yang baharu menjadi ibu," ujarnya.

Tambahnya, kemurungan selepas bersalin atau meroyan adalah kerumitan bersalin nombor satu. Keadaan tersebut boleh menjejaskan kesejahteraan ibu dan juga anak.

Bagaimanapun, sebagaimana masalah kemurungan lain, kemurungan selepas bersalin boleh dirawat.

Mahu cederakan diri


WANITA selepas bersalin memerlukan penjagaan rapi dan tidak dibiarkan berseorangan. – Gambar hiasan


Menurut Abdul Kadir, kekurangan ilmu pengetahuan tentang keadaan sebenar meroyan menyebabkan ibu yang baru bersalin dihantui rasa takut dan akhirnya tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

"Diagnosis tepat dan rawatan awal dengan ubat yang betul adalah penting untuk menjamin keputusan rawatan yang baik dan mengurangkan kejadian berulang dalam apa jua bentuk kemurungan," pesannya.

Para penyelidik mendapati kemungkinan kemurungan berulang kembali meningkat dengan setiap kejadian. Selepas kejadian pertama, kebarangkalian ia berlaku kurang daripada 50 peratus tetapi selepas kejadian kedua, kemungkinan meningkat kepada 70 peratus dan selepas kejadian ketiga, kemungkinan meningkat lebih daripada 90 peratus.

Kemurungan selepas bersalin kebiasaannya berlaku dua minggu selepas seseorang wanita itu bersalin, tetapi tidak semua wanita mengalaminya.

"Ia situasi biasa yang dialami oleh para ibu tetapi tempohnya tidaklah melebihi 12 hari. Perasaan itu biasanya akan hilang dalam masa 10-12 hari.

"Jika melebihi tempoh tersebut si ibu perlu mendapatkan rawatan segera sama ada kaunseling atau rawatan. Sememangnya ada rawatan yang disediakan bagi kemurungan selepas bersalin dan rawatan tersebut berkesan," ujar Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Nor Zuraida Zainal.

Tambahnya, kemurungan selepas bersalin dapat dielakkan melalui penyusuan bayi supaya hubungan ibu dengan anak itu rapat.

Dalam pada itu, selebriti terkenal, Wardina tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya menghadapi kemurungan selepas melahirkan anak keduanya.

"Ya, saya pernah mengalaminya dan ia satu keadaan yang teruk. Saya tidak mahu orang lain mengalaminya.

"Saya bernasib baik kerana saya mendapatkan informasi mengenai kemurungan dan mengetahuinya dengan lebih mendalam serta cara mengatasinya," kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Walaupun air mukanya nampak tenang, anda jangan terkejut bahawa Wardina pernah terfikir untuk pecahkan gelas dan mencederakan dirinya, malah menengking anaknya.

"Kini, jika ada rakan yang baru melahirkan bayi, saya akan jadi orang pertama yang akan bertanyakan khabar buat si ibu.

"Pesanan buat para suami, jangan sesekali membiarkan isteri anda yang baru melahirkan bayi seorang diri. Berbuallah dengan mereka dan beri mereka sokongan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved