Isnin, 6 Jun 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mekanik cedera bot riadah terbakar

Posted:

Mekanik cedera bot riadah terbakar

Mekanik cedera bot riadah terbakar

06/06/2011 7:17pm

MUAR - Seorang mekanik cedera apabila bot riadah milik bekas Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Salehuddin Othman, 59, meletup lalu terbakar di jeti Kelab Sosial Pesisiran Maharani Muar dekat Sungai Muar di sini petang ini.

Mekanik yang hanya dikenali sebagai Zul, 43, mengalami kecederaan di lengan akibat melecur dan sebahagian daripada rambutnya terbakar dalam kejadian kira-kira 3.15 petang.

Bagaimanapun, dia dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan dari sebuah klinik swasta di bandar ini.

Dua buah jentera Bomba dan Penyelamat Muar bersama lebih 10 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada 3.20 petang.

Namun begitu, bot yang berharga RM75,000 itu tidak dapat diselamatkan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Air sungai Pos Gob tercemar

Posted:

Air sungai Pos Gob tercemar

Air sungai Pos Gob tercemar

06/06/2011 6:55pm

GUA MUSANG - Lebih 300 penduduk Orang Asli di Pos Gob, dekat sini, diancam pencemaran sungai Gob, yang serius akibat kegiatan pembalakan yang tidak terkawal sejak tiga bulan lepas.

Berikutan itu, mereka semakin sukar untuk menggunakan air sungai bagi keperluan harian apabila airnya berbau busuk dan kotor kerana ditimbus kerja pembalakan yang membina jalan serta jambatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pos Gob, Agah Bongsu berkata, penduduk yang menggunakan air sungai itu sebagai keperluan harian sudah membuat bantahan kepada syarikat pembalakan terbabit.

Namun kata beliau, syarikat itu tidak mengendahkan bantahan itu dan meneruskan kerja menimbus sungai dengan tanah bukit serta ditutup pula dengan pokok kayu tanpa mengambil kira kepentingan penduduk sekitar.

"Kita bimbang sekiranya pihak terbabit tidak mengambil tindakan lebih tegas menghalang kegiatan berkenaan sudah tentu keadaan hidup kaum Orang Asli akan turut terjejas," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

25 tahun tak pernah ambil MC

Posted:

25 tahun tak pernah ambil MC

25 tahun tak pernah ambil MC

06/06/2011 6:45pm

KOTA BHARU - Seorang kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang beribu pejabat di sini dikatakan tidak pernah mengambil cuti sakit sejak 25 tahun berkhidmat.

Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, yang kini menjawat jawatan Ketua Komunikasi Korporat LKTN berkata, biarpun sakit, beliau seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil cuti sakit biarpun ditawarkan oleh doktor.

"Ramai kakitangan kerajaan atau swasta yang terlalu memburu cuti sakit bahkan dalam setahun banyak yang mengambil cuti sakit sehingga menyebabkan mereka dipandang negatif oleh rakan sekerja.

"Mungkin sebab itu saya seboleh-bolehnya tidak mahu tergolong seperti ini. Hakikatnya saya manusia biasa yang tidak dapat lari dari sakit dan caranya ialah saya mengambil cuti kecemasan biarpun ditawarkan cuti sakit oleh doktor," katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Kakitangan LKTN 2011 di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau menerima sijil penghargaan kerana merupakan satu-satunya pegawai LKTN yang tidak pernah mengambil cuti sakit selama 25 tahun berkhidmat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved