Isnin, 6 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rozita tidak elak jumpa Shahir

Posted:

Rozita tidak elak jumpa Shahir

Rozita tidak elak jumpa Shahir



TIDAK surut-surut kontroversi yang mengaitkan aktres jelita Rozita Che Wan, 38. Selain kejelitaan, status sebagai ibu tunggal sering menjadikannya buruan banyak pihak.

Justeru, apabila timbul gosip cinta antaranya dengan penyanyi dan pelakon muda Shahir, banyak pihak menimbulkan persoalan sama ada cinta antara mereka benar-benar terjalin atau tidak.

Selepas Rozita sendiri membuat pengakuan telah menjalinkan hubungan cinta bersama Ahmad Shahir Zawani atau Shahir, 23, selama setahun lebih kepada pihak media, ramai yang terkejut dan tidak senang duduk.

Namun begitu, pengakuannya itu umpama cinta yang bertepuk sebelah tangan apabila Shahir tidak pernah memberi sebarang pengesahan mengenai cinta mereka kecuali menjelaskan mereka adalah teman rapat.

Kosmo! yang bertemu dengan Rozita pada majlis pelancaran cawangan kedua Jari Spa di Wangsa Maju baru-baru ini mendapatkan kenyataan daripadanya berhubung kontroversi itu.

Kosmo!: Sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kontroversi cinta antara Rozita dan Shahir. Bagaimana Rozita menghadapi perkara ini?

Rozita: Bukan saya yang nak besarkan isu ini, semuanya jadi besar apabila ada sahaja cerita mengenai saya dan Shahir di akhbar dan Internet. Sejak saya beri kenyataan (pengakuan cinta), kontroversi tidak habis-habis sampai sekarang. Saya nak buat macam mana, kena terima sahajalah.

Apabila hanya Rozita yang lantang bersuara mengenai kisah cinta ini sedangkan Shahir lebih banyak berdiam diri dan tidak memberi sebarang pengesahan mengenai hubungan cinta itu, ia umpama cinta yang bertepuk sebelah tangan. Komen?

Rasanya saya telah beri kenyataan mengenai perkara ini, jadi bagi saya berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata. Jika saya cakap, nanti orang akan panjangkan isu ini saya rasa cukup-cukuplah.

Adakah Rozita tertekan dengan kontroversi ini?

Tidaklah, saya tidak tertekan dan tidak ada sebarang masalah. Saya okey dan menjalani kehidupan saya seperti biasa. Lagipun sekarang ini saya sibuk dengan penggambaran drama Annisa untuk slot Samarinda di TV3 dan anak sulung saya akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini, jadi saya beri tumpuan kepadanya.

Selepas kontroversi ini, adakah Rozita berhenti atau mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Shahir?

Saya bukan buat salah pun, jadi kenapa mesti saya elak berjumpa dengan dia. Kami masih berkawan seperti biasa.

Terbaru foto-foto Rozita dan Shahir bersama di Lapangan Terbang Tambang Murah, KLIA telah tersebar di Internet. Ketika itu, dikatakan kalian sedang menunggu penerbangan ke Alor Setar, Kedah. Adakah Rozita bawa Shahir berjumpa keluarga?

Saya tahu mengenai foto itu, ada kawan-kawan beritahu saya tetapi saya tidak sempat untuk tengok lagi. Foto itu bukannya isu besar dan saya bukannya bawa dia balik kampung tetapi kami sedang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Cer Citer Cinta untuk Astro Prima yang akan ditayangkan pada Julai depan.


ROZITA CHE WAN tidak memilih lelaki kaya sebagai pasangan hidupnya.


Selain Shahir, Rozita turut dikaitkan dengan Zain Saidin yang digandingan dalam drama Annisa terbitan Zeel Production. Kalian juga dikatakan mempunyai hubungan istimewa?

Kami kerap berlakon bersama dalam drama terbitan Zeel Production, ia tidak secara langsung menyebabkan kami rapat. Tidak semestinya rapat itu bercinta. Kami hanya kawan biasa, tidak lebih daripada itu.

Mengapa sekarang nama Rozita kerap dikaitkan dengan lelaki yang lebih muda?

Trend sekarang (ketawa). Tidaklah, dulu pun saya digosipkan dengan Datuk K, VIP dan ramai lagi, memang gosip ini sentiasa ada, bukan saya yang cari. Asalkan lelaki itu bukannya suami orang, apa salahnya sekadar berkawan biasa. Saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai peringkat usia.

Kenapa Rozita memilih Shahir, lelaki yang lebih muda, sedangkan dengan kejelitaan yang dimiliki, Rozita mampu mendapatkan cinta lelaki yang seusia dan memiliki kehidupan yang stabil?

Dalam satu-satu hubungan yang paling penting bagi saya adalah keserasian dan hati bukannya harta dan wang ringgit.

Apa kata keluarga Rozita mengenai kontroversi cinta bersama Shahir kerana jarak usia sebanyak 16 tahun?

Keluarga tidak cakap apa-apa, mereka pasti tahu sebab cerita ini keluar di akhbar. Tetapi saya tidak tahu apa pendapat mereka sebab saya tidak pernah bertanya mengenainya.

Bilakah Rozita akan berkahwin semula?

Saya tidak ada sasaran bila saya mahu berkahwin. Sekarang umur saya sudah 38 tahun, kalau saya masih anak dara mungkin saya ada sasaran umur tertentu. Sekarang apa yang penting adalah kerjaya, anak-anak dan perniagaan pakaian yang baru saya ceburi tahun ini.

Rozita selalu menghabiskan masa di spa? Adakah Jari Spa merupakan spa kegemaran Rozita untuk memanjakan diri?

Saya memang suka memanjakan dirinya di Jari Spa, namun disebabkan kepadatan jadual, saya selalunya hanya berpeluang ke spa sekali atau dua kali sebulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Badai Semalam ke Singapura

Posted:

Badai Semalam ke Singapura

Badai Semalam ke Singapura

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


DARI kiri: Fizz Fairuz, Erra Fazira, Umie Aida, Ziela Jalil dan Aaron Aziz.


SUDAH lama Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani ingin menyunting Erra Fazira dan Aaron Aziz sebagai peneraju utama teater Badai Semalam.

Baginya, watak Mazni dan Karim dalam novel Badai Semalam karya hebat Khadijah Hashim itu sangat sesuai dilakonkan oleh kedua-dua artis hebat Malaysia dan Singapura itu.

"Apabila Istana Budaya mahu pentaskan teater Badai Semalam, saya sudah membayangkan siapakah yang sesuai melakonkan watak utamanya iaitu Mazni dan Karim. Jadi, bagi saya Erra dan Aaron sangat sesuai memegang kedua-dua watak ini kerana mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar memperkenalkan barisan utama pelakon teater Badai Semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, pemilihan barisan pelakon lain seperti Datin Paduka Umie Aida, Ziela Jalil dan Fizz Fairuz secara tidak langsung akan mencantikkan dan menguatkan lagi perjalanan teater tersebut.

"Sebenarnya saya masih tidak puas bersama Fizz, Ziela dan Umie selepas mereka menjayakan teater Natrah. Disebabkan itu, saya terfikir untuk mendapatkan khidmat mereka sekali lagi.

"Walaupun Fizz pada mulanya menolak kerana pengalaman bersama Natrah cukup memenatkan dan katanya pementasan juga terlalu lama, saya tetap memujuknya berlakon dalam teater Badai Semalam," katanya yang bersungguh-sungguh mengharapkan yang terbaik untuk teater tersebut.

Ditanyakan pula mengenai pemilihan Aaron dalam teater itu, kata Joe, naskhah Badai Semalam itu sangat popular sehingga ke Singapura dan pihak Singapura sendiri ada bertanyakan mengenai nashkah tersebut untuk dipentaskan di Esplanade, Singapura. Disebabkan itu pemilihan Aaron dijadikan pancing untuk menarik khalayak Singapura menonton teater tersebut.

Merupakan produksi ulung Istana Budaya tahun ini, menurut Abang Joe, pemilihan novel Badai Semalam untuk diangkat sebagai teater di IB disebabkan nashkah sastera itu mempunyai mesej yang cukup kuat dan novel tersebut sangat popular.

"Kisah Badai Semalam mempunyai mesej yang berguna tentang seorang wanita yang hidup pada zaman 1970-an yang mahu berjuang untuk mengenali serta mencari siapa dirinya. Cerita itu juga memaparkan kehebatan seorang wanita," katanya yang menjanjikan teater tersebut pastinya akan menambat hati penonton kerana dihiasi dengan props dan tatarias pentas yang menarik selain akan mengadakan beberapa kejutan.

Tambahnya, terdapat juga beberapa babak yang memerlukan Erra menyanyi.

Menurut Erra pula, pemilihannya untuk menjayakan watak Mazni memberi satu penghormatan kepadanya. Lebih-lebih lagi karya tersebut mempunyai impak yang besar.

"Karya ini sangat ulung dan memberi impak yang besar kepada orang ramai. Apabila ia dipentaskan dan watak utama sebagai Mazni diserahkan kepada saya, ia sememangnya satu penghormatan kepada saya," katanya yang anggun mengenakan gaun rekaan 1970-an.

Bagaimanapun, Erra mengaku yang dia belum lagi berkesempatan membaca karya tersebut tetapi sudah tahu keseluruhan jalan cerita.

Menurutnya, bukan mudah untuk membawakan watak Mazni dan dia terpaksa benar-benar mendalami watak tersebut agar dapat memberikan yang terbaik untuk teater Badai Semalam.

"Satu tugas yang berat perlu saya pegang untuk merealisasikan watak Mazni. Saya juga perlu buat kajian mengenai watak ini agar ia tidak akan mengecewakan peminat novel tersebut serta peminat teater secara keseluruhannya.

"Selain itu, saya amat teruja untuk terlibat dalam teater ini kerana saya berpeluang bekerjasama bersama dua rakan baik saya, Umie Aida dan Ziela Jalil," katanya lagi.

Bagi Fizz pula, ia merupakan kali kedua penglibatannya dalam teater selepas Natrah. Katanya, dia menerima watak Zaki dalam teater tersebut kerana tidak mampu menghampakan pemintaan abang Joe selain teruja ingin berlakon dengan Erra.

"Walaupun saya tahu berlakon teater ini penat dan mengambil masa yang lama tetapi disebabkan dua individu tersebut, saya menerimanya," katanya.

Beralih pula kepada Umie, dia mengaku begitu teruja menjayakan watak Rohana iaitu ibu kepada Karim kerana dapat berlakon di samping rakan baiknya Erra.

Umie juga mengaku tidak sabar untuk membelasah Erra dalam teater tersebut kerana ada babak yang memerlukan Umie menaikkan tangan ke atas Erra.

"Saya sangat teruja menjayakan watak Rohana kerana mahu bekerjasama dengan Erra. Memang saya hendak sangat berlakon di samping dia selepas sama-sama berlakon dalam cerita Cinderella.

"Malah saya juga tidak sabar untuk membelasah Erra dalam teater Badai Semalam," katanya dalam nada bergurau.

Bagi Aaron yang kini sibuk membuat promosi filem KL Gangster, walaupun pementasan Badai Semalam akan bertembung dengan pengambaran untuk sebuah drama lakonannya di TV3, dia tetap menerimanya dan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk kedua-dua projek tersebut.

Dalam pada itu, Ziela Jalil turut menyatakan hasrat tidak sabar untuk menjayakan pementasan teater Badai Semalam dan berharap pementasan tersebut akan memberi impak yang baik dan berjaya.

Teater Badai Semalam akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 11 hingga 20 November ini. Maklumat lanjut berhubung teater itu boleh diperoleh melalui laman sesawang www.istanabudaya.gov.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mila Kunis simbol seks

Posted:

Mila Kunis simbol seks

Mila Kunis simbol seks



AKTRES yang semakin meningkat naik, Mila Kunis disambar untuk sesi fotografi muka depan beberapa majalah terkenal. Terbaru, Mila menjadi penghias muka depan majalah L.A Confidential's untuk keluaran tahun ini.

Pelakon yang digosipkan hangat bercinta dengan Justin Timberlake itu kelihatan jelita dengan mengenakan persalinan Yves Saint Laurent dan Giambattista Valli.

Apabila ditanya tentang filem lakonannya, Black Swan dan Friends With Benefits, Mila memberitahu, ia merupakan filem yang sempurna walaupun terpaksa menjalani rutin pengambaran yang memenatkan iaitu balik rumah pada pukul 4.45 pagi.

"Walaupun memenatkan saya tahu untuk 17 jam yang berikutnya saya boleh ketawa dan bergembira dengan rakan-rakan. Pengarah dan Justin sangat komited dan cerdas. Mereka bekerja sambil berhibur," katanya.

Ditebak dengan soalan mengenai dirinya digelar sebagai simbol seks, Mila memberitahu, ia sememangnya membanggakan.

"Saya bangga tetapi saya bukan orang yang sesuai. Sophia Loren merupakan pelakon yang sesuai digelar simbol seks," katanya.

Beralih pula mengenai perjalanan kariernya, Mila bersyukur kerana diterima baik di Hollywood. Katanya: "Saya mula berlakon sejak usia sembilan tahun dan jika anda beritahu pada umur 27 tahun ini saya akan berlakon dan masih diterima, saya mempercayainya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved