Isnin, 20 Jun 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kursus Apiic Academy

Posted:

Kursus Apiic Academy

Kursus Apiic Academy

Oleh NIZHA PERIASWAMY


BAKAL pelajar berpeluang menerima insentif daripada tawaran yang diberikan pihak pengurusan akademi.


ADAKAH anda sedang bekerja dan merancang untuk menambahkan lagi kemahiran pendidikan dalam bidang teknikal? Akademi pembelajaran kemahiran, Apiic Academy yang terletak di Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor menawarkan insentif istimewa kepada pemegang kad Inspire.

Dengan bayaran yang sangat murah, anda bukan sahaja dapat mengikuti kursus yang diingini bahkan boleh memilih lebih 40 kursus pada harga yang sama.

"Tawaran kami ini mungkin berbunyi tidak rasional tetapi ia harus direbut mereka yang ingin memperbaiki diri dan berjaya," kata Pengarah Urusan akademi berkenaan, G. Shashikanthan.

Shashi, 35, berkata pihaknya mengalu-alukan golongan pelajar, pekerja profesional bahkan orang awam untuk mengikuti kursus pembangunan kendiri yang ditawarkan.

Jelasnya, apabila memiliki kad Inspire, seseorang pelajar boleh mendaftar untuk satu atau lebih kursus di bawah program yang sama untuk tempoh pengajian selama setahun.

"Misalnya, di bawah program Aplikasi Teknologi Maklumat (IT), kami menawarkan 39 jenis kursus. Pelajar yang memiliki kad Inspire hanya perlu membayar RM360 dan memilih sebanyak mana kursus di bawah program itu dalam setahun pembelajaran," terang Shashi.

Jika dikira, pemegang kad Inspire dijangka mampu berjimat sehingga RM7,800 bagi semua kursus Aplikasi IT dengan penjimatan sehingga 95 peratus.


DEWAN kuliah di Apiic Academy yang luas dan selesa.


"Saya berpendapat tiada akademi atau institut yang boleh menawarkan harga ini untuk kursus sedemikian.

"Sebaik sahaja kami mengumumkan idea ini, banyak syarikat swasta yang menunjukkan minat untuk mendaftarkan kakitangan mereka," ujar Shashi yang bercadang untuk membuka pendaftaran bagi pemegang kad Inspire bermula dari Jun hingga 31 Julai ini.

Selain Aplikasi IT, Apiic Academy turut menawarkan program Teknikal IT kepada pemegang kad berkenaan.

"Di bawah program itu, lebih 40 kursus ditawarkan dan jumlah keseluruhan kos untuk semua kursus itu mencapai RM100,000.

"Namun, pemilik kad Inspire hanya perlu membayar RM1,250 dan memilih mana-mana atau kesemua 40 kursus untuk tempoh pembelajaran setahun," kata Shashi.

Beliau menambah, bagi program teknikal itu, pelajar dapat menjimatkan lebih 98 peratus daripada kos pengajian sebenar.

Namun, Shashi memberitahu, bayaran yang dikenakan hanyalah untuk kursus berkenaan dan tidak termasuk buku-buku serta yuran peperiksaan.

"Pengguna kad Inspire juga boleh menggunakan kad tersebut di restoran dan kedai buku terpilih kelak. Kami sedang menambah senarai peserta komersial bagi memberikan nilai tambahan kepada pengguna kad tersebut," ujarnya.

Selain kursus IT, Apiic Academy juga merupakan pusat bertauliah yang menawarkan kursus mendandan rambut, seni kuku, jurumekap, fotografi dan pemandu pelancong.

Maklumat lanjut mengenai pusat pembelajaran ini boleh dilayari di laman web www.apiic.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rahsia ekstrak mutiara La Thira

Posted:

Rahsia ekstrak mutiara La Thira

Rahsia ekstrak mutiara La Thira


NORA menunjukkan produk bedak asas Pearl Foundation Treatment.


MUNGKIN ada yang menganggap usia Nora Hashim, 55, merupakan halangan untuknya menceburi bidang kecantikan dengan menghasilkan produknya sendiri. Namun, wanita gigih ini mahu menangkis kata-kata itu.

Enam bulan lalu, dia mewujudkan jenama La Thira setelah yakin sepenuhnya mampu memajukan jenama itu dan memasarkannya ke seluruh negara. Buktinya kini, jenama La Thira bukan sahaja menembusi pasaran dalam negara, tetapi turut dipasarkan di negara-negara jiran.

Nora memberitahu, walaupun baru sahaja memperkenalkan La Thira, dia dan anak-anak serta menantunya terlebih dahulu menggunakan produk tersebut bagi menguji keberkesanannya.

"Selepas berpuas hati dengan hasilnya, barulah saya berani memasarkan produk ini dan hasilnya, ramai pengguna kini menjadi pengguna setia produk-produk di bawah jenama La Thira," katanya ketika ditemui di butiknya iaitu Lathira Marketing di Setapak Jaya, Selangor minggu lalu.

Menurut Nora, walaupun usia La Thira masih muda, dia sebenarnya sudah berkecimpung dalam bidang kecantikan sejak tahun 1997.

Ketika itu, dia memasarkan produk-produk kecantikan usahawan tempatan lain.

"Saya sudah lama mempunyai keinginan untuk menghasilkan produk saya sendiri tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun, saya nekad melakukannya tahun ini dan ia berjalan dengan lancar.

"Saya begitu cerewet dalam menghasilkan bedak asas Pearl Foundation Treatment kerana saya mahu memastikan kualiti dan keberkesanannya selain menepati warna yang saya inginkan," jelas Nora.

Bercerita lanjut, dia mahu ekstrak mutiara menjadi bahan penting di dalam ramuan bedak asasnya kerana ia telah dipercayai mempunyai kebaikan yang tinggi kepada kulit.

"Agak sukar mencipta warna bedak asas yang sesuai dengan kulit Asia kerana apabila dicampurkan dengan ekstrak mutiara, warnanya akan berubah. Tetapi selepas dihasilkan berulang kali, saya akhirnya berpuas hati," katanya.

Tambahnya, selain ekstrak mutiara, bahan lain yang digunakan ialah SPF35, minyak jojoba dan vitamin E yang membantu menghilangkan parut jerawat, meliputi liang roma dan menjadikan kulit awet muda.

Justeru, selepas berjaya menghasilkan bedak asas tersebut, Nora kemudiannya turut menghasilkan La Thira Whitening Soap, La Thira Acne Soap dan 24 Gold Beauty Soap.

"Sabun rawatan jerawat turut mengandungi ekstrak mutiara tetapi ditambah dengan minyak tea tree manakala sabun ekstrak emas turut menggunakan bahan-bahan tersebut dan ditambah dengan aloe vera selain bahan utamanya iaitu ekstrak emas.

"Kesemua produk ini dibuat dan dibungkus di kilang yang terletak di Kedah dan di Kuala Lumpur," katanya.

Selain itu katanya, La Thira juga bakal muncul dengan produk pelangsingan badan dalam masa terdekat ini.

"Produk tersebut sudah ada untuk tujuan testimonial. Setakat ini, menantu saya yang baru sahaja melahirkan anak beberapa bulan lalu telah menggunakannya dan dia dapat menurunkan berat badan secara konsisten," ceritanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malbatt 3 teruskan misi di Lebanon

Posted:

Malbatt 3 teruskan misi di Lebanon

Malbatt 3 teruskan misi di Lebanon

Oleh RAIS YEOP JOHARI


PATROL pemerhati membuat pemantauan ke atas aktiviti yang mengancam keselamatan di kawasan operasi.


TARIKH 25 Januari lalu disifatkan sebagai tarikh keramat buat Batalion Malaysia 3 (Malbatt 3) apabila mereka memulakan misi di bawah panji-panji Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil).

Malbatt 3 memulakan tugas rasmi itu selepas berlangsungnya perbarisan serah terima tugas antara Malbatt 2 dan Malbatt 3 pada tarikh berkenaan.

Kolonel Mohd. Nazri Abd. Rahman yang mengetuai Malbatt 3 memberitahu, sepanjang bertugas di bumi anbia itu, Malbatt 3 terus mengekalkan reputasi yang baik dengan penduduk tempatan dan kontinjen-kontinjen negara lain.


PROGRAM Medical Care adalah salah satu pengisian program jiwa murni.


Antara peranan mereka termasuklah melakukan perjumpaan dengan semua datuk bandar negara tersebut dan pemimpin tempatan di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) dengan sempurna.

Kata Mohd. Nazri, bagi mencapai misi yang ditetapkan, operasi ketenteraan dilaksanakan tanpa mengira masa dan keadaan cuaca.

"Beberapa tugas dilaksanakan demi mengekalkan keamanan dalam KTJ. Antaranya adalah contact patrol iaitu perjumpaan dengan pemimpin, datuk bandar dan penduduk tempatan yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan di samping mendapatkan maklumat terkini berhubung perkembangan semasa dan maklumat perisikan.

"Observation Patrol pula adalah untuk membuat pemerhatian ke atas aktiviti yang mengancam keselamatan di kawasan operasi," katanya.

Jelasnya, Rondaan Counter Rocket Launching Operation (CRLO) bersama Lebanese Armed Forces (LAF) di kawasan wadi atau khallat iaitu kawasan lembah pergunungan turut dibuat bagi mencegah kawasan tersebut dijadikan tapak pelancar roket.


PERANCANGAN sebelum operasi sering dilakukan untuk memantau keadaan kawasan operasi.


Di samping itu, Malbatt 3 juga terlibat melakukan M Road Check Point (RCP) iaitu satu bentuk tugas sekatan jalan raya. Penugasan tersebut dilaksanakan secara koordinasi bersama Polis Tentera UNIFIL dan LAF.

"RCP ini bertujuan untuk menahan, mengesan dan mengenal pasti kenderaan yang mencurigakan. Selain daripada rondaan menggunakan kenderaan, rondaan berjalan kaki atau foot patrol turut dilaksanakan bersama LAF.

"Tugas-tugas ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan profesional oleh setiap peringkat anggota Malbatt," ujar beliau.

Program jiwa

Dalam pada itu, Mohd. Nazri memberitahu, peranan Malbatt bukan sekadar untuk menjalankan tugas-tugas operasi ketenteraan, malah melaksanakan program-program jiwa murni untuk mengukuhkan tali persaudaraan dengan warga tempatan.


MOHD. NAZRI (tengah) menerima bendera PBB daripada Komander SECWEST UNIFIL sebagai simbolik meneruskan misi di Lebanon sambil diperhatikan oleh Komander Malbatt 2, Kolonel Mohd. Nizam Jaafar (kiri).


Ujarnya, aktiviti jiwa murni atau dikenali sebagai Civillian and Military Cooperation (CIMIC), iaitu program utama CIMIC Malbatt adalah Medical Care.

"Program CIMIC Medical Care bertujuan memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada penduduk tempatan.

"Bagi tempoh tiga bulan pertama penugasan, Malbatt 3 telah berjaya memberi perkhidmatan Medical Care kepada 17 buah mukim dan merawat lebih 500 orang pesakit.

"Kita juga turut menayangkan video Tourism Malaysia serta memberi cenderamata dan pengenalan kuih Malaysia untuk mempromosikan negara," katanya.

Bagi membantu warga tempatan di Lebanon, Malbatt menjalankan beberapa sumbangan peralatan perubatan di hospital kerajaan dalam KTJ termasuk melaksanakan projek penanaman pokok dengan penduduk tempatan.

Menurut beliau, aktiviti CIMIC di sekolah-sekolah pula seperti menganjurkan kelas seni mempertahankan diri, kelas Mines Awareness, kelas tarian tradisional, kelas Bahasa Inggeris dan sumbangan enjin kepada sekolah teknikal.


SEORANG pegawai Malbatt bersama kanak-kanak tempatan dalam program Medical Care.


"Setakat ini program CIMIC yang diberikan oleh pasukan di kawasan operasi memberi impak yang penting kepada Malbatt di mana ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik dengan rakyat tempatan.

"Majlis keagamaan dan sosial turut dianjurkan bagi mengekalkan ukhwah antara Malbatt, penduduk setempat dan dalam kalangan kontijen UNIFIL.

"Kami menjalankan aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul, tahlil, qiamulail, perlawanan bola sepak persahabatan antara penduduk tempatan serta Majlis Sambutan Hari Tentera Darat ke-78, Hari Kontinjen Malaysia dan Brunei," katanya.

Ketumbukan Malbatt 3 adalah seramai 49 orang pegawai dan 391 LLP (lain-lain pangkat) yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, dua pegawai dan 18 LLP Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 29 September 2010 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebagai persiapan ke Lebanon, kesemua anggota Malbatt 3 telah menjalani latihan integrasi pasukan atau dikenali sebagai Force Intergration Training (FIT) selama tiga bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved