Jumaat, 24 Jun 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Benam Lebanon 2-1

Posted:

Benam Lebanon 2-1

Benam Lebanon 2-1

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


PENYUDAH kemas daripada penyerang skuad negara Wan Jack Haikal ketika menjaringkan gol kedua pada aksi menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


MALAYSIA melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.

Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.

Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.

Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.

Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.

Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.

Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.

Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.

Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:"Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti," kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Samir pula berkata: "Kami cuba cari gol penyamaan tetapi pemain Malaysia beraksi dengan semangat yang cukup tinggi disebabkan mereka mendapat sokongan padu penyokong."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesaka tidak akan tunduk

Posted:

Pesaka tidak akan tunduk

Pesaka tidak akan tunduk

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) tidak akan tunduk dengan desakan syarikat Harian Inovatif Sdn. Bhd. (HISB) agar pertubuhan itu menyelesaikan hutang berjumlah RM1.2 juta sebelum 30 Jun ini.

Presiden Pesaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya enggan menjelaskan bayaran berkenaan kerana perbelanjaan itu tidak dapat disahkan jawatankuasa Pesaka.

"Memang benar syarikat ini dilantik Pesaka untuk menganjurkan kejohanan berkenaan, namun tiada sesiapa di Pesaka yang dapat mengesahkan syarikat ini boleh berbelanja sebanyak itu.

"Pesaka tak ada duit nak bayar sehingga RM1.2 juta, jika RM20,000 atau RM30,000 bolehlah kami bayar. Namun jika ada duit pun, kami tak akan bayar kerana tiada pengesahan yang diperoleh daripada jawatankuasa," katanya di Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai kata dua HISB kepada Pesaka untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM1.2 juta sebelum 30 Jun ini atau harta serta akaun pertubuhan itu dibekukan.

Tuntutan tersebut dibuat ekoran pertubuhan itu gagal membayar semula kos untuk menganjurkan Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 yang berlangsung di Stadium Tetutup Sukpa, Kuantan, Pahang pada 21 hingga 27 Oktober 2007.

Mohd. Ali berkata, pihaknya tiada halangan sekiranya HISB membawa pertikaian itu ke mahkamah kerana berpendapat mahkamah akan memberi keputusan yang adil.

"Mahkamah tempat mencari keadilan, apa yang nak ditakutkan. Kami akan hantar wakil untuk jawab di mahkamah, biar mahkamah yang putuskan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pei Tty-Ee Hui mara

Posted:

Pei Tty-Ee Hui mara

Pei Tty-Ee Hui mara


PEI TTY (kanan) dan Eei Hui melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia semalam.


MESKIPUN masih belum cergas sepenuhnya, pemain beregu wanita negara, Wong Pei Tty tetap mampu mempamerkan persembahan bertenaga pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia 2011.

Buktinya, Pei Tty yang berpasangan dengan Chin Ee Hui berjaya mara ke peringkat suku akhir kejohanan tersebut.

Kejayaan itu hadir selepas Pei Tty-Ee Hui mencatatkan kemenangan ke atas beregu Kanada, Nicole Grether-Charmaine Reid 17-21, 21-18, 21-13 pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, semalam.

Biarpun tewas pada set pertama, Pei Tty-Ee Hui kembali bangkit untuk memenangi dua set berikutnya dan itu merupakan tanda-tanda positif terhadap prestasi pasangan tersebut.

Malah, semangat juang tinggi yang dipamerkan beregu wanita negara itu dilihat sebagai tonik terbaik bagi merealisasikan impian mereka memburu kejuaraan pertama tahun ini.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik yang dilakarkan Pei Tty-Ee Hui tahun ini adalah mara ke final Terbuka Australia April lalu sebelum tewas di tangan gandingan Jepun, Shizuka Matsuo-Mami Naito.

Nasib Pei Tty-Ee Hui terus malang apabila terkandas pada peringkat suku akhir Terbuka India sebelum tersingkir seawal pusingan kedua Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia.

Pada Piala Sudirman pula menyaksikan Pei Tty-Ee Hui sekadar mencatatkan satu kemenangan daripada tiga perlawanan.

Pada aksi peringkat suku akhir hari ini, Pei Tty-Ee Hui bakal berdepan cabaran Marissa Vita-Melati Nadya dari Indonesia.

Beregu wanita Indonesia itu mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin dari Taiwan 21-19, 23-21 pada pusingan kedua semalam.

Berdasarkan rekod pertemuan di antara Pei Tty-Ee Hui dengan Vita-Nadya, beregu Indonesia tersebut jelas memiliki kelebihan apabila merekodkan satu kemenangan daripada satu perlawanan.

Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan halangan sukar untuk menundukkan Wong Wing Ki dari Hong Kong 21-17, 21-12 untuk mara ke peringkat suku akhir.

Aksi suku akhir hari ini bakal menyaksikan Chong Wei turun menentang pemenang di antara perseorangan Vietnam, Tien Minh Nguyen dengan Wang Zhengming dari China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved