Jumaat, 24 Jun 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


99.99 peratus pelaku iras Anwar

Posted:

99.99 peratus pelaku iras Anwar

99.99 peratus pelaku iras Anwar


BANGUNAN Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat. Dua orang profesor dari kolej itu melakukan analisis terhadap rakaman video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim.


KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu, pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T pada 21 Mac lalu adalah 99.99 peratus mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee berkata, pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat yang menjalankan analisis pengenalpastian wajah dengan membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar telah mengesahkan pelaku lelaki dalam video seks itu adalah seiras dengan gambar ketua pembangkang tersebut.

"Laporan pakar bertarikh 4 Jun 2011 mengesahkan terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan foto Anwar melalui analisis pengenalpastian wajah," kata Muhammad Shafee ketika ditemui selepas prosiding mahkamah ditangguhkan seketika di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini semalam.

Mengikut fakta kes yang turut dibacakan di Mahkamah Majistret itu, dua orang pakar forensik digital dari Dartmouth College itu mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah seiras dengan Anwar.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Datuk T mengaku tayang video

Posted:

Datuk T mengaku tayang video

Datuk T mengaku tayang video

Oleh WAZIHA WAHID, NUR AISHAH AMIN dan FIRDAUS HASSAN
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Trio Datuk T yang terlibat dalam pendedahan video seks lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu didenda oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah menayang secara terbuka adegan lucah kepada umum.

Dua daripada trio itu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, 51, dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim, 72, masing-masing didenda RM3,000 dan RM1,500.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, 60, pula didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Shazryl dan Shuaib.

Jika gagal membayar denda tersebut, Shazryl berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala Shuaib dan Abdul Rahim masing-masing bakal dikenakan penjara dua bulan dan sebulan.

Kesemua tertuduh tenang sepanjang prosiding dan tersenyum sebaik hukuman diputuskan.

Majistret Aizatul Akmal Maharani memutuskan demikian terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas menerima pengakuan salah serta meneliti fakta kes dan eksibit yang dikemukakan kepada mahkamah.

"Hukuman yang dijatuhkan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kepentingan tertuduh yang perlu seimbang, rayuan dan hujah serta latar belakang masing-masing," kata Aizatul.

Terdahulu, Shazryl dan Shuaib didakwa dengan niat bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adegan seorang lelaki dan wanita secara terbuka antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjara 55 tahun tipu pampasan tanah

Posted:

Penjara 55 tahun tipu pampasan tanah

Penjara 55 tahun tipu pampasan tanah


ABDUL RAHMAN dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Melaka semalam.


MELAKA - Seorang bekas pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian Jasin dijatuhi hukuman penjara selama 55 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menipu bayaran pampasan tanah berjumlah RM878,661.

Tertuduh, Abdul Rahman Kadir, 52, bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas Hakim Zaharah Hussain memerintahkan kesemua hukuman bagi 11 pertuduhan berjalan serentak.

Dia dituduh memperdaya dua pegawai kewangan kerajaan negeri dengan menyerahkan borang mengandungi penama palsu termasuk adik lelaki, adik ipar dan isterinya bagi menuntut pampasan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri untuk projek Perumahan Awam Pulai II dan Pembesaran Jalan Parit Sidang Seman di sini.

Hasil penipuan itu, cek-cek telah dikeluarkan atas nama individu terbabit yang kemudian ditunaikan sebelum dimasukkan ke dalam akaun tertuduh dengan nilai terendah sebanyak RM51,040 dan tertinggi RM127,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Kewangan Seri Negeri, Ayer Keroh di antara 23 Jun 2004 hingga 6 Ogos 2007.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved