Kosmo Online - Sukan |
Posted: 'Jangan hukum kami'Oleh HELMI TALKAH FATIMAH berharap agar hukuman terhadap mereka tidak terlalu berat sehingga boleh menjejaskan karier mereka. ATLET pecut wanita negara, Siti Fatimah Mohammad merayu agar hanya dikenakan hukuman ringan ekoran tindakannya melarikan diri ketika diminta menjalani ujian antidoping oleh Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil pada 24 Mei lalu. Fatimah berkata, dia mewakili dua lagi rakan yang lain iaitu Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling yang turut terlibat dengan tindakan sama berharap hukuman yang bakal mereka hadapi tidak terlalu berat kerana mereka masih mahu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. "Jika kami benar-benar didapati bersalah, kami terima segala keputusan tetapi jauh di sudut hati kami semua, kami sebenarnya masih mahu meneruskan karier kami sebagai atlet olahraga negara. "Diharapkan hukuman yang bakal kami terima itu nanti tidaklah terlalu berat sehingga boleh menjejaskan karier kami. "Pada tahun ini, ada beberapa pertandingan yang bakal kami sertai seperti Sukan Universiti Dunia di China (Ogos) dan Sukan SEA 2011 di Indonesia (November). Kini kami memang sedang melakukan persiapan untuk menghadapinya," kata Fatimah ketika dihubungi Kosmo! semalam. Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling kini bakal berdepan dengan tindakan penggantungan sekiranya didapati bersalah ekoran tindakan mereka melarikan diri bersama-sama tiga lagi atlet pecut pada hari pertama diarahkan oleh ISN untuk menjalani ujian antidoping pada 24 Mei lalu. Bagaimanapun, Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling kemudiannya menyerah diri dan telah menjalankan ujian tersebut pada hari berikutnya. Ketiga-tiga mereka kini boleh menarik nafas lega selepas Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mengesahkan Rabu lalu bahawa keputusan yang diperoleh ke atas tiga atlet terbabit disahkan bebas daripada sebarang penggunaan bahan-bahan terlarang. Bagaimanapun, tindakan mereka melarikan diri pada hari pertama ujian tersebut dijalankan sebenarnya adalah satu kesalahan dan hukuman boleh dikenakan jika didapati bersalah. Namun ketiga-tiga atlet terbabit tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana tindakan mereka itu didakwa dipengaruhi oleh arahan ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman yang sehingga ke hari ini masih belum tampil memberi penjelasan. Tiga lagi rakan mereka iaitu Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Siti Sarah Abdul Kadir dan Mohd. Noor Imran Hadi sehingga ke hari ini masih masih gagal menjalani ujian antidoping tersebut dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mengesahkan bahawa mereka kini berada di Bulgaria. Sementara itu, Siti Zubaidah pula seolah-olah sudah bersedia dengan sebarang keputusan yang bakal menimpanya apabila mengatakan bahawa dirinya menerima apa-apa sahaja keputusan yang dibuat baik Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun KOAM sendiri. "Apa jua keputusan yang bakal dibuat, saya terima seadanya. Saya tidak mahu komen lanjut berhubung isu ini," kata Siti Zubaidah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Kim Swee intai kekuatan lawanOleh WAN FAKHRUL BAKAR KETUA Jurulatih, Ong Kim Swee (kiri) sudah tahu apa yang perlu dilakukannya selepas melihat sendiri persiapan skuad Lebanon yang akan menjadi lawan pasukan negara pada pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012. "BUKAN lawan yang mudah." Demikian rumusan dibuat juru- latih skuad bola sepak Olimpik negara, Ong Kim Swee setelah 'mengintai' corak permainan pasukan Lebanon ketika aksi persa- habatan menentang skuad Olimpik Turki di Istanbul, Turki pada Rabu lalu. Biarpun Lebanon tewas 0-3 kepada Turki pada perlawanan tersebut, Kim Swee tetap menganggap pasukan itu memiliki aspek teknikal yang lebih baik daripada skuad bimbingannya. Namun ia bukan bermakna Kim Swee sudah pun mengaku kalah sebelum Malaysia turun bertemu Lebanon pada pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Beirut (19 Jun) dan di Kuala Lumpur pada 23 Jun ini. "Kita tak boleh banding Lebanon dengan Turki. Tetapi bagi saya, Lebanon sebuah pasukan yang cukup baik, terutamanya di jentera tengah dan serangan. Mereka menggunakan formasi 3-4-3. "Walaupun tewas kepada Turki, saya lihat pemain Lebanon berani melakukan larian pantas dan menggelecek lawan, manakala pemain pertahanan mereka memiliki fizikal yang cukup besar. "Satu gol mereka dibolosi mene- rusi sepakan sudut dan dua lagi gol menerusi hantaran lintang. Jadi saya dapati kelemahan mereka adalah di bahagian sayap," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam. Pengendali berusia 41 tahun itu tiba di tanah air malam kelmarin setelah sempat 'mengintip' sesi latihan skuad Lebanon dari dalam kereta sehari sebelum perlawanan disusuli aksi penuh pasukan itu ketika menentang Turki. "Apa yang penting, saya dapat lihat sendiri di depan mata corak permainan Lebanon. Jadi dari situ saya kini sudah boleh mengatur strategi terbaik untuk menghadapi mereka, terutamanya di Beirut nanti. "Mungkin jika saya tak lakukan intipan ini, kita akan turun dengan sikap memandang mudah dan jika pada separuh masa pertama baru kita nak sedar, segalanya sudah terlambat. "Jadi untuk mengatasi Lebanon, saya memerlukan pemain yang boleh bekerja dan berdisiplin tinggi ketika perlawanan. Lebanon boleh menjaringkan gol dan mereka juga boleh dibolosi," tegas Kim Swee. Skuad Olimpik kebangsaan akan terbang ke Phnom Penh esok untuk aksi persahabatan menentang Kemboja (Selasa ini) dan bertemu Qatar di Doha pada 13 Jun, disusuli latihan di sana sebelum ke Beirut. "Bertemu Kemboja, kita akan main seolah-olah bertemu Lebanon di laman sendiri, manakala bertemu Qatar, kita akan guna corak seperti bertemu Lebanon di tempat lawan," jelas Kim Swee. Kapten skuad Olimpik yang juga penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat serta bek kiri Tereng- ganu, Zubir Azmi tidak dilepaskan untuk aksi Liga Super, Isnin ini tetapi mereka akan diberi pelepa- san beraksi pada final Piala FA, Sabtu depan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Skuad Rajagobal ikat Hong Kong Posted: Skuad Rajagobal ikat Hong KongSKUAD bimbingan Rajagobal (kanan) berjaya mengikat Hong Kong pada aksi persahabatan di Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong semalam. HASRAT Hong Kong untuk membalas dendam kekalahan terhadap Malaysia tidak kesampaian apabila kedua-dua pasu- kan seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong malam tadi, lapor WAN FAKHRUL BAKAR. Pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam pada 9 Februari lalu, skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal berjaya mene- waskan Hong Kong 2-0 hasil jaringan Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal. Namun pada aksi malam tadi, Hong Kong terlebih dahulu membuka tirai jari- ngan pada minit ke-60 menerusi penyudah Chan Siu Ki. Malaysia hanya memerlukan enam minit untuk menyamakan kedudukan hasil jari- ngan penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya yang masuk sebagai pemain gantian pada penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan. Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat. Hanya lima pemain ketika Malaysia menundukkan Hong Kong di Shah Alam kekal dalam kesebelasan utama malam tadi. Mereka ialah ketua pasukan, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Radzak, Asraruddin Putra Omar, S. Kunanlan dan Safee Sali. Baki enam pemain dalam kesebelasan Malaysia malam tadi ialah penjaga gol, Shar- binee Allawee Ramli, Hisyamudin Shaari, Helmi Remeli, Amar Rohidan, Amirulhadi Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha. Manakala Hong Kong tampil dengan skuad berbeza apabila hanya tiga pemain dalam kesebelasan ketika aksi di Shah Alam iaitu Wong Chin Hung, Lo Kwan Yee dan Lam Ka Wai berada dalam kesebelasan kali ini. Lima tonggak utama skuad kebangsaan iaitu penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, K. Guru- samy dan Ahmad Fakri Saarani tidak ke Hong Kong kerana sedang menjalani latihan pusat bersama skuad Olimpik negara. Pada aksi persahabatan seterusnya, Malaysia akan bertemu Myanmar pada 18 Jun ini di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan