Sabtu, 4 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bukan lagi seorang adiwira

Posted:

Bukan lagi seorang adiwira

Bukan lagi seorang adiwira



BRANDON ROUTH. Itu satu nama yang cukup sinonim dengan adiwira tersohor bernama Superman.

Biarpun hanya muncul menerusi sebuah filem Superman iaitu Superman Returns yang mana dia tidak akan kembali menyarung kostum adiwira gagah itu untuk filem Superman terbaharu, Man Of Steel, namun Routh sesungguhnya telah berjaya meninggalkan impaknya yang tersendiri dalam menghidupkan karakter Superman.

Meninggalkan kenangan berlakon sebagai Superman kira-kira lima tahun lalu itu, pada tahun ini Routh,32, bakal muncul di layar perak menerusi karakter adaptasi komik yang sudah terjual sebanyak 56 juta hasil kreativiti pencipta komik Itali, Tiziano Sclavi iaitu Dylan Dog.

Menerusi versi filemnya yang diberi judul Dylan Dog: Dead of Night, Routh kali ini bukan memikul peranan sebagai adiwira tetapi sekadar manusia biasa yang terpaksa berhadapan dengan entiti-entiti luar biasa atau dalam istilah tepatnya, paranormal yang termasuklah puntianak dan serigala jadian.

Dylan Dog merupakan seorang detektif yang menyiasat tentang kejadian-kejadian paranormal yang mana karakternya sebagai hero agak kompleks, bersifat gelap dan ada kekurangan.

Ia nyata agak berlawanan dengan karakter adiwira Superman lakonannya sebelum ini.

Namun disebabkan Routh jelas memiliki kesemua personaliti yang dimiliki oleh Dylan Dog, terutama warna rambutnya yang hitam pekat, dia menjadi pilihan yang tepat untuk karakter itu.

"Saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan mengkaji watak Dylan, tapi ia sesuatu yang bagus buat saya," katanya.

Tambah Routh: "Dylan merupakan seorang antihero. Dia tidak semestinya mahu menjadi seorang hero, namun dia pasti akan menjadi seorang daripada mereka.

"Ini kerana di sudut hati yang paling dalam, perwatakan lucunya dan adakalanya agak negatif sebenarnya membayangkan keghairahan dan semangat dirinya

"Apa yang menarik tentang Dylan adalah dua sisinya yang berbeza. Bila menghadapi tekanan atau berada dalam keadaan yang memaksa dia akan menunjukkan wajah cekal."

Tambahnya: "Namun, apabila dia dalam situasi biasa tanpa sebarang cabaran di depan mata, dia akan menjadi lebih relaks dan selesa dan adakalanya sedikit emosional."

Zombi

Memahami bagaimana filem itu nanti mampu menonjol di sebalik lambakan filem-filem dari genre yang sama, Routh menegaskan: "Apa yang lain tentang filem ini ialah isi kandungannya dan bagaimana ceritanya dipersembahkan, terutamanya hubungan antara Dylan dan rakan baiknya, Marcus.

Gandingan Routh dalam filem ini iaitu Sam Huntington diberi tanggungjawab melakonkan watak Marcus iaitu pembantu bawahan Dylan.

Namun, Marcus mati dibunuh dan bertukar menjadi zombi yang menjadi cabaran terhadap hubungannya dengan Dylan.


BRANDON Routh dan Anita Briem dalam satu babak cemas filem Dylan Dog: Dead of Night.


Lakonan Huntington sebagai Marcus dan hubungannya dengan Dylan menyuntik elemen emosi kepada jalan cerita filem ini.

Hubungan tersebut bercambah impak daripada persahabatan bertahun-tahun lamanya dan selepas berpengalaman bekerjasama dalam filem Superman Returns sebelum ini, yang mana Huntington membawakan watak Jimmy Olsen.

Mengulas tentang jalinan persahabatannya dengan Routh kata Huntington: "Brandon dan saya sudah lama bersahabat dan dia menelefon saya.

"Katanya, 'Hei kawan, saya baru dapat tawaran satu watak untuk filem baharu, dan saya rasa kamu akan nampak hebat untuk watak ini dan filem itu berjudul Dead of Night.

"Saya lantas menjawab, 'Aku pun baru saja pergi uji bakat sebuah filem tiga bulan lepas tapi belum ada berita. Apa cerita?' Dia jawab, 'Kita akan bersama-sama bekerjasama dalam filem ini."

Tambahnya: "Marcus menghidupkan cerita ini. Dialah rakan setugas Dylan dan seolah-olah adiknya sendiri. Pada permulaan cerita, dia begitu beria-ia mahu menjadi rakan kongsi Dylan."

Selepas bergandingan dalam Supermas Returns, Routh sememangnya mahu bekerjasama lagi dengan Huntington, jadi dia telah melobi pengarah Dylan Dog: Dead of Night iaitu Kevin Munroe agar mengambil Huntington berlakon sebagai Marcus.

"Apabila saya baca sahaja skrip filem ini, orang pertama yang muncul di fikiran adalah Sam (Huntington). Saya yakin dia sesuai membawakan watak Marcus kerana personalitinya," beritahu Routh pula tentang Huntinton.

Menurutnya lagi: "Saya terkejut kerana penulis skrip filem ini (Joshua Oppenheimer dan Thomas Dean Donnelly) langsung tidak mengenali Sam.

"Saya terus berbincang dengan Kevin apabila mendapat tahu dia terlibat sama dalam filem ini dan saya bertanya kepadanya jika dia boleh menawarkan Sam watak tersebut.

"Kebetulan Kevin juga mempunyai pendapat serupa. Kata Kevin, 'oleh kerana kalian bersahabat, jadi saya tidak pernah bertanya bimbang kalian tidak selesa'."

Di samping dua watak penting yang serasi lakonan Routh dan Huntington itu, barisan tenaga lakonan Dylan Dog: Dead of Night diperkuatkan oleh Peter Stromare, Taye Diggs, Anita Briem dan ahli gusti terkenal, Kurt Angle.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ke mana hala tuju Salma

Posted:

Ke mana hala tuju Salma

Ke mana hala tuju Salma

Oleh ALIF ABU BAKAR
hiburan@kosmo.com.my


ERRA berbangga dengan kejayaan Salma.


SELEPAS lima musim Mentor diperkenalkan, majoriti peserta yang menjuarai pertandingan itu tidak menyerlah dan menyinar dalam industri.

Juara musim pertama, Pija hanya terkenal dengan singlenya, Luka sahaja sedangkan vokal yang dimiliki Pija begitu jarang ditemui dalam industri muzik tempatan. Begitu juga dengan Fiq dan Mohd. yang tenggelam timbul serta terkapai-kapai mencari tapak bagi membina keutuhan dalam industri.

Satu-satunya juara Mentor yang berjaya mengelak badi itu ialah Black yang begitu bersinar di dalam industri.

Bagaimana pula dengan nasib Salma Abdul Asis selepas dia dinobatkan juara Mentor 5 baru-baru ini? Adakah wanita berusia 21 tahun itu akan menerima tempias badi tiga juara yang tidak bernasib baik atau dapat menceduk sedikit tuah Black untuk terus menyinar dalam kancah seni?

Walaupun ibu tunggal kepada anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda itu mendapat sokongan padu sepanjang pertandingan tersebut berlangsung, namun apakah percaturan nasibnya akan cerah selepas ini.

Mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 85 markah pada malam itu, Salma boleh dikatakan menang bergaya apabila meninggalkan dua pesaingnya, Shiha yang mencatatkan 63 markah dan Iqa yang ketinggalan jauh dengan 56 markah.

Tidak dinafikan persembahan bertenaga Salma menyampaikan lagu Listen nyanyian asal Beyonce cukup memukau.

Begitu juga hebatnya persembahan Salma yang berduet bersama Jaclyn Victor untuk lagu-lagu Cinta dan Rindu.

Erra Fazira selaku mentor kepada pendatang baru dari Sabah itu yakin anak didiknya itu mampu pergi jauh dalam bidang seni suara namun 'kuasa' yang dimilikinya terhadap Salma telah pun berakhir selepas program tersebut melabuhkan tirai.

"Salma terikat dengan kontrak bersama TV3, jadi apa-apa perancangan selepas ini akan ditentukan oleh mereka. Saya selaku mentor telah menjalankan tugas saya sebaik mungkin tetapi itu tidak bermakna saya tidak akan lagi membimbing Salma.

"Sekiranya dia mempunyai sebarang masalah dan inginkan pertolongan, saya sentiasa terbuka untuk memberi tunjuk ajar," luah Erra jujur pada sidang akhbar selepas konsert akhir Mentor 5 tamat.

Agak janggal apabila mengetahui Shiha telahpun ditawarkan sebagai artis rakaman Monkey Bone dan Iqa pula akan terus berada dalam pengawasan mentornya, Edry di bawah bumbung KRU Records sedangkan Salma selaku juara belum menerima tawaran daripada mana-mana pihak lagi.

Adakah soal pakej menjadi ukuran buat syarikat rakaman menimbang tara wajarkah Salma diambil sebagai artis rakaman mereka walaupun jelas bakat dimilikinya bukan calang-calang atau gusar dengan kredibiliti Salma untuk terus bertapak dalam industri muzik tanah air?

Masyarakat mungkin mampu melaung-laungkan nama Salma ketika ini dan menyifatkannya sebagai penyanyi wanita baru yang bakal menggugat kedudukan penyanyi-penyanyi wanita sedia ada namun harus diingat kuasa hakikat terletak di tangan mereka yang mencorakkan Salma dan bertanggungjawab mencari dahan buat Salma berpaut agar mampu bertahan lama dalam industri.

"Pengalaman menyanyi di majlis-majlis orang kahwin sebelum ini banyak mendidik saya agar bersabar jika hendak berjaya dan hari ini saya telah buktikan yang saya boleh mencapai cita-cita saya untuk bergelar seorang penyanyi," tutur Salma penuh optimis.

Sekiranya Salma nekad mahu berada pada kedudukan tertinggi dalam industri, dia perlu bekerja keras dan mempunyai sekumpulan individu yang berupaya membawa namanya sebaris dengan nama-nama yang ada hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syahrini nafi bedah muka

Posted:

Syahrini nafi bedah muka

Syahrini nafi bedah muka


TIDAK habis-habis dilanda gosip negatif, kali ini Syahrini ditohmah membuat pembedahan plastik pada wajahnya.


SEPANJANG bulan Mei yang lalu, nama penyanyi Syahrini begitu panas termasuk kerana gambar sensasi yang disebarkan secara meluas di Internet.

Belum surut kisah tersebut, kini, memasuki bulan Jun, nama Syahrini kembali meledak atas tuduhan dia membuat pembedahan plastik pada wajahnya, sekali gus menambah satu lagi cerita negatif tentang dirinya.

Namun mantan pacar Anang Hermasyah itu menafikan dakwaan tersebut. Dia sebaliknya berkata bahawa perubahan wajah dari zaman sekolah sehingga dia dewasa kini disebabkan gaya solekan, selain bagaimana dia menjaga dan mengekalkan penjagaan wajahnya.

"Ini wajah saya yang asli. Memang benar saya lebih suka wajah saya waktu zaman sekolah dulu kerana bebas solekan.

"Tetapi wajah sekarang selalu tebal solekan, namun saya masih suka juga. Bukan kerana pembedahan plastik, tapi bagaimana saya merawat wajah saya kini," katanya.

Malah saat ditanya bagaimana dia berhadapan dengan gosip yang semakin bertubi-tubi, Syahrini yang senang dipanggil Rini pasrah dan memberitahu dia menerima gosip-gosip tersebut dengan ikhlas.

"Saya tak kisah, saya terima semua berita itu dengan ikhlas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved