Rabu, 22 Jun 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Simpan air dalam periuk, plastik

Posted:

Simpan air dalam periuk, plastik

Simpan air dalam periuk, plastik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
berita@kosmo.com.my


BEG plastik hitam yang biasanya digunakan untuk membungkus sampah bertukar fungsi menjadi bekas menyimpan bekalan air di Medan Selera Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam.


KUALA LUMPUR – Sebahagian besar penduduk Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mula berjimat cermat menggunakan air sambil melakukan apa sahaja cara untuk menyimpan air berikutan gangguan bekalan selama tiga hari akibat kerja-kerja penyelenggaraan loji di Ijok, Hulu Selangor mula dilaksanakan semalam.

Tinjauan Kosmo! di beberapa lokasi yang terjejas mendapati ramai penduduk sudah menyimpan bekalan air untuk keperluan sehingga esok dengan menggunakan pelbagai peralatan daripada baldi, bekas plastik, karung sampah hingga periuk.

Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Bukit Mayang Mas, Petaling Jaya, Rosalind Adedeji, 45, mengakui kelam-kabut menyimpan air sejak malam kelmarin selepas mendapati tekanan air di rumahnya semakin rendah.

"Saya terpaksa menyimpan air pakai periuk dan besen, harap-harap cukup sampai Jumaat ini (esok)," katanya semasa ditemui semalam.

Muka depan Kosmo! semalam melaporkan hampir 800,000 pengguna di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bakal mengalami gangguan bekalan air selama tiga hari bermula semalam hingga pagi esok.

Antara kawasan yang terlibat adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur termasuk keseluruhan Bukit Kiara, Hulu Selangor, Gombak dan Wilayah Petaling.

Gangguan tersebut berikutan penutupan operasi Loji Rawatan Air Syabas di Sungai Selangor, Ijok, Hulu Selangor untuk kerja-kerja penyelenggaraan bekalan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis edar gambar bomoh Siam

Posted:

Polis edar gambar bomoh Siam

Polis edar gambar bomoh Siam

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


JAMSHAH menunjukkan gambar Kak Yah (kanan) dan Norhisham pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Polis semalam mengedarkan gambar seorang bomoh bergelar Kak Yah atau Kak Moh yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki ketika melakukan rawatan tradisional konon untuk membuang makhluk asing yang mendiami badan mangsa minggu lalu.

Kak Yah, 30-an, yang sebelum ini menetap di Kampung Pulau Rusa, Merchang, Marang, dipercayai telah melarikan diri bersama suaminya, Norhisham Mustapha, 33, dengan menaiki sejenis kenderaan sebaik mangsa dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya pada 16 Jun lalu.

Kak Yah berasal dari Thailand manakala suaminya dari Rantau Panjang, Kelantan.

Difahamkan, polis menghadapi kesukaran untuk menjejaki Kak Yah kerana kekurangan maklumat mengenai dirinya dan Norhisham merupakan kunci bagi mencari wanita tersebut.

Jika sebelum ini, polis percaya bomoh tersebut telah melarikan diri ke Thailand namun semalam Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa memberitahu wanita berkenaan sedang bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand.

"Kita sedang berusaha keras untuk menjejaki wanita tersebut dan telah meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi mencarinya.

"Dengan penyebaran gambar pasangan tersebut, kita harap orang ramai yang mengetahui di mana mereka berada supaya menghubungi polis dengan segera," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib lancar Kedai Rakyat 1Malaysia

Posted:

Najib lancar Kedai Rakyat 1Malaysia

Najib lancar Kedai Rakyat 1Malaysia


NAJIB membuat bayaran selepas berbelanja di Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya di sini yang diurus oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd. dengan kerjasama kerajaan.

Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.

"Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, saya difahamkan bahawa selain daripada menawarkan barangan keperluan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar raya lain, ia turut menjadi ejen pemangkin untuk pembangunan industri kecil tempatan menerusi penyumberan bekalan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam negara," kata Perdana Menteri.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved