Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar UiTM P. Pinang kunjungi Madrasah Farabi
- UTeM sumbang tiket ke Planetarium Melaka
- 60 pelajar UMK ikuti GREAT
Pelajar UiTM P. Pinang kunjungi Madrasah Farabi Posted: Pelajar UiTM P. Pinang kunjungi Madrasah FarabiSEBAHAGIAN daripada warga Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang bergambar kenangan bersama penghuni Madrasah Farabi, Yan, Kedah baru-baru ini. ZIARAH. Warga Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang telah mengadakan program khidmat masyarakat dengan berkunjung ke Madrasah Farabi, Yan, Kedah baru-baru ini. Program selama dua hari itu melibatkan seramai 50 warga fakulti itu bersama pensyarahnya bergotong-royong mengecat bangunan asrama serta membersih kawasan sekitar madrasah tersebut. Menurut pengarah projek program tersebut, Soffian Noor, kerja-kerja mengecat itu dibahagikan kepada empat kumpulan secara bergotong-royong bersama-sama penghuni madrasah itu. Ketua fakulti, Janidah Eman turut menyampaikan al-Quran, tuala dan cadar kepada setiap penghuni madrasah itu serta wang sagu hati hasil kutipan derma warga UiTM Pulau Pinang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
UTeM sumbang tiket ke Planetarium Melaka Posted: UTeM sumbang tiket ke Planetarium MelakaPELAJAR sekolah rendah dan menengah sekitar Melaka yang berpeluang melawat Planetarium Melaka di Ayer Keroh baru-baru ini. PUPUK MINAT. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menyumbang tiket masuk ke Planetarium Melaka kepada 50 pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Melaka baru-baru ini. Pengarah Pejabat Perancangan dan Komunikasi Korporat UTeM, Prof. Madya Mohd. Rahimi Yusoff berkata, tajaan tiket itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial UTeM dalam usaha memupuk minat dan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah terhadap bidang sains. "Dalam lawatan ini, pelajar akan didedahkan dengan sains angkasa lepas, astronomi dan ilmu fizik. "Aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan dapat menguji kefahaman dan keupayaan pelajar terhadap ilmu sains," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 60 pelajar UMK ikuti GREATSERAMAI 60 bakal graduan sulung UMK menunjukkan sijil masing-masing selepas berjaya menamatkan program GREAT di Kota Bharu baru-baru ini. TAMAT KURSUS. Seramai 60 bakal graduan sulung Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sijil kursus Program Latihan Pemantapan Graduan (GREAT) apabila berjaya menamatkan kursus tersebut di Kampus UMK, Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Program julung-julung kali anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Jabatan Pendaftar UMK itu merangkumi latihan yang memfokuskan kepada perkembangan kemahiran berkomunikasi serta pembangunan insaniah dan latihan praktikal. Menurut Timbalan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed, pelaksanaan program GREAT itu bertujuan memberi pendedahan kepada graduan tahun akhir UMK mengenai peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak industri dalam pasaran kerja pada masa ini. "Pihak universiti akan memberi jaminan dan sokongan kepada pelajar serta alumni UMK dalam pelbagai bentuk saluran untuk membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan atau peluang perniagaan," jelas Mortaza. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan