Isnin, 27 Jun 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thaksin ikrar tak balas dendam

Posted:

Thaksin ikrar tak balas dendam

Thaksin ikrar tak balas dendam


YINGLUCK SHINAWATRA bergambar bersama seorang peminatnya di Yala, selatan Thailand pada 14 Jun lalu.


BANGKOK – Bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra (gambar) yang hidup dalam pelarian telah berikrar untuk tidak membalas dendam rampasan kuasa tentera yang menggulingkannya daripada kuasa jika parti itu menang pilihan raya bulan depan.

Dalam satu temu bual televisyen dari Dubai yang menjadi lokasi kediamannya, dia memberitahu rangkaian berita Al-Jazeera bahawa keutamamnya kini adalah perdamaian dan menyatukan semula Thailand yang berpecah-belah dengan teruk sejak rampasan kuasa tentera pada tahun 2006.

"Saya tidak mahu sesekali membalas dendam," kata Thaksin yang melarikan diri dari Thailand sebelum didapati bersalah dalam kes rasuahnya di Bangkok.

Temu bual itu disiarkan semalam.

"Kami perlu bergerak dan membawa negara ini terus ke hadapan. Kami telah banyak membuang masa," jelas Thaksin.

Walaupun dia tinggal dalam buangan, Thaksin dilihat sebagai pemimpin tidak rasmi parti Puea Thai dengan adiknya, Yingluck Shinawatra akan dipilih menjadi perdana menteri jika parti tersebut menang dalam pilihan raya bulan depan.

Yingluck, 43, tidak mempunyai pengalaman dalam bidang politik,

Namun, pencalonan namanya menunjukkan pengaruh Thaksin masih kukuh dalam politik negara ini. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shahrukh menang aktor terbaik

Posted:

Shahrukh menang aktor terbaik

Shahrukh menang aktor terbaik


SHAHRUKH KHAN (kiri) menerima anugerah pelakon lelaki terbaik daripada aktres Hollywood, Hilary Swank (dua dari kiri) dan Anil Kapoor (kanan) dalam anugerah 'Oscar Bollywood' di Toronto kelmarin.


TORONTO - Filem yang menampilkan pelakon Salman Khan, Dabangg menang enam anugerah termasuk filem terbaik dalam 'Oscar Bollywood' lewat kelmarin di sini.

Filem arahan Abhinav Kashyap itu menang beberapa kategori utama seperti pengarahan muzik terbaik dan lakon layar.

Pelakon Sonu Sood juga memenangi kategori pelakon yang memainkan watak jahat terbaik ekoran lakonannya sebagai ketua sebuah parti politik yang jahat dalam filem tersebut.

Filem My Name is Khan menangi kategori filem terbaik, lirik terbaik, pengarahan terbaik yang dibolot oleh Karan Johar.

Pelakon Shahrukh Khan juga memenangi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem tersebut.

Filem itu mengisahkan mengenai perasaan curiga pihak berkuasa Amerika Syarikat terhadap seorang lelaki Muslim di sebuah lapangan terbang.

Puluhan ribu menyaksikan festival itu yang diadakan di Stadium Rogers' Centre di sini.

Kira-kira 700 juta penonton dianggarkan menonton siaran langsung festival berkenaan menerusi televisyen.

Pelakon Bollywood, Anushka Sharma menang kategori aktres wanita terbaik ekoran peranannya dalam filem Band Baaja Baaraat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

James Bond kahwin senyap-senyap

Posted:

James Bond kahwin senyap-senyap

James Bond kahwin senyap-senyap

NEW YORK - Aktor yang melakonkan watak James Bond, Daniel Craig melangsungkan perkahwinan dengan aktres Rachel Weisz di New York pada Rabu lalu.

Seorang jurucakap Craig semalam mengesahkan kedua-dua selebriti itu sudah melangsungkan perkahwinan.

Namun, dia tidak memberikan maklumat lanjut berhubung perkahwinan mereka.

Craig, 43, berkahwin dengan Weisz, 41, dalam majlis perkahwinan yang hanya dihadiri oleh empat orang.

Beberapa tetamu menyatakan, anak perempuan Craig, Ella, 18, dan anak lelaki Weisz, Henry berusia empat tahun dan dua rakan pasangan itu hadir dalam majlis tersebut.

"Craig dan Weisz berkeras mahu mengadakan majlis perkahwinan yang ringkas. Mereka diselubungi perasaan cinta yang mendalam dan tidak sabar untuk bergelar suami isteri," lapor satu sumber kepada akhbar News Of The World.

Walaupun mereka berkawan sejak beberapa tahun yang lalu, pasangan itu mula rapat pada November lepas.

Sebelum bersama, Weisz menjalinkan hubungan selama sembilan tahun dengan pengarah filem Black Swan, Darren Aronovsky.

Criag pula bertunang dengan teman wanitanya, Satsuki Mitchell selama lima tahun.

Kali terakhir Craig dan Weisz dilihat bersama ialah di London pada Mac lalu.

Ketika itu, Craig membawa kekasihnya itu membeli-belah di kedai louis Vuitton di Mayfair.

Namun, kedua-dua selebriti itu berusaha untuk menyembunyikan hubungan daripada mendapat perhatian ramai. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved