Kosmo Online - Kesihatan |
Larian kehidupan buat mangsa kanser Posted: Larian kehidupan buat mangsa kanserOleh SITI NOR AFZAN KASIMAN MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (empat dari kanan) bergambar bersama pesakit kanser sebagai tanda sokongan terhadap program RLF yang berlangsung di Melaka minggu lalu. BAGI bekas pesakit kanser, tiada ada apa yang dapat mereka ucapkan selain memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana masih mampu menjalani kehidupan seperti manusia sihat. Bagaikan dianugerahkan satu nyawa baru, bekas pesakit kanser dilihat lebih menghargai kehidupan mereka dan tidak memandang ringan soal kesihatan, kebersihan serta keselamatan kerana enggan menderita buat kali kedua. Sungguhpun mereka optimis untuk sihat, masih ada golongan yang memberi pandangan kurang menyenangkan mengenai bekas pengidap kanser. Lantaran itu, sebagai langkah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap survivor kanser, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NSCM) mengambil tanggungjawab untuk memberi penghormatan dan meraikan kelangsungan hidup dan kecekalan bekas pesakit-pesakit kanser. Diberi nama Larian Untuk Kehidupan atau Relay For Life Malaysia (RFL), penganjuran program satu malam ini turut bertujuan untuk mendidik orang ramai segala-galanya mengenai kanser. RFL yang mula diperkenalkan oleh Persatuan Kanser Amerika Syarikat merupakan acara tahunan bertaraf antarabangsa yang turut dianjurkan di 22 buah negara. Ia berjaya mengumpul dana berbilion dolar untuk menyokong program-program yang bermatlamat untuk menghapuskan kanser di seluruh dunia. Berlari 16 jam Tampil dengan pendekatan sama, RFL Malaysia turut mempromosikan gaya hidup sihat sepanjang program berlangsung selain turut mengumpul dana untuk NSCM meneruskan usaha memperkenalkan kanser melalui pendidikan dan sokongan. "RFL bukan sahaja karnival yang menghimpunkan survivor kanser, keluarga, kumpulan perubatan dan sukarelawan bahkan ia adalah medium untuk NSCM mengajak masyarakat menyalurkan kekuatan, sokongan dan pendidikan terhadap keperluan mencegah dan menghapuskan kanser," ujar Pengerusi RFL Malaysia 2011 dan Penasihat Kehormat NSCM, Datuk Zuraidah Atan. Meletakkan harapan tinggi untuk menarik seberapa ramai penyertaan daripada seluruh lapisan masyarakat untuk menunjukkan perpaduan mereka dalam melawan kanser. Memilih Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program RFL Kuala Lumpur 16 dan 17 Julai nanti, pelbagai aktiviti sihat disediakan untuk para pengunjung. CUACA gerimis tidak menghalang survivor, ahli keluarga, sukarelawan dan masyarakat pelbagai kaum untuk mengikuti perarakan sempena RLF. Antaranya acara berjalan kaki di atas trek stadium yang akan berlangsung selama 16 jam. "Ia melambangkan usaha yang berterusan melawan kanser. Para peserta boleh berjalan secara individu atau di dalam kumpulan untuk jangka masa pendek ataupun sepanjang malam. "Tujuan utamanya adalah untuk memastikan trek tersebut sentiasa dipenuhi oleh orang yang berjalan selama 16 jam. "Untuk penampilan kedua pada tahun ini, format acara masih sama seperti RFL pertama yang berlangsung di Melaka minggu lalu," ujarnya. Luminaria Tambah Zuraidah, RFL akan membuka tirainya dengan perarakan 'Survivors Walk' di mana semua bekas pesakit kanser dibawa ke trek stadium dalam suasana penuh harmoni bagi meraikan kecekalan dan kejayaan mereka melawan kanser. Selepas itu, semua peserta dijemput untuk menyertai bekas-bekas pesakit kanser di atas trek sebagai lambang bahawa mereka tidak akan berseorangan dalam mengharungi perjalanan melawan kanser. Menjelang malam, Upacara Luminaria akan dilakukan yang mana ia melambangkan penghormatan kepada bekas pesakit kanser dan memperingati mereka yang telah meninggal dunia akibat kanser. Penyertaan RFL terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat. Dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM15 untuk individu dan RM150 untuk kumpulan dengan 10 ahli, peserta boleh menyertai tujuh acara yang disediakan sepanjang malam. "Wang pendaftaran yang dikutip akan digunakan untuk mengadakan kempen serta program kesedaran tentang pencegahan awal kanser selain untuk disumbangkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan serta kemudahan rawatan. "Ia juga bakal digunakan untuk menyokong survivor kanser dan penjaga mereka dengan menjalankan program yang dapat menyuntik kekuatan serta meningkatkan kualiti hidup mereka," jelas Zuraidah. Bermula dari pukul 6 petang pada 16 Julai, ia akan berakhir pada pukul 10 pagi keesokan harinya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rflmalaysia.com atau hubungi talian 03-26987300. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan