Kosmo Online - Stailo |
Posted: Kekal aktif dipersada fesyenSusunan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF BARANGKALI pencinta fesyen dalam kalangan generasi muda hari ini, kurang mengenali model kelahiran New York, Amerika Syarikat (AS), Carmen Dell'Orefice berbanding barisan model seperti Tyra Banks, Kimora Lee ataupun Heidi Klums. Namun tahukah anda, sebelum munculnya kelompok model baharu di persada fesyen Eropah ataupun New York, Dell'Orefice yang memiliki sepasang mata warna coklat perang terlebih dahulu merasai asam garam dunia peragaan penuh glamor. Buktinya, pada 3 Jun lalu, model yang berdarah campuran Itali dan Hungary itu bukan saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-80 tahun malah meraikan perjalanan karier peragawatinya yang mencecah tujuh dekad. Angka tersebut sekali gus mengiktirafkan Dell'Orefice sebagai model profesional tertua yang masih menerima permintaan tinggi untuk melakukan peragaan di pentas fesyen. Terbaharu, dia yang memiliki seorang cahaya mata kelihatan anggun dan kekal bertenaga sewaktu mengatur langkah pada pertunjukan fesyen jenama Alberta Ferretti's Pitti Uomo dan Adrienne Vittadini di Pusat Seni Persembahan Lincoln Center, New York, AS. Mengimbas penglibatannya dalam bidang peraga, Dell'Orefice yang turut digelar ikon fesyen dunia dalam satu temu bual menceritakan: "Semuanya berlaku sewaktu saya menaiki bas dalam perjalanan ke kelas balet. Isteri kepada jurufoto Herman Landschoff, yang turut berada di dalam bas datang menegur dan menawarkan saya menjadi model. Seingat saya ketika itu saya berusia 13 tahun. "Lalu, pulang saja ke rumah saya memberitahu ayah angkat mengenai tawaran berkenaan dan dia bersetuju. Sesi fotografi bersama Landschoff berjalan lancar meskipun saya kekok beraksi di depan lensa kamera. Bertitik-tolak daripada pengalaman hari tersebut dan melihat kesungguhan Dell'Orefice ingin menjadi model, maka bapa angkatnya telah menemui sidang redaksi majalah Vogue. Hasil pertemuan itu, Dell'Orefice yang pernah bekerjasama dengan jurugambar legenda seperti Richard Avedon, Irvin Penn, Cecil Beaton dan Norman Parkinson telah mengikat kontrak menjadi model Vogue dengan bayaran AS$7.50 (RM27) setiap jam. Menjadi penghias muka depan majalah Vogue eluaran Disember tahun 1946 ketika berusia 15 tahun telah menyuntik episod baharu dalam kehidupannya. Sejak hari itu, Dell'Orefice tidak putus-putus menerima tawaran memperaga busana di pentas peraga mahupun majalah fesyen. Menariknya, model yang memiliki ketinggian 178 sentimeter itu, pernah menjadi penghias muka depan Vogue sebanyak enam kali dan jurucakap untuk 14 kempen iklan kosmetik. Produk antipenuaan DICKINSON berusaha keras menjaga kesihatan untuk kekal cantik dalam usia 57 tahun. Sementara itu, supermodel pertama di London yang fotogenik, Twiggy, menjelaskan peningkatan usia sedikitpun tidak menjejaskan kehidupannya sebagai model. Malah, dia menyifatkan kariernya di dalam industri fesyen dan kecantikan masih mendapat kepercayaan ramai pihak. Meskipun mengalami perubahan bentuk badan dan garis-garis halus mula kelihatan di wajah mulusnya, tetapi Twiggy atau nama sebenarnya Lesley Hornby, 62, masih laris menjadi penghias kempen iklan pelbagai produk dan jenama. Buktinya, pada dua tahun lepas, wajah wanita setinggi 168 sentimeter itu dipilih menghiasi iklan Olay Definity iaitu produk kecantikan antipenuaan. "Usah disebabkan usia sudah melawati angka 40 tahun, tahap keyakinan diri semakin menurun dan mudah berputus asa. Seharusnya, pertambahan usia menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan peribadi dan karier. "Realitinya, saban tahun bidang peragaan menyaksikan kemunculan barisan model baharu yang lebih muda dan berbakat. Namun, situasi itu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya apatah lagi terfikir untuk mengundurkan diri daripada industri ini. "Sebaliknya, ia mendorong saya untuk berani mencuba bidang lain yang bersesuaian dengan usia," tutur anak kelahiran Neasden, London itu yang kini menceburkan diri dalam bidang lakonan. Selain itu, berbekalkan pengalaman hampir lima dekad dalam industri fesyen, Twiggy yang pernah menjadi juri program realiti America's Next Top Model, turut berjinak-jinak dalam perniagaan pakaian konsep fesyen jalanan. Mengimbas kemunculan Twiggy di arena fesyen, segala-galanya bermula selepas jurufoto terkenal, London, Nigel Davies, menyuntingnya untuk menandatangani kontrak modeling tatkala usianya menginjak 16 tahun. Bertubuh langsing, memiliki sepasang bulu mata yang lentik dan berambut pendek warna perang keemasan menyebabkan kehadiran Twiggy di pentas peraga pantas dikenali ramai. Popularitinya bukan sahaja di negara kelahirannya malah 'merebak' ke pentas fesyen New York sehingga dia mendapat undangan khas memeriahkan acara peragaan di sana pada bulan Mac 1967. Wajah comel ibu kepada seorang cahaya mata itu, kerap menghiasi muka depan majalah Vogue, Tatler, Newsweek dan Harper's Bazaar. Ini termasuklah, menjadi pilihan produksi iklan dari Jepun iaitu Toyota Motors dan Choco Flakes bijirin sarapan pagi. Bakat baharu TWIGGY pada hari ini bijak mencari peluang kerjaya yang seiring dengan usianya. Dalam pada itu, Janice Doreen Dickinson, merupakan salah seorang supermodel terkenal yang masih lagi aktif dalam industri fesyen antarabangsa. Biarpun kini, usianya mencecah 57 tahun tetapi khidmat anak kelahiran Brooklyn, New York, Amerika Syarikat (AS) itu tetap diperlukan industri. Cuma bezanya, bekas juri America's Next Top Model berkenaan kurang menonjol di pentas peraga mahupun ruangan majalah fesyen sebaliknya bertugas di belakang tabir. Tugas dan tanggungjawabnya pada hari ini mengendalikan agensi model The Janice Dickinson yang mula beroperasi pada November 2005. Agensi yang terletak di Hollywood itu menyediakan platform dan membuka peluang terbaik kepada ratusan model baharu yang memasang impian untuk mencipta nama dalam dunia peragaan. "Usaha membentuk dan melahirkan model profesional akan diteruskan selagi saya termampu. Ilmu dan pengalaman yang dikutip dalam bidang modeling selama 30 tahun ini akan saya salurkan sebaik mungkin kepada kelompok model junior. "Bergelar model tidak hanya bersandarkan rupa paras dan kebijaksanaan beraksi di depan lensa kamera semata-mata. Sebaliknya, setiap model perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi, berdisiplin dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran yang datang," jelas Janice yang turut menyifatkan ketegasan sikapnya dan usaha memperbaiki kelemahan diri menjadi antara faktor dia masih kekal dalam industri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Material hebat untuk mengembara Posted: Material hebat untuk mengembaraGAYA jaket yang kasual sesuai untuk dipakai ke mana sahaja. UNTUK musim luruh dan sejuk tahun ini, elemen gaya pengembaraan vintaj dengan pengaruh retro alpine membawa jenama Camel Active ke sebuah pengembaraan merentasi kawasan pedalaman dan urban Rusia. Kain bulu biri-biri dan kapas digabungkan dengan fabrik moden bagi membolehkan badan sentiasa hangat dan terlindung daripada kesejukan cuaca dan angin. Sementara itu, kemasan terperinci dan beg pakaian lama melengkapkan gaya rupa vintaj yang ingin ditampilkan. Bersesuaian dengan fungsinya, warna-warna yang digunakan adalah mengambil konsep asap, kotor, berfros dan berdebu. Warna berfros seperti kelabu dan hijau dipadankan dengan warna petrol dan plum. Selain itu, warna berkarat, ochre, perang serta khaki dapat dilihat menerusi penonjolan warna labu dan safron, manakala warna biru pekerja dan hijau tentera digabungkan dengan warna merah Rusia. Jaket ala tenteranya dilengkapi pelindung kepala dan bulu binatang tiruan, manakala jaket lengan pendek dan jaket kulit anak biri-biri memberi penampilan maskulin kepada pemakainya. Selain jaket, rangkaian blazer telah diberi penampilan baharu, iaitu perincian tenunan dan corak Farisile dan Norwegian yang memberikan mood musim sejuk kepada koleksi tersebut di samping mewakili tema pengembaraan alpine. JAKET yang dihiasi zip ini juga boleh didapati dalam warna kopi. Seterusnya, henleys, polos dan kemeja-T yang asas dilengkapi lapisan pelindung dengan gaya keseluruhan yang diinspirasikan dari pengembaraan vintaj. Rekaannya turut mencipta penampilan tubuh yang ramping. Baju bercorak kotak dan poket yang banyak dengan pelapik bahu dan solusi poket adalah satu kemestian, manakala bahagian dalaman yang dilapisi baldu dan oxford memberikan karakter yang unik kepada koleksi musim luruh dan sejuk kali ini. Kesemua rekaan dan corak kecil yang digunakan, elemen-elemen seperti kemasan, aksesori dan perincian menjamin gaya Camel Active yang asli serta kasual. Baju denim yang dihasilkan pula memberikan satu pembaharuan kepada tema kasual dan warna biasa yang digunakan. Dalam pada itu, rangkaian chino tampil kasual dengan gaya poket baharu dan lipatan kaki yang pelbagai. Bahan daripada garbadine dan kanvas yang kompak digunakan termasuk struktur herringbone, efek korduroi dan houndstooh. Seluar kargo yang kurus dengan poket yang rata digabungkan dengan elemen chino seperti poket piping berkembar memberikan gaya lasak, manakala denim pula hadir dalam warna biru gelap dan biru gelap tinted. Dengan koleksi musim luruh dan sejuk 2011 dan 2012 bertemakan sejarah hidup ini, Camel Active membuktikan kombinasi gaya yang dikurangkan dan bahan yang inovatif dan klasik juga boleh kelihatan hidup. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Wajah bebas minyak sepanjang hari Posted: Wajah bebas minyak sepanjang hariAtilia nampak anggun dirias jurusolek Lancome, Mell. SERAMAI 76 wanita Malaysia telah mencuba kuasa pencerah yang tahan lama melalui produk ajaib terbaharu keluaran Lancome iaitu Maqui Miracle Foundation dan Maqui Miracle Compact. Pengurus Pemasaran Lancome di Malaysia, Kelly Tan menjelaskan bahawa wanita yang gemar bersolek memahami keperluan menggunakan bedak asas yang bukan sekadar memberi liputan yang sempurna atau penyediaan wajah untuk warna-warna solekan. "Kini mereka boleh memiliki ciri-ciri yang dikehendaki dalam bedak asas cecair Lancome Maqui Miracle, yang ideal menjadikan mekap kelihatan lebih cantik selain mencerahkan dan melindungi kulit," katanya. Katanya, Maqui Miracle bertindak dengan tiga cara untuk memberikan kesan pencerahan yang tahan selama 12 jam. Pertama, bedak asas ini menggunakan teknologi Aura-Bright Lancome yang menyediakan pigmen generasi baharu bagi menyerlahkan cahaya dalaman semula jadi kulit. "Berdasarkan penyelidikan makmal Lancome sekian lama, apabila cahaya sampai ke wajah, lebih kurang 5 peratus daripada cahaya ini dipantulkan semula dan 95 peratus diserap ke dalam kulit untuk berinteraksi dengan epidermis dan dermis. "Daripada jumlah ini, 55 peratus diserap dan baki 40 peratus dipancarkan semula ke permukaan wajah sebagai hasil pantulan dalaman kulit," katanya. Kedua, Maqui Miracle turut mengandungi ramuan kompleks khas untuk menghalang peluh dan kelembapan agar wajah kelihatan segar dan berseri sehingga 12 jam. "Seterusnya, Maqui Miracle turut mengandungi NeuroWhite Complex yang meningkatkan kecerahan kulit setiap hari dan perlindungan UV SPF 26 PA++ untuk membantu menghalang pembentukan bintik-bintik perang," jelasnya. Menyerap minyak
Sementara itu, jurusolek antarabangsa Lancome, Zamri Zainol semasa menjalankan eksperimen ke atas bedak kompak Maqui Miracle membuktikan bahawa bedak kompak Maqui Miracle dapat menyerap minyak dengan berkesan berbanding jenama X. Dia memulakan eksperimen dengan menoreh lapisan bedak kompak di dalam bekas khas sebelum minyak dititiskan ke dalam kedua-dua bekas yang mengandungi bedak kompak Maqui Miracle dan bedak jenama X. Hasil eksperimen menunjukkan, bedak kompak Maqui Miracle menyerap minyak yang dititiskan tanpa meninggalkan kesan berminyak apabila gumpalan serbuk bedak kompak itu digosok pada tangan. Dalam pada itu, dua orang pengikut Facebook Lancome yang telah mencuba kedua-dua produk ajaib Maqui Miracle itu memberitahu mereka kagum dengan hasil yang diperoleh selepas memakai bedak asas Maqui Miracle. Camie Lam memberitahu: "Ia memberi liputan yang mengimbangi tona kulit dan menjadikan wajah lebih cerah dan berseri-seri sepanjang hari," ujarnya. Sementara itu, Fatin Feisal, yang terus jatuh cinta dengan Maqui Miracle selepas menggunakannya, berkata: "Liputan dan tempoh berkesan yang lama menjadikan wajah saya kelihatan sihat dan berseri," katanya. Dua selebriti jelita turut mencuba kuasa pencerah Maqui Miracle iaitu penyanyi, Atilia Haron dan pelakon, Joanne Yew, pada majlis pelancaran rasmi produk tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bedak asas cecair Maqui Miracle yang boleh didapatkan dalam enam warna dirumus khas untuk menyerlahkan kecantikan kulit wanita Asia pada harga RM130 sebotol. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Stailo To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan