Selasa, 24 Mei 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Temasya Gawai di Borneo Rainforest

Posted:

Temasya Gawai di Borneo Rainforest

Temasya Gawai di Borneo Rainforest


BORNEO Rainforest yang terletak di Sunway Pyramid bakal meraikan Hari Gawai dengan penuh meriah.


SEBAGAI salah satu sambutan yang menggambarkan perpaduan, Kafe Borneo Rainforest mengalu-alukan kedatangan orang ramai mengambil bahagian dalam sambutan Hari Gawai bermula hujung bulan ini.

Perayaan yang disambut setiap 1 Jun itu adalah salah satu perayaan kaum Dayak sebagai berterima kasih kepada semangat makanan, minuman dan alam. Ia disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.

Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak (arak beras) dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964 lagi.

Bersama-sama mengambil bahagian pada 28 Mei ini, Kafe Borneo Rainforest yang terletak di OB-K5, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjungnya di Semenanjung Malaysia.

Bermula pada pukul 5 petang hingga 11 malam, sambutan Hari Gawai di Kafe Borneo Rainforest itu dijangka akan turut memuatkan gerai-gerai yang menjual laksa Sarawak, mi kolok, umai, tuak dan banyak lagi.

Selain itu, Kafe Borneo Rainforest turut menganjurkan aktiviti kebudayaan seperti menyumpit, pertunjukkan ular, tarian poi, tarian kebudayaan dan ekobazar yang menjanjikan pelbagai barangan aksesori dan hiasan yang dibuat khas daripada bahan mesra alam dan organik. Ekobazar tentu sekali satu tawaran yang hebat kepada mereka yang suka membeli-belah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved