Kosmo Online - Rencana Utama |
Melahirkan pakar keselamatan IT Posted: Melahirkan pakar keselamatan ITPERSIDANGAN yang bertujuan mengumpulkan pakar-pakar IT dunia yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, penyelidik, profesor dan pakar keselamatan IT di Jerman baru-baru ini menjadi platform kepada bakal pakar-pakar IT terbaik dunia berkongsi pengetahuan mereka. "Dengan membentangkan kertas kerja dalam bidang teknologi keselamatan IT mereka, saya berharap persidangan ini dapat memberi peluang kepada mereka membangunkan dan bertukar-tukar idea. PENSYARAH Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Fakariah Hani Mohd. Ali (kanan) sentiasa memberi sokongan kepada anak didiknya, Asnita. "Pada masa yang sama mereka boleh mencetuskan inspirasi sekali gus melahirkan pakar penyelesaian teknologi keselamatan IT pada masa hadapan," ujar Ketua Program Pendidikan Kaspersky Lab, Svetlana Efimova. Svetlana memberitahu, persidangan tersebut merupakan salah satu daripada program yang dirangka Kaspersky Lab untuk membantu bidang pendidikan secara global. PERSIDANGAN Pelajar Generasi Masa Hadapan Keselamatan IT Kaspersky Lab yang berlangsung di Jerman berjaya mencungkil bakat muda dunia. Kaspersky Lab turut menjalin kerjasama bersama pelbagai universiti di seluruh dunia dari segi teknikal dan praktikal untuk meningkatkan pendedahan mengenai teknologi keselamatan IT. Dalam pada itu, Ketua Pengurusan Program Pendidikan Kaspersky Lab, Veniamin Ginodman memberitahu, pihaknya sentiasa melaksanakan pelbagai program pendidikan bagi tujuan mendidik terutamanya golongan muda. "Di Rusia, sebagai contoh, kami menyediakan bahan-bahan bacaan berbentuk komik berhubung keselamatan internet kepada pelajar peringkat rendah dan kanak-kanak seawal usia lima tahun. MARK SEEGER (dua dari kiri) bersama Asnita tertarik dengan pembentangan kertas kerja salah seorang peserta. "Melalui komik mereka dapat melayari internet secara bijak dan mengetahui setiap peraturan dan larangan bagi mengelakkan segala data diketahui umum," ujarnya. Bekas guru dan wartawan itu menjelaskan, pendedahan awal penting agar generasi muda ini dapat mengetahui mengenai risiko yang terdapat di alam maya. Katanya, program pendidikan Kaspersky Lab ini akan diteruskan untuk melahirkan pakar-pakar keselamatan IT masa hadapan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Perang psikologi makanan Jepun Posted: Perang psikologi makanan JepunLetupan reaktor nuklear di Fukushima bukan sahaja mendatangkan bencana kepada penduduknya bahkan, ia turut menjejaskan perniagaan sushi di Perancis berikutan kebimbangan bahan mentah yang diperoleh dicemari nuklear. CHEF sushi, Mitsuru Tamura menggunakan alat pengesan radiasi pada makanan laut sebelum makanan tersebut dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan. PENGGEMAR sushi di Paris dan orang ramai kini mempersoalkan asal-usul ikan salmon yang mereka makan sejak kejadian letupan reaktor nuklear Fukushima melanda Jepun. Pengusaha restoran makanan Asia di ibu negara Perancis itu pula berusaha meyakinkan pelanggan bahawa tidak kesemua bahan yang digunakan dalam masakan mereka datang dari Jepun. Syurga barangan dan makanan Jepun di Paris yang terletak di antara Opera dan Palais Royal serta menempatkan beberapa restoran sushi itu menerima tamparan hebat selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda negara matahari terbit itu pada 11 Mac lalu. Chef Eric Lin yang bekerja di Restoran Chez Kyotori memberitahu, restoran itu kehilangan satu pertiga pelanggan walaupun kebanyakan bahan-bahan masakan mereka bukan berasal dari Jepun. Jelas Eric, restorannya menggunakan ikan salmon dari Norway, ikan air tawar dari Greece, ikan tuna dari Lautan Hindi dan ikan kembung dari Lautan Atlantik Utara. "Produk lain seperti sos dan bir pula dari Eropah seperti Jerman, England, Belanda dan Republik Czech," jelas Eric. Bagi memberi keyakinan kepada pelanggan, Restoran Chez Kyotori meletakkan nota tambahan pada setiap bil pelanggan yang menyatakan produk mereka bukan berasal dari Jepun. "Kegelisahan orang ramai terhadap makanan Jepun ibarat perang psikologi," ujar Pengurus Restoran Saveurs Zen (Zen Flavours), Zuxii Lin yang memberitahu kemerosotan perniagaan mereka sebanyak 20 hingga 25 peratus beberapa minggu selepas tragedi di Jepun itu. "Hanya rumpai laut didatangkan dari Jepun, namun kita masih mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan bahan tersebut dari negara lain seperti China atau Korea Selatan," kata Zuxii. Sementara itu, Pengurus Restoran Hello Sushi, Charlie Yang pula membatalkan pembekalan sos-sos yang diterima dari Jepun sejurus selepas kejadian di Fukushima. Dilema peruncit SUSHI menjadi makanan yang dijauhi orang ramai selepas letupan reaktor nuklear Fukushima melanda Jepun. Peniaga barangan runcit di Paris pula sering berdepan persoalan daripada pelanggan mereka yang ragu-ragu tentang keselamatan barangan yang dibeli. "Kemusykilan semakin meningkat, pelanggan ingin tahu adakah barangan tersebut diperoleh sebelum kejadian itu dan adakah ia telah diperiksa dengan teliti," kata Eunsun Park, pemilik kedai runcit Ace Mart yang menjual pelbagai bahan masakan Asia. Tambah Park, berikutan pemeriksaan tambahan ke atas kargo-kargo di pelabuhan, kapal-kapal yang membawa barangan runcitnya terpaksa menangguhkan perjalanan mereka. Pemeriksaan tambahan tersebut akan menyebabkan peningkatan harga barangan yang akan dijual. "Jika masalah ini berterusan, kita terpaksa menukarkan barangan yang dibuat dari Jepun kepada barangan dari Amerika Syarikat (AS) atau Korea," ujarnya. Begitu juga dengan sambutan. Restoran mi ramen mendapat sambutan hangat berbanding restoran sushi dan sashimi. "Rakan-rakan saya yang mengusahakan perniagaan sushi dan sashimi kehilangan ramai pelanggan berikutan ikan yang digunakan, tetapi tidak di restoran mi ramen," kata pengusaha Restoran Sapporo Noodle, Peng Chen. Peng memberitahu, sejurus selepas gempa bumi itu, ramai pemilik restoran makanan Jepun menukar pembekal mereka, namun pengusaha mi ramen tidak bimbang kerana kesemua barangan mereka berasal dari Perancis terutama sayur dan tepung. Pelanggan-pelanggan restoran mi ramen juga menunjukkan keyakinan terhadap makanan tersebut. "Saya masih berkunjung ke kedai ini sama seperti sebelum kejadian menimpa Fukushima" kata Anne-Marie Fery, pelanggan tetap Restoran Mi Ramen Higuma. Seorang lagi pelanggan, Annie Le Moigne, juga sependapat menyatakan makanan tersebut selamat kerana tahu bahan yang digunakan bukan berasal dari Jepun. "Jika ia datang dari Jepun sekali pun, saya pasti kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab mereka bagi memastikan keselamatan makanan ini terjamin," katanya. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Rencana Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan