Selasa, 24 Mei 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Twitter dan Facebook kayu pengukur populariti

Posted:

Twitter dan Facebook kayu pengukur populariti

Twitter dan Facebook kayu pengukur populariti

Oleh ADLAN JAAFAR



MINGGU lalu, penghibur yang sering mencetuskan kontroversi dengan lirik lagu dan klip video yang pelik, Lady Gaga, sekali lagi mengejutkan dunia apabila berjaya mengumpul lebih 10 juta orang pengikut dalam laman blog mikro Twitter.

Dalam kemas kini Lady Gaga selepas akaun Twitternya mencapai angka keramat tersebut, dia menzahirkan perasaan terkejut dan gembira atas sokongan peminat.

"Seramai 10 juta Monster (nama panggilan yang ditujukan kepada peminatnya)! Saya terkedu, kita sudah lakukannya! Saya amat mencintai kamu semua. Boleh meninggalkan London dengan senyuman." kata Lady Gaga dalam kemas kini Twitter.

Kejayaan mengumpul sebegitu ramai pengikut itu bagaikan sebuah fenomena apabila dada-dada akhbar di luar negara dan tidak ketinggalan juga di Malaysia menjadikan perkara tersebut tajuk-tajuk utama berita hiburan.

Bukan itu sahaja, laman YouTubenya, Vivo, yang menjadi platform kepada Lady Gaga untuk menayang klip video terbaru sudah acap kali mencecah jutaan penonton.

Tidak ketinggalan peminatnya yang mengklik butang 'Like' di laman sosial Facebook pula mencecah angka 34 juta orang. Ia satu jumlah yang melebihi populasi rakyat Malaysia sendiri.


HARI ini kebanyakan generasi muda di seluruh dunia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial Facebook atau Twitter.


Di Malaysia laman sosial Facebook, YouTube dan Twitter juga dijadikan salah satu medium untuk seseorang pemimpin atau selebriti itu mendekatkan diri kepada masyarakat dan peminat.

Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi maklumat dengan memiliki Fanpage.

Fanpage Najib di laman Facebook kini telah mencapai angka lebih 600,000 orang dan beliau telah menggunakan laman tersebut sebagai salah satu cara beliau mendekati generasi muda Malaysia.

Sahih

Walaupun pada peringkat awal, ia menjadi medium bagi tokoh-tokoh terkenal dan personaliti hiburan berkongsi kehidupan mereka tetapi, kini ia telah menambah satu lagi fungsi.

Angka-angka tepat yang tertera di sudut kiri Fanpage tersebut telah menjadi kayu pengukur kepada tahap kepopularan pemilik laman tersebut.

Pengiraan yang bersifat objektif dan nilai ketepatan yang tinggi sehingga ke susunan angka menjadikan ia lebih dipercayai dan boleh diharapkan.

Kebolehpercayaan laman sosial


ATAS: LAMAN sosial menjadi medium baru penyampaian maklumat yang berpengaruh hari ini.


Pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT), Azli Paat, 43, berkata, data yang ditunjukkan dalam laman sosial Facebook dan Twitter adalah sahih dan boleh diterima pakai.

"Tetapi data bilangan orang yang menekan butang Like di Facebook lebih dipercayai berbanding laman blog mikro Twitter.

"Itu disebabkan setiap individu yang mengklik perlu mempunyai akaun dan itu membuktikan individu tersebut wujud dan pemilik Fanpage dapat melihat setiap individu tersebut.

"Peminat juga boleh melihat peminat-peminat yang lain dalam akaun tersebut," jelasnya lagi.

Selain itu, peminat dan juga pemilik boleh mendapatkan data-data lain seperti tempat asal, jantina, umur, negara dan lain-lain.

Maklumat-maklumat tambahan yang dikenali sebagai Insight itu menambahkan kebolehpercayaan data yang dipaparkan berbanding dengan Twitter yang hanya boleh memastikan kewujudan individu yang menjadi pengikut.

Tambah Azli lagi, sedikit masa dahulu banyak laman-laman web dan blog yang memaparkan nilai-nilai yang tinggi serta mendakwa itu adalah jumlah orang yang mengunjungi laman web tersebut.


MARK ZUCKERBERG menjadi genius muda yang menghasilkan idea jaringan rangkaian sosial sehingga mencetuskan fenomena dunia.


"Data yang dikenali sebagai webhits itu amat diragui kesahihannya kerana sebagai pelayar Internet, kita tidak dapat mengetahui siapa individu yang pernah mengunjunginya?

"Selain itu, angka tersebut boleh diaturcara terlebih dahulu ketika laman web tersebut dibina," tambahnya lagi.

Mengulas mengenai program aturcara bagi pengiraan oleh Facebook dan Twitter, Azli menyifatkan ia sebuah aturcara yang mudah dan logik.

"Formulanya adalah pembolehubah tambah satu dan ia sentiasa mengulangi formula yang telah diaturcara tersebut tanpa had.

"Pembolehubah tersebut mewakili angka asal sebelum peminat menekan butang, jika ada yang menekan, formula tambah satu akan diaktifkan.

"Maka, angka baru dengan tambah satu akan tertera begitu juga dengan formula yang terdapat pada butang Unlike di Facebook.

"Cuma, ia berbeza menjadi pemboleh ubah tolak satu pula dan angka akan berkurangan apabila butang tersebut ditekan," kata Azli ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Pemilik Fanpage paling ramai peminat di laman sosial Facebook di Malaysia, Lisa Surihani berkata, semenjak Fanpage miliknya mencapai angka lebih 1.4 juta orang, ia telah memberi impak kepada kerjayanya.

"Saya akui, selepas mencecah angka tersebut, saya lebih banyak mendapat tawaran dalam bidang pengiklanan seperti menjadi duta produk.

"Mungkin kerana berada di zaman interaktif ini, ia memerlukan seseorang duta itu sentiasa berhubung dengan peminat-peminat mereka," kata Lisa ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.


LEDAKAN teknologi telefon pintar hari ini menyebabkan Facebook dan Twitter boleh diakses dan dikemas kini secara mobil.


Antara produk yang menggunakan perkhidmatan pelakon berusia 25 tahun itu termasuklah produk kecantikan Garnier, Lip Ice dan Sufi.

Bagaimanapun, menurut Lisa, jumlah peminat di Facebook tidak memberi kesan terhadap kerjayanya dalam bidang lakonan.

"Ia mungkin disebabkan, bidang tersebut lebih dinilai pada bakat daripada tahap popular seseorang itu," katanya.

Mula mengaktifkan Fanpage di Facebook pada tahun 2008, Lisa pasti mengemaskini akaun sekurang-kurangnya sekali sehari.

"Saya sendiri yang akan mengurus dan memberi maklum balas di akaun tersebut dan jika saya tidak berkesempatan, admin lain akan uruskan.

"Tetapi, saya tetap diberitahu untuk setiap kemas kini yang dibuat dan kebanyakan perkara yang diberitahu adalah mengenai hal-hal melibatkan kerja," ulasnya lagi.

Menurut Lisa, dia hanya memiliki dua jenis akaun sahaja iaitu Twitter dan Facebook. Bagaimanapun, secara peribadi, Twitter lebih mudah digunakan kerana ia boleh dikemas kini di mana-mana.

Pilihan

Dalam pada itu, salah seorang pengguna aktif laman Twitter dan Facebook, Hafizah Malik, 27, berkata, dia hanya akan menekan butang Like di laman Facebook atau Twitter jika benar-benar menyukainya sahaja.

"Saya tidak akan menekan butang Like pada laman artis yang saya tidak minat dan kebanyakan laman diklik terdiri daripada penyanyi atau pelakon.

"Ia juga sebagai tanda sokongan peminat kepada seseorang artis itu dan jika nilainya meningkat tinggi ia mungkin akan memberi motivasi kepada mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ekspedisi pindah gajah liar

Posted:

Ekspedisi pindah gajah liar

Ekspedisi pindah gajah liar


GAJAH liar bersama Cek Mek dan Timur sampai ke Kuala Gandah selepas melalui perjalanan sejauh 400 kilometer.


PEMBUKAAN tanah untuk tujuan penempatan dan perladangan sering kali tidak mengambil kira keperluan hidupan liar seperti gajah yang sentiasa berpindah-randah. Ini menyebabkan berlaku konflik antara manusia dan haiwan tersebut. Kes-kes seperti tanaman dimusnahkan gajah-gajah liar kerap kedengaran di media massa.

Awal tahun ini, penduduk di tiga buah kampung berdekatan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor berada dalam keadaan ketakutan apabila sering diganggu haiwan liar itu. Para penduduk yang terlibat dari Kampung Padang Ragut, Kampung Singapura dan Kampung Tuan Sheh mendakwa gajah-gajah liar sering memusnahkan tanaman mereka terutama pada waktu malam.

Bukan sahaja tanaman seperti pisang dan kelapa sawit menjadi sasaran tetapi mereka turut risau jika rumah penduduk pula diserang. Selain itu, kes-kes yang melibatkan kemalangan jalan raya dengan haiwan liar tersebut turut dilaporkan.


PENEBANGAN hutan yang mengganggu habitat gajah liar menyebabkan berlaku krisis antara gajah dan manusia.


Pada 6 Oktober 2010 lalu, seorang pemandu treler, Muhammad Ibrahim, 53, cedera dalam satu kemalangan dengan seekor gajah yang tiba-tiba sahaja melintas. Gajah itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian tetapi ditemui mati seminggu kemudian dalam sebuah ladang kelapa sawit dekat Mawai, Johor.

Pindah

Bagi menangani konflik manusia-gajah itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melalui Pasukan Pemindahan Semula Gajah kerap mengadakan ekspedisi pemindahan gajah liar ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah.

Pasukan yang ditubuhkan pada tahun 1974 itu mempunyai kepakaran memindahkan gajah dan sehingga kini sudah memindahkan hampir 600 ekor sejak ia ditubuhkan.

Pemindahan ke bahagian timur Semenanjung Malaysia yang masih banyak dengan hutan tebal itu bukan sahaja terbukti berjaya mengurangkan konflik manusia dengan gajah tetapi, turut dapat mengekalkan populasinya.

Timur dan Cek Mek membantu


CEK MEK (kiri) dan Timur cuba menenangkan seekor gajah liar di tengah-tengah.


Pada minggu lalu, unit tersebut sekali lagi menjalankan projek pemindahan gajah liar iaitu dari Kota Tinggi, Johor ke Kuala Gandah, Pahang.

Ekspedisi selama 10 hari itu bermula dengan perjalanan sejauh dua kilometer ke dalam Hutan Simpan Lenggor yang mengambil masa enam jam serta berjaya mengesan kedudukan gajah.

Selepas empat hari cubaan menangkap menemui kegagalan, hampir 20 orang lagi ranjer hutan dan dua ekor gajah jinak yang diberi nama Timur dan Cek Mek datang bersama-sama membantu ekspedisi tersebut.

Proses untuk memindahkan gajah ke Kuala Gandah sejauh 400 kilometer bukan satu tugas mudah, gajah perlu diberikan sedatif terlebih dahulu untuk menenangkannya.

Kehadiran dua ekor gajah jinak pula sangat membantu apabila gajah liar itu kelihatan kurang agresif.

Dua ekor gajah jinak itu turut mengepalai perjalanan keluar gajah liar itu dari dalam hutan simpan supaya tidak ada sebarang tindakan ganas dengan menyerang ahli ekspedisi berlaku.

Memindahkan haiwan seberat 3,000 kilogram seekor bukan satu tugas mudah, renjer Perhilitan mengambil masa hampir dua jam untuk memastikan gajah-gajah selamat berada dalam trak.

Kuala Gandah


TEMBAKAN sedatif bagi menenangkan gajah liar supaya proses pemindahan berjalan lancar.


Perjalanan dari Kota Tinggi hingga Kuala Gandah memakan masa selama sembilan jam dan sepanjang laluan, orang ramai berpusu-pusu melihat, apabila mengetahui terdapat gajah di dalam trak.

Gajah-gajah itu selamat sampai pada pukul 1 pagi dan ia dipunggah keluar apabila subuh menyingsing.

Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, ditubuhkan pada tahun 1989 dengan tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang ancaman yang dihadapi gajah.

Ia mula dikomersial dan dibuka kepada pengunjung luar sejak tahun 1997 dan tiada sebarang bayaran masuk dikenakan selain bertindak sebagai ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah.

Antara aktiviti yang terdapat di Pusat Konservasi itu adalah pengunjung berpeluang memegang serta merasai pengalaman menunggang gajah di sekitar kawasan pusat tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cetak terus menerusi telefon bimbit

Posted:

Cetak terus menerusi telefon bimbit

Cetak terus menerusi telefon bimbit


KUALITI cetakan Pixma iX6560 sememangnya dikagumi dengan kelajuan cetakan sehingga 11.3 ipm.


REKAAN yang sederhana, berwarna hitam dan bergaya adalah ciri-ciri jelas rangkaian terbaru siri pencetak Canon Pixma semua dalam satu (AIO) yang dilancarkan baru-baru ini.

Sudah pun berada di pasaran tempatan, Pixma MX426 dan Pixma iX6560 menawarkan cetakan yang sesuai digunakan untuk dunia perniagaan dan mesra persekitaran kediaman.

"Sesuai dengan slogan Canon iaitu Tanpa Sempadan, model iX6560 mampu mencetak gambar dan dokumen secara terus daripada telefon pintar seperti iPad, iPhone, iPod dan peranti Android ke mesin pencetak," kata Pengarah Produk Pengguna Canon, Donny Ling.

Sementara MX426 pula dilengkapi dengan antena tanpa wayar WiFi dan port Ethernet, ia amat sesuai untuk penggunaan pejabat kecil.

Setiap produk keluaran Canon mesra alam dan bagi siri baru model pencetak itu, ia menggunakan 100 peratus bahan kitar semula selain mendapat sijil Energy Star untuk kecekapan guna kuasa.

Selain dua produk itu, siri model pencetak lain yang akan menjengah pasaran pada akhir Mei ini adalah Pixma MX886, MX416 dan MX366.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved