Kosmo Online - Varia |
Posted: Giliran anak menyolek ibuBAGAIMANAKAH agaknya rupa si ibu tatkala menjadi bahan eksperimen bakat solekan anak masing-masing? HANYA satu perkataan dapat dizahirkan apabila dua hari penting digabungkan dalam sebuah acara yang sangat meriah. Hari Ibu yang disambut pada hari Ahad minggu pertama bulan Mei ditambah dengan sambutan ulang tahun ke-10 Stesen Sentral Kuala Lumpur (SSKL), ternyata acara tersebut menambat ratusan pengunjung di SSKL baru-baru ini. Dengan kerjasama Avon, suasana gamat berjaya dihidupkan seawal pukul 10 pagi di tingkat satu bangunan hab stesen pengangkutan dan transit tersebut. Kira-kira 100 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan solekan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu solekan ibu dan solekan ibu dan anak yang mempertaruhkan bakat anak-anak kecil mencantikkan ibu mereka. Menurut jurucakap acara, sambutan bersempena Hari Ibu dan ulang tahun ke-10 SSKL itu membariskan pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan kebajikan dengan keuntungan hasil jualan akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Tunggal Kuala Lumpur dan Selangor. "Orang ramai sudah datang ke sini sejak pukul 10 pagi tetapi, pertandingan hanya dimulakan pada pukul 12 tengah hari. "Para pengunjung yang datang bukan sahaja dalam kalangan ibu-ibu dan anak-anak yang ingin mengambil bahagian bahkan, acara itu turut menarik pengguna perkhidmatan di SSKL serta mereka yang teruja menyaksikan acara ini," katanya. SALAH seorang peserta cilik tekun menyapukan bedak asas di wajah ibunya dalam pertandingan solekan ibu dan anak di SSKL baru-baru ini. Ketika peserta kategori pertama menunjukkan bakat terpendam mereka menata rias wajah masing-masing, kategori kedua adalah yang paling mendapat sambutan hadirin dan hakim. "Kreativiti dan imaginasi anak-anak kecil yang menyolek ibu mereka membuatkan para penonton teruja bagi melihat hasil solekan tersebut," katanya. Terdapat juga kios Avon yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengunjung yang hadir iaitu analisis kulit, karaoke, kesedaran kanser payudara dan produk-produk Avon. Acara sampingan yang dianjurkan pula adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir memeriahkan majlis. Terdahulu, jurusolek artis Zul Fazli Suhadi selaku hos acara melakukan demonstrasi solekan bagi menunjukkan cara mudah menggunakan bedak asas, pembayang mata, pemerah pipi dan lipstik dengan. "Para peserta dilihat cuba mengaplikasikan tunjuk ajar yang ditunjukkan jurusolek Zul Fazli untuk mendapatkan hasil yang cantik seperti ditunjukkan," kata jurucakap Avon. Pemenang acara itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500, manakala ibu yang hadir bersama anak pula menerima hadiah produk-produk daripada Avon. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan