Selasa, 25 Mac 2014

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Soo Winccimahu takluk China

Posted:

Soo Winccimahu takluk China

Soo Winccimahu takluk China

PEMINAT di Taiwan lebih mengenali lagu Wincci berbanding dengan dirinya.


DIA bukan sekadar artis atau bekas Ratu Cantik Malaysia yang hanya ingin sentiasa tampil cantik di hadapan peminat. Sebaliknya, Soo Wincci betah menerima kesan lebam dan melecet di tangan dan kakinya demi menjayakan persembahan luar biasa sempena pencalonannya dalam Global Chinese Hits Award pada 5 April depan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Penyanyi yang sedang membina nama di Taiwan itu kini giat membuat latihan dengan menggunakan gegelung bertali sejak setahun lalu.

Lebih mengejutkan, ungkap wanita tinggi lampai yang selesa disapa Wincci itu, dia bakal menyanyi sambil melakukan beberapa aksi dengan menggunakan gegelung yang akan diangkat setinggi dua tingkat rumah itu tanpa sebarang tali keselamatan!

"Saya ingin mencabar diri untuk membuat sebuah persembahan yang luar biasa.

"Persembahan saya nanti tidak akan menggunakan tali keselamatan. Saya cuma akan membeli insurans sahaja," jelasnya jika terjadi apa-apa yang tidak diingini ketika menjayakan persembahan tersebut.

Tercalon Top 20 menerusi lagu Not Brave bersama enam negara lain iaitu China, Taiwan, Hong Kong, Kanada dan Singapura, Wincci mengakui latihan tersebut sangat menyakitkan, namun dia tidak kisah asalkan dapat memberikan persembahan terbaik nanti.

Hang Li Po

Selepas dua lagunya I'll Be Alright dan Not Brave berjaya menduduki carta muzik di Taiwan, Wincci kini berhasrat untuk menakluk China bagi mengembangkan karier nyanyiannya pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, kata penyanyi berusia 29 tahun itu, sebelum ke China dia perlu menguatkan namanya dahulu di Taiwan. Ini kerana ramai yang mengenali lagunya tetapi tidak mengenali dirinya.

Wincci yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Ajai baru-baru ini juga memberitahu, dia bakal terlibat dalam sebuah drama besar yang menggandingkan dirinya dengan pelakon popular Adi Putra dan Erra Fazira.

"Sepatutnya saya tidak mahu pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini kerana ingin menyiapkan album kedua antarabangsa saya dan ingin melakukan promosi. Namun, saya telah ditawarkan dengan watak besar iaitu sebagai Puteri Hang Li Po untuk sebuah drama bersiri yang berkaitan takhta. Jadi, saya pulang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran drama itu.

"Saya akan berlakon bersama beberapa pelakon terkenal seperti Adi Putra dan Erra Fazira. Walaupun drama itu hanya enam episod tetapi penggambaran akan berlangsung selama sebulan bermula 25 Mac ini kerana ia melibatkan babak-babak rumit dan besar," bicaranya yang selepas itu akan pulang semula ke Taiwan dan mungkin tidak akan balik ke Malaysia dalam satu tempoh masa yang lama.

Wincci bertindak begitu kerana dua lagunya iaitu I'll Be Alright dan Not Brave berjaya menduduki carta muzik di Taiwan. Malah, di YouTube lagu tersebut berjaya mendapat tontonan sehingga dua juta penonton.

Orang tak kenal Wincci

Malangnya, walaupun lagu-lagunya popular di Taiwan, luah Wincci, orang di sana masih tidak mengenali dirinya.

"Disebabkan itu pihak pengurusan di Taiwan meminta saya tidak kerap balik ke Malaysia. Mereka mahu saya mengadakan konsert jelajah di sekolah-sekolah dan beberapa lokasi lain untuk mempromosikan diri saya di Taiwan," jelasnya yang menyasarkan selama setengah tahun lagi untuk benar-benar dikenali di Taiwan.

Selepas itu, kata Wincci, dia akan melebarkan karier nyanyiannya ke China. Bagaimanapun, hatinya gundah-gulana, takut peminat-peminatnya di Malaysia, terutamanya peminat Melayu akan melupakannya.

"Saya risau selepas tidak dapat balik ke Malaysia dalam satu tempoh yang lama, peminat di sini (Malaysia), terutamanya Melayu akan melupakan saya.

"Disebabkan itu, saya melakukan banyak perkara di Malaysia seperti berlakon, mengeluarkan buku dan album Melayu serta muncul di radio sebelum pulang semula ke Taiwan," ujarnya yang tidak mampu berkongsi gambar mengenai kariernya di sana kerana terikat dengan syarat ketat pengurusan di Taiwan.

Menyambung bicara lagi, kata Wincci, pengurusan muzik di Taiwan tidak membenarkannya mengambil gambar berkaitan pembikinan album terbaharunya dan memuat naik di laman sosial.

Namun begitu, Wincci telah berbincang semula dengan pihak pengurusan di sana supaya tidak terlampau ekstrem dalam soal tersebut dan berharap mereka mengizinkannya memuat naik beberapa keping gambar proses kerjanya di sana tanpa memaparkan proses akhir album tersebut.

"Peminat-peminat saya di sini juga hendak tahu mengenai perkembangan terbaharu saya. Saya tetap akan memuat naik gambar-gambar mengenai perjalanan karier saya di sana tetapi bukan secara menyeluruh," lantunnya.

Disoal kenapa memilih Taiwan dahulu untuk mencipta nama tetapi tidak China, Wincci ada jawapannya.

"Melalui pemerhatian saya, kebanyakan penyanyi popular akan membina nama di Taiwan terlebih dahulu seperti Jay Chou dan Lee Hom. Formulanya, kalau kita sudah berjaya di Taiwan, peminat di China akan mudah menerima anda dan seterusnya anda mudah membina nama di sana.

"Kalau saya pergi ke China dahulu, saya mungkin hanya dikenali di Shanghai tetapi orang-orang di Beijing tidak akan mengenali saya. Sebabnya, China sangat mengehadkan media sosial seperti YouTube dan Facebook.

Jadi, sukar untuk mereka mengenali anda kecuali anda sudah membina nama di Taiwan. China sangat memandang artis keluaran Taiwan," ujarnya seraya menutup perbualannya pada malam itu.

Saya tiada masalah dengan isteri - Black

Posted:

Saya tiada masalah dengan isteri - Black

Saya tiada masalah dengan isteri - Black

Oleh IZWAN MOHD. ISA

BLACK mengakui bahawa isterinya, Naquia banyak memberikan nasihat dalam menangani masalah yang dihadapinya dengan keluarga.


AWAL minggu ini penyanyi bersuara lantang Black, 27, memuat naik sekeping gambar bertulis di akaun Instagramnya. Menerusi gambar tersebut, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanifah meluahkan perasaan kecewanya terhadap seseorang.

Antara luahan Black yang mendapat perhatian: "Kami bukan nak harta, kami bukan nak duit. Cuma mahu kejujuran, cuma mahu keadilan."

Selain itu, dia turut menyelitkan tentang ibu dan bapanya di dalam gambar tersebut berkenaan wang dan keadilan.

Setelah beberapa jam gambar tersebut dimuat naik, para peminat sudah mula membuat spekulasi mengatakan Black kini sedang mengalami persengketaan dengan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khair, 29.

Ketika dihubungi Kosmo!, penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan nyanyian Mentor itu menafikan bahawa dia kini sedang mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Ujar Black, kehidupan rumah tangganya berjalan tanpa sebarang masalah.

Sebaliknya, luahan rasa itu ditujukan kepada beberapa orang ahli keluarga yang sedang mengalami krisis dalaman dengan ibu dan bapanya.

Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan Black.

Kosmo!: Setelah memuat naik gambar bertulis itu, ada segelintir peminat yang menganggap anda sedang bersengketa dengan isteri. Betulkah tanggapan itu?

BLACK: Andaian yang dibuat oleh mereka tidak benar sama sekali. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan isteri saya. Namun, gambar bertulis itu dimuat naik kerana rasa kecewa dengan tindakan beberapa orang ahli keluarga terhadap kedua ibu bapa saya.

Jadi, mengapakah anda bertindak sedemikian?

Sejujurnya, laman sosial bukanlah tempat terbaik untuk melontarkan pandangan mahupun bertelagah. Ia juga bukanlah platform yang sesuai untuk melepaskan ketidakpuasan hati kepada orang lain.

Namun, ini sahaja saluran yang saya ada untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam jiwa saya.

Apa yang sedang berlaku antara ibu dan bapa anda dengan individu-individu yang anda maksudkan?

Masalah antara mereka dan ibu bapa saya telah lama berlaku dan ternyata ia masih berlanjutan hingga ke hari ini. Saya berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepada mereka.

Sebagai seorang anak, saya rasa terpanggil untuk melindungi ibu dan bapa saya.

Pada pendapat anda, adakah dengan cara ini mereka yang terlibat faham dengan apa yang anda luahkan?

Ya, saya harap mereka membaca dan mengerti tentang perasaan kecewa saya. Cuma, ini adalah kali terakhir saya menggunakan media sosial untuk menyampaikan rasa kecewa saya kepada mereka.

Apakah pesanan anda kepada mereka?

Saya berharap mereka akan lebih bersikap jujur dan sedar tentang kesilapan yang mereka lakukan selama ini.

Setelah apa yang berlaku kepada anda, bagaimana hubungan anda dan isteri?

Alhamdulillah, hubungan kami tetap tidak tergugat dengan kejadian ini. Dia juga banyak memberikan nasihat kepada saya supaya berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Saya bakal muncul dengan album terbaharu pada bulan Mei depan. Selain itu, saya kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama Ohsem Music Group (OMG) bagi musim kedua. Pada musim ini, ia akan ditayangkan di TV3 juga pada bulan Mei depan.

Ada sebarang perancangan untuk menerbitkan lagu daripada drama berkenaan?

Ya, kami merancang untuk mengeluarkan sebuah album berdasarkan drama bersiri itu. Album itu nanti bakal mengandungi enam buah lagu dan tiga daripadanya lagu berbahasa Inggeris.

Kak Engku kebas satu badan

Posted:

Kak Engku kebas satu badan

Kak Engku kebas satu badan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


KAK ENGKU menjadi penyampai radio wanita pertama di Malaysia yang bersiaran secara langsung dari tebing Menara Kuala Lumpur.


BAK kata pepatah Inggeris, action speaks louder than words, hal itu dibuktikan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau cukup dikenali dengan nama ringkasnya, Kak Engku. Dia ternyata bukan hanya berani bercakap kosong tanpa berani bertindak.

Kata Kak Engku, selama ini dia hanya berani bersuara mengenai isu pemerka- saan golongan wanita tapi kali ini dia membuktikan wanita juga mampu melakukan setiap perkara yang dituturkan.

"Selama ini saya hanya berani bercakap, wanita perlu kuat, tabah, sabar dan mampu buat apa saja tapi kali ini saya sendiri mahu membuktikan saya boleh buat apa yang saya perkatakan.

"Dengan itu, saya menyahut cabaran untuk bersiaran secara langsung sempena segmen Sinar Pagi di tebing pencakar langit Menara Kuala Lumpur dan Alhamdulillah, saya berjaya melaksanakan misi ini dengan baik," ujarnya yang ditemui usai program yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said.

KRILL (kiri) dan Salleh Yaacob turut bertugas bersama Kak Engku bersiaran secara langsung dari Menara Kuala Lumpur.


Empat peringkat

Kak Engku atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 42, menyahut seruan itu sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu.

Teruja dan bangga dengan pencapaian terbabit, ibu kepada tiga cahaya mata itu berjaya melepasi empat cabaran utama sepanjang ke udara bersama dua penyampai radio, Salleh Yaacob dan Krill.

"Saya bangga kerana menjadi penyampai radio wanita pertama di Malaysia yang melakukan cabaran ini. Cuma, ketika berada di ketinggian lebih 300 meter itu hanya Allah saja yang tahu perasaan saya.

"Mula-mula saya dikehendaki berdiri di luar lapangan terbuka menara itu. Berderau darah saya sampai tidak boleh langsung melihat ke bawah.

"Apabila sudah stabil saya dikehendaki melangkah setapak lagi ke tebing paling hujung. Mujur pernah belajar jurus silat, jadi saya bergantung sepenuhnya pada kekuatan kaki yang perlu sentiasa pasang kuda-kuda.


RAJA AZURA di samping ibunya yang hadir memberikan sokongan moral.


"Akhir sekali, saya dicabar untuk menurunkan sebelah kaki kiri saya. Ketika itu separuh badan rasa kebas dan selama 10 saat, saya rasa badan saya hilang sebelum menggigil secara sendirinya.

"Tak cukup dengan itu, cabaran terakhir adalah menjulurkan kedua-dua belah kaki saya ke bawah. Memang berderau darah!" ceritanya.

Tambah mendebarkan, Kak Engku dipasangkan pelbagai alatan komunikasi untuk rakaman stesen radio dan televisyen termasuk mikrofon Sinar FM, Primadona dan kamera go pro sepanjang ke udara selama empat jam bermula pukul 6 pagi.


ZURAIDAH (berdiri belakang, empat dari kanan) bersama kakitangan Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Kak Engku.


Tak tidur malam

Kak Engku mengakui sebelum melakukan cabaran itu dia tidak boleh tidur malam kerana bimbang akan segala hal. Tidak cukup dengan khuatir akan faktor keselamatan, dia juga gusar akan kemampuannya.

"Takut tak boleh buat sampai saya tak tidur malam sebelumnya tapi apabila mendapat kata-kata semangat menerusi laman sosial Facebook dan Instagram, saya kembali pulih.

"Sebelum melakukan cabaran itu saya menghubungi ibu saya untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya.

"Cabaran utama berdiri di tebing itu sambil ke udara di corong radio adalah untuk menyeimbangkan percakapan dan rasa gugup. Jadi, saya perlu sentiasa bercakap," tambahnya yang tidak menjamah makanan sebelum mula berdiri di tebing menara itu.

Idea itu telah dikemukakan Pengurus Kandungan Sinar FM, Rizal Sahimy dua minggu lalu dan menerusi usaha itu, stesen radio tersebut berjaya mengumpul dana RM3,000 untuk disalur- kan kepada persatuan ibu tunggal.

Selepas berjaya melaksanakan cabaran itu, Kak Engku mengakui akan melakukan cabaran base jump di lokasi sama pada bulan September depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 24 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bakal wira sukan mencipta nama

Posted:

Bakal wira sukan mencipta nama

Bakal wira sukan mencipta nama

SASARAN Akademi Frenz United bukan sahaja melahirkan pemain bola sepak profesional, malah kepakaran seperti jurulatih dalam sukan itu.


DARI jauh kedengaran laungan semangat penuntut di Akademi Bola Sepak Frenz United menjalani latihan.

Meskipun jam menunjukkan pukul 4 petang, namun terik matahari yang terpancar seolah-olah pukul 12 tengah hari, namun bahang yang dirasai sedikit pun tidak memperlahankan rentak latihan 55 penuntut berusia antara 13 hingga 17 tahun di padang latihan.

Akademi yang terletak di Janda Baik, Pahang itu dikelilingi gunung-ganang dan bukit bukau merupakan medan melahirkan bakat baharu dalam arena bola sepak negara.

Setakat ini, akademi tersebut berjaya mengumpulkan bakal wira-wira sukan bola sepak yang mencipta nama sehingga ke peringkat dunia.

"Keluarga saya miskin, saya mahu menjadi pemain bola sepak kerana saya yakin kerjaya ini mampu membebaskan keluarga daripada belenggu tersebut," luah seorang penuntut, Mohammad Syafiq Abd. Halim, 16, penuh mengharap.

Berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang, anak sulung daripada tiga beradik itu tekad meneruskan pengajian di akademi tersebut bukan sahaja kerana mengejar cita-cita tetapi demi masa depan keluarganya.

Semangatnya meneruskan latihan di akademi itu dibakar dengan perjuangan pasukan Frenz United selain ingatan terhadap keluarga.

"Bapa saya bekerja sebagai nelayan. Kehidupan kami cukup sekadar cukup makan.

"Sebagai anak sulung, fikiran saya tidak pernah berhenti bermimpi, suatu hari nanti bapa tidak perlu lagi turun laut dan adik-beradik tidak hidup susah," katanya yang terpilih menyertai akademi tersebut dalam satu sesi temu duga.


KEHIDUPAN seharian penuntut akademi bermula seawal pukul 6 pagi.


Mohammad Syafiq memberitahu, bapanya adalah individu pertama yang mengetahui kejayaannya menyertai akademi tersebut sebelum menyampaikan kepada ibu.

"Alhamdulillah, sewaktu menunjukkan surat tawaran itu bapa tidak menghalang dan memeluk saya. Majoriti ahli keluarga tahu saya meminati profesion bola sepak," tuturnya.

Bagi penuntut yang berasal dari Sarawak, Mohd. Haziq Hossain, 16, dia nekad menongkah arus dan menentukan kariernya.

Wakili negeri

Dilahirkan sebagai anak ketiga daripada enam beradik, majoriti adik-beradiknya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan perubatan.

Apatah lagi, ibunya juga merupakan pensyarah dalam bidang sains dan perubatan mahu Mohd. Haziq melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama.

Pernah mewakili negeri Sarawak sebelum meneruskan pengajian di akademi Frenz United, ibu bapanya yang pada awalnya agak berat hati memberi keizinan, kini menyokong Mohd. Haziq.

"Mereka gembira melihat saya mengejar cita-cita. Itu yang menjadi bukti kepada mereka bahawa saya mampu berjaya dalam bidang ini.

"Sukan bola sepak memang sebati dalam diri saya," katanya mengatur bicara.

Menempelak mana-mana pihak yang mengaitkan penuntut sekolah sukan mempunyai tahap kecerdasan intelektual (IQ) yang rendah, Mohd. Haziq membuktikan dia tersenarai antara pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2013 dengan memperoleh enam A dan dua B.

Beliau berpendapat, kebijaksanaan dan kemahiran perlu seiring. Dia juga amat bersyukur kerana akademi tersebut menerapkan penggunaan bahasa Inggeris sama ada di dalam atau di luar kelas.

Penuntut di akademi tersebut hanya mengambil tujuh subjek iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Pengajian Perniagaan dan Pengajian Pengurusan Sukan.

Ketua Bahagian Penghayatan Jati Diri, Komanden Mohd. Sharif Ahmad berkata, subjek Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Sukan menjadi keutamaan di akademi itu yang bertujuan meluaskan peluang kerjaya penuntut dalam sukan bola sepak.


AKADEMI Frenz United menempatkan 20 asrama untuk 55 penuntut.


Biasiswa

Pihak akademi juga menanggung sepenuhnya perbelanjaan setiap penuntut dengan biasiswa selama lima tahun.

Menurut beliau, setiap penuntut dipilih oleh pihak akademi Frenz United yang menghadiri beberapa perlawanan anjuran Majlis Sukan Negara dan sekolah sukan di Malaysia.

"Kebanyakan penuntut di sini menerima tawaran daripada akademi selepas dua hingga tiga orang pakar kami menyaksikan mereka beraksi.

"Kami akan menilai prestasi mereka sepanjang perlawanan sebelum memberitahu mereka layak untuk bersama dengan Akademi Bola Sepak Frenz United atau tidak," jelasnya ketika ditemui.

Sebagai seorang komanden dan mempunyai perwatakan yang tegas, Mohd. Sharif memberitahu, setiap penuntut terikat dengan peraturan terutama melibatkan disiplin ketepatan masa.

Mereka perlu menjalani setiap aktiviti secara berjemaah untuk mengeratkan silaturrahim.

"Bermula daripada solat Subuh sehingga Isyak secara berjemaah, makan, bangun daripada tidur pun perlu dilakukan secara berjemaah. Jika ada seorang yang melanggar peraturan, yang lain juga akan dikenakan denda," jelas beliau.

Perkara yang paling dititikberatkan di akademi ialah disiplin ketepatan masa.

Mohd. Sharif yang sempat melakukan rondaan menyaksikan latihan setiap penuntut di akademi itu berkata, pada bulan Ramadan, penuntut tetap menjalani latihan bola sepak seperti biasa, bagaimanapun latihan tersebut hanya bermula pada pukul 5 petang hingga 7 malam.

Walaupun baru memasuki usia dua tahun penubuhan akademi tersebut, Mohd. Sharif mendedahkan beberapa liga antarabangsa sudah mula menjengah penuntut untuk diserap ke dalam kelab mereka termasuk daripada Liverpool.


TERLETAK di Janda Baik, Pahang, Akademi Frenz United merupakan medan melahirkan pemain profesional dalam sukan bola sepak.


Pasukan bola sepak tempatan juga ada yang berminat untuk mengambil penuntut di akademi sebagai benteng memperkukuhkan pasukan sedia ada.

"Kesemua penuntut didedahkan dengan corak permainan seperti di peringkat antarabangsa. Kita membawa mereka ke serata dunia seperti Thailand dan Timor Leste untuk berlawan.

"Menang atau kalah itu adat permainan kerana perkara penting bagi akademi ialah pengalaman yang mereka peroleh sepanjang berentap," katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai latihan penuntut akademi, Ketua Jurulatih Frenz Malaysia, Mat Dinos Talib memberitahu, tempoh maksimum latihan penuntut ialah dua jam dalam setiap sesi.

Dalam setiap sesi latihan bermula pada hari Isnin hingga Jumaat, ia melibatkan tujuh sesi yang dibahagikan kepada dua sesi latihan persediaan dan lima sesi teknik serta strategi.

Dalam tempoh seminggu, pemain akan didedahkan dengan perlawanan persahabatan pada setiap hari Sabtu.

"Setiap pemain memerlukan latihan yang sangat konsisten kerana kita tidak mahu mereka kehilangan rentak ketika beraksi di padang.

"Dalam sehari latihan mereka terbahagi kepada dua sesi iaitu pagi dan petang. Setiap latihan akan diselang-seli dengan sesi latihan persediaan, sesi teknik dan strategi," katanya.

Pola pemakanan

Memandangkan sukan ini melibatkan stamina, pola pemakanan juga turut dikawal untuk memastikan ujian fizikal dan Indeks Jisim Badan (BMI) penuntut berada dalam keadaan yang seimbang.

"Kami mempunyai pakar terlatih untuk mengawal pemakanan para penuntut. Jika kami dapati ada dalam kalangan pemain yang mengalami peningkatan berat badan, antara langkah diambil ialah mengurangkan kuantiti pengambilan nasi," katanya.

Ujar Mat Dinos, jika hampir dengan tarikh perlawanan penting, pihaknya akan meningkatkan latihan, namun memberikan masa secukupnya untuk mereka berehat sebelum beraksi.

Bekas guru itu berkata, setiap kali sebelum latihan bermula, jurulatih akan menyampaikan kata-kata semangat untuk memastikan momentum mereka dalam mengejar impian bergelar pemain bola sepak profesional.

Stadium Frenz United bertaraf antarabangsa

Posted:

Stadium Frenz United bertaraf antarabangsa

Stadium Frenz United bertaraf antarabangsa


STADIUM utama Frenz United mampu memuatkan sehingga 2,000 penonton pada satu-satu masa.


"SESIAPA sahaja yang pertama kali berkunjung di stadium ini pasti terkejut kerana tidak sangka ada stadium bertaraf antarabangsa di sini," demikian menurut Pengurus Fasiliti Akademi Bola Sepak Frenz United di Janda Baik, Pahang, Hairul Azlee Mansor.

Selain memiliki stadium utama yang berkeluasan 105 meter panjang dan 68 meter lebar, Akademi Bola Sepak Frenz United turut mempunyai dua padang yang lain untuk tujuan latihan.

Stadium utama mampu menampung sehingga 2,000 penonton pada satu- satu masa di samping tempat duduk berbumbung. Dalam tempoh setahun, terdapat dua perlawanan peringkat dunia dan Asia di stadium itu.

"Sepanjang perjalanan pemandangan mereka hanya disajikan dengan pusat peranginan dan jalan berbukit-bukau.

"Apabila tiba di lokasi perlawanan, tiba-tiba wujud stadium sebesar ini di Janda Baik," selorohnya ketika ditemui di akademi tersebut.

Menurut Hairul Azlee, antara perlawanan yang baru sahaja berlangsung pada Januari lalu ialah Kejohanan Bola Sepak Piala Antarabangsa Frenz Bawah 16 Tahun (FIC).

Perlawanan tersebut turut disertai B-16 Slovakia, Internacional SC Brazil, Frenz United Malaysia, Besiktas (Turki), Incheon FC (Korea Selatan), Dalian Aerbin (China), B-16 Iran, Sporting Lisbon (Portugal), Chonburi FC (Thailand), Frenz United Indonesia dan Frankfurt (Jerman).

Jelas beliau, kebanyakan jurulatih memuji infrastruktur di akademi tersebut yang turut menempatkan 20 asrama selain kemudahan gimnasium.

Untuk memastikan rumput stadium dalam keadaan yang baik ia sentiasa diselenggara antara empat hingga enam minggu sebelum perlawanan berlangsung di stadium tersebut.

Seminggu sebelum perlawanan, padang akan ditutup bagi memelihara keadaan rumput supaya tidak terjejas.

"Saat yang paling mencabar ialah menjaga kualiti padang ini ketika musim kemarau kerana rumput akan mudah kering," katanya.

Padang di stadium tersebut sentiasa dipantau oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan badan induk bola sepak dunia Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) sekali gus mengiktiraf padang di akademi itu setaraf padang antarabangsa.

Budaya urbexer menular di Asia larangan

Posted:

Budaya urbexer menular di Asia larangan

Budaya urbexer menular di Asia larangan


BILANGAN bangunan pencakar langit yang banyak di Hong Kong menjadikan ia destinasi popular dalam kalangan urbexer.


MESKIPUN kakinya terjuntai di puncak sebuah bangunan pencakar langit, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jonathan Tsang kelihatan tenang. Bersantai di bumbung bangunan dengan ketinggian lebih 50 tingkat di Hong Kong itu bagaikan beristirehat di ruang tamu rumahnya.

Bagi kebanyakan orang, pemandangan di tempat tinggi terbuka itu pasti mengundang rasa gerun dan gayat. Namun tidak kepada Tsang, 25, yang menganggap ia sebagai satu perkara yang menenangkan.

"Terlalu ramai manusia di jalanan dan kadangkala ia menyesakkan fikiran sehingga anda berasa perlu untuk bersendirian seketika. Sebab itu saya kerap ke sini," ujar Tsang.

Tsang merupakan antara individu daripada kumpulan pengembara urban atau dikenali sebagai urbexer. Ia merupakan subbudaya bagi penggemar aktiviti ekstrem, jurugambar dan pencinta sejarah yang menjadikan lokasi terpinggir dan kawasan larangan sebagai taman permainan peribadi mereka.

Urbexer mula popular di Amerika Utara dan Eropah. Kini Asia melihat pertambahan urbexer dengan peralihan generasi baharu.

Pada bulan Februari lalu, dua warga Rusia nekad memanjat bangunan tertinggi China hanya menggunakan tangan.

Vadim Makhorov dan Vitaliy Raskalov mengambil kesempatan atas kelemahan sistem keselamatan ketika cuti Tahun Baru Cina ketika itu bagi menyelinap ke dalam Menara Shanghai yang sedang dalam pembinaan.

Aksi berbahaya mereka dimuat naik dalam internet dan menjadi bualan hangat di seluruh dunia.

Hong Kong, bandar yang dipenuhi bangunan pencakar langit berbanding bandar lain di dunia menjadi destinasi popular dalam kalangan pemanjat bangunan China dan antarabangsa.

Pengamal hobi ekstrem itu rela berdepan risiko tangkapan, kecederaan dan kematian.


AIRIN cenderung menjelajah ke kawasan perkampungan lama yang tidak dihuni penduduk.


Puncak bangunan

Menakluk puncak bangunan pencakar langit dan hotel mewah di daerah Kowloon sangat mudah. Tambah Tsang, dengan memperdayakan kaunter penyambut tetamu, dia bersama sahabatnya Airin T dapat menaiki lif ke tingkat teratas.

Bagi mengelakkan bertembung dengan pengawal keselamatan atau staf sesebuah bangunan, tingkat-tingkat terakhir akan dinaiki menggunakan tangga menerusi pintu yang tidak berkunci sehingga sampai ke bumbung.

"Anda perlu belajar selok-belok sesebuah bangunan terlebih dulu. Jika ada urbexer yang pernah ke bangunan tersebut, anda boleh mendapatkan tip dan nasihat daripada mereka cara-cara untuk naik ke bumbung.

"Kebiasaannya bangunan dikawal ketat pengawal keselamatan tetapi anda perlu bersabar. Anda perlu menunggu waktu yang tepat.

"Kejayaan menaiki bumbung bangunan mungkin antara 20 hingga 30 peratus. Ada ketika anda perlu menyerah kalah di tengah jalan.

"Mungkin anda boleh naik sehingga 30 ke 40 tingkat dan akhirnya terkandas di pintu terakhir. Namun apabila anda berjaya berada di puncak, perasaan itu sukar diucapkan. Ia sangat cantik," ujar Tsang.

Tanggapan bahawa menaiki bumbung bangunan sebagai hobi selamat adalah tidak benar. Tsang dan sahabatnya pernah berdepan detik genting ketika memanjat kubah sebuah bangunan.

Tangga untuk naik ke puncak kubah terletak betul-betul di penjuru bangunan itu dengan laluan untuk berjalan hanya selebar kira-kira 30 sentimeter. Sekiranya tersilap langkah, ia pasti mengundang kematian.

"Saya memang gayat dengan ketinggian. Ia mungkin kedengaran klise tetapi hobi ini bagaikan mengatasi ketakutan anda dan ia sangat membantu," tambah Tsang.

Pihak berkuasa Hong Kong memberi amaran kepada kelompok urbexer bahawa mereka mungkin berdepan dakwaan jenayah dan mencuri sekiranya berlaku sebarang kerosakan harta benda. Setakat ini tiada sebarang tangkapan direkodkan.


RUMAH dan bangunan tinggal mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepada Airin.


Rumah tinggal

Begitupun tidak semua pengembara urban memilih untuk membahayakan diri di tempat tinggi.

Airin, seorang pekerja pejabat berusia 25 tahun juga seorang pemanjat bumbung. Namun dia lebih banyak menghabiskan masa menjelajah tempat-tempat terbiar di sekitar Hong Kong.

Rumah sakit mental yang telah ditutup, kilang-kilang lama dan apartment usang yang berantakan menjadi lokasi persinggahan pilihan Airin.

Di dalam sebuah rumah, dia melintasi sebuah meja tradisional yang masih menempatkan sebingkai gambar penghuni lama. Airin kemudiannya menaiki tangga kayu rapuh menuju ke bilik tidur yang dipenuhi serpihan perabot usang.

Bagi Airin yang telah menjelajah ke Rusia, Korea Selatan dan Jepun, kawasan tinggalan lama mampu membuka jendela ke masa lampau.

Wong Chuk Yeung misalnya, adalah salah satu daripada kira-kira 100 kampung tradisional di Hong Kong yang dibiarkan tanpa penghuni.

"Orang muda berhijrah ke bandar dan membina keluarga di sana. Hanya orang tua yang tinggal di kampung dan apabila mereka meninggal dunia, rumah mereka terbiar tanpa penjaga," jelas Airin. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kehilangan MH370 terungkai

Posted:

Kehilangan MH370 terungkai

Kehilangan MH370 terungkai


NAJIB (tengah) ketika mengumumkan perkembangan terkini pesawat MH370 pada sidang akhbar di ibu negara malam tadi.


KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 17 hari lalu akhirnya terjawab apabila pesawat tersebut disahkan terhempas di tengah Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pesawat malang itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terhempas di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi.

Menurut beliau, pengumuman tersebut dibuat berdasarkan rumusan Cawangan Siasatan Udara United Kingdom (AAIB).

"Malam tadi saya telah diberi penerangan oleh wakil AAIB bahawa syarikat pengendali satelit Inmarsat telah membuat perkiraan terhadap data menggunakan kaedah analisis yang pertama kali dilakukan.

"Berdasarkan analisis tersebut, AAIB dan Inmarsat telah membuat kesimpulan bahawa MH370 telah terbang melalui Koridor Selatan dan lokasi terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi yang tidak memungkinkan ia mendarat kerana tidak terdapat sebarang landasan kapal terbang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

MH370 dikesan di Lautan Hindi

Posted:

MH370 dikesan di Lautan Hindi

MH370 dikesan di Lautan Hindi


NORMAH (tengah) terpaksa ditenteramkan oleh ahli keluarganya selepas mengetahui pesawat dinaiki anaknya ditemui di Lautan Hindi semalam.


KUALA LUMPUR - Kehilangan pesawat MH370 selama 17 hari sebelum disahkan terhempas di tengah Lautan Hindi malam tadi akhirnya menamatkan penantian keluarga dan spekulasi daripada pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat paling canggih itu.

Dalam tempoh 17 hari itu, kehilangan MH370 secara tiba-tiba itu diakui paling misteri dalam sejarah penerbangan moden kerana tidak ada satu pakar aviasi atau negara di dunia ini mampu menjelaskan apakah yang berlaku ke atas pesawat malang itu.

Sejak mula hilang, pelbagai teori dikemukakan daripada pesawat dirampas, sabotaj, masalah teknikal, pesawat dibom sehinggalah berlaku masalah peribadi anak kapal termasuk penumpang.

Teori pesawat dirampas mula tercetus apabila dua penumpang Iran dikatakan menggunakan pasport palsu.

Bagaimanapun, tiada sebarang bukti dapat mengaitkan mereka dengan kehilangan MH370.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan di Laut China Selatan sejak hari pertama pesawat dilaporkan hilang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Generator pesawat tidak berfungsi

Posted:

Generator pesawat tidak berfungsi

Generator pesawat tidak berfungsi


PESAWAT MAS Airbus A330-300. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia (MAS) semalam mengesahkan pesawat MH066 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan malam kelmarin terpaksa dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus A330-300 itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dengan membawa 271 penumpang.

Ini kali ketiga nasib malang menimpa MAS dalam tempoh 17 hari setelah pesawat Boeing 777-200ER hilang di perairan Vietnam bersama 239 penumpang dan kru pada 8 Mac lalu.

Pada Jumaat lepas, sebuah lagi pesawat MAS MH144 yang membawa 180 penumpang dirempuh sekumpulan itik ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Katmandu, Nepal yang mengakibatkan penutup lensa lampu mendarat pesawat itu pecah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


PM Israel pertahan serangan

Posted:

PM Israel pertahan serangan

PM Israel pertahan serangan

PARA penyokong Hamas berhimpun bagi memperingati kematian para pemimpinnya akibat dibunuh tentera Israel di Bandar Gaza, Palestin semalam.


BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyatakan, satu serangan tentera negaranya di utara Tebing Barat kelmarin merupakan suatu tindakan yang wajar.

Menurutnya, serangan itu dilakukan ke atas para pejuang Palestin yang melaku- kan serangan terhadap askar-askar Isarel dan orang awam.

"Dasar kami adalah untuk memudaratkan sesiapa yang melakukan kemudaratan ke atas kami," katanya kepada Kabinet di sini.

Tiga pejuang Palestin termasuk seorang pejuang pergerakan Hamas terbunuh pada awal kelmarin dalam satu kejadian tembakan di kem pelarian Jenin.

Tentera Israel menyerbu kem tersebut untuk menangkap seorang pejuang Palestin, Hamza Abu Al-Haija.

Namun, Hamza enggan menyerah diri.

Dia kemudian melepaskan tembakan ke arah askar-askar Israel menyebabkan dua daripada mereka cedera.

Askar-askar Israel turut melepaskan tembakan menyebabkan Hamza terbunuh.

Hamza, 23, merupakan anak seorang ketua ketenteraan Hamas, Jamal Abu Aleija di Tebing Barat.

Jamal kini berada di sebuah penjara di Israel kerana menjalani hukuman penjara seumur hidup. - dpa

PM Australia yakin lokasi misi pencarian di Lautan Hindi

Posted:

PM Australia yakin lokasi misi pencarian di Lautan Hindi

PM Australia yakin lokasi misi pencarian di Lautan Hindi


Seorang juruterbang, Dave Smith (kanan) memberikan taklimat misi pencarian pesawat MH370 sebelum kapal terbang P-3K2 Orion berlepas dari sebuah pangkalan tentera dekat Perth kelmarin.


PERTH - Penemuan satu palet kayu kargo dan beberapa serpihan lain yang mungkin mempunyai kaitan dengan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang pada 8 Mac lalu meningkatkan harapan untuk mencari kapal terbang itu.

Pencarian pesawat Boeing 777-200ER itu kini pada akhirnya berada pada landasan yang betul selepas lebih dua minggu misi pencarian melibatkan beberapa buah negara menemui petunjuk yang tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan kapal terbang berkenaan.

Misi pencarian itu juga diperkukuhkan dengan penemuan imej baharu yang dikesan satelit Perancis yang menunjukkan terdapat objek terapung di lokasi pencarian kapal terbang MH370.

Beberapa pegawai Australia menyatakan kayu palet bersama tali pinggang atau tali pelbagai warna dikesan kelmarin di lokasi terpencil di selatan Lautan Hindi.

Kawasan pencarian itu terletak sejauh 2,500 kilometer dari barat daya Perth, Australia.

"Terlalu awal untuk mengenal pasti (objek itu)," kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott (gambar) kepada pemberita semasa melawat Papua New Guinea.

"Namun, pastinya, kami mempunyai beberapa petunjuk yang berwibawa dan terdapat peningkatan harapan yang memungkinkan kita berada pada landasan untuk menemui apa yang berlaku ke atas kapal terbang berkenaan," tambahnya.

Satelit Australia dan China telah mengesan objek besar yang terapung di kawasan lokasi pencarian tersebut.

Penemuan kayu palet dan tali pinggang itu dikesan dari sebuah pesawat pencarian milik New Zealand.

Misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi itu meliputi kawasan seluas 59,000 kilometer persegi.

Ekoran jarak penerbangan sejauh empat jam dari daratan, kebanyakan pesawat hanya mampu melakukan misi mencari selama dua jam di kawasan tersebut sebelum ia terpaksa berpatah balik ke daratan.

Namun, sebuah pesawat mencari iaitu P3 Orion yang dilengkapi peralatan pemerhatian elektro-optik kemudian dikerah ke kawasan penemuan palet kayu dan objek seperti tali pinggang atau tali itu.

Namun, pesawat tersebut hanya membuat laporan bahawa anggota-anggota mencari cuma menemui rumpai air dari paras beberapa ratus meter dari lautan tersebut.

Misi mencari semalam melibatkan empat pesawat tentera dan empat kapal terbang awam.

Pesawat MH370 hilang semasa ia sepatutnya melaporkan kemasukannya ke ruang udara Vietnam ketika dalam penerbangan ke Beijing, China.

Sebanyak 227 penumpang dan 12 kru dilaporkan menaiki pesawat itu. - Agensi

Imej satelit China mungkin sayap pesawat

Posted:

Imej satelit China mungkin sayap pesawat

Imej satelit China mungkin sayap pesawat


GAMBAR yang dirakamkan satelit Gaofen-1 milik China menunjukkan satu objek terapung di selatan Lautan Hindi pada 18 Mac lalu.


PERTH - Sebuah objek besar yang dikesan sebuah satelit China pada 18 Mac lalu di selatan Lautan Hindi mungkin sebuah sayap pesawat penerbangan, kata seorang felow dari Universiti Kebangsaan Australia, John Blaxland.

Blaxland yang bertugas di Pusat Kajian Pertahanan dan Strategik di universiti berkenaan menyatakan objek tersebut berukuran 22.5 meter panjang dan 12 meter adalah menyamai panjang satu sayap Boeing 777.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang itu merupakan model Boeing 777-200ER.

Ketika ditanya sama ada objek yang dikesan sebuah satelit milik China itu mungkin sama dengan objek yang dikesan sebuah lagi satelit, Blaxland berkata, ia kelihatan objek yang berbeza.

"Ia kelihatan sama. Namun, jika ukuran itu adalah betul, objek (dikesan satelit China) mungkin lebih lebar," katanya ketika diwawancara agensi berita Xinhua kelmarin.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) sebelum ini mengeluarkan gambar satelit yang menunjukkan objek sepanjang 24 meter panjang pada 16 Mac lalu yang dianggap sebagai petunjuk terbaik untuk mencari pesawat MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kerajaan China mengeluarkan satu gambar yang dikesan menerusi satelit pada 18 Mac lalu.

Objek itu terletak 120 kilometer ke barat objek yang dikesan oleh sebuah satelit yang terlibat dalam misi mencari yang diselaraskan Australia.

Menurut Blaxland, dua objek itu kemungkinan tidak sama kerana arus Lautan Hindi bergerak dari barat ke timur.

Namun, dia kemudian menghantar e-mel kepada agensi berita Xinhua dengan menyatakan, gambar imej terbaharu tersebut bukan berada di barat tetapi di kawasan selatan pencarian kapal terbang MH370 yang kini dilakukan beberapa buah pesawat.

Pesawat MAS itu hilang sejak 8 Mac lalu ketika ia dalam penerbangan ke Beijing, China.

Sebanyak 227 dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu yang hilang ketika ia perlu melaporkan kedudukannya kepada menara kawalan di Vietnam. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiga sekeluarga maut, tiga lagi cedera nahas di Bandar Baharu

Posted:

Tiga sekeluarga maut, tiga lagi cedera nahas di Bandar Baharu

Tiga sekeluarga maut, tiga lagi cedera nahas di Bandar Baharu

24/03/2014 9:50pm

BANDAR BAHARU - Tiga sekeluarga maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 170, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran sempadan Bandar Baharu-Nibong Tebal di sini hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa yang maut ialah Teoh Yee Wei, 36, dari Simpang Empat, Alor Setar dan anak sulungnya, Heng Dy Hong, 5, (lelaki) dan anak bongsu, Heng Yin Rue, 1 (perempuan).

Dua mangsa yang cedera parah ialah suami Yee Wei, Heng Cheng Hang, 36, serta seorang pembantu rumah warga Filipina dikenali sebagai Pachuya, 25.

Seorang lagi anak mereka, Heng Xin Ler, 2, (perempuan) cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Asisten Superintendan Azmi Abu Bakar berkata, nahas dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandu Cheng Hang cuba memotong sebuah lori membawa makanan ternakan yang bergerak perlahan.

Beliau berkata, MPV tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh bahagian belakang lori berkenaan. - Bernama

MH370: Dua pesawat IAF lakukan usaha mencari selama 10 jam di Lautan Hindi

Posted:

MH370: Dua pesawat IAF lakukan usaha mencari selama 10 jam di Lautan Hindi

MH370: Dua pesawat IAF lakukan usaha mencari selama 10 jam di Lautan Hindi

24/03/2014 8:29pm

KUALA LUMPUR - Walaupun berdepan dengan cuaca buruk apabila Taufan Gillian membadai kawasan selatan Lautan Hindi, dua pesawat Tentera Udara India (IAF) yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, terbang selama 10 jam dalam menunaikan misi masing-masing pada Ahad.

Kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur berkata, pesawat berkenaan ialah P8-I Poseidon dan C-130J Super Hercules.

"Anak kapal dengan cekap mengelak taufan itu untuk sampai ke kawasan mencari yang ditetapkan, tanpa membahayakan keselamatan pesawat peninjau maritim jarak jauh itu.

"Radar yang digunakan juga dapat mengimbas permukaan laut untuk mengesan sebarang objek logam, di samping pengimbasan visual yang dilakukan anak kapal," katanya.

Kenyataan itu menjelaskan dua pesawat berkenaan, yang tiba di Malaysia pada 21 Mac, dilengkapi radar yang boleh memaklumkan kepada anak kapal tentang keadaan cuaca. - Bernama

MH370: Fokus di Koridor Selatan tidak jejas operasi Koridor Utara - Hishammuddin

Posted:

MH370: Fokus di Koridor Selatan tidak jejas operasi Koridor Utara - Hishammuddin

MH370: Fokus di Koridor Selatan tidak jejas operasi Koridor Utara - Hishammuddin

24/03/2014 7:08pm

KUALA LUMPUR - Pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac kini bertumpu di Koridor Selatan setelah satelit beberapa negara mengesan objek-objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat itu di kawasan berkenaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam masa sama usaha pencarian di Koridor Utara tetap dilaksana, cuma pada skala lebih kecil.

"Tumpuan kita tetap menjurus kepada dua koridor tapi dengan 'lead' dan maklumat terbaharu daripada Perancis, China dan Australia sudah tentu banyak aset kita ditumpukan di koridor selatan.

"Kalau itu dapat disahkan, maka kita tidak teragak-agak untuk bawa semua aset kita dan (aset) negara-negara yang membantu kita ke Koridor Selatan. Selagi pengesahan tidak berlaku, itu tak adil kepada keluarga penumpang-penumpang untuk kita hanya tumpukan kepada Koridor Selatan," katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan misi mencari dan menyelamat MH370 di sini, hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kalis provokasi

Posted:

Kalis provokasi

Kalis provokasi

SABTU lalu, suasana meriah di dalam Auditorium 1, Universiti Antarabangsa UNITAR, Kelana Jaya, Selangor bertukar sedikit bungkam tatkala kelibat pelakon tinggi lampai, Diana Danielle masuk ke ruang acara sambil diiringi oleh adik iparnya, Fadzil Zahari.

Tidak hanya tampil berdua, ekor mata puluhan tetamu yang hadir pada majlis tayangan amal filem animasi SuperSquad anjuran Netcarbon Sdn. Bhd. itu tertancap kemas pada susuk tubuh bayi lelaki yang sedang dikendong erat oleh Fadzil.

Bayi kecil itu ialah Muhammad, anak sulung Diana dan suaminya, pelakon Farid Kamil yang kini berusia sembilan bulan. Itu merupakan kali pertama Diana membawa cahaya mata kesayangannya menghadiri majlis rasmi yang melibatkan kehadiran pihak media.

Namun begitu, apabila menyedari lampu denyar jurufoto mula menyimbah untuk merakamkan detik-detik kehadiran mereka, Fadzil dilihat bergegas membawa Muhammad keluar meninggalkan auditorium tersebut sebelum majlis yang dihadiri mereka tamat.

Ketika meminta untuk bergambar bersama Muhammad usai majlis itu, Diana, 23, memohon maaf kerana dia belum bersedia untuk membuka ruang kepada anaknya muncul di mana-mana media.

Tidak selesa

"Minta maaf banyak-banyak. Saya bukan membawa Muhammad 'lari' daripada media. Saya cuma tidak selesa apabila jurufoto mula merakamkan gambar kami bertiga sebentar tadi," ujarnya sambil tersenyum.

"Apabila tiba masa yang sesuai, saya dan Farid pasti akan mengumumkannya kepada pihak media," kata pelakon yang pernah popular menerusi filem muzikal Magika itu.

Ditanya mengapa membawa Muhammad bersama ketika menghadiri majlis rasmi sedangkan dia enggan untuk mempertemukan anaknya itu dengan pihak media, jawab Diana, dia terpaksa berbuat demikian kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga anaknya ketika itu.

"Saya terpaksa membawa Muhammad bersama kerana pengasuhnya sedang bercuti.

FIGURA jelita ini menghidupkan karakter Elly dalam filem animasi, SuperSquad.


"Sepatutnya Farid yang mengambil alih tugas penjagaan tetapi kebetulan dia diserang demam.

"Justeru, saya terpaksa membawanya bersama bagi menghadiri majlis tayangan amal filem SuperSquad," kata Diana yang turut menjadi salah seorang pelakon yang meminjamkan suara bagi filem animasi tersebut.

Kehidupan seimbang

Sejak bergelar ibu, kehidupan wanita berdarah kacukan Melayu-Amerika ini ternyata jauh berubah.

Lebih menumpukan perhatiannya pada Muhammad, Diana mengakui dia banyak menghabiskan masanya di rumah jika tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

"Jika tiada sebarang tawaran berlakon atau tugasan untuk mempromosikan filem, saya lebih gemar untuk menghabiskan masa bersama Muhammad di rumah.

"Kadangkala, saya akan membawanya keluar untuk bersiar-siar. Hubungan saya dan anak saya sangat rapat.

"Saya akui, kehidupan saya dan Farid banyak berubah sejak bergelar ibu dan bapa.

"Jika kami mengalami perselisihan faham, kami tidak akan memanjangkan sengketa kerana sering memikirkan tentang anak.

"Secara keseluruhan, kehidupan kami sebagai pasangan suami isteri semakin seimbang dengan kehadiran Muhammad," jelasnya yang kehilangan berat badan kerana sibuk melayan karenah Muhammad yang semakin aktif bergerak.

Sebagai seorang ibu muda, Diana memberitahu, dia banyak membaca buku, majalah serta info-info yang terdapat di internet bagi menambah pengetahuannya tentang kanak-kanak.


LENSA kamera Kosmo! sempat merakamkan detik kandid ketika Diana baru tiba ke majlis tayangan amal filem amimasi, SuperSquad bersama anaknya dan adik iparnya, Fadzil.


"Maklumat-maklumat yang terdapat dalam buku serta majalah banyak membantu saya dalam rutin menjaga anak saya.

"Selain itu, saya ada meminta pendapat kenalan-kenalan yang lebih senior tentang cara mereka menjaga anak," katanya yang menggunakan khidmat pengasuh daripada Filipina untuk menjaga Muhammad.

Debat Twitter

Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter peribadi miliknya, Diana ada menyatakan pendapat tentang misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Menerusi kemas kini tersebut, ujar Diana, dia tidak percaya bahawa juruterbang pesawat itu ada kaitan dengan kehilangan pesawat yang telah hilang sejak 8 Mac lalu.

Malangnya, salah seorang pengikut akaun Twitternya membidas pendapat tersebut dengan kenyataan-kenyataan yang kurang enak didengar.

Terpukul dengan kenyataan itu, Diana bertindak membalas kata- kata pengikutnya itu sehingga menimbulkan pergaduhan.

"Saya hanya menulis di Twitter bagi meluahkan pendapat saya sahaja tetapi dengan tidak semena- mena, ada segelintir individu yang marah dan tidak berpuas hati dengan pendapat itu.

"Itu hanya pendapat saya sahaja. Jika dia berasa juruterbang itu bersalah, itu adalah hak dia. Jangan pula memaksa saya untuk bersetuju dengan pendapatnya," katanya.

Tambah Diana, pengikut akaun Twitternya itu bersikap biadab dan kedengaran seperti mahu menjatuhkan hukuman kepada juruterbang tersebut.

"Saya berasa tercabar apabila membaca kenyataan-kenyataan tersebut.

"Bayangkan perasaan ahli keluarga juruterbang itu jika mereka membaca tentang berita-berita dan kenyataan yang kurang sahih berkenaan tragedi ini. Ia pasti menyedihkan.

"Selain itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berasa terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh media Barat terhadap juruterbang kita.

"Jadi, tidak menjadi suatu kesalahan bagi saya untuk mempertahankan maruah negara sendiri daripada diperkotak-katikkan," katanya lagi.

Pinjam suara

Melanjutkan perbualan pada petang itu, Diana berkata, filem animasi yang meminjam suaranya, SuperSquad merupakan sebuah projek yang belum pernah dicubanya sebelum ini.

Katanya, selain pertama kali menjadi pelakon suara, dia turut mempelajari beberapa perkara baharu sepanjang proses pembikinan filem animasi tersebut.

"Filem animasi terbitan Netcarbon Sdn. Bhd. ini mula dibikin pada tahun 2011.

"Pada waktu itu, proses memasukkan suara (dubbing) dilakukan terlebih dahulu sebelum proses melukis watak-watak animasi.

"Ia merupakan perkara yang baharu buat saya dan para pelakon yang lain.

"Sebelum ini, kita akan berlakon terlebih dahulu sebelum menjalani proses memasukkan suara.

"Namun, untuk filem SuperSquad, kami perlu merakamkan suara terlebih dahulu bagi memudahkan pelukis animasi mencipta watak berdasarkan dialog yang dilontarkan," kata Diana yang meminjamkan suara untuk watak Elly.

Walaupun industri perfileman negara ketika ini masih tidak serancak dahulu, namun Diana yakin bahawa filem ini mampu menarik perhatian penonton, terutamanya daripada golongan kanak-kanak.

"Sebelum dibikin untuk tayangan di pawagam, SuperSquad terlebih dahulu telah diterbitkan dalam bentuk siri yang disiarkan di televisyen berjudul Supertots.

"Justeru, dengan adanya kehadiran suara-suara pelakon popular seperti Aaron Aziz, Radhi Khalid dan Dafi serta ditambah dengan penonton yang sedia ada, filem ini mampu untuk berdiri dengan sendirinya," ujar Diana positif.

Filem arahan Mohd. Rashdan Ramlee yang menelan belanja sebanyak RM6 juta ini dijangka menemui penonton pada 5 Jun depan.

Impian Britney untuk kahwin di Graceland

Posted:

Impian Britney untuk kahwin di Graceland

Impian Britney untuk kahwin di Graceland


BRITNEY (kiri) dan kekasihnya, David bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang meriah.


JIKA sudah bergelar penyanyi ternama, apa sahaja yang diinginkan pasti mampu menjadi kenyataan. Portal hiburan RadarOnline melaporkan, penyanyi pop sensasi, Britney Spears, 33, dikatakan mahu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasihnya, David Lucado di Graceland, sebuah hartanah mewah milik Elvis Presly.

"Britney merancang sebuah majlis perkahwinan yang mewah kerana dia mahukan perhatian daripada orang ramai, sama seperti apa yang dia lakukan sebelum ini.

"Sebab itu dia mahu bertemu dengan Lisa Marie Presley, iaitu anak perempuan Elvis bagi membincangkan tentang impiannya itu," kata sumber kepada portal berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, selain mahukan perhatian daripada pihak media, tempat itu juga dipilih kerana boleh menempatkan saudara-mara penyanyi itu yang kebanyakannya berasal dari kawasan berdekatan.

"Mengikat tali perkahwinan dalam sebuah majlis bertemakan selatan Inggeris di rumah mendiang Elvis pasti membuatkan banyak pihak bercakap mengenainya. Pasti syarikat-syarikat penerbitan berebut-rebut mahu menjadikan cerita perkahwinannya sebagai cerita muka depan.

"Selain berdiri cantik, Graceland yang kini dijadikan salah satu lokasi tarikan pelancong juga cukup luas untuk menampung kehadiran sanak saudara- nya yang bakal memeriahkan majlis tersebut," ujar sumber itu lagi.

Sumber itu menambah, jika Lisa Marie memberikan persetujuan, Britney akan mula merancang majlis perkahwinannya secepat mungkin.

Jamal Abdillah letak sempadan

Posted:

Jamal Abdillah letak sempadan

Jamal Abdillah letak sempadan

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

PENYANYI berusia 54 tahun ini mengaku menjaga nilai eksklusifnya bagi kekal relevan dalam industri.


PENYANYI terkenal Datuk Jamal Abdillah, 54, mengaku dirinya cukup menjaga nilai eksklusif untuk terus kekal popular dan relevan sehingga hari ini.

Selain kurang muncul di tempat awam, Jamal juga tidak terlalu ghairah untuk memuat naik sebarang status mahupun gambar dalam akaun laman sosialnya.

Bukan buta IT mahupun teknologi tetapi tegas pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Ali itu, dia harus meletakkan sempadan antaranya dan peminat, tidak seperti artis sekarang yang dilihat terlalu mudah untuk didekati.

Kata bapa kepada Osama Yamani, 12, dan Ahmad Zaki Yamani, 8, itu, keghairahan artis untuk terlalu dekat dengan peminat membuatkan nilai eksklusif artis tersebut jatuh.

Selain itu, Jamal juga menegur ramai penyanyi muda hari ini tidak ikhlas untuk menjadi penyanyi seperti penyanyi yang lahir pada zamannya.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Jamal yang ditemui pada majlis sidang akhbar Minggu Setiausaha Antarabangsa bersama Datuk Jamal Abdillah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Kosmo!: Mengapakah Jamal meletakkan sempadan dengan peminat?

JAMAL: Saya letak sempadan untuk kekal popular dan sentiasa relevan dengan pasaran walaupun saya sudah berusia. Bukanlah saya sombong dengan peminat tetapi bagi saya sempadan itu perlu apabila kita tinggal di dunia tanpa sempadan, sekarang menerusi telefon pun semuanya boleh dilihat.

Maknanya Jamal menolak kewujudan laman sosial?

Bukanlah menolak sebab saya sendiri pun ada akaun laman sosial cuma diuruskan oleh orang yang saya percayai. Laman sosial bagus untuk saya mempromosikan persembahan dan peminat mengetahui perkembangan saya.

Namun, jika artis buat silap, laman sosial itu akan memakan diri apabila menjadi medan orang ramai mengutuk artis itu. Jika sudah bersedia dengan segala kemungkinan bolehlah tetapi saya tidak mahu ambil risiko.

Bagaimanapun, saya percaya kalau peminat jarang bertemu artis pujaannya, mereka lebih teruja apabila berjumpa atau menonton persembahannya.


JAMAL bakal beraksi bersama pelawak terkenal, Dee di PWTC pada 22 April depan.


Adakah itu rahsia Jamal popular sehingga kini?

Ya, kerana sudah lama saya amalkan. Sebagai penyanyi lama, saya harus menjaga nilai eksklusif. Saya jarang keluar rumah jika tiada persembahan, jarang mengambil persembahan yang boleh ditonton secara percuma, jarang muncul dalam program televisyen dan juga jarang memuat naik status atau gambar di laman sosial. Apabila peminat tidak dapat berinteraksi atau menonton persembahan saya di tempat lain secara percuma, mereka tidak ralat membayar untuk menyaksikan persembahan saya. Alhamdulillah, tawaran persembahan pentas tidak pernah putus.

Mengapakah Jamal mengatakan penyanyi sekarang tidak ikhlas apabila menyanyi?

Disebabkan terlalu banyak program realiti nyanyian sejak kebelakangan ini, ramai penyanyi realiti yang muncul. Ada yang benar-benar bagus tetapi ramai yang menyanyi tidak ikhlas. Apabila muncul di atas pentas mereka menyanyi untuk kamera, juri dan penonton bukannya untuk diri mereka sendiri. Jika menyanyi dengan ikhlas untuk diri sendiri secara tidak langsung cara nyanyian itu akan menyentuh perasaan semua yang mendengar.

Apakah nasihat Jamal untuk penyanyi baharu?

Jangan buat kerja sambil lewa dan selalu buat kajian sebelum persembahan. Apabila menyanyi tidak kiralah di mana sahaja, menyanyilah dengan ikhlas dan penuh perasaan. Harus diingat kita mungkin akan dipanggil menyanyi oleh salah seorang penonton yang sedang menonton persembahan kita. Jadi, menyanyi dengan bersungguh bukan semata-mata untuk wang sahaja.

Khabarnya Jamal sangat sibuk pada bulan April sempena Minggu Setiausaha?

Alhamdulillah, saya mempunyai tiga persembahan untuk Minggu Setiausaha dan satu persembahan Hari Ibu. Setiap persembahan saya adalah berbeza. Di Kuala Lumpur, saya akan adakan persembahan Minggu Setiausaha bersama Dee di Dewan Merdeka, PWTC pada 22 April depan.

Meja dijual antara RM2,000 sehingga RM5,000 ke atas. Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2614 6701 atau layari laman web www.pwtc.com.my.

Bagaimana pula dengan kehidupan peribadi?

Kehidupan saya seperti biasa, masih selesa dengan status duda selama 10 tahun. Sebelum ini gosip yang mengaitkan saya dengan Nas Adila itu tidak betul kerana dia terlalu muda untuk saya. Jika ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi, saya terima tetapi buat masa sekarang biarlah saya sibuk dengan kerja dan anak-anak.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved