Kosmo Online |
- Tiga sekeluarga maut, tiga lagi cedera nahas di Bandar Baharu
- MH370: Dua pesawat IAF lakukan usaha mencari selama 10 jam di Lautan Hindi
- MH370: Fokus di Koridor Selatan tidak jejas operasi Koridor Utara - Hishammuddin
Tiga sekeluarga maut, tiga lagi cedera nahas di Bandar Baharu Posted: Tiga sekeluarga maut, tiga lagi cedera nahas di Bandar Baharu24/03/2014 9:50pm BANDAR BAHARU - Tiga sekeluarga maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 170, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran sempadan Bandar Baharu-Nibong Tebal di sini hari ini. Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa yang maut ialah Teoh Yee Wei, 36, dari Simpang Empat, Alor Setar dan anak sulungnya, Heng Dy Hong, 5, (lelaki) dan anak bongsu, Heng Yin Rue, 1 (perempuan). Dua mangsa yang cedera parah ialah suami Yee Wei, Heng Cheng Hang, 36, serta seorang pembantu rumah warga Filipina dikenali sebagai Pachuya, 25. Seorang lagi anak mereka, Heng Xin Ler, 2, (perempuan) cedera ringan. Pemangku Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Asisten Superintendan Azmi Abu Bakar berkata, nahas dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandu Cheng Hang cuba memotong sebuah lori membawa makanan ternakan yang bergerak perlahan. Beliau berkata, MPV tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh bahagian belakang lori berkenaan. - Bernama |
MH370: Dua pesawat IAF lakukan usaha mencari selama 10 jam di Lautan Hindi Posted: MH370: Dua pesawat IAF lakukan usaha mencari selama 10 jam di Lautan Hindi24/03/2014 8:29pm KUALA LUMPUR - Walaupun berdepan dengan cuaca buruk apabila Taufan Gillian membadai kawasan selatan Lautan Hindi, dua pesawat Tentera Udara India (IAF) yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, terbang selama 10 jam dalam menunaikan misi masing-masing pada Ahad. Kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur berkata, pesawat berkenaan ialah P8-I Poseidon dan C-130J Super Hercules. "Anak kapal dengan cekap mengelak taufan itu untuk sampai ke kawasan mencari yang ditetapkan, tanpa membahayakan keselamatan pesawat peninjau maritim jarak jauh itu. "Radar yang digunakan juga dapat mengimbas permukaan laut untuk mengesan sebarang objek logam, di samping pengimbasan visual yang dilakukan anak kapal," katanya. Kenyataan itu menjelaskan dua pesawat berkenaan, yang tiba di Malaysia pada 21 Mac, dilengkapi radar yang boleh memaklumkan kepada anak kapal tentang keadaan cuaca. - Bernama |
MH370: Fokus di Koridor Selatan tidak jejas operasi Koridor Utara - Hishammuddin Posted: MH370: Fokus di Koridor Selatan tidak jejas operasi Koridor Utara - Hishammuddin24/03/2014 7:08pm KUALA LUMPUR - Pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac kini bertumpu di Koridor Selatan setelah satelit beberapa negara mengesan objek-objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat itu di kawasan berkenaan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam masa sama usaha pencarian di Koridor Utara tetap dilaksana, cuma pada skala lebih kecil. "Tumpuan kita tetap menjurus kepada dua koridor tapi dengan 'lead' dan maklumat terbaharu daripada Perancis, China dan Australia sudah tentu banyak aset kita ditumpukan di koridor selatan. "Kalau itu dapat disahkan, maka kita tidak teragak-agak untuk bawa semua aset kita dan (aset) negara-negara yang membantu kita ke Koridor Selatan. Selagi pengesahan tidak berlaku, itu tak adil kepada keluarga penumpang-penumpang untuk kita hanya tumpukan kepada Koridor Selatan," katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan misi mencari dan menyelamat MH370 di sini, hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan