Rabu, 3 April 2013

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tunku Mahkota Johor letak jawatan sebagai Presiden PBNJ

Posted:

Tunku Mahkota Johor letak jawatan sebagai Presiden PBNJ

Tunku Mahkota Johor letak jawatan sebagai Presiden PBNJ

03/04/2013 8:34pm

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengesahkan perletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Dalam kenyataannya kepada media, baginda antara lain bertitah: "Saya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Makhkota Johor, dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah membuat keputusan dan mendapat titah perkenan dari DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Darul Ta'zim, dan juga hasil daripada perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negei Johor, dengan ini, saya meletakkan jawatan saya sebagai Presiden dalam Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

"Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya "memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM." - KOSMO!

Najib, menteri kabinet kayuh basikal sekitar Putrajaya

Posted:

Najib, menteri kabinet kayuh basikal sekitar Putrajaya

Najib, menteri kabinet kayuh basikal sekitar Putrajaya

03/04/2013 8:24pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai kira-kira 10,000 peserta dalam Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini, yang menjadi program pertama beliau melibatkan khalayak ramai selepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat hari ini.

Ia juga berlangsung pada hari genap empat tahun Najib menjadi perdana menteri keenam Malaysia.

Najib yang mengetuai konvoi bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet mengayuh basikal sejauh 12 kilometer dalam acara bermula 5.20 petang itu.

Turut serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Cetusan idea Najib sendiri, program kayuhan itu bermula di depan Kementerian Kewangan dan berakhir di depan Istana Kehakiman. - BERNAMA

Kedai perabot kerugian hampir RM1 juta hangus dijilat api

Posted:

Kedai perabot kerugian hampir RM1 juta hangus dijilat api

Kedai perabot kerugian hampir RM1 juta hangus dijilat api

03/04/2013 7:26pm

KOTA BHARU - Sebuah kedai perabot di Kampung Kok Lanas di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta apabila hangus dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata, pihak bomba yang mendapat panggilan daripada penduduk setempat pada 5.13 pagi tadi, mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan kebakaran itu.

Pihak bomba dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran termasuk ke stesen minyak

Beliau berkata, lima jentera bersama 20 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Kota Bharu dan Darul Naim terlibat dalam memadamkan kebakaran tersebut.

Wan Ngah berkata, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Aqasha buka syarikat produksi

Posted:

Aqasha buka syarikat produksi

Aqasha buka syarikat produksi

AQASHA mengakui dia kini lebih selektif memilih watak yang ditawarkan demi menjaga hati isterinya.


ADA khabar terbaharu tentang aktor kacak pemilik nama Firdee Akassya Rosli atau lebih popular dengan panggilan Aqasha. Dia kini sedang sibuk dengan syarikat produksi filem, Camwerk Studios.

Diam tidak diam, kata Aqasha, sudah mencecah usia setahun perniagaan produksi Camwerk Studios yang diusahakan bersama Sein dan Zain (anggota kumpulan Ruffedge) sejak bulan Mac tahun lalu.

"Selama 13 tahun dalam industri berada di depan kamera, mungkin sekarang sudah sampai masa untuk saya mencari aspek lain dalam industri perfileman atau televisyen.

"Syarikat kami menyediakan khidmat produksi filem, televisyen, dokumentari dan video korporat pada mulanya dan kini semakin berkembang untuk menyediakan kemudahan pascaproduksi," katanya.

Aqasha ditemui pada majlis pelancaran filem Langgar di Restoran Carney Vino, Radius International Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini yang hadir memberikan sokongan terhadap sahabat baiknya, Sein selaku pengarah produksi tersebut.

Dalam pada itu, Aqasha, 32, memberitahu, syarikatnya akan terlibat dengan pembikinan sebuah filem selepas Hari Raya Aidilfitri sekitar bulan Ogos nanti.

Filem genre aksi itu juga merupakan arahan Sein (Syed Hussein) dan Aqasha juga akan menjadi sebahagian daripada pelakon utama.

Profesional dengan Umie

Ditanya perkembangan terkini selain sibuk menguruskan perniagaan yang diasaskan dengan kos ratusan ribu ringgit itu, jawab Aqasha, dia usai menjalani penggambaran telefilem arahan Erma Fatima berjudul, Aku Tahu.

Menerusi telefilem itu, Aqasha akan bergandingan dengan Erra Fazira dan pelakon yang pernah dikaitkan bersama sekitar penghujung tahun 1990-an, Datin Paduka Umie Aida.

"Berlakon bersama nama-nama besar dalam industri adalah penghargaan besar buat saya dan penggambaran berjalan lancar.

"Saya melakonkan watak lelaki simpanan Umie dan tiada masalah untuk melakonkan watak itu kerana masing-masing meletakkan profesionalisme dalam bekerja. Senang untuk saya bekerja dengan dia kembali," ujarnya selepas kali terakhir berlakon bersama Umie menerusi drama Haryati 10 tahun lalu.

Aqasha dalam pada itu meluahkan keterujaan menimang cahaya mata keduanya lima bulan lalu. Katanya, bayi perempuan yang diberi nama Alaena Ayesha melengkapkan keluarganya.

"Alhamdulillah, Allah memberikan kesenangan kepada kami sekeluarga dan rezeki yang tidak pernah putus. Saya bahagia bersama keluarga yang kini semakin bertambah besar," kata bapa kepada Alehandra Ahmad yang kini berusia dua tahun.


AQASHA dan Umie Aida dalam dua babak filem, Embun lakonan mereka.


Hormat isteri

Mengakui kini lebih selektif memilih watak dalam drama mahupun filem, kata Aqasha, dia perlu menghormati perasaan isterinya yang barangkali cemburu melihat dia bermesra dengan aktres lain.

"Dia sedia maklum dan faham tuntutan kerja saya dan saya mahu menjadi seorang suami yang bertimbang rasa. Maka, saya perlu memilih karakter yang sesuai dengan saya.

"Saya rasa watak-watak romantik sudah boleh dilepaskan kepada pelapis baharu dalam industri kita yang tidak kurang bakatnya dan saya sudah sedia untuk memikul watak yang lebih matang.

"Saya akan kurangkan menerima tawaran watak romantik lagi kerana menghormati isteri saya. Bukan tolak terus tapi perlu dibincangkan dengan lebih teliti sejauh mana romantik itu.

"Dia tidak pernah cakap apa-apa tapi saya takut dia simpan dalam dan memendam perasaan. Bimbang sampai masa nanti meletup!" katanya yang kali terakhir melakonkan watak romantik menerusi drama Dejavu Di Kinabalu bersama Tiz Zaqyah tahun lalu.

Edry tepis tohmahan suntik hidung

Posted:

Edry tepis tohmahan suntik hidung

Edry tepis tohmahan suntik hidung

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

EDRY ada cara tersendiri untuk kelihatan muda.


JIKA dilihat dari segi penampilannya, Edry Abdul Halim masih berjaya mengekalkan ketampanannya biar umur kini sudah mencecah 37 tahun. Meraih populariti bersama KRU pada usia remajanya, Edry kini merupakan anggota kumpulan Mojo.

Edry pernah mengulas tentang pertanyaan media sebelum ini tentang wajahnya yang kelihatan cengkung dan kurus. Dia memberi alasan bahawa perubahan wajahnya itu berlaku seiring pertambahan usia.

Bagaimanapun, sebelum ini timbul desas-desus di internet yang mendakwa Edry melakukan sesuatu pada wajahnya terutama membabitkan bahagian hidung.

Bertemu dengan bapa kepada empat orang cahaya mata ketika sesi ramah mesra bersama media Liga Juara Hot FM - 100 Plus di Restoran Fullhouse Kuala Lumpur semalam, Kosmo! mendapatkan kenyataan balas daripada Edry berhubung perkara itu.

Kosmo!: Timbul spekulasi Edry telah mencucuk hidung untuk kekal kelihatan muda. Adakah perkara tersebut benar?

EDRY: Jelas sekali kenyataan itu tidak benar dan saya tidak pernah dan tidak terfikir untuk melakukannya (suntikan hidung). Saya tidak akan melayan tuduhan tidak berasas seperti ini.

Bagaimanakah Edry melihat dakwaan sebegini dan adakah ia mencalar maruah Edry sebagai seorang individu terkenal dalam industri?

Orang ramai boleh menilai saya dan siapa saya pada hari ini. Saya tidak merasakan ada perbezaan jika timbul tuduhan sebegini dan tiada apa yang perlu saya sembunyikan. Kalau saya tidak melakukannya, tiada apa yang perlu saya cakapkan. Malah, jika saya melakukan suntikan pada wajah pun tiada apa yang nak dimalukan.

Mungkinkah Edry mempunyai alasan lain yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan tersebut?

Corak kehidupan saya berbeza setiap hari dan saya melakukan senaman untuk kekal cergas, sihat dan nampak muda.

Edry akan terbabit sama dalam Liga Juara Hot FM - 100 Plus sepanjang bulan April ini. Apakah peranan Edry sebagai selebriti sempena acara tersebut?

Saya akan turun padang untuk berlawan futsal bersama penyampai radio Hot FM, bintang bola sepak tanah air dan peminat di tiga buah lokasi iaitu Kuala Terengganu, Kota Bahru dan Shah Alam. Langkah ini saya rasakan terbaik untuk saya berinteraksi dengan peminat dan perasaan sangat teruja. Lagipun, sepanjang dua dekad KRU dalam industri, rasanya baru tiga kali kami berpeluang ke sana.

Filem 29 Februari kurang mendapat sambutan dalam kalangan penonton tempatan. Adakah Edry berputus asa untuk mencuba formula yang sama untuk filem akan datang?

KRU Studios mempunyai banyak filem dalam tangan untuk ditayangkan antaranya Vikingdom, Ular, Malaysia Masuk World Cup dan Hantu Tok Mudim dan kesemuanya berbeza dari segi genre dan jalan cerita.

Sudah pasti kita mahu ke depan dan menjadi lebih baik tapi adakalanya kita perlu toleh ke belakang dan perlu mengikut rentak pasaran semasa.

Mungkin saya telah menghasilkan filem yang bukan penonton mahu tengok tapi saya tidak berminat untuk menghasilkan filem ringan untuk menjaga maruah dan label syarikat yang telah dibina.

Saya masih menunggu masa yang sesuai untuk filem-filem itu ditayangkan dan sesuai dengan tahap intelektual serta apresiasi penonton.

Penilaian ketat Raja Lawak 7

Posted:

Penilaian ketat Raja Lawak 7

Penilaian ketat Raja Lawak 7

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


BARISAN peserta yang bakal bersaing dalam gelanggang Raja Lawak 7.


SERAMAI 11 peserta berkumpulan dan tiga peserta solo berjaya memasuki program realiti popular Astro, Raja Lawak untuk musim ketujuh.

Sebelas peserta berkumpulan yang bertanding adalah Bora, Kintan, Pahat, Gamat, Taras, Okay, Sakan, Wala, Tuah, Xtra dan Ganu serta tiga peserta solo iaitu Ali, Emy dan Boy.

Menariknya, Raja Lawak musim terbaharu itu juga buat pertama kalinya membuka penyertaan kepada warga Singapura untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Dua peserta dari Singapura yang berjaya menyertai Raja Lawak 7 ialah kumpulan Bora dan Ali.

Ali atau nama sebenarnya Muhammad Ali Abdul Manab dilihat bakal memberi saingan hebat kepada peserta-peserta lain berikutan kepandaiannya meniru gaya ramai artis terkenal termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sharifah Aini.

Raja Lawak 7 bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 12 April ini menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Menurut Ketua Kumpulan Premium Astro, Nizam Sani, pemilihan peserta pada musim ini adalah lebih ketat kerana mereka perlu menjalani bootcamp untuk dinilai sebelum layak beraksi di gelanggang sebenar.

Jelasnya, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan peserta yang dipilih berkualiti tinggi sekali gus ia dapat mengekalkan standard dan kandungan yang disampaikan mengikut peredaran industri semasa.

"Adalah menjadi hasrat kami untuk membuka mata orang ramai bahawa komedi merupakan satu industri yang serius dan berada di aras tinggi.

"Sempena slogan yang kami perkenalkan tahun ini iaitu Takkan Lawak Hilang Di Dunia, ia juga menggambarkan komitmen kami dalam menyampaikan kandungan program yang lebih segar dan berkualiti," jelasnya ketika ditemui di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas mengenai barisan juri untuk Raja Lawak musim terbaharu itu, kata Nizam, sesuai dengan temanya, barisan juri juga akan membariskan pelawak-pelawak legenda yang akan menjadi pengkritik.

Bagaimanapun, barisan juri hanya akan didedahkan pada minggu pembukaan program itu untuk memberikan elemen kejutan buat penonton.

"Barisan juri bukan sahaja bertindak sebagai pengkritik tetapi juga melatih para peserta untuk menjadi pelawak yang berkaliber," ujarnya.

KUMPULAN Bora dari Singapura dijangka memberikan saingan hebat.


Masih relevan

Ditebak soalan adakah program Raja Lawak masih relevan diadakan, ulas Nizam, program realiti itu masih lagi diterbitkan berikutan ia mendapat permintaan yang tinggi daripada penonton.

Malah, Raja Lawak berjaya mencapai rating yang memberangsangkan sepanjang enam musim lalu.

"Pihak kami membuat kajian penonton tentang Raja Lawak dan mereka mahu program ini dikekalkan. Peningkatan peserta menghadiri uji bakat yang diadakan setiap tahun juga mencatat angka membanggakan selain jumlah undi yang diterima kami adalah konsisten.

"Untuk tahun ini, lima buah negeri yang kami pergi untuk sesi uji bakat mendapat sambutan hangat daripada peserta apabila hampir 400 orang menghadirkan diri di setiap lokasi," ujarnya lagi.

Raja Lawak musim terbaharu itu masih mengekalkan format terdahulu yang mana sistem pemarkahan para peserta ditentukan sepenuhnya kepada undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas.

Musim terbaharu itu juga masih mengekalkan Johan dan Zizan sebagai pengacara.

Juara program Raja Lawak bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM30,000.

Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 2 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dijual RM3,119 bagi 450 gram

Posted:

Dijual RM3,119 bagi 450 gram

Dijual RM3,119 bagi 450 gram

GADING mempunyai nilai pasaran gelap yang tinggi walaupun hanya dijadikan perhiasan semata-mata.


SEIRING perkembangan teknologi maklumat, syarikat pemborong dan pengimport, Tujuh Luk Enterprise (Tujuh Luk) yang beribu pejabat di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor turut menggunakan laman web sebagai medium pemasaran berbanding kaedah konvensional.

Cuma, barangan dagangan syarikat itu terdiri daripada benda-benda yang dinilai sebagai mistik oleh sesetengah pihak seperti keris, cincin, batu geliga dan koleksi jenglot.

Menurut pengarah urusannya, Mohd. Hilmi Hussin, konsep perniagaan Tujuk Luk adalah untuk koleksi dan kegemaran lelaki. Selain barang bersifat eksentrik, banyak lagi perhiasan untuk kaum Adam boleh didapati di laman web, www.tujuhluk.com.my.

Antara barang lain yang pernah dijual ialah kristal air mani gajah dan cincin bertatah gading gajah yang dipercayai mempunyai khasiat daripada sudut perubatan dan boleh membaiki hubungan serta bersifat spiritual.

"Ia dapat meningkatkan aura selain bergantung kepada niat pemakainya," terang Hazli Abd. Hamid, 36, penasihat perubatan kepada Tujuh Luk ketika ditemui di Sepang, Selangor.

Sifat penyayang

Kristal air mani gajah yang dijadikan minyak dipercayai dapat membaiki wasilah antara dua individu dengan menundukkan orang yang dicalit.

Kepercayaan itu berasal daripada sifat gajah yang penyayang terhadap anaknya dan ia diperoleh daripada air mani yang tercicir di permukaan tanah seterusnya mengalami penghabluran ketika mamalia itu mengawan.

Kristal air mani gajah mempunyai empat gred yang diukur mengikut tahap ketumpatan. Harga gred A mampu mencecah lebih RM30,000 setiap gram.

Bagi individu yang sering berasa gentar atau rendah diri, cincin bertatah gading gajah pula dipercayai mampu menaikkan semangat pemakai.

Aura dan tenaga yang didapati sama fungsinya semasa gading digunakan gajah untuk berlawan serta memberi rupa yang garang terhadap mamalia daratan terbesar itu.

"Pemakaian cincin dan mani ini hanya sebagai medium dalam mencapai kehendak seperti seseorang itu harus menaiki kenderaan untuk ke destinasi yang dihajati.

"Jadi, pengguna harus membetulkan dulu iktikad dan akidah serta tidak meletakkan 100 peratus kepercayaan terhadap sesuatu benda," kata Hazli memberi nasihat.


BANGKAI gajah tidak bergading ini ditemui di Indonesia.


Ujar lelaki yang mendapat pendidikan di Mesir itu, pemakaian objek sebegitu merangkumi beberapa jurus ilmu seperti alam semula jadi, sains dan budaya.

Keaslian gading gajah boleh ditentukan dengan meneliti permukaan gading yang mempunyai corak, tidak licin dan apabila dibakar, ia mengeluarkan aroma yang tersendiri tidak seperti bau plastik terbakar, ujar Hazli.

Pada 11 Disember lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor telah berjaya menumpaskan cubaan satu sindiket menyeludup 6,034 kilogram gading gajah di Pelabuhan Klang, Selangor.

Hasil pemeriksaan ke atas dua buah kontena oleh pihak berkuasa mendapati, sebanyak 2,341 batang gading gajah disorok dalam 10 bekas khas dalam bentuk komposisi susunan kayu.

Menurut Pengarah Kastam Negeri, Datuk Azis Yacub, sebanyak empat rampasan telah dibuat sejak September 2011 di Pelabuhan Klang diikuti 13 Disember 2011 dan 6 Januari 2012 dan terbaru, Disember lalu.

"Taktik penyeludupan ialah dengan membuat ikrar tidak benar dan pergerakannya berhenti di beberapa destinasi untuk memunggah barang ke kapal yang lain atau berpatah balik ke lokasi asal.

"Usaha ini bagi mengelirukan pihak berkuasa. Daripada ketiga-tiga kes, taktik yang digunakan lebih kurang sama," kata beliau ketika ditemui di Wisma Kastam Selangor, Pulau Indah, Selangor.

Antara contoh barang yang diikrar ialah kraftangan, jubin lantai mahagoni, plastik atau tikar anyam nilon poliester. Kes terbaharu, diikrar sebagai jubin kayu lantai Acajou (mahagoni) sebanyak 1,322 buah.

Hasil maklumat Cawangan Risikan JKDM, kapal yang diberi nama Marivia berasal dari Togo itu telah ke Pelabuhan Algeciras, Sepanyol untuk dipunggah ke kapal CMA CGM Titus sebelum ke Pelabuhan Klang, Malaysia.

Kapal tersebut sampai di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada 7 Disember 2012 dan dipunggah di sebuah gudang di Zon Bebas Pelabuhan Klang. Ia dijangka diubah sebelum dihantar ke destinasi terakhir.

Berdasarkan data yang didapati daripada Traffic Southeast Asia (Traffic), terdapat enam rampasan gading gajah telah dibuat sejak September 2011 di Malaysia. Empat rampasan di Pelabuhan Klang, Selangor, masing-masing satu di Johor dan Pulau Pinang.

Sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka bagi rampasan di Pelabuhan Klang, manakala kes pada September 2011 telah selesai dan barang rampasan telah diserahkan kepada pihak bertanggungjawab mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Transit pembungkusan

Konvensyen Perdagangan Spesies Terancam Antarabangsa (CITES) menyenaraikan gajah Asia dalam Apendiks Satu pada tahun 1975 diikuti gajah Afrika pada Januari 1990.

Tegas Azis, CITES Apendiks Satu menjadi larangan mutlak untuk diperdagang di negara-negara yang menandatangani konvensyen tersebut menggantikan undang-undang lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 untuk ikrar tidak benar dan Apendiks Satu, CITES. Jika didapati bersalah, denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pelabuhan Klang menjadi transit atau persinggahan untuk pembungkusan semula barang-barang penyeludupan atau bertukar kapal pengangkutan dari negara asal ke destinasi akhir.

Kosmo! pada 5 Januari lalu melaporkan, satu rampasan gading gajah bernilai RM4.26 juta dari Kenya telah dibuat oleh pihak berkuasa Hong Kong, kontena tersebut melalui Malaysia sebelum sampai ke pulau tersebut.

Pada pandangan Traffic, Zon Bebas merupakan masalah paling ketara bagi penyeludupan, namun mengakui amat mustahil untuk pihak berkuasa memeriksa trafik setiap kontena yang keluar dan masuk.

JKDM Selangor yang baru menerima Anugerah Negeri Berprestasi Tinggi Tahun 2012 mempunyai seramai 1,239 kakitangan yang bertugas di Pelabuhan Utara, Barat dan Selatan, Selangor dengan keadaan trafik antara 6,000 hingga 8,000 TEU sehari.

TEU merupakan unit bagi kontena iaitu bersamaan setiap 20 kaki (6.1 meter) persegi. Saiz kontena paling kecil.

Berdasarkan siasatan, destinasi seterusnya bagi kontena yang dirampas pada Disember 2012 akan ke Terminal Pasir Panjang, Singapura, Terminal Kontena Mawan, Chiwan, China dan lokasi terakhir, Xiamen, Xinheida, China.

Kata pegawai kanan program Traffic, Kanitha Krishnasamy, 32, tiada rampasan dilakukan oleh Malaysia sejak tahun 2009, namun ada rampasan dilakukan di Laos, Hong Kong dan Vietnam.

"Sekurang-kurangnya 10 rampasan di luar negara telah melalui Malaysia terlebih dulu," kata Kanitha ketika ditemui di Petaling Jaya.

Gading gajah mendapat permintaan di China dengan perdagangan domestik dibenarkan, tetapi terkawal iaitu simpanan stok yang didapati sebelum prakonvensyen CITES boleh dijual dengan permit.


PIHAK berkuasa Hong Kong merampas gading dan ia telah melalui Malaysia sebelum sampai ke negara itu.


Thailand juga membenarkan perdagangan dalam negara dengan menggunakan sumber domestik.

Terang Kanitha, gading gajah dijadikan sebagai perhiasan sama ada diukir atau dalam bentuk asal dan rampasan yang berlaku menunjukkan terdapat permintaan serta penyeludupan.

Penyeludupan gading gajah disifatkan oleh Kanitha sebagai masalah antarabangsa dan melibatkan sindiket serta pekerja berbilang negara.

Dia memberi contoh, satu rampasan sumbu badak di lapangan terbang antarabangsa Thailand untuk diseludup ke Vietnam, sindiketnya dari Laos dan individu yang bekerja pula warganegara Malaysia.

Di benua Afrika pula, terdapat musim memburu yang dipanggil pemburuan trofi yang membolehkan para pemburu memburu seekor gajah dan membawa pulang tengkorak.

"Pemburu yang berjaya perlu bergambar dengan bangkai haiwan dan dibiarkan. Pihak berkuasa perlu menguruskan bangkai tersebut dan kemudian rangka dihantar kepada pemilik lesen," terang Kanitha.

Lesen pemburuan trofi itu kerap disalah guna oleh pemburu haram. Misalnya, lesen memburu didaftar dengan nama wanita-wanita penghibur dari China bagi mendapatkan gading yang banyak.

Revolusi industri percetakan 3D

Posted:

Revolusi industri percetakan 3D

Revolusi industri percetakan 3D


MATERIALISE menjadi perintis kepada teknologi pencetak 3D.


PERCETAKAN tiga dimensi (3D) telah banyak mengubah senario pembuatan produk khusus contohnya alat-alat perubatan. Bagaimanapun, revolusi sebenar terjadi apabila pereka mula berfikir mengenai bentuk dan objek tersebut.

Jika teknik konvensional mengehadkan imaginasi pereka, percetakan 3D pula membolehkan setiap rekaan melangkaui gambaran biasa.

"Untuk mula menggunakan teknologi percetakan 3D, para pereka dan jurutera harus membayangkan rupa dan reka produk terbaharu.

"Dengan teknologi percetakan 3D tiada lagi batasan terhadap kompleksiti geometri," ujar Terry Wohlers seorang penganalisis bebas mengenai teknologi itu.

Syarikat perintis teknologi berkenaan, Materialise yang berasal dari Belgium, sebagai contoh pernah mempamerkan kerusi mudah alih dicetak secara terus di atas plastik dengan menggunakan engsel yang saling berkaitan.

"Teknologi ini bukan sahaja lebih mudah tetapi kosnya lebih murah berbanding teknik konvensional," ujar Wohlers.

Selama hampir 25 tahun proses 3D digunakan untuk membina prototaip, namun sekarang ia sudah diaplikasikan dalam pengeluaran tetap.

Syarikat seperti General Electric Co merancang untuk membina bahagian sebuah kapal terbang jenis ringan, manakala doktor gigi membentuk penyalut gigi hanya dalam tempoh sejam berbanding dua minggu sebelum ini.

Mesin pencetak 3D juga kini sedang diuji untuk membina rumah di bulan menggunakan tanah dari situ.

Para saintis juga berharap dapat membina organ manusia selepas pengkaji berjaya menghasilkan tisu menggunakan sel stem manusia.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut mengetengahkan teknologi tersebut sebagai salah satu cabang kerjaya yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Materialise, Wilfried Vancraen yang diiktiraf sebagai individu paling berpengaruh dalam pencetakan 3D oleh majalah TCT, bagaimanapun berpendapat proses menggantikan teknologi berkenaan dalam pasaran massa agak lambat dan mahal.

"Percetakan 3D tidak sesuai untuk membuat kebanyakan produk yang kita gunakan setiap hari. Anda tidak boleh mencetak biola begitu juga dengan iPad," ujarnya.


VANCRAEN bersama kerusi rehat yang dibuat menggunakan teknologi pencetakan 3D.


Pereka robot

Apa yang mampu dilakukan adalah menggabungkan komputer dalam proses rekaan supaya dapat meningkatkan rekaan tersebut.

"Rekaan itu akan kelihatan organik dan sangat berbeza daripada bentuk yang biasa dilihat," ujar Wohlers.

Cabang industri seperti perubatan, perabot dan rekaan pakaian mendapat impak yang besar melalui kaedah itu.

Hampir 90 peratus pembuatan alat pendengaran menggunakan percetakan 3D. Melalui teknologi itu, tahap akustik telah dipertingkatkan semasa dalam proses pembuatan.

Syarikat Sonova yang mengeluarkan alat itu telah menggunakan perisian grafik untuk mengubah suai bentuk alat tersebut semasa ia diimbas supaya ia muat dan sesuai ke telinga pengguna selain meningkatkan kualiti akustik.

"Tutup kedua-dua telinga anda dan cuba bercakap. Suara anda akan kedengaran teruk," ujar Naib Presiden Sains dan Teknologi Sonova, Stefan Launer.

"Dengan meletakkan sistem akustik ke alat tersebut, anda dapat mengurangkan efek tersebut. Ia terhasil melalui perisian tersebut yang meningkatkan tahap akustik," ujarnya.

Mesin pencetak 3D terbesar, dikenali sebagai mesin stereolitografi gergasi, mengambil masa selama seminggu untuk mencetak produk yang besar. Di dalamnya, pancaran laser dengan corak rumit disimbahkan ke permukaan cecair resin plastik.

Lapisan demi lapisan, resin itu dipejalkan kepada objek cetakan 3D di bawah cecair tersebut. Pada proses akhir cetakan, objek tersebut akan timbul keluar melalui tolakan daripada takungan cecair.

Mengenai pembinaan di atas permukaan bulan, para pengkaji akan membuat eksperimen dengan menggabungkan tanah bulan bersama magnesium oksida dan garam. Struktur akan dibina mengikut lapisan sepanjang dua meter sejam.

Pencetak 3D komersial pertama telah dipamerkan di Carolina, Amerika Syarikat pada tahun 1988. Mengambil inspirasi daripada pameran itu, Vancraen menubuhkan Materialise dua tahun kemudian.

"Percetakan 3D kini boleh mencampurkan sifat material yang berbeza sama ada keras, lembut atau berbeza kepadatannya," katanya.

Dengan pertambahan pelanggan sehingga 20 hingga 30 peratus setahun, Wohlers menganggarkan keuntungan teknologi itu akan bertambah.

Pada tahun 2011, ia menjana kewangan sehingga RM5.28 bilion dan dijangka menjadi RM11.49 bilion pada tahun 2015.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Digodam kerana tiada sistem keselamatan

Posted:

Digodam kerana tiada sistem keselamatan

Digodam kerana tiada sistem keselamatan

SISTEM kemudahan mudah digodam jika tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.


KOREA Selatan di digemparkan dengan berita pencerobohan sistem komputer di dua bank terbesar dan tiga syarikat televisyen terkemuka di negara itu baru-baru ini.

Komputer-komputer yang terjejas itu ialah milik Bank Shinhan dan NongHyup manakala rangkaian televisyen pula ialah YTN, MBC dan KBS.

Serangan tersebut menyebabkan mesin-mesin pengeluaran dan memasukkan wang lumpuh di seluruh Korea Selatan manakala skrin komputer di stesen-stesen televisyen memaparkan imej tengkorak.

Bagaimanapun, sebahagian komputer mula beroperasi selepas lebih dua jam tergendala.

Dalam pada itu, pakar-pakar komputer menyifatkan serangan siber tersebut dirancang oleh pihak Korea Utara.

Spekulasi itu dibuat kerana kejadian itu berlaku selepas Korea Utara dikenakan sekatan barangan mewah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana melakukan ujian nuklear pada bulan Februari lalu.

Malah, Washington turut meluaskan sekatan bulan lalu dalam usaha melumpuhkan kemampuan rejim itu membangunkan program nuklearnya.

Kedua-dua negara jiran itu saling bermusuhan sejak tamatnya perang Korea pada tahun 1950 hingga 1953. Impak perselisihan itu juga menyebabkan lebih satu juta tentera kedua-dua negara diletakkan di kawasan sempadan.

Sementara itu, Dekan Graduan Sekolah Keselamatan Maklumat Universiti Korea, Lim Jong-in berkata, kejadian tersebut berlaku disebabkan sistem komputer digodam.


KAKITANGAN Korean Broadcasting System (KBS) memeriksa sistem komputeryang tergendala akibat digodam baru-baru ini di Seoul.


"Gangguan serentak itu tidak mungkin disebabkan masalah teknikal," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, pihak polis dan para pegawai Korea Selatan yang menyiasat kes itu menyatakan punca serangan tersebut masih belum jelas.

Sementara itu, Dekan Graduan Sekolah Keselamatan Maklumat Universiti Korea, Lim Jong-in berkata, kejadian tersebut berlaku disebabkan serangan komputer.

"Gangguan serentak itu tidak mungkin disebabkan masalah teknikal," ujarnya.

Sebahagian komputer mula beroperasi selepas lebih dua jam tergendala.

Bagaimanapun, pihak polis dan para pegawai Korea Selatan yang menyiasat kes itu menyatakan punca serangan tersebut masih belum jelas.

Sementara itu, peneraju dalam perkhidmatan dan perisian keselamatan kandungan rangkaian antivirus dan internet, Trend Micro Incorporated (Trend Micro) pula berkata, taktik yang digunakan dalam serangan menyerupai serangan sasaran negara-negara maju.

Penjenayah menggunakan teknik phishing iaitu aktiviti untuk mendapatkan maklumat rahsia pengguna mellaui e-mel atau laman web seakan-akan yang asli atau rasmi.

Ia digunakan untuk menembusi dan berkompromi sistem awal dalam organisasi-organisasi ini.

Begitupun, Trend Micro mampu untuk melindungi pengguna perusahaan mereka di Korea terhadap ancaman tersebut.

Pihaknya berjaya mengesan mesej yang dihantar melalui e-mel kepada dua pelanggannya.

"Kami telah memperoleh beberapa sampel yang dikenali sebagai TROJ_KILLMBR.SM. Kami percaya itulah punca skrin komputer kosong di Korea Selatan kosong," jelasnya.

Bagaimanapun, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut mengenai serangan tersebut.

Hakikatnya, kes yang berlaku di Seoul bukan satu perkara yang baharu kerana kita sering kali digemparkan dengan kes-kes jenayah siber membabitkan penggodam yang menceroboh laman-laman web kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa.


SISTEM komputer di Agensi Berita Televisyen Yonhap (YTN), Seoul tergendala lebih dua jam.


Malangnya, kes sedemikian seakan-akan tiada kesan jangka panjang kepada sesiapa pun, sedangkan syarikat-syarikat besar termasuk masyarakat seharusnya berasa bimbang.

Semua itu bermula dengan pembabitan akaun e-mel peribadi yang sering dilihat sebagai tidak mempunyai nilai.

Malahan, Pusat Bantuan Cyber999 menerima sebanyak 253 aduan kes berkaitan pencerobohan dan 30 kes lagi berkaitan cubaan menceroboh pada Januari tahun lalu.

Statistik yang dipaparkan dalam laman web pusat bantuan itu menyebut sebanyak 3,699 kes pencerobohan, kod berniat jahat (1,012) dan cubaan pencerobohan (734).

Menurut undang-undang, seseorang penggodam boleh didakwa mengikut Seksyen 233 dan 214 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (AKM).

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Pencemaran di China kritikal

Posted:

Pencemaran di China kritikal

Pencemaran di China kritikal


KEBANYAKAN sungai di sekitar Beijing dicemari sisa toksik, sampah sarap dan bahan buangan kilang.


CHINA terpaksa membelanjakan berbillion-billion ringgit sejak tiga tahun lalu untuk membersihkan alam sekitar di sekitar Beijing. Pihak pemerintah Beijing terpaksa menyediakan peruntukan yang besar itu bagi meredakan kemarahan penduduk di negara itu.

Rata-rata penduduk berasa marah dan tidak berpuas hati dengan pihak pemerintah kerana kadar pencemaran alam sekitar baik udara mahupun sungai semakin merosot hari demi hari.

Sehubungan itu, pihak pemerintah Beijing berjanji akan meningkatkan lagi usaha mereka untuk menangani masalah pengurusan sampah, pencemaran sungai dan udara, melumpuhkan kerja-kerja pembinaan sampah haram dan banyak lagi.

Malah, kualiti udara yang teruk melanda di Beijing pada bulan Januari lalu menyebabkan kira-kira 20 juta penduduk diselaputi kabus tebal.

Ekoran masalah pencemaran udara itu, rata-rata penduduk mengalami batuk, asma dan beberapa penyakit berkaitan masalah pernafasan.

Dalam pada itu, rakyat negara itu menganggap pihak pemerintah tidak prihatin untuk membincangkan dasar-dasar melindungi alam sekitar.

Begitupun, masalah pencemaran udara menjadi isu besar di China ekoran pembangunan pesat dalam bidang industri, kebergantungan terhadap tenaga arang batu.

Selain itu, peningkatan mendadak jumlah pengguna kereta dan sikap pelbagai pihak tidak mempedulikan undang-undang alam sekitar.

Terdahulu, Beijing merancang untuk memasang saluran paip kumbahan yang berukuran 1,290 kilometer (800 batu), membina lima loji untuk pembakaran sampah, menubuhkan 47 rumah kitar semula tumbuh-tumbuhan dan menaik taraf 20 loji kumbahan pelupusan sampah.


SEORANG lelaki terpaksa menggunakan tangki oksigen kerana pencemaran udara yang teruk.


Sisa industri

Sementara itu, Datuk Bandar Beijing, Wang Anshun menggesa kerajaan agar menarik lebih banyak pihak swasta untuk membuat pelaburan ke atas isu-isu alam sekitar.

Kebanyakan bandar-bandar utama di China menghadapi masalah pencemaran sungai yang berpunca daripada pembuangan sisa industri dari kawasan perindustrian berdekatan.

Pada awal bulan ini, 900 ekor babi ditemui mati di sungai Huangpu yang terletak di kota Shanghai, China.

Bagaimanapun, seorang pegawai setempat mengatakan, ia tidak menemukan sebarang bukti yang menunjukkan ratusan haiwan tersebut telah mati sebelumnya dan kemudian dibuang di sungai.

Lantaran itu, pegawai yang bertanggungjawab dalam kes itu menyelidik kedatangan haiwan tersebut berhampiran sungai itu.

Justeru, pihak tersebut berusaha memindahkan ratusan babi yang mati itu dari sungai.

Di samping itu, pegawai melakukan uji kualiti air sungai untuk memastikan bahawa kematian haiwan berkenaan bukan kerana adanya racun pada kandungan air sungai. Sementara itu, data kajian saintifik punca kematian utama di dunia mendedahkan pencemaran udara di China menyumbang 1.2 juta kematian pramatang di negara itu pada tahun 2010 menyamai jumlah keseluruhan secara global. Dengan erti kata lain, China kehilangan 25 juta tahun kehidupan yang sihat ekoran pencemaran itu.

Data tersebut berdasarkan analisis yang dibentangkan buat julung-julung kali pada Kajian Penyakit Bebanan Global 2010. Ia disiarkan dalam jurnal Britian The Lancet pada bulan Disember.


PEMERINTAH Beijing akan melaksanakan kaedah yang sistematik untuk mengurus sampah.


Para penyelidik menggelar ambient particulate matter pollution (pencemaran jerebu) sebagai faktor keempat kematian di China pada tahun 2010 mendahului pemakanan, hipertensi dan merokok.

Pencemaran udara tersenarai sebagai faktor risiko yang menyumbangkan kepada 3.2 juta kematian pada tahun 2010.

Data kematian pramatang yang disebabkan pencemaran udara dari luar ini pada pandangan pegawai-pegawai pemerintah China mengancam kedudukan politik mereka. Dua tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 1.3 juta kematian pramatang di bandar-bandar di seluruh dunia akibat pencemaran udara.

Bulan lalu, Pertubuhan Pembangunan Kerjasama Ekonomi yang berpangkalan di Paris mengingatkan pencemaran udara di kawasan perbandaran menjadi punca teratas kematian di seluruh dunia pada tahun 2050, mendahului air yang kotor dan kurangnya sanitasi.

Dianggarkan, 3.6 juta orang mengalami kematian pramatang akibat pencemaran udara setiap tahun yang kebanyakannya berlaku di China dan India.

Estetika fotografi jalanan

Posted:

Estetika fotografi jalanan

Estetika fotografi jalanan


KETIADAAN bakat dan ilmu dalam bidang fotografi, rakaman foto jalanan yang diambil mungkin kelihatan hanya sekeping gambar kosong.


FOTOGRAFI jalanan bukan hanya setakat mengambil gambar di jalanan. Dari segi definisinya, fotografi jalanan menggunakan teknik terus yang akan menghasilkan pandangan yang literal dan secara spontan.

Pada kebiasaannya, jurufoto jalanan tidak duduk setempat kerana mereka perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Langkah itu perlu memandangkan golongan tersebut perlu melihat gelagat-gelagat di sekelilingnya tanpa membuang nilai-nilai seni foto tersebut.

Dalam pada itu, jurufoto jalanan juga tidak perlu berasa tekanan kerana pengambilan gambarnya adalah secara santai.

Namun, mereka perlu mempunyai kemahiran dalam memahami nilai-nilai seni sesuatu gambar. Misalnya, meletakkan subjek dalam pemindang kamera, pencahayaan yang menarik serta maksud cerita dan perasaan subjek.

Jurufoto jalanan bukan sahaja merakam aksi spontan subjek di hadapan mereka bahkan merakam latar belakang, budaya, sejarah, ekonomi dan komunikasi. Visual mereka merangkumi pencahayaan dan tona warna sesuatu tempat bagi menunjukkan di mana kejadian rakaman itu berlaku.

Menerusi penggunaan cahaya sedia ada (natural) adalah lebih baik supaya kesan dan waktu rakaman itu sama seperti yang digambarkan.

Tidak ada syarat khusus penggunaan jenis kamera untuk merakam sebarang fotografi jalanan asalkan mempunyai pengetahuan asas dalam mengendalikan kamera dan lensa.

Hari ini, bidang fotografi jalanan sudah mendapat tempat di negara kita. Seorang jurufoto jalanan bebas yang terkenal iaitu Mohd. Afzal Abdullah yang lebih dikenali sebagai Chottouch mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan sebuah kelab Fotografi Jalanan Malaysia (FJM).

Etika fotografi jalanan

Beliau bersama rakan baiknya, Effendi Alias menubuhkan kelab tersebut pada tahun 2011.

Kelab tersebut bukan sahaja berjaya mendapat sambutan puluhan ribu ahlinya di seluruh negara, bahkan menarik perhatian penaja-penaja besar seperti pengedar barangan kamera yang terkenal seperti Canon, Pentax, Ricoh dan jabatan kerajaan.

Objektif FJM adalah berkongsi idea antara orang lama dengan yang baharu, memahami budaya dan sejarah, teknikal pengoperasian kamera, had undang-undang, penilaian hasil gambar iaitu sama ada gambar yang dihasilkan mampu bertahan sehingga generasi akan datang dan banyak lagi.

Menurut Chottouch, walaupun kelab itu belum didaftarkan, pihaknya sudah mempunyai rangkaian kelab di setiap negeri seluruh Malaysia.

Ia bagi memudahkan menggerakkan aktiviti mereka tanpa sebarang masalah.


AHLI-AHLI FJM bergambar di Putrajaya baru-baru ini.


FJM juga merupakan kelab fotografi yang paling aktif melalui laman sosial rasmi selain sentiasa mengadakan tugasan dengan pelbagai tema untuk ahlinya.

Malahan, kelab tersebut akan mengadakan penggambaran jalanan di tempat menarik seperti di Batu Pahat, Johor, Pulau Pinang dan Klang, Selangor.

Setiap kali aktiviti diadakan, FJM juga mengadakan slot bengkel khas berupa taklimat penerangan untuk ahli baharu supaya mereka dapat memahami lebih mendalam maksud tersirat di sebalik fotografi jalanan.

Chottouch turut menasihatkan ahli-ahlinya agar mengetahui had undang-undang yang perlu diikuti seperti tidak boleh mengambil gambar dengan sewenang-wenangnya di kawasan persendirian, hospital, muzium balai polis dan lain-lain yang memerlukan kebenaran sebelum merakam.

Selain itu, jika merakam gambar manusia, jurufoto perlu meminta izin untuk merakam gambar mereka. Ia berikutan, subjek manusia kadangkala mempunyai hak-hak privasi tertentu yang tidak mahu diganggu.

Hakikatnya, bukan mudah untuk merakam fotografi jalanan jika tidak ada ilmu pengetahuan asas seperti keberanian, komunikasi, menunggu, bergerak dari suatu tempat ke tempat lain dan pemerhatian.

Semuanya memerlukan daya ketahanan emosi dan fizikal yang tinggi bagi merealisasikan setiap shot agar mempunyai nilai artistik fotografi.

Sehubungan itu, Chottouch berusaha membawa imej FJM ke persada antarabangsa dengan mengumpulkan semua hasil karya yang bermutu daripada ahli-ahlinya untuk pameran dan dibukukan.

Untuk keterangan lanjut mengenai FJM, orang ramai boleh melayari laman web Fotografi Jalanan Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Azzimuddie Kiram jadi pelarian

Posted:

Azzimuddie Kiram jadi pelarian

Azzimuddie Kiram jadi pelarian

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

GAMBAR fail menunjukkan Azzimuddie (kanan) bersama seorang rakannya ketika berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu kira-kira sebulan lalu.


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan tidak menolak kemungkinan saki-baki puak pengganas Sulu yang dianggarkan kurang daripada 10 orang sudah keluar dari kawasan operasi penggeledahan dan pembersihan.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, usaha untuk menjejaki kumpulan musuh itu kini giat dijalankan dengan menggunakan taktik risikan.

"Kita akan mendapatkan maklumat daripada orang ramai selain menggunakan kepakaran risikan pasukan kita untuk menjejaki saki-baki musuh yang ada," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ops Daulat masuk fasa ketiga

Posted:

Ops Daulat masuk fasa ketiga

Ops Daulat masuk fasa ketiga


KANAK-KANAK melambaikan tangan kepada anggota tentera yang menggunakan kereta perisai berantai ACV Adnan untuk meronda di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu.


LAHAD DATU - Operasi Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu ekoran pencerobohan puak pengganas Sulu di negeri ini kini telah memasuki fasa ketiga iaitu fasa penstabilan yang memberi tumpuan untuk membina semula keyakinan penduduk yang terjejas.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, fasa ketiga itu yang secara rasmi bermula sejak kelmarin adalah kesinambungan daripada dua fasa awal yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, Operasi Daulat bermula dengan fasa serangan pada 5 Mac lalu sebelum memasuki fasa kedua yang merupakan fasa pembersihan dan penggeledahan.

"Dalam fasa ketiga ini, tumpuan utama kita adalah untuk membina semula keyakinan rakyat terutama kepada penduduk-penduduk yang menerima kesan daripada pencerobohan musuh," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau menjelaskan, antara tindakan yang dilakukan dalam fasa penstabilan ini adalah penglibatan pasukan keselamatan dalam memudahkan pemindahan keluarga yang terjejas ke rumah masing-masing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan Pas Kelantan tiada asas tuntut royalti minyak RM12 bilion

Posted:

Kerajaan Pas Kelantan tiada asas tuntut royalti minyak RM12 bilion

Kerajaan Pas Kelantan tiada asas tuntut royalti minyak RM12 bilion

PUTRAJAYA - Tuntutan royalti petroleum RM12 bilion oleh kerajaan negeri Kelantan tidak bersandarkan kepada asas-asas munasabah, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

PMO menyifatkan tuntutan itu bukan sahaja tidak munasabah dari segi perundangan, tetapi juga daripada tatacara teknikal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pengeluaran gas dan minyak di kawasan yang terlibat.

"Mengikut undang-undang, adalah jelas bahawa Negeri Kelantan, seperti mana juga Terengganu dan semua negeri di Semenanjung Malaysia hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran hasil petroleum yang dikeluarkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari ukuran garis air surut ataupun pesisiran pantai negeri," menurut PMO.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chelsea singkir Man. United

Posted:

Chelsea singkir Man. United

Chelsea singkir Man. United

BA (kanan) menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 Chelsea ke atas United di Stamford Bridge malam tadi.


LONDON – Juara bertahan, Chelsea semakin hampir untuk menjulang trofi Piala FA selepas menyingkirkan Manchester United 1-0 pada aksi ulangan suku akhir di Stamford Bridge malam tadi.

Penyerang Senegal, Demba Ba muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan skuad The Blues pada minit ke-49, sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir buat kali keenam dalam tempoh lapan musim.

Skuad bimbingan Rafael Benitez itu dijadual bertemu Manchester City pada pusingan separuh akhir di Stadium Wembley 14 April depan.

Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Millwall dan Wigan Athletic yang berlangsung di stadium sama sehari sebelum itu.

Meskipun tidak disenangi segelintir penyokong-penyokong tegar Chelsea, Benitez masih berpeluang untuk menghadiahkan dua piala kepada skuad The Blues musim ini.

Selain layak ke separuh akhir Piala FA, Chelsea turut mara ke suku akhir pada kempen Piala Europa dan mereka akan bertemu kelab Rusia, Rubin Kazan awal pagi Jumaat ini.

"Ia adalah satu kemenangan yang sangat bermakna buat kami. Kami suka beraksi di Stadium Wembley dan kami sangat mengagumi Piala FA. Kami sentiasa mahu memenangi trofi ini.

"Saya sangat berpuas hati selepas berjaya menepis percubaan Javier Hernandez dan bola itu sangat berbahaya. Bagaimanapun, saya berjaya menggunakan tangan kiri untuk menepis bola itu," kata penjaga gol Chelsea, Petr Cech.

Sementara itu, Ba berkata, dia sangat gembira apabila menjaringkan gol itu dan jaringan tersebut sama seperti yang dilakukannya ketika bersama Newcastle United sebelum ini.

"Jaringan saya hari ini (semalam) sama seperti yang saya lakukan ketika saya mewakili Newcastle (menentang United). Ia telah mengingatkan saya kembali kepada detik itu.

Bagaimanapun, apa yang paling penting adalah kami mencatat kemenangan dan memberikan kami lebih keyakinan," kata Ba. – Agensi

Almeida akhiri tanda tanya

Posted:

Almeida akhiri tanda tanya

Almeida akhiri tanda tanya

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


KETUA Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rasid Jusoh (kiri) menyerahkan dokumen perjanjian kepada Almeida (kanan) sambil diperhatikan Rozi di di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.


KELIBAT bekas jurulatih skuad Bawah 17 Tahun Benfica, Eduardo Almeida yang sebelum ini mencetuskan spekulasi bakal menggantikan pengendali T-Team, Peter James Butler terjawab apabila beliau dilantik sebagai ketua jurulatih dan pengarah teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, akademi itu akan ditubuhkan di Terengganu dan ia bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat.

"Para peminat bola sepak khususnya kanak-kanak yang berusia enam hingga 17 tahun dipelawa menyertai akademi tersebut tidak lama lagi.

"Buat permulaan jelasnya, akademi itu akan memulakan operasi di padang Kompleks Sukan Gong Badak dengan membuat pengambilan dalam kalangan pelatih dari sekitar daerah Kuala Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama The Titans dan Almeida di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Almeida, 35, yang dilahirkan di Portugal akan bertindak sebagai ketua jurulatih merangkap pengarah teknikal akademi berkenaan.

Sebelum ini, beliau pernah melatih pemain negara, Ahmad Fakri Saarani ketika mewakili Atletico Sport Club Reguengos, sebuah kelab Divisyen Tiga Portugal.

Katanya, akademi itu mungkin beroperasi pada setiap hujung minggu di Kompleks Sukan Gong Badak.

"Bagaimanapun, ia akan diperluaskan ke beberapa pusat atau daerah lain sekiranya mendapat permintaan menggalakkan daripada orang ramai.

"Pengambilan pelajar terbahagi kepada empat kategori iaitu sentuhan permulaan (6 hingga 9 tahun), awal (10 hingga 12 tahun), pertengahan (13 hingga 15 tahun) dan elit (16 hingga 17 tahun)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Terengganu akan mengadakan kerjasama dengan Portugal untuk menghantar para pemain dari negeri itu menimba pengalaman dalam sukan bola sepak di negara berkenaan.

"Kami akan hantar pemain dari akademi ini ke Portugal, dalam setahun kami cadang hantar tiga pemain ke sana yang dijangka bermula September ini," katanya.

Sementara itu, Almeida memberitahu, T-Team telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat membentuk akademi berkenaan.

"Sebagai jurulatih, ia sesuatu yang menarik apabila dapat menimba pengalaman di negara-negara lain malah saya dapat menurunkan ilmu kepada golongan muda di negeri ini.

"Kami akan merangka program latihan dan kejurulatihan yang sesuai digunakan dalam akademi ini kelak terlebih dahulu. Apabila ia siap kita akan memulakan tugas dalam mencungkil bakat-bakat muda," katanya.

Murray juara Terbuka Sony

Posted:

Murray juara Terbuka Sony

Murray juara Terbuka Sony

MURRAY melakar kemenangan ke-26 dalam kariernya selepas menjuarai Terbuka Sony kelmarin.


MIAMI - Pemain pilihan kedua, Andy Murray menjuarai kejohanan tenis Terbuka Sony selepas menewaskan David Ferrer dari Sepanyol 2-6, 6-4, 7-6 (7/1) kelmarin.

Pada aksi final yang penuh dramatik itu, Murray dari Britain melakar kemenangan ke-26 dalam kariernya dan kedua untuk musim ini selepas bermain selama dua jam dan 45 minit.

"Kami bermain pada tahap maksimum. Kami menggunakan kekuatan fizikal sepenuhnya dan saya bernasib baik kerana berjaya mengharunginya," kata Murray.

Ferrer mengalami kekejangan otot ketika permainan berbaki dua mata akhir manakala Murray kelihatan sangat keletihan pada awal set pertama yang berlangsung dalam keadaan cuaca panas terik itu.

Meskipun memenangi kejohanan itu pada 2009, Murray mengakui ia antara perlawanan paling mencabar dan memenatkan dari aspek fizikal dan mental.

"Ia sangat sengit. Terlalu sengit. Kami terpaksa bertahan sehingga set terakhir. Ini merupakan perlawanan paling mencabar yang pernah saya lalui dalam Siri Masters," kata bekas pemain No. 3 dunia itu.

"Ia sangat mencabar dari aspek fizikal dan mental di mana kami mengerah kedua elemen itu hanya untuk mengutip satu mata.

"Saya tidak berfikir banyak kerana terlalu letih."

Kemenangan itu menyaksikan Murray mengisi kedudukan selaku pemain No. 2 dunia manakala Ferrer akan mengatasi posisi Rafael Nadal untuk menjadi pemain No. 3 dunia.

Dalam pada itu, Ferrer yang gagal meraih kemenangan pertama di Amerika Syarikat dan menjadi pemain Sepanyol pertama memenangi gelaran di Miami tetap positif.

"Saya sangat letih (fizikal dan mental) dan ia perlawanan yang cukup panjang.

"Murray mempunyai tenaga sehingga akhir perlawanan. Tahniah kepadanya.

"Saya tahu saya berpeluang menang di Miami tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Hidup saya tidak akan berubah hanya kerana tewas satu perlawanan.

"Saya akan bekerja keras dan lebih fokus pada kejohanan akan datang," kata pemain No. 4 dunia itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banglo lokasi filem Bollywood terbakar

Posted:

Banglo lokasi filem Bollywood terbakar

Banglo lokasi filem Bollywood terbakar

02/04/2013 10:37pm

KLANG - Sebuah banglo yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood musnah dalam kebakaran membabitkan anggaran kerugian mencecah RM1 juta dalam kejadian di Jalan Johan Setia di sini hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

"Kebakaran dipercayai bermula di tingkat atas banglo dua tingkat itu yang juga sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem tempatan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 4 petang.

Kejadian itu menyebabkan tingkat atas banglo berkenaan musnah sepenuhnya, katanya menambah punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Peraduan Warkah Buat Ibu Kembali lagi

Posted:

Peraduan Warkah Buat Ibu Kembali lagi

Peraduan Warkah Buat Ibu Kembali lagi

02/04/2013 10:32pm

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Ibu pada 13 Mei depan, Resorts World Genting dengan kerjasama akhbar Kosmo! untuk kali keduanya menganjurkan peraduan Warkah Buat Ibu Kembali lagi bermula pada esok hinggga 30 April ini.

Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Genting, Katherine Chew berkata, peserta peraduan itu perlu menulis sepucuk surat kepada ibu mereka tidak melebihi 200 patah perkataan.

Menurutnya, mereka yang berminat menyertai peraduan itu perlu menekan klik butang Like pada Facebook Resorts World Genting dan Kosmo! Online bagi melayakkan dii sebagai peserta.

Katanya, para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan bagi kelima-lima tajuk yang diberikan.

"Hanya 10 surat terbaik yang paling menyentuh perasaan akan dipilih sebagai pemenang.

"Pemenang bakal menerima hadiah percutian tiga hari dua malam serta baucar spa untuk mereka dan ibu masing-masing di Resorts World Kijal, Terengganu pada 11 hingga 13 Mei depan," katanya di sini hari ini.

Katanya, 10 surat terbaik itu akan dipaparkan di akaun Facebook Resorts World Genting dan Kosmo! Online bagi proses pemilihan tiga pemenang utama yang akan dihakimi pelayar-pelayar laman sosial tersebut.

Keputusan peraduan itu akan diumumkan pada 4 Mei hadapan menerusi akhbar Kosmo! dan Facebook Resorts World Genting. - KOSMO!

Sultan Kelantan sumbang RM80,000 kepada waris wira Lahad Datu

Posted:

Sultan Kelantan sumbang RM80,000 kepada waris wira Lahad Datu

Sultan Kelantan sumbang RM80,000 kepada waris wira Lahad Datu

02/04/2013 9:56pm

KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyampaikan sumbangan RM80,000 melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim kepada keluarga lapan anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas di timur Sabah.

Bertujuan membantu meringankan beban keluarga dan menghargai jasa wira negara itu, sumbangan berkenaan disampaikan oleh wakil baginda, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, Deputi Superintendan Michael Padel, 36, Sarjan Mejar Baharin Hamid, 49, Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sarjan Salam Togiran, 42. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved