Selasa, 19 Mac 2013

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nasha, cinta dan karier

Posted:

Nasha, cinta dan karier

Nasha, cinta dan karier

JIWA yang sentiasa muda, Nasha Aziz mewakili interpretasi seorang supermodel Melayu yang mengabdikan pemikirannya untuk melihat individu sekelilingnya ceria, gembira dan bahagia.

Hal itu diakui sendiri oleh pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz yang akan melewati angka usia 42 tahun pada bulan Mei nanti.

Katanya, ketika dia membuat pilihan untuk melangkah ke dunia lakonan dan bergelar aktres, dia menilai bukan glamor yang dikejarnya.

"Kalau ditanya tentang karier saya masih sama seperti dulu - selektif kerana mahu merasakan sesuatu yang memberikan kepuasan.

"Apabila memilih untuk menjadi aktres, dunia ini berbeza daripada menjadi selebriti yang ternyata lebih glamor. Kalau mahu jadi aktres, jadi aktres sahaja dan syukur saya telah mencapai kepuasan untuk berlakon.

"Tapi saya tidak akan berhenti untuk memberikan sumbangan saya kepada peminat dan masyarakat. Lakonan adalah pemikiran jiwa saya kepada orang sekeliling dan fungsi saya memberikan kebahagiaan buat mereka," jelas Nasha yang akan muncul dalam sebuah drama komedi bersiri, Maskara.

Supermodel terkenal itu yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran drama Maskara di Redbox Plus, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui, dia tidak meletakkan sebarang sempadan atau batasan untuk bergaul dan berlakon bersama pelakon-pelakon muda seperti Anzalna, Lisa Surihani dan Andrea Abdullah dalam drama itu.

"Tiada apa-apa kelebihan pun kalau saya lebih senior daripada mereka kerana berada di set penggambaran drama ini saya tidak boleh meletakkan sebarang jangkaan tapi sebaliknya hari-hari saya dipenuhi keseronokan.

"Personaliti mereka menghiburkan mata dan hati saya selain dapat menambahkan ilmu saya dalam bidang lakonan," katanya yang memilih untuk berlakon drama ini kerana isi cerita yang santai serta berbeza daripada lakonannya sebelum ini.

Nasha melakonkan watak Liza iaitu seorang ibu tunggal berusia 30-an dan berjuang mempertahankan hak wanita untuk membesarkan anak, antipoligami dan mencari sesuatu yang lebih harmoni dalam kehidupan.

NASHA memohon supaya tiada sebarang spekulasi negatif dibuat terhadap kisah cintanya bersama Nur Iman Tang.


Selain Nasha, Maskara yang menampilkan perjalanan hidup empat wanita dalam mengharungi kehidupan di kota metropolitan menyaksikan Lisa Surihani sebagai Lynn, Anzalna Nasir untuk karakter Hani dan Andrea Abdullah merealisasikan watak Sue.

America's Next Top Model

Tambah Nasha , kekuatan Maskara terletak pada watak yang telah dibentuk dan pemilihannya kali ini demi memenuhi selera penonton yang mahukan kelainan daripadanya.

"Saya mahu peminat terhibur dan mahu menjamu masyarakat yang mengenali saya dengan makanan yang sihat. Orang tidak tahu strategi saya tapi saya yakin mereka tertanya-tanya apakah yang model ini boleh buat.

"Saya tidak mahu mengambil watak yang berat atau perlu sentiasa menangis kerana saya sudah merasakannya melalui filem Trauma sebelum ini, sekarang biar saya pula yang pilih," tegasnya.

Selain itu, Nasha memberitahu dia turut disunting oleh sebuah stesen televisyen swasta tempatan untuk mengendalikan sebuah program mirip America's Next Top Model versi Malaysia, namun belum memberikan kata putus.

"Program itu agak menarik tapi saya rasa berdebar-debar untuk menerima tawaran tersebut kerana tidak biasa untuk menghakimi orang lain. Siapalah saya untuk memberikan nasihat?

DUNIA lakonan merupakan pemikiran jiwa Nasha buat penonton.


"Namun saya ada terfikir untuk mengajak teman baik saya, Richie Rachman yang mempunyai pengalaman cukup meluas dalam dunia fesyen dan peragaan untuk menjadi juri bersama. Insya-Allah kalau bersesuaian saya akan menerima tawaran ini," ungkap pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 itu.

Kisah cinta

Diajukan soalan mengenai perkembangan hubungannya dengan seorang jejaka berketurunan Cina bernama Nur Iman Tang yang pernah dikaitkan dengan dirinya suatu ketika dulu, tegas Nasha dalam jawapan yang diplomatik: "Jangan membuat spekulasi awal. Selagi tiada sebarang ikatan, tiada apa yang istimewa. Kenapa saya tidak boleh ada teman atau kawan sedangkan orang lain boleh?

"Kami masih berkawan dan setiap teman harus keluar bersama atau bersembang. Tidak elok untuk kita bermusuhan dan saya rasa saya perlu menjaga hubungan atau persahabatan ini," ulasnya mengenai hubungan dengan promoter konsert terkenal itu.

Sebelum ini, Nasha pernah membuka mulut mengenai hubungannya dengan Nur Iman Tang dan telah membawa kekasihnya itu ke kota Mekah untuk mendekatkan diri dengan kehidupan masyarakat Islam.

Malah, khabar angin mengenai perancangan mereka untuk berkahwin pada tahun 2010 selepas pulang dari Mekah belum bertemu titik noktah hingga kini.

Mira gugurkan nama Ranbir

Posted:

Mira gugurkan nama Ranbir

Mira gugurkan nama Ranbir


RANBIR KAPOOR


PENGARAH terkenal kelahiran India yang berkarya di Amerika Syarikat (AS), Mira Nair sebelum ini mahukan aktor muda tersohor di Bollywood, Ranbir Kapoor untuk membintangi filem terbaharu arahannya, The Reluctant Fundamentalist.

Filem itu ditayangkan buat julung-julung kali pada Festival Filem Antarabangsa Venice ke-39 di Itali, Ogos, tahun lepas.

Namun baru-baru ini pada satu acara forum filem, FCCI Frames 2013 di Mumbai, India, Mira telah mendedahkan dia terpaksa menggugurkan nama Ranbir daripada membintangi filem tersebut selepas mereka membuat pertemuan dan perbincangan.

Filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama terbitan tahun 2007 karya novelis terkenal Pakistan, Mohsin Ahmed itu turut menampilkan lakonan beberapa pelakon terkenal Hollywood seperti Kate Hudson, Keifer Sutherland dan Liev Schreiber.

Berlatarkan bandar New Delhi (India), Lahore (Pakistan) dan New York (AS), ia berkisar tentang seorang pemuda Pakistan, Changez yang pada mulanya hidup di jalanan di Lahore sebelum melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di AS dan kemudian sukses dalam kerjayanya di Wall Street, New York.

Namun segala yang diusahakannya itu hancur hanya kerana sebuah cinta.

Mira yang pernah mengarah filem-filem seperti Salaam Bombay!, Monsoon Wedding dan The Namesake itu kemudian memilih aktor kelahiran Pakistan, Riz Ahmed yang menetap di London dan merupakan seorang penyanyi rap untuk menghidupkan karakter Changez.

MIRA NAIR (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Kate Hudson, Riz Ahmed dan Liev Schreiber pada Festival Filem Antarabangsa Venice ke-39 di Itali.


Katanya kepada The Indian Express: "Saya ada berbincang dengan Ranbir Kapoor untuk dia memegang watak utama filem, The Reluctant Fundamentalist. Dia seorang pemuda yang baik dan aktor yang hebat.

Dia boleh buat apa sahaja, namun, bukan dia yang saya cari untuk filem ini. Saya perlukan seorang aktor yang pernah secara realitinya mengharungi kehidupan dalam pelbagai tempat yang berlainan dalam dunia ini. Sebab itu saya akhirnya memilih Riz Ahmed."

Apa yang menarik, Mira telah mengeluarkan kenyataan yang agak pedas apabila memperkatakan tentang pelakon di India atau lebih tepat Bollywood dalam melakonkan karakter bukan warga negara tersebut.

"Saya fikir setiap kali melakonkan karakter yang bukan dalam kalangan warga negara mereka, pelakon-pelakon di India melakukannya dengan janggal dan ia kelihatan palsu. Mereka tidak boleh melakukannya dengan betul," tegas Mira yang turut mendedahkan bahawa seorang lagi aktor muda terkenal Bollywood iaitu Imran Khan turut datang untuk uji bakat bagi karakter Changez tetapi juga gagal.

Bola Kampung The Movie jual suara artis

Posted:

Bola Kampung The Movie jual suara artis

Bola Kampung The Movie jual suara artis


FILEM Bola Kampung The Movie membariskan banyak pelakon popular yang menyumbangkan suara mereka dalam setiap karakter yang diwujudkan pengarahnya.


MENELAN belanja mencecah RM6 juta, filem Bola Kampung The Movie terbitan Animasia Studio Sdn. Bhd. dengan kerjasama Young Jump Animation mempertaruhkan suara artis sebagai pelaris untuk menarik lebih ramai penonton ke pawagam.

Filem animasi stereoskopik tiga dimensi (3D) pertama di Malaysia itu membabitkan beberapa artis terkenal tanah air sebagai juru alih suara antaranya Ezlynn, Afdlin Shauki, Marsha Milan, Aznil Nawawi, Noh Salleh, Harun Salim Bachik, Aizat Amdan dan Deanna Yusoff.

Menurut pengarah animasinya, Ah Loong dan Chua Chong Tee, filem tersebut memakan masa selama empat tahun untuk proses praproduksi dan meletakkan harapan tinggi untuk meraih penonton sempena cuti persekolahan ini.

"Kebetulan filem ini ditayangkan pada musim cuti sekolah dan pastinya sasaran kami adalah tontonan keluarga. Filem ini menghiburkan, tiada aksi ganas dan mempunyai jalan cerita yang menarik.

"Setiap karakter diberikan nyawa melalui suara-suara yang dipinjamkan oleh pelakon, penyanyi dan komposer tempatan. Ia dibentukkan dengan kreativiti tempatan yang bermutu tinggi. Secara tidak langsung pembabitan artis akan melariskan filem ini sebenarnya," kata Ah Loong ketika tayangan perdana Bola Kampung The Movie di GSC Signature, The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Animasi pengembaraan

Filem Bola Kampung The Movie yang akan ditayangkan pada 21 Mac ini memaparkan elemen bersatu-padu dan keharmonian kaum di Malaysia, selain mesej persahabatan dan budaya yang kuat untuk disampaikan kepada penonton.

"Filem ini boleh berdiri sendiri kerana jalan ceritanya tidak bersangkut-paut dengan siri animasi. Cuma karakter saja yang dibawa ke versi filem," celah Chua Chong Tee.


BAKAL berada di pawagam pada 21 Mac ini, filem animasi tersebut turut 'dibintangi' Marsha.


Bola Kampung The Movie bermula sebagai siri televisyen animasi oleh Animasia Studio Sdn. Bhd. yang disiarkan melalui saluran RTM1, TV9 dan kemudiannya dialih ke bahasa Inggeris menggunakan tajuk Football Kids untuk ditayangkan di Disney Channel sejak tahun 2007.

Filem ini mengisahkan pengembaraan Puteri Amanda dari dunia permainan maya Kingdom Hill yang telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria demi menyelamatkan kerajaannya yang diserang virus.

Puteri Amanda bertemu dengan Iwan, Azizul, Sabok, Kumar dan kawan-kawan baharu di kampung tersebut ketika hilang ingatan. Malang tidak berbau apabila Puteri Amanda ditangkap oleh seorang penjahat dan dilarikan ke Kingdom Hill.

Atas nama persahabatan dan kemanusiaan, Iwan dan kawan-kawannya membantu menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya dengan memasuki dunia maya sekali gus menghancurkan niat jahat Lord Vilus untuk menakluki Kingdom Hill.

Suara lelaki Ezlynn

Sementara itu, Noh Salleh yang baru pertama kali terlibat dengan pembikinan filem alih suara mengakui teruja melakonkan watak Dino dalam filem itu.

"Saya tiada latar belakang berlakon sebelum ini dan proses rakaman suara filem ini melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan.

"Saya peminat tegar filem animasi dan peluang untuk terlibat dalam projek ini sukar untuk dilepaskan," katanya.

Dalam pada itu, Ezlynn yang ditawarkan watak utama iaitu seorang budak lelaki bernama Iwan tidak menyangka mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

"Saya ke studio Francis Cobb untuk merakamkan single tapi secara tidak sengaja mereka meminta saya untuk mencuba uji bakat suara budak lelaki.

"Selang beberapa minggu mereka menelefon saya dan menawarkan watak itu. Teruja kerana ini pertama kali saya melakukan alih suara budak lelaki walaupun kadang-kadang terkeluar 'Ezlynn' dalam watak Iwan," ujarnya yang biasanya perlu berlari terlebih dahulu untuk mendapatkan situasi sebenar dalam filem itu. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 18 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Warna penentu usia tuak

Posted:

Warna penentu usia tuak

Warna penentu usia tuak

DI SEBUAH pangsapuri yang terletak sejauh 14 kilometer dari bandar raya, Kuala Lumpur, Agustus Sapen tekun menanak beras pulut menggunakan dapur gas.

Dia yang berketurunan Bidayuh sedang melakukan langkah pertama dalam pembuatan sejenis minuman keras tradisional dari Pulau Borneo yang dikenali sebagai tuak.

Sehingga pulut itu masak, lelaki berusia 35 tahun itu perlu sentiasa mengacau beras tersebut supaya ia masak secara sekata dan tidak hangus pada mana-mana bahagian.

Agustus yang telah menetap di Semenanjung selama 15 tahun bukanlah seorang yang mahir membuat minuman tradisional itu, malah kedua-dua ibu bapanya tidak mempunyai kemahiran tersebut.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia mula 'rindu' pada minuman itu yang merupakan hidangan wajib setiap kali tiba Hari Gawai.

Kerinduannya semakin bertambah apabila tidak dapat pulang menyambut Hari Gawai bersama-sama keluarga di Sarawak sebaliknya terpaksa memenuhi tuntutan kerja di Kuala Lumpur.

"Perasaannya sama seperti orang negeri dari Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur. Kadangkala mereka juga mahu merasa nasi kerabu, perasaan yang sama dirasai oleh kami di sini.

"Kebanyakan orang Sarawak yang ke Semenanjung untuk menyambung pelajaran atau bekerja tidak membawa kemahiran membuat makanan tradisional. Agak sukar mencarinya di sini," luah lelaki yang bekerja sebagai jurutera elektrik itu.

Sudah hampir setahun dia mengkaji cara-cara terbaik dalam pembuatan tuak, daripada bertanya kepada orang tua berpengalaman atau mencari jawapan logik berdasarkan pemahamannya dalam sains dan teknologi.

Petua yang telah dihimpunkan Agustus. Antaranya, tidak boleh bercakap ketika mengadun beras dengan ragi, menyimpan tempayan dalam tempat yang gelap dan banyak lagi tip lain.

Menariknya, semua pantang-larang yang diturunkan secara lisan turun-temurun itu terbukti benar dan boleh disahkan serta dijawab secara saintifik.

Fermentasi

"Proses membuat tuak menggunakan kaedah fermentasi. Ia melibatkan bakteria untuk mengubah fizikal pepejal pulut menjadi cecair.

"Jadi, kebersihan sangat penting kerana kita tidak mahu sebarang kemasukan bakteria lain yang boleh merosakkan tuak," terangnya sambil menuang serbuk ragi ke atas beras pulut yang sudah masak.

Amat mustahil untuk mendapatkan tuak yang sama seperti di kampungnya di Miri, Sarawak. Daripada mendapatkan bahan asas sehinggalah mencari perkakas menapai minuman yang wajib dihidangkan ketika Hari Gawai.

Secara tradisional, ragi diperbuat daripada tepung beras, halia dan cengkih tetapi yang dijual di pasaran terdapat pelbagai bahan lain yang boleh mempengaruhi rasa tuak kelak.


MINUMAN tuak banyak dihidangkan pada Hari Gawai sebagai salah satu cara tradisi sambutan.


Tempayan yang dipanggil tajau untuk proses awal menapai juga tidak mungkin Agustus boleh dapat di Semenanjung jadi, dia menggunakan bekas kaca kerana lebih sesuai berbanding botol plastik yang boleh mempengaruhi baunya nanti.

Injap air

Sedikit berbeza dengan kaedah tradisional, dia tidak menyimpan bekas menapai tuak dalam tempat gelap, sebaliknya dia mencipta injap air supaya karbon dioksida yang keluar dapat dikesan sekali gus menjadi penunjuk apabila proses penapaian berlaku sepenuhnya.

Caranya mudah iaitu apabila tiada lagi gelembung udara keluar dan tiada pergerakan pada mendapan, maka tuaknya sudah siap dan sedia untuk diminum.

"Melihatkan ia (mendapan) bergerak-gerak seolah-olah sejenis hidupan, saya anggap ia seperti haiwan peliharaan," ujar Agustus yang meletakkan bekas penapaiannya di ruang tamu.

Kaedah lain yang masih diikuti olehnya ialah menapis dan menukar bekas tapaian beberapa kali selepas berlaku mendapan bagi mendapatkan tuak yang jernih.

Di Sarawak, tuak merupakan minuman tradisi yang wajib dihidangkan ketika perayaan seperti Hari Gawai. Sama seperti masyarakat Melayu dahulukala yang menyorong tepak sirih kepada tetamu sebagai tanda menyambut kedatangan, penghuni rumah panjang akan menghidangkan tuak kepada setiap tetamu yang melalui pintu hadapan rumah mereka.

"Dahulu, jika ada tetamu yang menolak untuk minum pasti tuan rumah berasa kecil hati tetapi kini mereka sudah faham bahawa terdapat golongan yang tidak boleh minum terutamanya orang Islam," cerita seorang lagi orang Sarawak yang menetap di Kuala Lumpur, Michael Fletinie, 24.

Dia yang mula dibenarkan untuk minum minuman tersebut sebaik tamat sekolah berkata, penduduk rumah panjang akan mula melakukan penyediaan tuak sekurang-kurangnya dua bulan sebelum perayaan.

Ilmu pembuatan

Michael boleh menentukan usia tuak dengan melihat pada warna sahaja, semakin gelap bermakna semakin tua usianya dan rasanya bertambah sedap.

Tuak terbahagi kepada dua jenis iaitu tuak apai (lelaki) dan tuak induk (perempuan). Tuak apai lebih masam dan digemari oleh orang lelaki manakala tuak induk lebih manis dan disukai wanita.

Usaha Agustus tidak berhenti setakat mempelajari dan mengkaji pembuatan tuak. Buat kali pertama, dia telah mengadakan sebuah pertandingan yang diadakan pada akhir Jun tahun lalu sempena sambutan Hari Gawai.

Bukan sebuah pesta minum sehingga mabuk, tujuan Agustus adalah mahu mencari pembuat tuak berkualiti dan paling penting menyebarkan ilmu mengenai pembuatan dan pengendalian minuman tradisional.

RAGI ditumbuk sehingga lumat sebeum dicampur dengan pulut yang telah dikukus.


Antara bahaya yang orang ramai tidak tahu tentang pembuatan tuak adalah ketika proses penyulingan yang berfungsi menaikkan kadar alkohol dalam minuman.

Terang Agustus, pada tahap suhu pertama iaitu 30 darjah celsius, bahan yang terhasil ialah metanol yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan peminum mengalami buta.

"Ia sepatutnya dibuang dan bukan dicampur kembali dengan hasil yang keluar pada takat 70 dan 100 darjah Celsius seperti yang dilakukan oleh generasi terdahulu," kata Agustus dalam ucapan pembukaan di Kuala Lumpur.

Pada takat 70 darjah Celsius, ia menghasilkan etanol manakala wap air keluar pada suhu 100 darjah Celsius. Wap air tersebut mempunyai rasa seperti tuak tetapi tiada kandungan alkohol.

Agustus sempat berkongsi, makanan tradisional Melayu iaitu tapai perlu dimakan dalam tempoh dua hari selepas penyediaan kerana selepas tempoh tersebut, tapai mula mengalami proses fermentasi lalu menukar kanji menjadi alkohol.

Seramai lima orang peserta menghantar tuak tradisonal mereka bagi memasuki pertandingan tersebut dan juara dimenangi oleh Gilbert Katang, 28.

Dia yang berketurunan Iban membawa tuak yang dibuat oleh mak ciknya di Sarawak ke Kuala Lumpur.

Berbeza dengan Agustus, Gilbert percaya bahawa tuak yang terbaik mesti dibuat menerusi kaedah tradisional. Menurutnya, kaum wanita di rumah panjang secara semula jadi tahu membuat tuak.

Bahan yang digunakan dalam pembuatan tuaknya sangat ringkas tanpa sebarang improvisasi iaitu hanya beras pulut, gula dan ragi serta telah diperam selama enam bulan.

"Setiap tahun, mak cik saya akan membuat tuak dan rasanya bergantung kepada pembuat kerana air tangan orang berbeza-beza," kata pensyarah pengurusan maklumat itu.

Baginya, tapai wajib diperam di dalam tempayan tradisional dan bekas plastik sama sekali tidak boleh digunakan kerana akan mempengaruhi rasa tuak.

Mak cik Gilbert menggunakan setengah kilogram gula bagi setiap tiga kilogram beras bagi menghasilkan tuak apai yang pada malam itu berjaya membawa kemenangan kepadanya.

Kaedah pengadilan pada malam itu dijalankan oleh dua orang pengadil profesional dan salah seorangnya ialah Agustus. Markah juga dikira daripada juri awam yang terdiri daripada orang Sarawak yang tinggal di Semenanjung.

Dalam pertandingan tersebut, tempat kedua dimenangi Lily Spegie manakala tempat ketiga pula menjadi miliki Ashly Nandung. Kedua-duanya mempertaruhkan tuak induk.

Pandangan Islam

Di dalam al-Quran, terdapat ayat yang mengharamkan secara menyeluruh umat Islam minum arak iaitu dalam surah al-Baqarah dan terdapat 10 golongan yang berdosa kerana minuman itu.

Arak diharamkan kerana memberi kesan yang buruk kepada manusia dengan menghilangkan kewarasan akal fikiran dan mengkhayalkan peminumnya. Dalam menentukan hukum, umat Islam menggunakan empat sumber iaitu al-Quran, hadis, ijmak dan qias.

Sementara itu, peserta Imam Muda musim pertama, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 28, berkata, minuman tradisional seperti tuak atau air nira diqiaskan atau disamakan dengan hukum arak kerana kesan yang boleh didapati jika meminumnya.

"Kaedah qias yang sama digunakan dalam memberi hukum haram terhadap penyalahgunaan dadah," terang Ahmad Kamal ketika dihubungi.

Minuman keras termasuk dalam kategori air tidak suci lagi tidak boleh menyucikan. Istilah tidak menyucikan membawa maksud tidak boleh dibawa wuduk.

Minuman halal seperti air kopi atau teh tergolong dalam kategori air suci tidak boleh menyucikan. Jadi, tumpahan air jenis ini pada pakaian, sembahyang masih sah jika memakai baju atau seluar yang terkena.

Bagi minuman keras pula, bahagian yang terkena percikan perlu dibersihkan terlebih dulu sebelum dibawa solat, manakala bekas minuman arak cukup sekadar dibersihkan seperti biasa sebelum digunakan lagi,

Terdapat beberapa situasi yang membolehkan hukum mengambil minuman keras menjadi harus atau wajib. Harus dalam bidang perubatan apabila pesakit tidak mempunyai pilihan lain dan terdesak.

Contoh situasi bagi hukum wajib pula, apabila seseorang itu sesat di tempat yang tiada sumber makanan dan dalam keadaan kebuluran lalu, seekor babi melintas. Maka, wajib bagi individu itu makan.

"Jika tidak dimakan, ia dikira membunuh diri, tetapi hanya sedikit tidak sampai mengenyangkan," kata Ahmad Hazran yang mendapat pendidikan dalam bidang pengkhususan al-Quran di Universiti al-Azhar, Mesir.

Mandi sauna pirt Latvia

Posted:

Mandi sauna pirt Latvia

Mandi sauna pirt Latvia


SEORANG pengunjung kompleks pirt Lielzemenes membenamkan muka dan tubuhnya di atas salji selepas menjalani ritual di rumah mandian tersebut.


MEMBENAMKAN muka dalam salji dan berbogel dalam keadaan cuaca sejuk sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu berfikir dua kali sebelum melakukannya.

Namun, ia merupakan cabaran melampau yang diperlukan untuk meneroka misteri pirt, iaitu istilah Latvia yang merujuk kepada kompleks sauna atau dipanggil banya, hammam, mandian Roman atau rumah peluh di negara berbeza.

Bagi Juris Batna, pemilik Lielzemes iaitu kompleks pirt yang terletak di selatan di ibu negeri Riga, tidak ada jalan pintas apabila berbicara tentang ritual di rumah mandian Latvia itu.

"Turut dikenali sebagai Strawberi Besar, pirt dianggap seperti kuil bagi penduduk Latvia. Di sini, tiada ruang untuk membesar-besarkan cerita," kata Batna, 56.

Memakai baju T linen putih yang dikenakan dengan pin perak berkilau, perilaku yang tenang dan kulitnya yang halus menjadikan diri Batna sendiri umpama iklan segera dalam mempromosikan pirt sebagai destinasi gaya hidup sihat.

"Sebelum agama Kristian bertapak di Latvia melalui tentera salib Jerman, pirt merupakan gereja kami," katanya sambil mengimbau kembali ke zaman sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-13.

"Tidak banyak perbezaan antara sauna, banya dan pirt jika dilihat dari luar. Semuanya mempunyai bilik kecil dengan suhu yang tinggi. Namun, perbezaan besarnya adalah perkara yang kami lakukan di dalamnya. Kami menyifatkan ia sebagai upacara keagamaan," ujarnya.

Ranting dan daun

Ritual pirt bermula dalam sauna yang tenang. Lama-kelamaan, ia menjadi serangan skala penuh deria apabila Batna dan isterinya, Aelita, membanting, menggosok dan mencampakkan pengunjung pirt dengan gumpalan ranting yang diikat seperti penyapu ahli sihir dongeng.

Penggunaan batu panas, kayu, rimbun daun, simbol tenunan, loceng serta minyak digabung dalam upacara tersebut yang diiringi irama mengasyikkan. Seterusnya, suhu meningkat secara mendadak dan pengalaman diselang-seli dengan kesan visual, bau, bunyi, sentuhan, rasa serta sensasi perpeluhan

Menurut Batna, dalam upacara penuh yang dikendalikan secara teratur menggunakan 12 penyapu berlainan, ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga enam jam.


AELITA meletakkan ikatan ranting dan daun di belakang badan seorang pengunjung pirt bagi memulakan upacara mandian tradisi.


Sentuhan terakhir biasanya akan dilakukan menurut rasa hati setiap individu. Sama ada untuk terjun di dalam kolam sejuk atau bagi mereka yang lebih tradisional, bergolek di dalam salji beku di luar pirt.

Namun sebelum memulakan tahap terakhir itu, Batna bingkas bangun untuk memberitahu sesuatu.

"Inilah saat di mana sesetengah orang menggelarnya sebagai pengalaman merasai saat kematian," ujar tersenyum lalu membuka pintu.

Bagaimanapun, dia tidak mempunyai masa untuk maraton sauna yang menjadi tajuk utama akhbar pada 2010. Laporan itu mendedahkan tentang seorang lelaki Rusia yang mati akibat hipertermia ketika menyertai Kejohanan Sauna Dunia di Finland.

"Saya boleh katakan bahawa saya benci acara tersebut," keluhnya yang menyifatkan acara maraton itu berkonsep perlumbaan bukan menghayati falsafah dan tujuan di sebalik ritual bersauna.

Hidupkan tradisi

Terdiri daripada beberapa buah bangunan kayu yang memaparkan varian pirt berbeza, Lielzemenes telah berkembang pesat menjadi lokasi perhimpunan peminat cerita rakyat, sejarawan dan pihak yang berminat dalam memahami susur-galur Latvia.

"Terdapat lebih daripada 300 lagu lama Latvia atau daina mengenai pirt dan ia sentiasa menjadi tempat yang penting dalam hidup kami.

"Orang Latvia telah dilahirkan di pirt dan pada akhir kehidupan, mereka akan dibawa pulang ke sana sebelum dikebumikan," terang Batna.

Wanita yang terlibat untuk berkahwin akan menjalani upacara khas dengan kaum kerabat perempuan mereka beberapa hari sebelum perkahwinan.

Batna dan isterinya telah menghidupkan semula tradisi memasuki pirt bagi ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia menandakan permulaan kehidupan mereka bersama.

Selain itu, satu lagi upacara di pirt yang hampir dilupakan ialah kanak-kanak lelaki yang sudah memasuki usia baligh dan diberi status lelaki.


BERDEPAN cuaca sejuk yang melampau, pengunjung ini bersedia untuk menyempurnakan ritual di Lielzemenes.


Sebelum bekerja sepenuh masa di pirt, Batna merupakan seorang ahli psikoterapi klinikal. Kini, masanya diabdikan untuk mengajar ratusan kanak-kanak mengenai cara untuk menjiwai perasaan bangga menjadi warga Latvia.

"Pirt merupakan satu perkara yang tidak pernah berubah melalui sejarah sejak ribuan tahun dahulu. Ia terselamat daripada revolusi pekerjaan, perang, pengusiran dan sebagainya.

"Sewaktu era Sovuet apabila banya popular, pirt Latvia masih boleh ditemui di belakang rumah ladang," ungkap Batna.

Tambahnya, adalah amat penting bagi orang Latvia untuk memehami cara memanfaatkan pirt dengan betul.

"Biasanya, sebaik mereka mula mempelajarinya, mereka seolah-olah tidak puas dan mahu terus mendalaminya," tuturnya. - AFP

Pahit getir apabila kampung diceroboh

Posted:

Pahit getir apabila kampung diceroboh

Pahit getir apabila kampung diceroboh

BUNYI ketukan pintu sekitar pukul 3 pagi pada 12 Februari lalu masih segar dalam ingatan Akasah Abusammah. Detik itu, dia bersama isteri dan tiga orang anak hanya tergamam melihat sekumpulan lelaki asing lengkap berpakaian tentera dan bersenjata berdiri di depan pintu.

Kumpulan lelaki asing berkenaan mengerahkan mereka sekeluarga keluar dari kampung tersebut sebelum berlalu pergi tanpa mencederakan mereka.

Arahan tersebut berikutan kumpulan lelaki asing itu mahu mendiami rumah penduduk.

Tanpa mahu bertindak balas, anak jati Kampung Tanduo itu hanya berdiam diri. Di benak fikirannya, terlintas hasrat untuk melarikan diri. Baginya, kampung yang dihuni sejak 34 tahun lalu itu sudah tidak selamat.

"Saat itu juga kami mengemas barang. Keluar dari rumah bersama berpuluh-puluh lagi penduduk kampung menuju ke tempat yang selamat," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini. Bermula saat itu, Akasah tidak pernah pulang ke kampung halamannya. Rumah, tanaman dan haiwan peliharaan yang ditinggalkan juga mungkin sudah musnah.

Bagi Akasah, Kampung Tanduo sudah tiada. Keriangan dan ketenangan kampung pesisir pantai itu juga sudah berakhir. Semuanya dimusnahkan kumpulan pengganas Sulu.

Kini, Akasah dan beribu-ribu lagi penduduk dari lapan buah kampung sekitar Kampung Tanduo hidup ibarat pelarian. Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Felda Sahabat.

Satu daripadanya ialah di Dewan Fajar Harapan yang menempatkan kira-kira 1,500 penduduk. Tiga lagi lokasi penempatan sementara ialah di Dewan Embara Budi, Dewan Gemala Pura dan Dewan Cenderawasih.

Jarak pusat penempatan ini dengan lokasi pencerobohan di Kampung Tanduo adalah kira-kira 20 kilometer.

"Hari pertama kami tinggalkan kampung, kami hanya menumpang di rumah saudara di kampung berhampiran.

"Selepas itu keadaan makin tegang memaksa kami dipindahkan ke Dewan Embara Budi. Di sinilah keluarga saya berkumpul dan kami berkongsi kehidupan bersama 600 penduduk," jelasnya.

Pengganas Sulu

Selain penduduk Kampung Tanduo, turut dipindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara ialah penduduk dari Kampung Tanjung Labian, Tanjung Batu, Sungai Bilis, Lok Buani, Lok Sembuang, Tagupi, Tanagian dan Sungai Merah.

Semua penduduk kampung tersebut dianggarkan sekitar 2,000 orang adalah mangsa kepada kerakusan sekumpulan manusia yang ingin menawan wilayah Sabah.

Menggelar diri mereka sebagai Tentera Diraja Sulu, kumpulan itu yang dilabel sebagai pengganas Sulu nekad bertarung nyawa, termasuk membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.


MISI bantuan kemanusiaan masih diteruskan oleh Kelab PUTERA 1 Malaysia kepada penghuni Dewan Embara Budi.


Bukan setakat Lahad Datu, keganasan kumpulan berkenaan turut tersebar ke daerah Semporna apabila Kampung Seri Jaya, Simunul menjadi saksi kepada pertumpahan darah.

Di pihak pasukan keselamatan, kumpulan yang diketuai Raja Muda Azzumudie itu perlu dihapuskan sepenuhnya.

Namun bagi penduduk kampung, apa yang berlaku termasuk serangan besar-besaran oleh pasukan keselamatan pada 5 Mac lalu mungkin sukar dilupakan.

Siti Rugayah, 50, yang kini ditempatkan di Dewan Embara Budi mengakui perlukan masa yang lama untuk menerima hakikat kampung halamannya di Tanduo telah musnah.

"Saya ada dua hektar tanaman kelapa sawit dan beberapa ekor kambing yang dipelihara. Tidak pernah terlintas di fikiran kami pencerobohan seperti ini akan berlaku," ujarnya.

Berbeza dengan penduduk Kampung Tanjung Labian, Afat Zaid, 40, dia memilih untuk tidak meninggalkan rumahnya sehinggalah pencerobohan merebak ke Kampung Tanjung Batu.

"Ketika serangan besar-besar tempoh hari, saya bersama beberapa penduduk masih berada di rumah. Sehinggalah pada Sabtu lalu apabila kami terdengar bunyi tembakan berhampiran kampung.

"Kami merasakan keadaan di kampung sudah tidak selamat dan memilih meninggalkan kampung untuk mencari perlindungan di Embara Budi," ujarnya.

Pengalaman berbeza dialami seorang suri rumah, Adawiyatul Jannah Sarip Maulah, 25. Dia terpaksa bertarung nyawa meninggalkan rumahnya di Tanjung Labian selepas tiga jam melahirkan seorang bayi perempuan.

Adawiyatul berkata, dia melahirkan bayinya pada pukul 6 petang iaitu sehari sebelum pasukan keselamatan menggempur Kampung Tanduo pada hari Selasa.

Bayi seberat 3.2 kilogram itu yang diberi nama, Wan Maulina Awani Izatul Basri dilahirkan dalam keadaan sihat dan cukup sifat. "Selepas melahirkan anak, kami sekeluarga mendapat berita mengenai empat buah bot yang mendarat di pantai berhampiran kampung kami.

"Bimbang sesuatu yang buruk menimpa kami sekeluarga, saya kuatkan kudrat dan semangat untuk keluar dari kampung bagi menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Dewan Embara Budi.


ADAWIYATUL JANNAH SARIP bersama anaknya yang dilahirkan sehari sebelum pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Sabah.


Menceritakan pengalamannya itu, Adawiyatul berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu hanya dilahirkan di rumah dan dibidankan oleh bidan kampung berikutan tiada pengangkutan.

Cari kenderaan

"Sebaik tali pusat Wan Maulina Awani Izatul dipotong oleh bidan, jiran-jiran membawa khabar berkenaan terdapatnya beberapa bot mendarat di pesisir pantai tidak jauh dari Tanjung Labian.

"Dalam keadaan saya yang masih berdarah selepas bersalin suami berusaha mencari kenderaan untuk kami melarikan diri," tambahnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Said yang dipertanggungjawab memantau penempatan sementara di ketiga-tiga dewan berkenaan mengakui keadaan penduduk semakin stabil.

Ujarnya, kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tidak pernah mengabaikan keperluan semua penduduk yang dipindahkan, sebaliknya memberikan bantuan terbaik.

"Saya akui ini bukanlah pilihan yang mereka inginkan, tetapi inilah jalan terbaik demi keselamatan mereka.

"Kita yakin pasukan keselamatan akan melakukan yang terbaik bagi mengembalikan keharmonian di kampung-kampung yang terlibat," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menghayati peristiwa besar di Baitulmuqaddis

Posted:

Menghayati peristiwa besar di Baitulmuqaddis

Menghayati peristiwa besar di Baitulmuqaddis

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


JANGAN lepaskan peluang menunaikan solat di Masjid al-Aqsa, Baitulmuqaddis.


PERNAHKAH anda mendengar kewujudan batu terapung di Baitulmuqaddis, Palestin? Jika anda membuat carian di internet, pastikan anda menemui gambar yang betul kerana terdapat banyak laporan palsu berkenaan batu tersebut.

Hari ini, kawasan yang menempatkan batu terapung itu digelar Qubbatul Sakhrah yang bermaksud kubah yang memiliki batu di bawahnya. Lokasinya kini terletak di belakang Masjid al-Aqsa dan ia terletak di dalam sebuah bangunan.

Menurut sejarah, batu terapung itu menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum diangkat ke langit pada peristiwa Israk dan Mikraj. Batu tersebut dikatakan mahu mengikuti Rasulullah naik ke atas tetapi akhirnya terapung di udara tanpa mencecah bumi.

Kini, batu tersebut ditambah dengan tiang sokongan bagi mengelakkan ketakutan pengunjung untuk masuk bahagian bawah batu tersebut. Namun, terdapat dakwaan mengatakan tiang-tiang sokongan itu ditambah pihak Israel kerana enggan pelawat kagum dengan kejadian luar biasa itu.

Sekiranya anda ingin melihat sendiri kebesaran Allah itu, peluang untuk anda berkunjung ke Baitulmuqaddis kini dibuka. Angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, mengajak 32 rakyat Malaysia untuk mengikutinya berkunjung ke Baitulmuqaddis pada penghujung bulan April 2013.


BAITULMUQADDIS menyimpan pelbagai khazanah sejarah Islam yang harus diketahui umat Islam.


Program kedua bersama angkasawan itu bertujuan mendidik para peserta memahami dan mendalami tamadun Islam yang tersimpan di Baitulmuqaddis.

"Mengunjungi Baitulmuqaddis merupakan impian saya sejak kecil, sebelum wujudnya cita-cita untuk ke angkasa lepas lagi. Peluang sebegini sukar didapati, jadi mereka yang ingin ke sana di bawah program ini perlulah mendaftar dengan segera," ujar Sheikh Muszaphar pada majlis pelancaran Jejak Sejarah Islam di Baitulmuqaddis di Restoran al-Rawsha, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Makam Nabi Musa

Selama lapan hari di Baitulmuqaddis, para peserta akan dibawa mengunjungi beberapa buah masjid seperti masjid al-Aqsa, Salman al-Farisi, al-Alami dan Rabiatul Adawiyah. Mereka yang menyertai program itu juga berpeluang ke muzium Islam, muzium seni lukis Islam dan Bukit Zaiton.

Makam beberapa nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Musa juga akan dikunjungi. Jika ada kelapangan, para peserta akan dibawa ke Ramallah dan Hebron.

Selain Baitulmuqaddis, lawatan tersebut turut meliputi Jericho yang membolehkan peserta melawat istana kerajaan Umaiyah, kolej pertanian Palestin, Menara Tel Elish, Spa Ein Gedi di Laut Mati dan Jambatan Allenby yang menyeberangi Jordan. Di Amman, Jordan pula, lawatan akan merangkumi Ashabul Khafi, stadium Roman, masjid Raja Abdullah dan makam Nabi Shuib.


IMPIAN Sheikh Muszaphar untuk menziarahi Baitulmuqaddis, Palestin bakal menjadi kenyataan pada penghujung April ini.


Pengarah Urusan Gotz Travel & Tours Sdn. Bhd. Syed Salim Syed Ahmad memberitahu, lawatan tersebut adalah pakej sederhana yang menyediakan peserta dengan hotel tiga bintang. "Biarpun begitu, hotel tersebut terletak betul-betul di depan Masjid al-Aqsa. Ia memudahkan para peserta beribadat di masjid tersebut tanpa sebarang masalah," ujar Syed Salim.

Pakej lawatan kelolaan Gotz Travel & Tours bersama Sheikh Muszaphar itu mengenakan harga RM7,230 bagi dewasa dan RM6,730 untuk kanak-kanak. Harga tersebut merangkumi tiket penerbangan Jordan Airlines, penginapan, pemandu pelancong dan makanan.

Para peserta akan bertolak pada 29 April dan kembali ke tanah air pada 8 Mei 2013. Difahamkan, daripada 32 tempat yang ditawarkan, kini ia hanya mempunyai 15 kekosongan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi wakil ejen beserta bayaran deposit sebanyak RM1,000.

Kembara harta karun Benita

Posted:

Kembara harta karun Benita

Kembara harta karun Benita

CERIA. Wajah-wajah riang para peserta yang memenangi hadiah pada acara Kembara Harta Karun Benita.


LAZIMNYA penerokaan perpustakaan atau muzium hanya dilakukan bagi tujuan kajian ilmiah untuk menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah atau guru.

Biarpun begitu, pendekatan yang diambil oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) menerusi permainan All Ladies Treasure Hunt 2013 dilihat sebagai alternatif berkesan dalam mengenali seni budaya negara ini.

Kembara mencari harta karun dari Kuala Lumpur ke Melaka yang khusus untuk wanita itu bertemakan Mengenali Seni dan Budaya Bangsa. Ia merupakan acara kedua anjuran Benita. Pertandingan yang berkonsepkan menguji kepintaran itu melibatkan 200 peserta. Kembara bermula dari Wisma Bernama di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan berakhir di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Meliputi jarak perjalanan sejauh lebih 200 kilometer, para peserta dikehendaki menjawab 40 soalan berdasarkan kepada panduan penanda arah.

Sepanjang perjalanan itu, mereka perlu menjelajah pelbagai tempat, bandar, kampung dan menjejaki Muzium Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Muzium Samudera dan Istana Kesultanan Melaka.

Konsep penerokaan jawapan mencari harta karun ini yang membawa peserta ke muzium berkaitan dilihat sebagai platform terbaik untuk menghargai khazanah seni budaya negara.

Medium seni

Pendekatan ini turut diakui sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf. Beliau berpendapat acara ini sebagai medium yang sesuai untuk memperkenalkan seni dan budaya di Malaysia.

Menariknya, penganjuran acara kembara ini dapat memupuk amalan mencintai seni warisan budaya bangsa menerusi pendekatan Senam Seni 1Malaysia.

Dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), peserta lengkap berkemeja T berwarna merah jambu sejak awal pagi.

Gelak ketawa mula kedengaran sambil mata tidak berkelip melihat pergerakan jurulatih JKKN yang membuat pergerakan mengikut rentak lagu yang didendangkan selama 30 minit.


PEMANGKU Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menjuarai Kembara Harta Karun Benita.


Bersesuaian dengan namanya, Senam Seni 1Malaysia, ia merupakan senaman yang merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum di negara ini termasuklah etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.

"Benita merupakan sebuah persatuan kecil yang berhasrat untuk mengeratkan hubungan, kerjasama dan interaksi wanita dalam kalangan anggota Benita, Puspanita KPKK, wartawan dan orang ramai melalui kembara ini.

"Kami membuka penyertaan eksklusif untuk kaum wanita sahaja dan ternyata idea ini mendapat sambutan menggalakkan," kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Rohana Mustaffa.

Kepada salah seorang peserta kembara, Zulihanis Ismail, 30, dia tidak pernah menyangka Melaka kaya dengan pelbagai jenis muzium menarik untuk dilawati. Biarpun hanya menjejaki Muzium Samudera dan Istana Kesultanan Melaka semasa acara kembara mencari harta karun itu, namun terbit minat untuk membawa seisi keluarga mengunjungi muzium-muzium di negeri Hang Tuah itu jika bercuti ke Melaka.

"Selalunya kalau bercuti ke Melaka, apa yang ada dalam minda saya ialah makanan lautnya, Jonker Street, Melaka River Cruise dan Coconut Shake Tiada langsung perancangan hendak pergi ke tempat bersejarah.

"Seingat saya kalau ada pun semasa rombongan sekolah, melawat muzium. Jadi, dengan adanya permainan seperti ini, secara tidak langsung kami dapat menarik minat mengetahui seni budaya negara," katanya.

Pertama kali menyertai pertandingan seumpamanya, Zulihanis berkata, pendekatan mengenali budaya ini tidak sekadar tertumpu kepada pertandingan minda.

Acara Malam Kebudayaan itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Kata Zulihanis, tarian seperti cak kun cak yang dipersembahkan oleh murid-murid Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka banyak memberi peluang kepadanya untuk mengenali persembahan tarian itu.


PESERTA tekun mencari jawapan.


Selain cak kun cak, kumpulan kesenian ini yang juga Johan Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Melaka 2011 turut mempersembahkan pelbagai tarian lain seperti gole-gole dan sapu tangan.

Kemeriahan suasana malam kebudayaan dihangatkan dengan gaya peserta yang memakai pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Kerjasama

Atas semangat 1Malaysia, ada yang menyarung busana tradisi kaum Kadazan, Cina (cheong sam), India (sari) dan pelbagai lagi.

Kembara harta karun ini bukan sekadar memupuk sahsiah peserta menghargai khazanah seni budaya negara, malah ia berkesan mencabar minda mereka.

Bagi Siti Fatimah Abdullah, 29, penyertaannya yang sekadar suka-suka telah mencambah minat untuk menyertai program seperti ini lagi pada masa akan datang.

"Pertandingan ini memerlukan kerjasama antara semua anggota yang mengeratkan lagi hubungan antara rakan.

"Paling menarik, setiap orang berpeluang menyuarakan pendapat bagi menjawab sesuatu soalan, mencabar pemikiran kita. Kalau tidak ada kerjasama, sudah tentu permainan ini tidak menarik," katanya.

Beliau yang bekerja di Kolej Unikop, Batu Caves, Selangor berkata, pertandingan mencari harta karun ini juga menggalakkan aliran pemikiran pantas kerana perlu menjawab kesemua 40 soalan dalam masa ditentukan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Perisai berantai sertai Ops Daulat

Posted:

Perisai berantai sertai Ops Daulat

Perisai berantai sertai Ops Daulat

SEBANYAK 17 kereta perisai berantai tiba di Lahad Datu, Sabah semalam bagi menyertai Ops Daulat.


LAHAD DATU – Pasukan keselamatan yang masih meneruskan misi Ops Daulat di sini menerima tambahan kekuatan dengan kehadiran kereta perisai berantai dalam usaha membantu dan memperkukuhkan penguasaan di gugusan Kampung Tanjung Labian di sini.

Kereta perisai berantai jenis ACV-300S Adnan itu dilihat memasuki kawasan Felda Sahabat pada pukul 4.20 petang selepas mengharungi perjalanan jauh kira-kira 300 kilometer dari Tawau.

Tinjauan Kosmo! mendapati sebanyak 17 buah kereta perisai berantai termasuk sebuah untuk tujuan perubatan memasuki kawasan Felda Sahabat dengan diiringi 17 buah trak tentera berkekuatan 200 anggota.

Difahamkan, kesemua kenderaan yang tiba di Tawau pada pukul 9 pagi semalam merupakan kenderaan yang berpengkalan di Pangkalan Tentera Gemas, Negeri Sembilan.

Panglima I Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Moktar berkata, kereta perisai berantai itu dibawa dari Semenanjung bagi membantu pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

"Kereta perisai berantai juga bertujuan untuk mengawasi gugusan Kampung Tanjung Labian selepas operasi tamat kelak," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jamalul arah tembak dan lari

Posted:

Jamalul arah tembak dan lari

Jamalul arah tembak dan lari

MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) menyatakan para pengikutnya tidak akan berundur dari Sabah dan sekali gus mengarahkan mereka melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia, lapor akhbar The Philippine Star semalam.

Jamalul Kiram kelmarin berkata, para pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya, Azzimuddie Kiram berada di tanah air mereka (Malaysia).

"Mereka sudah berada di tanah air mereka (Malaysia), justeru kenapakah perlu pulang?" katanya kepada wartawan di kediamannya di bandar Taguig dekat sini.

Sementara itu, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani pula berkata, perjuangan di Sabah akan diteruskan.

Menurut beliau, gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram baru-baru ini telah ditarik balik dan para pengikutnya telah diarah untuk melaksanakan operasi 'tembak dan lari' terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Idjirani turut mendakwa Azzimuddie dan para pengikutnya masih berada di Sabah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sokongan padu wanita kepada Najib

Posted:

Sokongan padu wanita kepada Najib

Sokongan padu wanita kepada Najib


RIBUAN peserta program 1Million Women Purple Walk 2013 berkumpul di Dataran Putrajaya kelmarin selepas manamatkan acara jalan kaki.


KUALA LUMPUR – Program 1Million Women Purple Walk 2013 yang disertai sejuta peserta di seluruh negara kelmarin membuktikan sokongan padu golongan wanita kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita menyifatkan penyertaan begitu ramai rakyat dalam perhimpunan itu menunjukkan golongan wanita menyokong penuh Najib selaku Perdana Menteri yang telah banyak membela kebajikan mereka.

Presiden Persatuan Pekerja Wanita Malaysia, Silam Hassan berkata, sokongan golongan wanita terhadap program itu amat membanggakan sekali gus membuktikan wanita cukup komited membangunkan negara bersama-sama kerajaan.

"Pihak NGO seperti kami sememangnya menyanjungi semangat pihak kerajaan yang menghargai sumbangan wanita dalam pelbagai bidang.

"Sokongan terhadap program 1Million Women Purple Walk 2013 membuktikan sokongan kepada perjuangan Perdana Menteri yang prihatin kepada golongan wanita," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Karnival Rakyat 1Malaysia di SMK Sungai Pusu

Posted:

Karnival Rakyat 1Malaysia di SMK Sungai Pusu

Karnival Rakyat 1Malaysia di SMK Sungai Pusu


ANTARA aksi menarik peserta pertandingan tarik tali sempena Karnival Rakyat 1Malaysia di SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 2,500 penduduk sekitar Gombak berkumpul beramai-ramai meraikan Karnival Rakyat 1Malaysia di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Program yang bermula seawal pukul 8 pagi itu turut diserikan dengan aktiviti berjalan kaki sempena 1Milion Women Purple Walk 2013.

Pada majlis sama, Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Hassan yang turut melancarkan Tabung Lahad Datu bagi membantu keluarga anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.

Sebanyak RM1,400 berjaya dikutip sepanjang berlangsungnya karnival tersebut yang berakhir pada pukul 5 petang.

Anggota JPAM sertai latihan di Titi Hayun

Posted:

Anggota JPAM sertai latihan di Titi Hayun

Anggota JPAM sertai latihan di Titi Hayun


SAIFUDDIN (depan, kanan) menanam pokok bersama Mohtar (depan, tengah) dan anggota JPAM sempena kempen penanaman pokok di Taman Rimba Gunung Jerai, Kedah baru-baru ini.


LATIHAN. Seramai 174 anggota sukarelawan dan pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Kedah telah mengikuti latihan mingguan di Titi Hayun, Yan, Kedah baru-baru ini.

Peserta terlibat perlu berjalan sejauh 30 kilometer dengan menaiki tangga ke Taman Rimba yang terletak di Gunung Jerai itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Saifuddin Abdullah berkata, latihan yang diadakan bertujuan menguji ketahanan fizikal anggota JPAM.

Saifuddin seterusnya memberitahu, kempen penanaman pokok di Taman Rimba Gunung Jerai itu turut diadakan pada majlis penutup yang dirasmikan Pengarah JPAM negeri Kedah, Mohtar Samat.

Warga 2 Divisyen Infantri TD isi Tabung Darah HPP

Posted:

Warga 2 Divisyen Infantri TD isi Tabung Darah HPP

Warga 2 Divisyen Infantri TD isi Tabung Darah HPP


SEBAHAGIAN anggota pasukan 2 Divisyen Infantri TD yang menderma darah sempena Hari Tentera Darat Ke-80 di Pasar Raya Mydin, Bukit Jambul, Pulau Pinang baru-baru ini.


SUMBANGAN. Seramai 300 anggota pasukan 2 Divisyen Infantri Tentera Darat (TD) dari Kem Tun Razak menderma darah sempena Hari Tentera Darat Ke-80 di ruang legar Pasar Raya Mydin Bukit Jambul, Pulau Pinang baru-baru ini.

Panglima 2 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin berkata, program tersebut merupakan satu acara tahunan yang dilakukan dengan kerjasama Hospital Pulau Pinang (HPP) orang awam menderma darah.

Menurut beliau, ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial dalam kalangan warga 2 Divisyen Infantri terhadap masyarakat menerusi usaha mengisi Tabung Darah HPP dan dilakukan dari semasa ke semasa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Tiada penyerang semula jadihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm JURULATIH skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal nampaknya baru sedar bahawa pemain bola sepak negara kekurangan sifat-sifat semula jadi sebagai seorang penyerang berwibawa.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>hidayat.azmie@kosmo.com.myKETIADAAN Safee Sali (tiga dari kiri) amat dirasai oleh skuad Harimau Malaya menjelang aksi menentang Yemen Jumaat ini.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Hoki negara meniti kegemilanganhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm WALAUPUN hasrat untuk bergelar juara pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi ke-22 tidak kesampaian, namun skuad hoki negara telah mempamerkan kebangkitan yang luar biasa.Oleh NOR AZIRAN YUNUS<br>aziran.yunus@kosmo.com.my SKUAD hoki negara kini mula menunjukkan peningkatan seperti yang telah dibuktikan pada PSAS 2013 yang berakhir di Ipoh kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Aksi Piya, Norazlan dipujihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm MESKIPUN hanya beraksi pada babak pertama, aksi sulung arkitek Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau Piya mendapat pujian pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>hidayat.azmie@kosmo.com.myAKSI Badhri tidak mengecewakan walaupun hanya beraksi pada separuh masa pertama ketika menentang Arab Saudi. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Peluang Peng Soon-Liu Ying ubah ranking duniahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm BEREGU campuran terbaik negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bertekad menjadikan Kejohanan Badminton Piala Axiata di Surabaya, Indonesia pada 21 hingga 24 Mac ini sebagai medan memulih keyakinan serta meningkatkan kembali ranking dunia mereka yang merudum sejak akhir-akhir ini.LIU Ying (kiri) dan Peng Soon mahu memulihkan keyakinan mereka pada Piala Axiata yang bermula di Surabaya minggu ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Dominasi wakil Selangor, Johorhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm SIRI kedua Karnival Futsal Milo Hidup Bola Remaja 2013 singgah di Sri Manjung, Perak hujung minggu lalu.PASUKAN dari Selangor menguasai saingan bagi kategori B-16 pada siri kedua di Sri Manjung, Perak minggu lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm Chelsea lonjak ke tangga ketigahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm LONDON - Frank Lampard meraikan pencapaian terbaharu dalam karier bola sepaknya apabila menjaringkan gol ke-200 sepanjang bersama Chelsea ketika membantu The Blues menang 2-0 ke atas bekas kelabnya, West Ham dalam aksi Liga Perdana England semalam.LAMPARD (dua dari kiri) menanduk masuk gol pertama Chelsea ketika pasukannya menewaskan West Ham 2-0 kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Villa cemerlang bantu Barcahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm MADRID - David Villa melahirkan kegembiraan apabila dia kembali menemui sentuhan gol serta mendapatkan semula prestasi terbaiknya ketika membantu kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Rayo Vallecano dalam aksi Liga Sepanyol kelmarin.VILLA (kanan) meraikan jaringan golnya bersama Messi ketika menentang Rayo Vallecano kelmarin. Barcelona menang 3-1. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm Red Bull berazam bangkit di Sepanghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm MELBOURNE - Pasukan Red Bull nekad menjadikan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang hujung minggu ini sebagai medan menebus kekecewaan selepas gagal bergelar juara di Litar Albert Park, Melbourne. RED BULL berdepan masalah tayar cepat haus ketika beraksi di Litar Albert Park kelmarin menyebabkan pemandunya, Sebastian Vettel hanya mampu menduduki tempat ketiga pada GP Australia walaupun bermula di petak paling depan. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_08.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm Nadal sudah kembalihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm INDIAN WELLS, California - Impian Juan Martin del Potro untuk muncul juara pada Kejohanan Tenis ATP Masters Indian Wells sekali lagi tidak kesampaian apabila tumpas kepada Rafael Nadal dengan 4-6, 6-3, 6-4. NADAL membuktikan yang dia sudah cergas sepenuhnya apabila berjaya menjuarai kejohanan besar pertama di Indian Wells selepas tujuh bulan berehat akibat kecederaan lutut. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0319/Kosmo//su_09.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lagi keganasan di Selatan Thai

Posted:

Lagi keganasan di Selatan Thai

Lagi keganasan di Selatan Thai

BEBERAPA pegawai polis memeriksa kereta yang dinaiki Mayi remuk selepas terbabas akibat menjadi sasaran serangan gerila pemisah di daerah Si Sakhon, Narathiwat semalam.


NARATHIWAT - Seorang anggota pertubuhan pentadbiran mukim Tamayung, Mayi Adae, 64, terbunuh dalam satu serangan bersenjata di daerah Si Sakhon di sini pagi semalam, kata polis.

Menurut akhbar Bangkok Post, jurucakap Balai Polis Si Sakhon, Preecha Ratchayotha berkata, serangan itu berlaku pada pukul 10 pagi di Jalan Rueso-Si Sakhon di mukim Sako.

Menurut beberapa saksi, ketika Mayi dalam perjalanan pulang dari pasar di Si Sakhon ke rumahnya, dia telah diekori sebuah trak Nissan berwarna hitam.

Beberapa orang yang berada di belakang trak bertindak melepaskan tembakan ke arah kereta mangsa dengan menggunakan selaras senjata AK-47.

Tembakan itu mengenai kepala dan badan Mayi.

Kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik.

Salah seorang penyerang berjalan ke keretanya dan melepaskan satu lagi tembakan ke kepala mangsa untuk memastikan dia mati sebelum melarikan diri.

Pada Jumaat lalu, satu letupan kuat bom tepi jalan telah meragut nyawa tiga anggota polis di daerah Ruso, Narathiwat.

Serangan terbaharu itu berlaku dua minggu menjelang rundingan damai pihak berkuasa Thai dengan gerila-gerila Barisan Revolusi Nasional berlangsung di Malaysia.

Bom seberat 90 kilogram yang disembunyikan di kaki sebuah jambatan meletup menyebabkan trak berkenaan musnah.

Jurucakap tentera di selatan negara ini, Kolonel Pramote Promin berkata, serangan itu dipercayai dilakukan oleh gerila-gerila yang menentang dialog damai itu yang akan di adakan di Malaysia pada 28 Mac ini.

"Terdapat anggota-anggota pemisah yang tidak bersetuju ketua mereka menyertai proses damai itu. Justeru, mereka cuba mencetuskan lebih banyak kekacauan," katanya.

Penentangan kerana menuntut autonomi lebih besar meletus di beberapa wilayah di selatan negara ini yang bersempadan dengan Malaysia sejak sembilan tahun lalu.

Kejadian tembakan dan pengeboman berlaku hampir setiap hari di selatan negara ini. - Agensi

Aquino kritik dalang ceroboh Sabah

Posted:

Aquino kritik dalang ceroboh Sabah

Aquino kritik dalang ceroboh Sabah


AQUINO (tengah) tiba pada majlis tamat latihan anggota-anggota kadet Akademi Tentera Filipina di bandar Baguio semalam.


MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino III semalam bertindak mengkritik dalang yang mencetuskan ketegangan di Lahad Datu, Sabah, lapor akhbar dalam talian Rappler.com.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan majlis tamat latihan 124 orang kadet di Akademi Tentera Filipina di bandar Baguio.

Aquino melemparkan kritikan terbaharunya itu terhadap mereka yang merancang operasi menawan Sabah apabila pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III menghantar kira-kira 180 hingga 400 pengikutnya pada Februari lalu.

Beliau membidas Jamalul Kiram dan mendakwa tindakannya itu sebahagian daripada konspirasi.

Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) telah memulakan siasatan dan bertindak menghantar sepina kepada jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani bagi memberi keterangan berhubung siasatan konspirasi di Sabah.

Bagaimanapun, Idjirani tidak hadir sebaliknya memberikan surat mengenai sebab dia tidak dapat datang untuk memberikan keterangan pada minggu lalu.

Penasihat Jamalul Kiram, Pastor 'Boy' Saycon turut dipanggil dan telah memberikan keterangan kepada para pegawai NBI.

Dalam ucapannya itu, Aquino mengkritik Jamalul Kiram kerana pentingkan diri sendiri dan menjadi punca kepada semua masalah yang berlaku.

"Adakah dalang-dalang terbabit berfikir bahawa tindakan mereka akan menjejaskan penduduk majoriti?" tanya Aquino.

Menurut Presiden itu, tindakan Jamalul Kiram telah menyebabkan kira-kira 800,000 nyawa rakyat negara ini di Sabah dalam keadaan bahaya.

"Adakah dalang-dalang tersebut menimbangkan sebarang perkara itu semasa melakukan hasutan dan membesar-besarkan situasi semasa mereka mengumpulkan dana yang diperlukan untuk membeli bot, minyak, makanan, senjata dan peluru?

"Kamu (semua kadet itu) sepatutnya tahu fakta itu menerusi kelas logistik. Kamu mengetahui berapa banyak persediaan yang diperlukan untuk menghantar 200 orang bagi menyeberangi laut dan melengkapkan mereka dengan senjata. Apa yang difikirkan mereka di sebalik insiden itu?," katanya.

Beliau berkata, sebagai penjaga keamanan negara, anggota-anggota tentera tidak sepatutnya membiarkan emosi mempengaruhi pertimbangan mereka.

Presiden itu berkata, pendekatan yang dilakukan Jamalul Kiram bagi menuntut Sabah dengan kekerasan tidak akan menyelesaikan isu dengan Malaysia tetapi hanya akan meningkatkan konflik itu.

"Masalah akan menjadi lebih banyak masalah jika anda cuba untuk menyelesaikannya dengan cara paksaan dan kebencian.

"Kita memerlukan keikhlasan dan perbincangan yang mendalam jika kita mahu untuk mencapai penyelesaian yang betul.

"Kita tahu betapa kompleksnya isu ini. Adakah Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan mudah akan memberikan Sabah (kepada Filipina) yang telah lama berada di bawah pemerintahan negara itu?," soalnya.

Aquino berkata, sesiapa yang menjadi dalang dengan merancang untuk memulakan krisis itu di Sabah sepatutnya menggunakan pendekatan berlandaskan undang-undang dan keamanan.

Krisis di Sabah itu bermula apabila sekumpulan pengikut Jamalul Kiram menuntut tanah yang dianggap sebagai warisan nenek moyang mereka di Lahad Datu.

Pertempuran kemudian meletus dengan mengakibatkan sejumlah kematian selepas para pengganas tersebut bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia sejak Februari lalu. - Agensi

Penumpang terapung di dalam pesawat

Posted:

Penumpang terapung di dalam pesawat

Penumpang terapung di dalam pesawat


BEBERAPA penumpang gembira semasa mereka membuat pelbagai pergerakan ketika terapung.


BORDEAUX - Sejumlah penumpang mengalami pengalaman terapung di dalam sebuah pesawat Airbus A330 Zero-G di Perancis pada Jumaat lalu.

Mereka mengalami pengalaman itu dalam tempoh 22 saat selepas pesawat tersebut terbang dalam keadaan mendongak sebelum ia menurun semula ke arah bumi.

Setiap penumpang membayar tiket yang berharga kira-kira 6,000 euro (RM24,482) untuk menaiki pesawat tersebut yang berlepas dari Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac di sini.

Ia merupakan penerbangan graviti sifar pertama pernah dibuat di Eropah.

Para penumpang itu bukan terdiri daripada angkasawan dan saintis sebaliknya merupakan orang awam.

Penerbangan graviti sifar itu sebelum ini pernah ditawarkan kepada orang awam di Amerika Syarikat dan Rusia. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved